Ibu mana yang tidak teruja bila mana anaknya kini boleh menyebut nama ibu, mommy atau mama. Pelakon dan usahawan cantik manis, Fazura juga tidak terkecuali merasa cukup bahagia dan teruja bila mendengar perkataan ‘mommy’ dari mulut anaknya, Nur Fatima Aisya buat pertama kali.
Satu kebahagiaan bagi ibu yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Melalui akaun rasmi di @fattzuralovelife, Fazura memuat naik video pendek Fatima yang sudah boleh menyebut mommy dengan penuh.
“Fatima sebut “Mommy” buat pertama kali hari ini.
Ads
“Dan hidup saya rasa tak sama,” tulis Fazura yang turut meninggalkan emoji terharu dan teruja mendengar kalimah penuh makna dari anak itu.
Apa yang menarik perhatian pastinya sebutan Fatima yang menyebut mommy dengan begitu jelas sambil dipangku oleh bapanya.
Terdahulu, Fattah menyebut panggilan nama Mommy dan kemudian diikuti oleh Fatima dengan baik dan lancar.
Ads
Dalam pada itu, rata-rata pengikut akaun rasmi pasangan ini turut sama merasa terharu bila mana melihat kegembiraan pasangan ini apa lagi kelihat keletah Fatima yang begitu comel tetapi malu-malu menyebut perkataan Mommy.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rata-rata ibu ayah yang mempunyai anak tahun satu tak berpuas hati dengan konsep pembelajaran kini. Ia ibarat memaksa anak untuk jadi pandai hingga ibu bapa sendiri pun jadi stres. Jadi bermacam-macam persoalan timbul.
Begitu juga mengenai silibus setiap mata pelajaran. Ada yang kata tak setanding dengan pemikiran anak tahun satu kerana dipaksa perah otaknya sedangkan waktu ini adalah masa untuk mereka bermain.
Ok sebelum ibu ayah rasa lagi bimbang, perkongsian dari guru matematik yang berpengalaman selama 13 tahun ini, Mohd Fadli Salleh mungkin boleh membuka mata kita semua.
Silibus Matematik Tahun 1 Berat?
Pagi ini, aku akan menulis satu tulisan berat. Tulisan yang membawa kita semua berfikir semula dan menilai semula.
Ya, satu tulisan yang ramai akan tidak setuju dan tidak sependapat. Tidak mengapa, tidak sependapat itu tiada salahnya. Cuma bawalah fakta dan hujah dengan matang, bukan melenting kebudak-budakan.
Aku terbaca tulisan Cikgu Zf Zamir tentang isu silibus Matematik ini. Silibus Matematik Tahun 1 KSSR Semakan. Tentang ketidak sesuaian silibus ini dengan tahap anak-anak kita.
Aku tidak bersetuju dengan cikgu Zf Zamir dan sebahagian ibu bapa kali ini. Ya, aku bangkang.
Aku respon hal ini bukan nak perang dengan beliau atau mencari masalah dengan ibu bapa yang tak setuju.
Aku menulis kali ini kerana ini kepakaran aku. Ini kemahiran aku. Ini apa yang aku ajar sudah 13 tahun lamanya.
Ya tuan, aku mengajar Matematik Tahun 1 sudah 13 tahun. Jadi tulisan ini bukan hanya pendapat semberono, ini pendapat orang yang melalui sendiri setiap kali perubahan silibus di negara kita.
Inilah orangnya yang layak bicara dengan tenang dan matang isu silibus ini.
Suka aku maklumkan terlebih dahulu, aku ini pernah mengajar di sekolah pedalaman, sekolah asli 4 tahun, sebelum ke sekolah kluster lebih 6 tahun, dan sekolah bandar lebih 2 tahun. Aku juga mengajar dari kelas paling depan hingga paling corot.
Jadi tulisan ini menggambarkan penilaian aku secara menyeluruh terhadap murid berbeza aras yang ada.
