Kepulangan si kecil Ainul Mardhiah ke Malaysia adalah berita gembira yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia.

Kesihatan yang semakin baik selepas pembedahan selama 5 jam membuang tumor seberat 200gram yang berisiko tinggi oleh pakar di sebuah hospital kanak-kanak di London.

Ainul Sampai Tengah Hari Ini. Terus Ke Hospital Buat Pemeriksaan

Ainul menunjukkan perkembangan yang pantas di mana berat badannya meningkat. Si kecil ini juga menguasai pelbagai kemahiran dengan cepat seperti memegang mainan dan menggelengkan kepala.

SAMPAI TERUS DIBAWA KE HOSPITAL UNTUK PEMERIKSAAN

Sebelum ni kepulangan Ainul dirahsiakan bapanya atas faktor kesihatan. Namun menurut laporan akhbar tempatan, bayi kesayangan rakyat Malaysia ini dijangka tiba ke ibu negara tengah hari ini dan akan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ainul Sampai Tengah Hari Ini. Terus Ke Hospital Buat Pemeriksaan

IKLAN

BERTOLAK MALAM TADI

Dari laporan akhbar berkenaan sumber menyatakan, Ainul Mardhiah, 10 bulan, bersama bapa Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan isterinya, Nurul Erwani Zaidi sudah bertolak dari United Kingdom (UK) jam 9.30 malam tadi (waktu UK).

“Ainul dijangka tiba hari ini sebelum terus ke HKL untuk pemeriksaan,” katanya bapa Ainul.

Ainul Sampai Tengah Hari Ini. Terus Ke Hospital Buat Pemeriksaan
Ibu bapa Ainul Mardhiah.

RAHSIAKAN ATAS FAKTOR KESIHATAN

Sebelum ini bapa Ainul, Ahmad Safiuddin memaklumkan Ainul Mardhiah akan dibawa pulang ke tanah air secara rahsia.

Artikel berkaitan: Bakal Bawa Balik Secara Rahsia. Bukan Nak Sorok, Bimbang Ainul Berisiko Kena Jangkitan

IKLAN

“Tarikh tidak akan diberitahu atas nasihat doktor di sini (London) sebab takut ramai akan tunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti.

Ainul Sampai Tengah Hari Ini. Terus Ke Hospital Buat Pemeriksaan
Ainul selepas pembedahan.

BADAN AINUL MASIH BELUM KUAT

Dalam perkembangan sebelum ini, Ahmad Safiuddin memberitahu keputusan tersebut dilakukan atas faktor kesihatan Ainul yang masih belum kuat.

“Kami akan balik secara senyap-senyap berikutan Ainul dalam fasa untuk sembuh dan badannya masih belum kuat.

“Harap semua orang faham keadaan Ainul, demi mengelakkan anak kami daripada jangkitan,” katanya.

IKLAN

PENGALAMAN LEPAS

Dalam catatan Facebook Ahmad Safiuddin semalam, bapa ini turut berkongsi pengalaman Ainul yang mendapat infeksi selepas perjalanan beberapa belas jam ke London. Ahmad Safiuddin berharap perjalanan yang bakal ditempuh bersama isteri dan puteri kesayangan berjalan dengan baik.

Assalamualaikum.

Persiapan untuk pulang sedang dibuat.

Alhamdulillah, keadaan ainul semakin baik. Namun masih perlu dijaga rapi untuk memastikan Ainul sembuh dan kuat.

Pengalaman yang lepas, Ainul mendapat infection setelah mengharungi perjalanan yang panjang selama tiga belas jam penerbangan, mudah-mudahan perjalanan pulang kali ini Allah swt melindungi Ainul dan kami semua.

AINUL TERLALU FRAGILE

Bapa ini menyatakan Ainul masih dalam fasa fragile dan tidak boleh didedahkan kepada persekitaran berisiko jangkitan atas permintaan doktor. Beliau juga menghargai doa rakyat Malaysia buat puterinya.

InshaAllah, ada rezeki bila Ainul dah betul-betul bersedia nanti, ainul boleh berjumpa dengan tuan puan semua.

Buat masa sekarang, disebabkan Ainul ini terlalu fragile, doktor minta supaya kurang mendedahkan ainul supaya risiko mendapat infection dapat dikurangkan.

Walaubagaimana pun, kami sangat berbesar hati dan gembira bila dapat pulang ke tanah air. Malaysia adalah tempat ainul! ??

Ainul Sampai Tengah Hari Ini. Terus Ke Hospital Buat Pemeriksaan

Terima kasih tuan puan semua kerana mendoakan Ainul dan seterusnya mendoakan kami semua.

Kami berharap kepada Tuhan Yang Maha Esa semoga doa doa yang baik itu dikembalikan semula kepada tuan/puan dan juga keluarga. Amin!

Sumber: hmetro.com.my & FB Ahmad Safiuddin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI