Aiskrim vanila antara pilihan anak-anak dan menjadi pilihan seisi keluarga. Sedap dimakan dengan kon, roti atau begitu sahaja. Apa kata buat sendiri aiskrim vanilla homemade seperti yang dikongsikan ini jika teringin nak makan. Mudah dan teksturnya pun gebu!
RESIPI AISKRIM VANILA HOMEMADE
300 ml air
2 sudu tepung jagung
300 ml susu segar
60 gram gula pasir
1 sudu serbuk vanilla
1 sudu ovelette
CARA PENYEDIAAN
1. Mula-mula sekali, masukkan air bersama tepung jagung ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati bancuhannya. Tapi pastikan jangan buka api dapur dahulu.
2. Kemudian, buka api dan masak bancuhan sehingga menjadi jernih seperti gambar di atas.
Ads
3. Seterusnya, masukkan pula susu segar dan kacau lagi sekali sehingga sebati bancuhan tersebut.
4. Masukkan pula gula pasir bersama serbuk vanilla dan kacau dengan rata. Hati-hati jangan sampai tertumpah ke luar, rugi tau.
5. Setelah itu, pindahkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam.
6. Selepas 5 jam, keluarkan dan hancurkan aiskrim tadi ke dalam bekas pengadun.
Ads
7. Masukkan ovelette dan kacau dengan pengisar pengadun hingga sebati dan kembang.
8. Langkah terakhir, tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan selama 5 jam juga.
Dah siap aiskrim vanilla hasil air tangan sendiri! Boleh makan bersama kon aiskrim atau letak dalam cawan makan begitu saja. Makan dengan roti pun layan. Selamat mencuba!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berpantang sendirian tanpa ibu atau ibu mertua tidaklah menjadikan kita berlapar perut. Menyediakan sendiri menu ringkas tetapi berkhasiat dan segar sudah cukup membuatkan ibu lebih bertenaga malah kenyang sepanjang tempoh berpantang.
Resipi pantang yang dikongsikan oleh ibu ini, Ana Suliana yang disediakan olehnya dan kakaknya ini memang nampak segar, menarik dan sedap. Tanpa ibu tetapi bergilir-gilir menyediakan resipi ketika masing-masing berpantang. Patut dicontohi oleh semua.
Paling menarik menu yang disediakan dipilih daripada bahan untuk memperbanyakkan susu. Hebat!. Jom intai menu yang disediakan oleh dua beradik ini.
Bila dah takde mak, saya berpantang kakak jaga, dia berpantang saya pulak jagakan. Kami saling menjaga sesama sendiri je. Dulu dia masakkan sedap sedap untuk saya. Now saya pulak balas jasa kakak. Compilation lauk saya and kakak masakkan tahun lepas.
Kitorang tak handal pun bab bab lauk pantang. Masak yang asalkan berkhasiat, tak pedas, sayur pilih yang banyakkan susu. Alhamdulillah badan boleh terima & susu pun meriah.
Lipat tepi-tepi aluminium foil jadi bentuk kawah. Letak siap siap dalam pengukus. Letak ikan tengah-tengah sumbat dengan bawang putih & serai. If baby dah habis jaundice/kuning boleh tambah halia tumbuk.
Bancuh kuah. Resepi kuah steam: Air panas 1 mug, Kiub ayam 1 Bawang putih tumbuk 3 ulas Air limau nipis sebiji
Kacau-kacau sebati. Tuang atas ikan. Kukus sampai masak. Tabur bawang putih hancur goreng + daun ketumbar.
Resepi garlic chicken grill
Bawang putih dua ulas Ayam Sos tiram 1 sudu Parsley flakes Blackpepper
Bawang putih goreng sampai brownish, tumbuk lumat salut kat ayam, sos tiram 1 sudu, rasa sifu sikit, parsley flakes (takde pun takpe) . Boleh tambah blackpepper sikit. Gaul bagi rata perap 1 jam pastu grill. Kalau ada oven lagi senang masuk oven je.