Tuan, silibus baru ini (khusus Matematik sahaja) sebenarnya sangat baik. Silibus baru ini mampu murid faham dan ikuti. Cuma kena ada penambahbaikan sedikit dibeberapa tempat.
Silibus kita, ianya berturutan dan berkesinambungan dari tahun satu dua dan seterusnya.
Mereka mula belajar pengenalan kepada bundar, gundal, garis nombor/pola nombor dan penyelesaian masalah.
Hanya pengenalan dan murid mampu faham dengan baik. Lagi pun, setiap soalan itu dibimbing guru. Bukan suruh murid buat buta-buta.
Apa perlu kita undur ke belakang? Tidak! Jangan sesekali.
Silibus yang anak-anak kita belajar ini setanding dengan silibus Singapore, UK, US dan negara maju yang lain.
Aku pernah lihat soalan Matematik tahun satu Finland. Malah soalan dari US dan UK kerana sahabat aku ada menetap di sana.
Di sini pula aku lampirkan contoh soalan murid Tahun Satu dari negara jiran, Singapura.
Lihat aras soalan mereka. Tidak jauh beza dengan apa yang anak-anak kita belajar sekarang. Silibus kita setanding!
Cuma perlu penambahanbaikan yang Kementerian Pendidikan perlu perhalusi lagi.
Kena Buat Penambahbaikan
Pertama, perbanyakkan guru pemulihan. Murid tidak mampu kuasai bukan sebab mereka tidak mampu. Sebaliknya ramai murid tercicir prasekolah dan latar belakang keluarga yang berbeza dan bermasalah.
Murid ini, jika berada di aliran perdana akan bermasalah. Datang sekolah pun On Off sahaja.
Jika yang belum kenal huruf dan nombor ini berada di kelas pemulihan dan berjaya dipulihkan, mereka mampu faham dan ikuti silibus kita dengan senang.
Kedua, kurangkan masa matapelajaran elektif yang lain, dan tumpukan pada matapelajaran utama untuk tahap 1.
Kembalikan 10 waktu mengajar Matematik untuk murid tahun satu. Sekarang, waktu belajar murid hanya 5 waktu. Diulang, 5 waktu seminggu sahaja.
Ya tuan, ini ramai orang terlepas pandang. Dari tahun ke tahun, waktu belajar Matematik dari 10 masa dikurangkan pada 8 masa. Kemudian dikurangkan pada 6 masa. Dan terbaru, hanya 5 waktu seminggu.
Mana sempat guru memberi faham dalam waktu yang singkat. Sedangkan silibus makin berat.
Di sini silap kita. Menyelitkan mata pelajaran baharu dengan memendekkan mata pelajaran penting seperti Matematik, Bahasa Melayu dan English. Menaikkan jumlah waktu mengajar subjek bukan teras dengan mencuri waktu belajar mata pelajaran teras.
Itu pun kerajaan lama tidak sedar juga kesilapan mereka. Masih mahu memperkenalkan mata pelajaran baru, Pendidikan Alam Sekitar.
Nak selit masa tu celah mana lagi? Nak kurangkan lagi masa Matematik yang dah nazak dicuri?
Aku percaya dan yakin, jika guru pemulihan diperbanyakkan serta waktu mengajar Matematik dikembalikan kepada 10 waktu semula, peratus kejayaan yang lebih tinggi dalam memberi faham pada murid akan meningkat mendadak.
Ketiga, guru diberi pendedahan dan kursus cara mengajar yang mudah untuk memberi faham pada murid.
Kembalikan kursus-kursus guru seperti dulu kala. Guru zaman sekarang tidak lagi berkursus seperti dulu-dulu kerana bajet pendidikan banyak dipotong oleh kerajaan lama. Nak beli kertas A4 pun terpaksa minta dengan murid.
