Aiskrim Durian Homemade Lagi Puas Buat Sendiri, Anak Makan Berebut!

Share

Anak mana yang tak suka aiskrim? Bukan anak sahaja, kita pun ada waktunya mengidam yang teramat sangat. Apatah lagi askrim durian yang cukup sedap dan berlemak rasanya. Musim durian yang masih berbaki ini apa kata kita sediakan askrim durian pula untuk anak. Tak perlu beli jadi kita buat sendiri sahaja di rumah.

Resipi aiskrim durian homemade yang disediakan oleh Fafae Mimie ini cukup mudah nak disediakan. Menariknya hanya empat bahan diperlukan. Siap! Jom kita cuba!


Musim durian kan..marilah buat aiskrim durian.

Homemade aiskrim durian siap.

Durian 10-15 ulas
1 tin susu sejat
3 sudu susu pekat
1 sudu besar ovalet

Blend semua kecuali durian.

Bila dah kembang, masuk durian, blend lagi sekali.

Masuk dalam bekas dan bekukan.

Siappp!


EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING

Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.

Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 9 September Ogos 2020, jam 9 malam.

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel 

IKLAN