Hasrat bawa anak untuk beriadah sambil bermain bertukar tragedi hitam buat satu keluarga ini apabila anak dihempap dengan salah satu fasiliti senaman ketika sedang berada di kawasan taman permainan.
Kejadian yang berlaku pada seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Ifra Mikayla ini cukup buatkan seluruh ahli keluarganya terkejut.
Semasa kejadian itu berlaku, double pendulum telah menimpa dahi anak dalam sekelip mata sehingga menyebabkan kecederaan teruk pada bahagian sekitar kepala.
Ibu kepada kanak-kanak terbabit, Safika Sahri telah memuat naik sebuah posting di laman Facebook berkenaan dengan kejadian tersebut.
Ads
“Ifra Mikayla kuat ya sayang? InsyaAllah mama akan lawan kes ni utk kayla ya? Untuk peringatan semua..
“..hati2 la jika bawa anak2 ke tempat macam ni. Jangan leka walaupun sesaat sebab nanti kita yang mnyesal. Biar anak menangis, jangan kita yang menangis,” katanya.
Ads
Safika turut berasa kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya itu ketika mereka sedang meluangkan masa bersama di taman permainan Kampung Melayu Kluang, Johor.
Mungkin selepas ini pihak berkenaan perlu sentiasa turun padang dan memantau fasiliti permainan di setiap kawasan permainan awam kanak-kanak. Ini kerana nyawa anak kecil lebih berisiko kerana mereka pengguna utama untuk semua peralatan yang disediakan.
Ibu bapa biasanya tak tahu kondisi setiap alat permainan dan semestinya akan melihat saja anak bermain. Namun jika tiba-tiba berlaku kejadian tak diingini sehingga menyebabkan kecederaan serius memang sangat ralat.
Posting tersebut menerima pelbagai komen netizen dan rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat mereka sekeluarga terutamanya kanak-kanak terbabit.
Diharapkan tidak berlaku sebarang masalah serius buat adik Ifra Mikayla walaupun lukanya betul-betul dibahagian dahi dan melibatkan kawasan kepala. Semoga cepat sembuh!
Sumber : Safika Sahri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada usia 18 bulan Ney Ney sudah mengenal huruf dan nombor. Pintar sungguh si kecil ini. Kini Nora Danish tak sabar nak dengar Ney Ney bercakap pula.
Bonding yang baik dengan anak dan asuhan yang baik tidak dinafikan mencipta hubungan yang erat dan antara ibu dan anak. Jalinan yang rapat membantu si kecil mencapai potensi diri yang lebih baik.
Semalam, aktres ini berkongsi video anaknya, Ney Ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl Nedim. Si kecil yang dilahirkan pada 22 Februari 2019 ini menunjukkan aksi comel mencairkan hati mommy dan semua warganet.
Nora menerusi Instagram berkongsi video bagaimana Ney Ney sudah pandai mengenal dan menyebut abjad dan nombor yang ditulis oleh Nora. Kata Nora, dia selalu menyanyikan lagu ABC untuk Ney Ney dan Ney Ney sering melihat pergerakan bibir apabila dinyanyikan lagu tersebut.
Para pengikut Nora terpaku dengan aksi Ney Ney dalam video ini. Ramai yang memuji kecerdikan anak pertama Nora dan Nedim Tan Sri Nazri ini. Cerdik & mempunyai bonding yang kuat.
“Clever boy.” @syhimran77
“Cerdiknya neyney….baru setahun lebih…luar biasa sungguh….” @ejanbakri
“1 tahun 6 bulan weh… banyak lah bercakap dgn anak2 ye.. lg2 bonding ayah & anak.” @baidurilaila_
“Comelnya. Suka tengok. Makpak dan brother dia rajin layan, budak pulak cepat belajar. Cuteness overload masa buat ‘O’.” @nora1a1a1a
“What a clever boy Ney Ney. Semua betul pulak tuu. Semoga Ney Ney besar dengan sihat dan jadi anak yang soleh.” @syazana75
Pelakon, Rafidah Ibrahim berkongsi berita sedih apabila impianya untuk memilik zuriat tidak kesampaian setelah mengalami keguguran.
Namun dia reda dan yakin dengan rezeki yang Allah SWT telah aturkan. Dia berkongsi kisah ini melalui sebuat posting di laman Instagramnya.
“Kehilangan bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga mahupun yang telah lama menantikan cahaya mata adalah suatu perkara yang amat menyedihkan. Begitu juga buat saya & suami.”
“Tapi sebagai hambaNya, apalah daya kita untuk menolak takdirNya. Pilihan pertama itu pilihan kami, manakala pilihan kedua itu adalah daripada Allah s.w.t. Sudah tentulah sang pencipta lebih mengetahui yang terbaik buat kami.”
“Sedikit perkongsian yang ingin saya lakukan walaupun saya yakin ramai lagi para wanita & para ibu di luar sana yang diuji jauh lebih hebat. Pada hari Isnin baru-baru ini saya telah ke hospital untuk membuat pemeriksaan atas sebab pendarahan yang berlaku, pada hari yang sama saya telah diberikan temujanji lagi 2 minggu untuk pemeriksaan pada perubahan kantung yang ada, tapi selang beberapa hari, pada hari Rabu tanggal 10hb Nov, saya kembali semula ke hospital untuk memberitahu bahawa pada malam sebelum itu sesuatu (berbentuk pejal) telah keluar ketika saya berhadas kecil.”
“Hari Rabu itu saya ke hospital untuk pemeriksaan dan hasilnya doktor terpaksa membuat proses cuci akibat keguguran. Saya yakin setiap ujian dan ketentuan yang datang daripada Allah s.w.t itu adalah sebahagian daripada proses dan perjalanan dalam kehidupan saya dan suami dalam berkeluarga. Alhamdulillah kami bersyukur dengan nikmat kegembiraan yang dipinjamkan sementara itu.”
“Pastinya perancangan Allah buat kami itu jauh lebih baik. Saya yakin, jika saya mampu melalui ujian ini dengan sabar, ramai juga wanita hebat di luar sana boleh. Semoga Allah s.w.t merahmati setiap kaum wanita yang sedang menghadapi ujian yang dilalui dengan sabar.”
Menerusi coretan yang sama, Rafidah berkongsi pengalaman bersa,a seorang doktor wanita yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya.
“Untuk proses cuci kali kedua pada hari yang sama, saya didatangi oleh seorang doktor wanita berbangsa India.
Sewaktu scan, doktor berkata ” Rafidah, you have very nice and good ovari. Kalau dapat dekat student saya, diaorang mesti nak you to do the study.”
“Alhamdulillah dalam masa diuji, Allah berikan berita gembira itu. Saya hanya mampu tersenyum walaupun sedang menahan sakit disebalik pelitup muka.Terima kasih doktor, I’ll take it as compliment & memberikan semangat untuk next baby. InsyaALLAH.
“Paling utama buat kita sebagai umat islam, sentiasa yakin rezrki Allah itu sentiasa tepat pada masa dan tempatnya. Doakan yang terbaik. Last but not least, masa pregnant elakkan daripada perkara-perkara yang bagi diri kita stress/depress,” Kongsinya.
Rafidah telah mendirikan rumah tangga bersama bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib pada 5 Mei lalu selepas 10 tahun berkenalan.
Rata-rata warga maya mengucapkan salam takziah buat Rafidah dan suami atas kehilangan ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Dia (Ainul) pandang saja dan pegang tangan Dr Amalina ketika pertemuan mereka selepas 3 tahun. Dr Amalina juga tak lepas pandang melihat Ainul,” kata Nurul Erwani Zaidi, ibu kepada penghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.
Nurul Erwani, 27, menceritakannya detik pertemuan Ainul Mardhiah, 4, dan Dr Nur Amalina Che Bakri ketika diminta berkongsi kisah menyentuh hati itu.