Silibus baru diperkenalkan sedangkan guru tidak bersedia pun untuk mengajar perubahan yang ada dalam silibus baru.
Ini satu lagi kesilapan besar yang berlaku. Di sini bermula masalah bila guru sendiri yang kata silibus itu payah.
Sedangkan mereka tidak terokai cara mudah, mereka tidak jumpa cara bagaimana memberi faham kepada murid dengan cara yang santai dan senang kerana mereka tidak dikursuskan.
Ada pula yang komen begini, “Orang dulu belajar silibus lama pun boleh jadi pandai dan bijak juga.”
Aduh bang. Tidak kena tu komen tu bang. Cuba bayangkan jika kerajaan kekalkan silibus sejak zaman belum merdeka lagi dengan alasan sama. Padahal Tunku Abdul Rahman bijak kot. Silibus Tun Mahathir belajar dulu jauh lebih senang kot. Tapi Tun sendiri yang memperbaiki silibus kita dari masa ke semasa.
Silibus KSSR Semakan ini sebenarnya sesuai dengan zaman, kemajuan dan aras murid-murid zaman sekarang. Sesuai untuk generasi akan datang bersaing secara global.
Sesuai dan mereka boleh ikuti dengan baik. Malah jika kelemahan besar iaitu guru pemulihan, jumlah waktu mengajar itu diperbaiki serta guru-guru bersedia, aku yakin dan percaya silibus ini akan lebih berjaya lagi.
Negara maju lain silibus mereka dah terkedepan. Takkan kita yang sedang menyaingi cuba undur ke belakang?
Cikgu Zf Zamir ada cadangkan supaya mansuhkan topik bundar, gundal, pola nombor dan penyelesaian masalah.
Topik itu tiada masalah pun untuk murid ikuti. Langsung tiada masalah. Bahkan aku sendiri sudah muat naik video cara yang betul untuk ajar anak belajar bundar yang kononnya dimomokkan topik yang paling sukar di tahun satu.
Lebih 2 juta view untuk kedua video bundar yang aku muat naik. Semua yang lihat dan tonton kata betapa senangnya ajar topik itu jika kena dengan caranya.
Murid? Memang dapat kuasai elok topik ini. Tiada masalah kerana pada tahun satu, topik ini hanyalah pengenalan buat mereka.
Cuba baca dengan tenang. Hadam baik-baik. Tulisan ini ditulis dengan hujah dan fakta berasaskan pengalaman aku sebagai guru Matematik tahun satu berbelas tahun.
Bukan hanya omong kosong. Bukan sekadar tin kosong. Ini tulisan bukan sembang kedai kopi. Ini tulisan bukan sembang kari.
Tiada masalah jika tidak sependapat. Itu membuka peluang berbincangan ilmiah yang sihat. Cuma jangan datang respon dengan emosi dan tanpa hujah ilmiah. Komen berdasar skop yang kecil, hasilnya tidak ke mana.
Jadilah helang yang melihat dengan lebih luas, bukan puyuh yang hanya terbang rendah.
Bukan hanya kita yang kepenatan, bahkan anak kecil kita juga turut sama mahu memanjakan diri bak orang dewasa.
Mahu memanjakan anak dan sama-sama meraikan ‘girl day out’ bersama, Hanis Zalikha turut membawa anak perempuannya, Alisa Aisyah yang kini berusia tiga tahun untuk memanjakan diri bak wanita dewasa.
Melalui perkongsian video di Tik Toknya, Hanis turut memuat naik satu rakaman anak perempuannya itu yang sedang membuat rawatan kecantikan.
Adik kepada Yusuf Iskandar itu kelihatan begitu bersahaja sambil memakai topeng muka untuk penjagaan kulit wajah sambil tangannya juga turut melakukan rawatan manicure.
Persis wanita dewasa, bahkan gelagat Alisa yang begitu menikmati setiap rawatan untuk dirinya juga menarik perhatian ramai.
