Ads

5,681 Kes Buli Di Sekolah, PMX Beri Peringatan Kepada Ibu Ayah Agar Lebih Prihatin Terhadap Anak

Kes buli di sekolah bukan lagi isu yang boleh dipandang ringan. Sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat selepas rumah. Tempat anak belajar, membina persahabatan dan membesar dengan pengalaman yang membentuk siapa diri mereka kelak.

Tetapi bagaimana jika setiap pagi ada anak yang takut melangkah masuk ke pagar sekolah?

Bagaimana jika ada yang memilih diam kerana takut diejek, dipukul, dipulaukan atau dimalukan? Lebih membimbangkan, bagaimana pula jika tanpa kita sedari, anak kita sendiri sebenarnya menjadi individu yang melakukan perkara itu kepada orang lain?

Angka terbaru ini seharusnya menjadi amaran besar kepada semua ibu ayah. Sejumlah 5,681 kes buli dilaporkan berlaku di sekolah seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, melibatkan antaranya buli fizikal, buli lisan, buli bukan lisan dan buli siber.

5,681 Kes Buli Di Sekolah, PMX Beri Peringatan Kepada Ibu Ayah Agar Lebih Prihatin Terhadap Anak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Jumlah ini bukan angka kecil. Di sebalik setiap statistik mungkin ada seorang anak yang pulang ke rumah membawa ketakutan, tekanan dan pengalaman yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata angka sebenar mungkin lebih tinggi sekiranya mengambil kira kes buli di sekolah dan salah laku disiplin di pusat pendidikan yang tidak dilaporkan kerana ada pihak mahu menjaga imej sekolah.

“Masalahnya kadang-kadang dilindungi (pelaku) kerana tak mahu imej sekolah itu buruk, mahu jaga reputasi sekolah, beri laporan yang baik-baik sahaja hakikatnya anak-anak di sekolah itu berasa terdera, tertekan (apabila) masuk ke sekolah.”

Menurut beliau, kes sebegini tidak seharusnya disembunyikan kerana akhirnya anak-anak yang menerima kesannya.

“Jadi jangan sembunyikan, kerana yang rosak anak ini, pendekatan tak betul. Saya setuju dalam kes-kes seperti ini, apa-apa jua pun alasan, tindakan harus diambil secara cepat dan tegas.”

Kes Buli Di Sekolah: Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya, Tapi Sudahkah Kita Ajar Anak Tentang Adab?

Kita selalu mendengar pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya.”

Namun dalam kesibukan memastikan anak pandai membaca, mendapat keputusan peperiksaan yang baik dan berjaya dalam pelajaran, sudahkah kita memberi perhatian yang sama terhadap adab dan cara anak melayan orang lain?

Sudahkah kita ajar anak bahawa mengejek rupa fizikal bukan gurauan?

Sudahkah kita terangkan bahawa memulaukan kawan, mengambil barang tanpa izin, mengugut, menolak, memukul atau meninggalkan komen menghina di media sosial juga boleh menjadi satu bentuk buli?

Dan yang paling penting, adakah anak tahu apa yang perlu dilakukan apabila melihat rakannya dibuli?

Pendidikan mengenai buli tidak seharusnya bermula selepas sesuatu kejadian berlaku. Ia perlu bermula sejak kecil, melalui cara anak melihat ibu ayah bercakap, mengawal kemarahan, menghormati orang lain dan menyelesaikan konflik di rumah.

Tujuannya bukan untuk menuding jari kepada ibu bapa, tetapi sebagai peringatan bahawa pembentukan adab anak turut bermula daripada unit keluarga.

Ads

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

“Tanggungjawab Keluarga Itu Mesti Menjadi Asas”

5,681 Kes Buli Di Sekolah, PMX Beri Peringatan Kepada Ibu Ayah Agar Lebih Prihatin Terhadap Anak
Foto Ai

Dalam pada itu, Anwar turut menyeru ibu bapa supaya bersama-sama memainkan peranan dalam memantau pendidikan dan keselamatan anak, bukan menyerahkan keseluruhan tanggungjawab kepada pihak sekolah.

Menurut beliau, pelbagai bentuk pemantauan termasuk aspek asrama, audit keselamatan, kapasiti penyeliaan murid, kaunseling, kesihatan mental dan inisiatif kesejahteraan sudah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan.

Namun usaha itu sahaja menurutnya masih belum mencukupi kerana isu berkenaan memerlukan penglibatan semua pihak.