Pertemuan itu mendapat perhatian netizen selepas Nurul Erwani dan Dr Amalina masing-masing memuat naik gambar mereka bersama Ainul Mardhiah di Instagram (IG).
Bercerita lanjut, Nurul Erwani berkata, dia dan Dr Amalina sering berhubung menerusi WhatsApp sebelum ini bagi memaklumkan perkembangan Ainul Mardhiah.
“Kami selalu saja WhatsApp antara satu sama lain, malah Dr Amalina ada menghantar kiriman mesej sebelum ini selepas saya muat naik hantaran memaklumkan keadaan Ainul yang tidak sihat.
“Cuma, saya dan suami belum ada kesempatan membawa Ainul berjumpa Dr Amalina.
“Bagaimanapun, selepas melihat perkongsian Dr Amalina menaiki pesawat untuk pulang ke tanah air di IG sebelum ini, saya terus menghantar kiriman mesej untuk mengajaknya (Dr Amalina) berjumpa jika dia berkelapangan,” katanya.
Dr Amalina tak lepas peluk Ainul
Nurul Erwani berkata, dia dan suami, Ahmad Safiuddin Abdul Razak, 27, tidak terlalu berharap kerana faham keutamaaan Dr Amalina pulang ke Malaysia adalah untuk meluangkan masa bersama keluarganya.
“Lagipun, saya lihat Dr Amalina ada memuat naik gambar bercuti dengan suami di Langkawi, namun beliau terima pelawaan saja cuma beritahu mahu pulang ke Johor Bahru, Johor bertemu ibunya dahulu.
“Saya dan suami akhirnya dapat membawa Ainul bertemu Dr Amalina dan kami sempat luangkan masa makan tengah hari serta jalan-jalan di ibu kota bersama kira-kira dari 1 tengah hari hingga 3 petang.
“Dr Amalina asyik peluk Ainul ketika berjumpa. Beliau akui sebak kerana dulu Ainul masih bayi dan didukung tetapi kini boleh berjalan serta riang ketawa. Menurut Dr Amalina, Ainul seperti adiknya,” katanya.
Menurut Nurul Erwani, sekiranya ada rezeki, dia dan suami mahu mempertemukan lagi Ainul Mardhiah dengan Dr Amalina.
“Saya dan suami ada perancangan untuk ke London cuma perlu tunggu Ainul sihat dan kewangan kami stabil dahulu.
“Buat masa ini, Ainul masih menjalani terapi pertuturan dan fisioterapi diikuti pembedahan plastik nanti.
“Alhamdulillah, saya sekeluarga masih dapat sokongan rakyat Malaysia yang sentiasa tertunggu untuk mengetahui perkembangan Ainul sehingga kini dan kami hargai juga doa dititipkan.
“Terima kasih juga buat Dr Amalina kerana sentiasa ambil berat dan ikuti perkembangan Ainul daripada awal hingga kini, moga ukhuwah antara kami terus terjalin,” katanya.
Rancang buka Yayasan Ainul Mardhiah
Sementara itu, Nurul Erwani berkata, dia dan suami juga ada perancangan membuka Yayasan Ainul Mardhiah satu hari nanti.
“Buat masa ini, kami cuba ambil inisiatif bantu kanak-kanak berpenyakit yang memerlukan dana dengan menyumbang ikut kemampuan bagi meringankan beban keluarga mereka.
“Jika ada rezeki, kami mahu menubuhkan sebuah yayasan pula supaya Ainul Mardhiah dapat turut sama membantu golongan kurang bernasib baik apabila dewasa nanti,” katanya.
Pada 2019 Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital di London.
Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong, seorang daripada empat petugas perubatan yang mengendalikan pembedahan itu mengesahkan ‘misi’ membuang ketumbuhan pada mulut bayi terbabit berjalan lancar.
Kredit: Metro / Gambar: FB Ahmad Safiuddin & IG Nurul Erwani
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.