Video yang berdurasi 11 saat itu sudah tentunya menarik perhatian ramai dan sehingga kini meraih lebih 728,000 tontonan dengan 113 ribu tanda suka.
Masing-masing meninggalkan pelbagai reaksi dan komen namun menyatakan keterujaan mereka dan terpegun melihat penampilan Alisa yang berbeza dengan kanak-kanak lain seusianya.
“Wah! Alisa punya ‘Don’t Bother’ sambil tengok kuku tu memang tak terkalahkan.”
“Takut lah tengok cara Alisa healing. Another level yang lain daripada yang lain.”
“Healing saya waktu kecil ialah main masak-masak dalam kuali buruk milik mak.”
“Siapa healing kat pantai tu? Tengok budak kecil ni, dah melawan hukum cara healing.”
“Bestnya ada anak perempuan.”
Terdahulu, Hanis mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Hairul Azreen pada Jun 2015. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Dalam rumah tangga ni, kalau bertengkar tu biasa la. Asam garam dalam rumah tangga kan. Lidah sendiri pun kadang-kadang tergigit, apatah lagi duduk serumah dengan pasangan yang baru kita kenal.
Tetapi kalau bertengkar jangan sampai keluarkan kata kesat kepada pasangan. Caci maki kaw-kaw. Sumpah saranah tak ingat dunia. Lebih teruk lagi sampai pukul pasangan.
Apa yang dikongsikan oleh Encik Amir Syahir ni memang betul dan mungkin kita dapat sama-sama perbaiki kelemahan dalam diri masing-masing.
Ada orang bila bergaduh, dia tutup pintu bilik pastu nangis. Ada jugak jenis pukul bantal. Ada orang bila bergaduh dia ambil kunci kereta lepastu keluar tenangkan fikiran. Ada yang mogok taknak masak. Ada orang bergaduh tak cakap dua hari. Hari ketiga bercakap balik.
Apa pun cara korang tenangkan diri, janganlah sampai keluar berdua-dua dengan ajnabi. Itu sama sekali salah. Mungkin akan hadir rasa sayang dengan ajnabi tu nanti. Tengah fikiran kusut, mesti akan buat keputusan terburu-buru. Masa tu juga akan ada yang ketiga ambil kesempatan. Syaitan suka kalau rumah tangga umat manusia musnah.
Bersikap professional dan bertenang
Masalah dalam rumah tangga korang tak boleh lari. Mana ada hidup takde masalah kan. Korang kena hadapinya. Hadapi dengan tenang dan senyuman. Itulah yang dikatakan pahit manis dalam rumah tangga.
Pasangan yang berkahwin lewat biasanya jarang nak bertengkar tentang perkara remeh. Bagi mereka, rugi dorang bertengkar. Dah la lambat kahwin, rugi masa bahagia untuk bersama.
Pasangan muda yang baru berkahwin, lima tahun pertama biasanya selalu akan gaduh. Dalam masa tu korang baru nak kenal pasangan luar dan dalam. Kuatkan hati. Gaduh tu perkara biasa.
Dalam sebulan, gaduh tiga hari. 27 hari bahagia. Apa ada hal. Anggap saja tu ujian nak kukuhkan rumah tangga korang. Bukannya semakin goyang. Kalau 27 hari kau gaduh, tiga hari je baik memang ada yang tak kena tu.
Ingat Anak-Anak
Bila bergaduh jangan cepat nak buat keputusan. Tengah marah selalunya otak tak dapat berfikir dengan baik. Masa tu ego dan emosi lebih mengatasi.
Masa bergaduh tu ingat la anak-anak. Anak-anak pun tak gembira kalau suasana dalam rumah tu tak ceria dan hambar je. Pandang dan renung wajah anak. Mesti korang rasa rugi gaduh lama-lama. Jangan biarkan senyuman di wajah anak-anak hilang hanya kerana masalah kita sebagai suami isteri.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.