Aiskrim Vanilla Homemade, Lembut, Gebu, Rasa Macam Beli Di Kedai, Confirm Anak Suka!

Share

Aiskrim vanilla antara pilihan anak-anak dan menjadi pilihan seisi keluarga. Sedap dimakan dengan kon, roti atau begitu sahaja. Apa kata buat sendiri aiskrim vanilla homemade seperti yang dikongsikan ini jika teringin nak makan. Mudah dan teksturnya pun gebu!

Aiskrim Vanilla Homemade, Lembut, Gebu

RESIPI AISKRIM VANILLA

300 ml air
2 sudu tepung jagung
300 ml susu segar
60 gram gula pasir
1 sudu serbuk vanilla
1 sudu ovelette

Rasa Macam Beli Di Kedai, Confirm Anak Suka!

Cara membuat:

1. Mula-mula sekali, masukkan air bersama tepung jagung ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati bancuhannya. Tapi pastikan jangan buka api dapur dahulu.

2. Kemudian, buka api dan masak bancuhan sehingga menjadi jernih seperti gambar di atas.

3. Seterusnya, masukkan pula susu segar dan kacau lagi sekali sehingga sebati bancuhan tersebut.

4. Masukkan pula gula pasir bersama serbuk vanilla dan kacau dengan rata. Hati-hati jangan sampai tertumpah ke luar, rugi tau.

5. Setelah itu, pindahkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam.

6. Selepas 5 jam, keluarkan dan hancurkan aiskrim tadi ke dalam bekas pengadun.

7. Masukkan ovelette dan kacau dengan pengisar pengadun hingga sebati dan kembang.

8. Langkah terakhir, tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan selama 5 jam juga.

Dah siap aiskrim vanilla hasil air tangan sendiri! Boleh makan bersama kon aiskrim atau letak dalam cawan makan begitu saja. Makan dengan roti pun layan. Selamat mencuba!

 

 

IKLAN