Aisha Amaira Anak Ke-5 Ibu. Sebelum Ni 2 Kali Keguguran. Syukur Allah Sebaik Perancang

Share

Bayi perempuan hasil perkongsian hidup Fasha Sandha dan suaminya, Aidil Aziz yang diberi nama Aisha Amaira Binti Mohd Aidil dianggap pelengkap rumah tangga mereka dan ditunggu-tunggu dalam keluarga Fasha dan Aidil.

Menerusi perkongsian Fasha Sandha di instagramnya, ternyata pasangan ini gembira dengan kehadiran bayi perempuan dan bersyukur Allah tetap makbulkan doanya untuk memiliki zuriat bersama Aidil.

Tambahnya lagi, nama yang dipilih untuk bayi perempuannya itu membawa maksud Bahagia dan Cantik Selamanya. Bayi comel tersebut telah dilahirkan pada hari Jumaat jam 10.14 pagi dengan berat 2.65kg.

Fasha juga turut berkongsi, sebelum kehadiran Aisha dia pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali. Pengalaman ini tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.

Ibu yang pernah keguguran jangan putus asa

Aisha adalah anak ke 5 ibu dan ayah tau. Lagi 2 anak ibu ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah 2 kali keguguran sebelum dapat Aisha. Tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa dan tak putus doa. Al Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga.

Fasha juga turut menitipkan pesanan kepada ibu-ibu di luar sana yang pernah menghadapi situasi sepertinya iaitu keguguran agar tidak berputus asa kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.

Tahniah Fasha & Aidil

Dalam entri instagram kali ini, penampilan Fasha yang memakai tudung dengan elok turut mendapat pujian peminatnya. Ternyata ramai yang suka dengan perubahan Fasha dan berharap ia dapat berkekalan selamanya.

Moga Aisha membesar menjadi anak solehah

Fasha sebelum ini telah pun mempunyai 2 orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu yang bernama Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Sumber: ig Fasha Sandha

**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

 

IKLAN