Ikan Daun Baru salut garam, bakar. Sayur sawi tumis air (milkbooster). Bawang merah + bawang putih penyedap rasa.
Ikan tenggiri rebus asam paling fav time pantang. Rebus air masuk bawang, asam keping, ikan. Garam secukup rasa. Siap.
Terdapat beberapa lagi resipi pantang menarik yang dikongsikan olehnya di facebooknya. Selamat mencuba. Semuanya sedap-sedap belaka dan sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan kerajaan untuk membuka semula Taska demi memastikan ibu bapa dapat kembali bekerja sepenuhnya bukanlah satu keputusan yang mudah dilakukan. Namun demi memastikan ibu bapa dapat bekerja dengan tenang tanpa memikirkan keselamatan anak-anak dan bimbangkan risiko terdedah kepada wabak yang melanda negara kita, SOP lengkap dikeluarkan untuk panduan pemilik taska dan tadika.
Namun kerisauan pastinya masih tetap ada bagi semua ibu bapa. Begitu juga dengan pengusaha taska yang mengambil satu tanggungjawab yang besar dalam memastikan hal ini berjalan lancar. Menurut kata Puan Liyana Nazli, pemilik Atfal Jannah Kuantan & Kemaman – Pusat Intervensi Awal Kanak-Kanak, membuka semula Taska bukanlah satu tindakan yang mudah.
Bukan hanya dengan SOP yang ketat bahkan ia tanggungjawab bersama dalam memastikan anak-anak selamat di samping ibu bapa juga dapat kembali bekerja dengan tenang tanpa memikirkan anak-anak. Sebagai pengusaha Taska, ini yang dikongsikan oleh beliau demi memastikan anak-anak di Taska bebas risiko.
Done with AJ Kuantan today!
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha pusat jagaan ialah meminimakan peralatan dan perabot yang digunakan sepanjang operasi. Untuk mengurangkan risiko pencemaran serta memudahkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi harian.
Dalam SOP semua permukaan perabot dan lantai perlu disanitasi sekurang-kurangnya dua kali sehari (pertukaran sesi pagi ke petang dan sebelum pulang). Jadi semua peralatan yang sukar untuk disanitasi teacher simpan dahulu buat sementara waktu, antaranya seperti: – ball pool – karpet – floor mats
Peralatan lain yang digunakan berkala disimpan dalam almari tertutup dan berkunci. Teacher minta terapis rekod peralatan pembelajaran yang digunakan oleh individu pelajar setiap hari, sanitasi selepas digunakan dan disimpan di tempatnya semula. Aktiviti seperti permainan yang melibatkan kumpulan tidak dijalankan buat sementara waktu.
Perabot pun diminimakan. Hanya yang betul-betul digunakan saja ada di ruang aktiviti dan dilabelkan dengan nama pelajar yang menggunakannya.
Ha, bukan mudah nak buka semula pusat jagaan selepas tempoh PKP… InsyaAllah moga selamat semuanya. Faiza azamta fatawakkal ‘alallah!
Kebimbangan Tetap Ada
Pa&Ma sempat bertanyakan kebimbangan serta pematuhan SOP yang seharusnya dipatuhi Taska demi memastikan anak-anak terjamin keselamatan mereka. Sesungguhnya banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pihak Taska demi memastikan semua ini berjalan dengan baik. Malah ia juga menjadi tanggungjawab bersama, baik pihak Taska begitu juga dengan ibu bapa dalam memastikan anak-anak selamat.
Bagaimana kebimbangan dan kesediaan pihak taska untuk membuka semula taska?
Sebagai pihak taska memang ada rasa bimbang sebab pematuhan SOP ini melibatkan semua pihak. Bukan sahaja daripada pihak TASKA. Kami sangat berharap ibu bapa juga dapat mematuhi SOP seperti yang ditetapkan supaya keselamatan semua orang terjaga. Tetapi melihatkan SOP yang ketat dan terperinci, sepatutnya memang selamat saja untuk TASKA yang mengikuti SOP untuk menerima pelajar. Mungkin ada sesetengah TASKA yang akan menghadapi masalah untuk mematuhi kerana kekangan ruang dan tenaga kerja.