“Mengapa harus ada ibu bapa yang hampir tidak ambil tahu langsung kebajikan anak-anak mereka? Kalau di asrama ada kawalan yang lebih ketat, tetapi tanpa kesedaran ibu bapa, bagaimana boleh ibu bapa sampai tidak ambil tahu sama ada anak balik (rumah) atau tidak sampai 11, 12 malam?”

Beliau turut menjelaskan bahawa berdasarkan rekod beberapa kes buli di sekolah yang dilaporkan, hampir semua pelajar yang terlibat meluahkan kekecewaan kerana tidak dilayan baik oleh ibu bapa.

Bagaimanapun, beliau menegaskan perkara itu bukan bertujuan menyalahkan ibu bapa.

“Saya tidak bermaksud mahu menyalahkan ibu bapa tapi maknanya tanggungjawab keluarga, unit keluarga itu mesti menjadi asas. Negara tertegak dengan unit keluarga yang kukuh.”

Jangan Tunggu Sesuatu Berlaku Baru Mahu Bertanya

5,681 Kes Buli Di Sekolah, PMX Beri Peringatan Kepada Ibu Ayah Agar Lebih Prihatin Terhadap Anak

Ads

Ada anak yang petah bercerita mengenai sekolah, tetapi ada juga yang memilih untuk menyimpan semuanya sendiri.

Sebab itu ibu ayah perlu sentiasa membuka ruang komunikasi.

Bukan sekadar bertanya, “Hari ini belajar apa?” tetapi cuba sesekali bertanya, “Hari ini ada sesiapa buat kamu rasa tak selesa?”, “Kawan-kawan layan kamu baik?” atau “Ada tak kawan yang selalu kena kacau di sekolah?”

Pada masa yang sama, jangan hanya bertanya sama ada anak kita menjadi mangsa.

Tanya juga bagaimana dia melayan kawannya.

Adakah dia pernah mengejek? Menolak? Mengugut? Memulaukan? Ketawa apabila orang lain dipermainkan?

Kadang-kadang anak sendiri mungkin tidak sedar bahawa perkara yang dianggap sebagai “gurauan” sebenarnya sudah melukakan orang lain.

Artikel Trending: “Furqan Mukmin Pergi Tanpa Signal, Post-Mortem Tak Detect Apa-Apa” Ibu Reda Pemergian Anak, Doktor Tak Jumpa Punca

Ads

Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel Trending: Nahas Helikopter FDS: Luahan Pilu Isteri Juruterbang, “Doakan Saya Dan Anak-Anak”

Langkah Menangani Kes Buli Di Sekolah Dipertingkatkan

Kerajaan turut mengambil beberapa langkah dalam usaha mengekang masalah berkenaan, termasuk menambah bilangan guru bimbingan dan kaunseling serta pembantu warden di asrama.

Polis Diraja Malaysia juga dibenarkan memasuki kawasan sekolah secara rasmi pada bila-bila masa dengan berpakaian seragam, selain 400 warden diberikan latihan berkaitan kemahiran dan sokongan psikososial.

Kuasa pengetua, guru besar dan jawatankuasa disiplin turut diperluaskan, manakala kuasa disiplin boleh diturunkan kepada guru.

Selain itu, usaha penambahbaikan sistem disiplin murid, mendengar suara dan masalah pelajar, advokasi, polisi perlindungan murid sekolah serta saringan minda sihat turut dilaksanakan susulan isu berkaitan kesihatan mental.

Namun sebanyak mana sekalipun kawalan diperketatkan untuk menangani kes buli di sekolah, pendidikan paling awal tetap bermula dari rumah.

Jangan hanya ajar anak supaya tidak menjadi mangsa buli. Ajar mereka supaya tidak menjadi pembuli.

Kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebelum anak melangkah keluar membawa nama keluarga, bekalkan mereka bukan sahaja dengan ilmu, tetapi juga empati, rasa hormat dan adab.

Jangan tunggu sehingga satu hari kita menerima panggilan daripada pihak sekolah baru hendak bertanya, “Apa yang sebenarnya berlaku pada anak aku?”

Semuanya perlu bermula sekarang.

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Doa Perlindungan Anak: Jangan Tinggalkan 3 Doa Penting Ini Sebelum Ke...

Doa perlindungan anak yang boleh diamalkan ibu ayah sebelum anak ke sekolah. Ajarkan 3 doa ini sebagai ikhtiar memohon perlindungan Allah SWT.