Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor’ yang kini berada di London dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital kanak-kanak di London dilaporkan dalam keadaan sihat.
Berita baik itu dikongsi bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, menerusi laman Facebooknya.
“Ainul sihat hari ini. Baru lepas mandi,” katanya ringkas yang turut disertakan sekeping gambar Ainul Mardhiah bersama ibunya, Nurul Erwani Zaidi.
Menurut Safiuddin, perkembangan Ainul akan diberitahu dari semasa ke semasa kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa bagi semangat dan mendoakan anaknya sepanjang masa.
“Walaupun sebelum ini ramai yang tak mengenali Ainul tapi sokongan dan bantuan yang diterima tak putus hingga membolehkan Ainul menerima rawatan dengan pakar,” katanya.
Pengguna Facebook yang mengikuti perkembangan si kecil ini telah memberi kata-kata semangat kepada Ainul Mardhiah dan kedua ibu bapanya pada perkongsian status berkenaan.
Dalam laporan media sebelum ini memberitahu beberapa doktor pakar dijangka melawat dan membuat penilaian ke atas Ainul Mardhiah minggu ini.
Doktor dalam kalangan pakar onkologi pediatrik akan berbincang bagi mencari jalan terbaik merawat bayi itu.
Sama-samalah kita doakan agar ada satu keputusan terbaik buat Ainul Mardhiah yang akan memberi kegembiraan buat seluruh ahli keluarganya dan rakyat Malaysia.
Semoga di hari-hari terakhir Ramadan ini seluruh doa orang ramai akan diangkat oleh Allah dalam usaha untuk menyembuhkan anak syurga ini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah situasi yang dihadapi oleh Puan Syuhada apabila anak sulungnya, Muhammad Fairrel Anaqi bin Azli yang kini berusia 2 tahun 2 bulan dihidapi penyakit yang belum dapat dipastikan lagi bermula sejak umur Fairrel Anaqi 1 bulan.
Lebih menyedihkan lagi, penyakit ini semakin teruk dan merebak ke seluruh tapak kaki. Syuhada cuba emndapatkan rawatan di klinik tapi masih belum sembuh. Anaknya juga tidak mapu berjalan akibat nanah disekitar tapak kakinya.
Anak saya Muhammad Fairrel Anaqi bin Azli, 2 tahun 2 bulan menderita apabila bahagian tapak kakinya naik bulat-bulat air nanah. Hampir 2 tahun 2 bulan, Tapi masih lagi jadi macam ni. Tak tau nak cakap macam mana lagi…kesian…kesian…kesian. Dia akan demam dan asyik menangis sebab sakit dan tak boleh berjalan.
Ada sesetengah doktor cakap macam ezcema, ada yang cakap macam kudi buta. Benda ni jadi pada anak saya sejak dia umur 1 bulan lagi sehinggalah sekarang unmurnya 2 tahun 2 bulan. Dia jadi secara berperingkat, mula-mula cuma naik merah-merah. Masuk umur 4 bulan naik pula biji berisi air. Kemduian masuk 6 bulan kaki dia mula naik banyak nanah macam dalam gambar yang saya kongsi. Pernah satu tahap, dia terlalu gatal, kaki dia mengigil kebiruan.
Dah lebih 10 kali saya ulang alik ke klinik, lepas sapu ubat dia akan surut sedikit dan kemudian naik balik. Saya jadi buntu!
Saya bukan seorang ibu yang kuat nak HADAPI bnda ni. Saya bukan keluarga yang senang nak bawak anak pergi tempat yang mahal-mahal. Jauh disudut hati saya sedih tengok anak macam ni. Sampai bila dia nak tanggung sakit?
Saya mohon sesiapa yang berkemampuan atau tahu cara bantulah anak saya Disebabkn terlampau sakit die dia tak boleh berjalan, demam, kadang-kadang kaki dia gigil tahan sakit.
Saya nak ucapkan jutaan terima aksih pada rakan-rakan Facebook yang sudi bantua, yang tak kenal sanggup tolong, suggestkan macam-macam. Tujuan saya bukan untuk raih simpati tapi lebih kepada nak minta bantuan rakan-rakan untuk bagi tip atau info yang mungkin saya tak tahu.
Alhamdulillah sepanjang jumpa doktor, semuanya baik-baik dan memahami keadaan saya. Mereka buat yang terbaik dan cuba referkan untuk ke pakar sebelum ini tapi saya tolak di atas faktor kewangan dan transportation.
Di atas bantuan rakan-rakan, saya akan cuba refer ke mana-mana pakar InsyaAllah. Tdai petang saya dah jumpa doc di klinik sini dan minta refer ke pakar dan doktor sarankan untuk bagi ubat yang di berikan dahulu.
Update terini;
Anak saya dah makan antibiotik, kaki dia dah rendam air ubat yang doc bagi dan dah pun cuci plus sapu cream. Kaki dia nampak ada sikit perubahan, nanah-nanah dah pun pecah. Nampak dah makin kering cuma die still tak boleh jalan sebab sakit ada luka-luka tu.
Ini la yang saya terpaksa lalui tiap kali anak saya sakit. Dia akan ok bila makan ubat dan tak alam akan jadi balik.
Terima kasih banyak-banyak yang mana membantu anak saya, bagi semangat, doakan anak saya. Tak terbalas jasa baik semua.
Bukan mudah sebenarnya untuk saya uruskan anak saya masa dia sakit, sebab ada anak kecil lagi baru 5 bulan. Suami pula kerja luar. Memang mental saya kena kuat. Saya tak boleh down. Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak-anak.
Gambar yang saya kongsikan mungkin tak menyenangkan, saya mohon maaf, saya cuma berkongsi. dan Alhamdulillah bertambah baik kaki anak saya. Petang semalam dah start boleh jalan. Tapi tu lah sekejap-sekejap merenggek kesakitan.
Terima kasih buat ahli keluarga kerana selalu bantu dari segi kewangan dan pinjamkan kereta untuk bawa anak ke klinik ketika suami bekerja. Tak tahu macam mana cara nak balas jasa baik yang membantu.
Boleh hubungi Puan Syuhada: 0198973534 untuk sebarang bantuan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luluh hati seorang ibu apabila bayi berusia lima bulan yang dijaga pengasuh mengalami kecederaan didakwa dihempap kanak-kanak berusia dua tahun.
Kisah bayi lelaki itu tular di media sosial sejak Khamis dan mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk melahirkan simpati dan sedih atas kejadian tersebut.
Menerusi laporan Sinar Harian, ibu bayi berkenaan, Siti Nor Asyikin Abdul Kadir, 22, berkata, sebelum kejadian pada Disember tahun lalu, dia menghantar anak keduanya Mohamad Azmil Azli Mohamad Azali ke rumah pengasuh untuk menghantar anak buahnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pengasuh beritahu muntah, kesan ubat yang disapu
Menurutnya, keesokan harinya pengasuh terbabit memaklumkan anaknya mengalami muntah dan mendakwa mungkin disebabkan ubat yang disapu pada mangsa.
Katanya, sehari selepas itu pengasuh menghubungi dan memberitahu bayinya tidak menunjukkan sebarang respon dan dia bergegas ke rumah pengasuh.
“Saya terus ke rumah pengasuh dan ketika dalam bilik saya nampak pengasuh sedang mendodoikan anak saya.
“Namun sedih melihat keadaan anak yang bukan nak tidur namun diserang sawan ketika itu, malah pengasuh masih tidak memberitahu punca yang berlaku ke atas bayi saya,” katanya.
Didakwa terhempap ketika pengasuh dalam bilik air
Mengulas lanjut Siri Nor Asyikin berkata, dia segera membawa anaknya ke Hospital Melaka dan waktu itu baharu pengasuh memaklumkan anak buah didakwa terhempap bayinya ketika pengasuh itu berada dalam bilik air.
“Saya tanya dia kenapa tak beritahu awal-awal dan dia memberi jawapan kerana tidak mahu saya kelam-kabut.
“Disebabkan kecuaiannya anak saya terpaksa menanggung kesakitan dan dirawat Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Melaka selama 22 hari sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dirawat selama sembilan hari,” katanya.
Mohon doakan kesembuhan
Tambahnya, akibat kecuaian itu juga anaknya mengalami patah tangan kiri, pendarahan dalam mata dan pendarahan dalam kepala.
Ujarnya, walaupun anaknya telah dibenarkan pulang ke rumah sejak 16 Januari lalu, namun masih dalam pemantauan doktor selain perlu berulang alik ke Hospital Melaka untuk rawatan susulan.
Menurutnya, berharap insiden yang menimpa anaknya dapat menjadi iktibar kepada ibu bapa lain yang menghantar anaknya kepada pengasuh.
“Saya berharap orang ramai juga dapat bersama mendoakan kesembuhan anak saya dan berharap ada pengadilan dalam kejadian ini,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2016 dan 2017. Pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 sehingga tarikh yang akan dikemaskini. Permohonan murid Tahun 1 boleh dibuat secara online.
Borang pendaftaran murid ke Tahun 1 sesi 2023 dan 2024 boleh diisi melalui Sisten Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) – public.moe.gov.my).
Ibu bapa dinasihatkan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan untuk membolehkan permohonan kemasukan diproses.
Tarikh permohonan Murid Tahun Satu
– 1 Mac 2022: Tarikh Buka
– Akan Dikemaskini: Tarikh Tutup
Kategori Permohonan Kemasukan Tahun 1 2023/2024
Untuk makluman, kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut:
– 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017 (Untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2023)
– 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018 (Sesi persekolahan tahun 2024)
Cara membuat permohonan
i) Pendaftaran murid Tahun 1 boleh dibuat seperti berikut:
1) Aplikasi permohonan/pendaftaran secara online boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut:
Berikut dikongsikan cara mendaftar murid Tahun Satu secara online:
1) Layari laman SPATKPM
2) Untuk pengguna sedia ada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
3) Untuk pengguna baru SPATKPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di DAFTAR PENGGUNA
4) Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan Penjaga
Mula pengisian borang permohonan pendaftaran. Untuk makluman, di antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut:
1) Maklumat prasekolah/tadika
2) Profil kesihatan
3) Rekod imunisasi kanak-kanak
ii) Cetak borang dan hantar dokumen yang diperlukan
Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa atau penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu semasa tempoh permohonan pendaftaran dibuka. Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut:
1) Salinan permohonan online
2) Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta satu salinan)
3) Kad pengenalan ibu bapa/penjaga (Salinan asal beserta satu salinan KP ibu dan bapa
4) Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan satu salinan)
5) Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
6) Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
7) Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
8) Borang persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
Selamat membuat pendaftaran untuk anak Tahun 1 2023/2024. Moga permohonan kemasukan yang dimohon berjaya diluluskan.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!