Sejauh mana Taska memastikan SOP berjalan lancar?
Dalam pematuhan SOP sebagai pemilik TASKA, perlu pastikan kakitangan faham prosedur dan mengapa langkah-langkah tersebut perlu dijalankan. Kakitangan perlu dilatih supaya segala prosedur berjalan lancar. Selain daripada itu memang perlu terangkan kepada ibu bapa mengapa setiap langkah dalam SOP itu perlu dipatuhi untuk keselamatan semua yang terlibat.
Tak boleh ambil mudah. Kedua-dua pihak kakitangan TASKA dan ibu bapa kedua-duanya perlu tandatangan borang akuan pengisytiharan kesihatan untuk declare bebas risiko Covid. Sebarang ketidaktepatan maklumat boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Bagaimana meyakinkan semula ibu bapa untuk hantar anak?
Memang susah nak yakinkan ibu bapa. Jika mereka ada pilihan untuk menjaga anak sendiri di rumah, tak ada masalah. Kita tak paksa ibu bapa untuk hantar anak, malah lebih bagus sekiranya ada sebahagian daripada ibu bapa yang ada alternatif jagaan yang lain untuk memberi peluang kepada yang benar-benar memerlukan khidmat jagaan daripada TASKA. Apabila jumlah kanak-kanak berkurang, pematuhan SOP tu lebih baik.
Tambah di peringkat awal ni masing-masing baru nak biasakan diri dengan norma baru, perlukan latihan dan peringatan. Secara berperingkat, kita boleh buka operasi dengan kapasiti kanak-kanak seperti biasa apabila semuanya telah terlatih dengan norma baru. Sebagai pemilik TASKA kita kena tunjukkan komitmen kita untuk pematuhan SOP untuk meyakinkan ibu bapa.
Pesanan saya, dalam menghalang penularan wabak Covid memang tanggungjawab semua orang. Masing-masing ada peranan masing-masing, jadi perlu beri kerjasama yang sepenuhnya. InsyaAllah moga kita semua sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan dijauhi dari wabak Covid 19.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak suka sangat makan kentang goreng? Mama boleh je buat sendiri. Lagi sedap dan ranggup serta boleh ikut citarasa sendiri. Modal tak sampai RM10 boleh makan seisi keluarga berulang kali.
Nak tahu cara membuatnya, resepi yang dikongsikan oleh Sri Rahayu boleh mama cuba. Mudah je! Nak buat frozen pun boleh.
French fries home made
Bahan-bahan:
– ubi kentang 5 biji
– tepung jagung 5 sudu makan
– sikit baking powder
– garam
– serbuk lada – ikut suka putih ke hitam
– serbuk perasa – ikut citarasa masing-masing
Sukatan bahan agak-agak je ye
Cara-caranya:
* Basuh bersih-bersih ubi kentang dengan menggunakan sabut dawai
* Next kupas ubi kentang, lepastu keringkan/lap ubi kentang dengan tissue paper (lap betul-betul kering ye. Tak payah basuh dah ubi kentang tuu
* Potong ubi kentang ikut suka
* Next campurkan tepung jagung, garam, serbuk lada dan perasa
* Lepas tu masukkan ubi kentang dalam tepung jagung, stir until evenly distributed
* Panaskan minyak dalam kuali, minyak betul-betul panas ye
* Masukkan ubi kentang, goreng hingga separuh masak. Angkat dan toskan/rehatkan dalam 5-7 minit
* Kemudian goreng lagi ubi kentang yang ditoskan tadi untuk kali ke 2. Goreng hingga warna golden yellow.
* Sebelum dimakan, toskan betul-betul. Tabur serbuk lada lagi sedap guys.
P/S: 5 biji ubi kentang jadi banyak. Disebabkan banyak, saya goreng setengah je. Selebihnya masuk frezer jadikannya frozen. Senang bila-bila nak makan boleh goreng.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.