Setiap kali melewati Instagramnya, ibu kepada dua orang cahaya mata, Mawar Rashid tidak pernah menunjukkan kesedihannya hatinya. Dia sentiasa ceria, penuh aura keibuan walau dihimpit kesibukan menguruskan dua anaknya serta dua anak tirinya.

Dalam usia yang baru menginjak 26 tahun, pelakon popular ini sudah punya tanggungjawab yang cukup besar membesarkan dua anaknya, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.

“Airmata Tak Berhenti Turun Waktu Tu” Kongsi Kisah Sedih Bersalinkan Anak Pertama, Mawar Rashid Buka Tirai Pa&Ma Gala Moms!

 

Tidak hanya dua anaknya, bahkan kasih sayang dibahagi sama rata pada dua anak tirinya, Raden Seri Raysaa Chanela dan Raden Ahmad Rayyan, hasil perkahwinan terdahulu suaminya, Raf Yaakob.

Melihat ketabahan hati dan kesungguhan Mawar membesarkan dua anaknya juga memberi kasih sayang pada dua anak tirinya, tidak hairanlah Mawar Rashid di pilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms yang dibawakan bersama Cetaphil.

“Airmata Tak Berhenti Turun Waktu Tu” Kongsi Kisah Sedih Bersalinkan Anak Pertama, Mawar Rashid Buka Tirai Pa&Ma Gala Moms!

Mawar yang membuka tirai sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms yang dibawakan bersama Cetaphil bermula hari ini banyak berkongsi kisah kehidupannya bersama keluarga.

Namun kisah Mawar berkongsi detik cemas menyambut kelahiran bayi sulungnya dua tahun lalu begitu memilukan. Dalam usia yang terlalu muda ketika itu, dia berdepan detik cemas bila mana anaknya tiba-tiba perlu diberikan alat bantuan pernafasan sebaik beberapa jam dilahirkan.

“Airmata Tak Berhenti Turun Waktu Tu” Kongsi Kisah Sedih Bersalinkan Anak Pertama, Mawar Rashid Buka Tirai Pa&Ma Gala Moms!

” Waktu beberapa jam lepas lahirkan Rafeal, waktu tengah tidur, nurse datang ambil baby sebab nak check baby. Doktor kata Rafeal kena masukkan oksigen sebab oksigen tak mencukupi.

“Waktu tu saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya. Sebab baru pertama kali kan. Waktu tu saya ikutkan sahaja apa doktor nak buat.

IKLAN

“Airmata Tak Berhenti Turun Waktu Tu” Kongsi Kisah Sedih Bersalinkan Anak Pertama, Mawar Rashid Buka Tirai Pa&Ma Gala Moms!

 

“Bila dah tengok semua procedur, bila tengok dia, tak sampai satu hari dilahirkan dah kena cucuk sana sini, masuk tiub dan macam-macam lagi.

“Pandangan mata saya kosong tapi air mata saya tak berhenti waktu itu. Apa saya boleh buat ketika itu hanya berdoa sahaja. Saya yakin hanya doa sahaja yang dapat menyelamatkan anak saya,” kongsi Mawar sebak.

“Airmata Tak Berhenti Turun Waktu Tu” Kongsi Kisah Sedih Bersalinkan Anak Pertama, Mawar Rashid Buka Tirai Pa&Ma Gala Moms!

Berkat doa dan kesungguhan hatinya serta disokong kuat oleh ahli keluarga, akhirnya keadaan kesihatan bertambah baik dari hari ke hari.

“Alhamdulillah dengan berkat doa dari semua ahli keluarga, hari demi hari keadaan Rafael bertambah baik dan alhamdulillah juga sampai ke hari ini tak ada sebarang kesan.

IKLAN

“Bagi saya, bila diuji dengan dengan perkara yang semacam ini, apa yang penting adalah semangat dan doa. Anak perlukan semangat dari kita untuk dia bertahan. Kita sebagai ibu perlu kuatkan semangat,” kongsinya lagi.

“Airmata Tak Berhenti Turun Waktu Tu” Kongsi Kisah Sedih Bersalinkan Anak Pertama, Mawar Rashid Buka Tirai Pa&Ma Gala Moms!

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan dari Dr Say, pengacara Pa&Ma Gala Moms mengenai dua anak tirinya, Mawar mengakui dia sememangnya suka memanjakan dua anaknya itu dari sebelum kahwin lagi.

“Mawar mula kenal Rayyan dari usia 4 tahun, Raysaa pula waktu itu baru setahun lebih. Dan sekarang ni masing-masing dah besar, Rayyan dan 10 tahun dan Raysaa 6 tahun.

“Bila tengok anak-anak membesar Mawar rasa happy. Bagus sangat keduanya, macam Raysaa begitu rapat dengan Rafael. Mereka sangat loving, sweet macam ayah mereka,” kongsi Mawar lagi.

“Airmata Tak Berhenti Turun Waktu Tu” Kongsi Kisah Sedih Bersalinkan Anak Pertama, Mawar Rashid Buka Tirai Pa&Ma Gala Moms!

Banyak perkongsian hebat Mawar mengenai kisah anak-anaknya yang dikongsikan sepanjang Live Pa&Ma Gala Moms hari ini.

IKLAN

Dan ini pula 5 perkara menarik mawar kongsikan sepanjang Live Pa&Ma Gala.

* Waktu malam adalah waktu Mawar dan suami tetapkan untuk habiskan waktu bersama anak-anak.

* Paling teruja bila Rafael start dah boleh panggil ‘mummy’. Rasa seronok sangat kata Mawar.

* Kata Mawar, keputusannya untuk meneroka bidang perniagaan buat dirinya belajar banyak ilmu.

* Mawar paling gembira bila Allah rezekikan untuk punya anak perempuan. Bila pertama kali pegang baby, kata Mawar dia sangat berterima kasih sebab Allah bagi rezeki timang anak perempuan.

* Kunci dan tip Mawar lancarkan kerjaya, lakonan dan urusan rumah tangga adalah dengan tetapkan jadual ikut keperluan.

“Airmata Tak Berhenti Turun Waktu Tu” Kongsi Kisah Sedih Bersalinkan Anak Pertama, Mawar Rashid Buka Tirai Pa&Ma Gala Moms!

Menikmati kehidupan berumahtangga semasa usianya baru 22 tahun dianggapnya sebagai satu cabaran dalam hidupnya. Perlahan-lahan Mawar belajar dan alhamdulillah dia kini mengecap bahagia bersama suami dan empat anaknya.

Menarik: Dah Datang Feeling Dia Tu, Bukan Main Aafiyah Berjoget, Menyanyi Pun Persis Datuk Siti

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI