Ajal bersama..Dua beranak termasuk bayi lelaki berusia lapan bulan maut manakala tujuh yang lain cedera apabila van dinaiki terbabas di Kilometer 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru, Gua Musang.
Dalam kejadian 10.35 pagi, mangsa yang maut dikenali sebagai Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan bayinya Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi.
Mangsa lain yang cedera ialah pemandu van, Mohd Lazim Abdullah, 56, Dr Siti Salwa Mohamad Shokri, 38, Syahirah Muhamad Razali, 20, Dr Norazma Mohamad, 34, Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29, Dr Suzuanhafizan Omar, 32, dan Dr Hazirah Sazali, 33.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kemalangan berlaku ketika mereka menaiki van Toyota Hiace dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang.
Menurutnya, van dari Hospital Kuala Krai itu dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang (HGM) bagi menjalankan tugas rawatan berikutan penularan wabak Covid-19.
Katanya, sebaik sampai ke lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum seorang mangsa tercampak keluar dari van berkenaan.
Ads
“Dr Nooranisah meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan, manakala bayinya meninggal dunia pada 11.02 pagi di HGM akibat kecederaan dalaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, tujuh mangsa lain yang cedera bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra menerima rawatan di HGM dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Katanya, mayat dua beranak itu dihantar ke Bilik Forensik HGM untuk bedah siasat.
“Saya bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan rasa sedih di atas kejadian itu kerana mangsa pergi ke HGM untuk menjalankan tugasnya,” katanya.
Ads
Sementara itu, menerusi kenyataan di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Dr Nooranisah Mohd Razali atas pemergian allahyarhamah dan bayinya.
Dukacita dimaklumkan bahawa sebuah kenderaan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai telah terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan urusan rasmi menghantar pasukan lawatan pakar pembedahan ke Hospital Gua Musang pada pagi tadi.
Selain daripada pemandu kenderaan, penumpang adalah terdiri daripada seorang Pakar Pembedahan, 3 orang Pegawai Perubatan Jabatan Pembedahan, dan 2 orang Pegawai Perubatan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi serta anak kepada salah seorang Pegawai Perubatan tersebut yang berusia lapan bulan.
Ads
Salah seorang Pegawai Perubatan iaitu Dr Nooranisah Mohd Razali telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak beliau meninggal dunia di Hospital Gua Musang. Pemandu dan penumpang-penumpang yang lain adalah selamat.
Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.
Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada suami dan keluarga Allahyarhamah Dr Nooranisah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Difahamkan arwah membawa anaknya bersama kerana perlu bertugas di Gua Musang selama seminggu. Semoga Syurga buat arwah dan anak.
Sejak kerajaan mewajibkan penggunaan child restraint system (crs) atau carseat, ramai ibu bapa mengeluh kerana tidak mampu membeli carseat walaupun ingin sangat anak mereka selamat di dalam kereta.
Baru-baru ini kerajaan menawarkan subsidi sehingga 50% bagi keluarga B40 dengan peruntukan sebanyak RM30 juta yang dilancarkan pada bajet 2022.
Maknanya jika ibu bapa membeli carseat bernilai RM300 ke bawah, akan mendapat subsidi 50% dan jika harga carseat melebihi RM300 maksima subsidi diterima ialah RM150.
Bagi orang lain mungkin sikit RM150, tapi nilai ini dah sangat berbaloi bagi ibu bapa yang betul-betul ingin anak mereka selamat.
Terlalu banyak kisah bayi tercampak namun ibu bapa selamat apabila kemalangan. Kerusi kereta tidak direka untuk bayi tapi orang dewasa. Sebab itu bayi dan kanak kanak perlu CRS.
1 keluarga layak 1 carseat namun mereka yang layak tetap perlu memohon di website www.mycrs.gov.my bermula Mac. Kemudian, boleh menyemak samada mereka mendapat subsidi atau tidak bermula 1 April 2022.
Apabila dah ada nama dan layak dapat subsidi, boleh pergi ke kedai terpilih yang diluluskan MIROS.
MIROS akan luluskan kedai yang mempunyai penjual terlatih dengan Child Occupant Safety Advisor atau COSA. Ini bagi memastikan pembeli diajar cara yang betul untuk pasang carseat di kereta.
Alhamdulilah, kesemua 13 cawangan Butik Tateh mempunyai 16 orang team yang telah menghadiri latihan COSA oleh MIROS sejak tahun lepas.
Misi kami memperjuangkan keselamatan kanak kanak dan mengajar betul cara guna carseat lebih mudah dengan adanya subsidi ini.
Saranan kami semoga ibu bapa boleh mula menabung sekurangnya RM150 bagi membolehkan membeli carseat 1 April nanti.
Semoga subsidi ini mendapat sambutan dan kerajaan menyambung lagi setelah habis RM30juta ini.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Polis telah merakam keterangan ibu bapa dua kanak-kanak yang tular di media sosial bermain di tepi balkoni tingkap di sebuah kondominium di Taman Setapak di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan dipanggil untuk dirakam percakapan oleh pegawai penyiasat.
“Pasangan tersebut telah dibenarkan pulang malam tadi (Selasa), pegawai penyiasat akan melengkapkan siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ashari berkata, satu laporan berkaitan kejadian itu dibuat oleh Pegawai Polis dari Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Selasa.
“Hasil siasatan mendapati ibu bapa mangsa berada di dalam rumah namun tidak menyedari kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Pada Selasa, satu video tular berdurasi 11 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan adik lelakinya berusia dua tahun berada di balkoni tingkap kediaman terbabit.
Kanak-kanak terdedah kepada pelbagai bahaya. Mama papa perlu berhati-hati terutamanya di pusat membeli-belah (shopping mall).
Detik cemas yang dihadapi keluarga ini wajar dijadikan teladan kepada semua ibu bapa apabila si kecil mengalami kecederaan pada wajah selepas terlanggar rak pakaian besi di sebuah pusat membeli belah. Saat mencemaskan adalah apabila berlaku pendarahan teruk!
Saad bersama kakaknya.
Saad Shahzad, 5 tahun, nyaris kehilangan matanya apabila mukanya tertusuk rak penyangkut apabila terlanggar rak berkenaan ketika membeli belah dengan ibu dan kakaknya.
CANGKUK LOGAM MENEMBUSI SEHINGGA SOKET MATA
Dalam kejadian berkenaan, Saad membongkokkan badannya untuk mengambil pakaian yang jatuh di lantai. Tanpa disedari dia terlanggar penyangkut dan membenam pada cangkuk pakaian logam sehingga ke soket mata ketika. Kejadian yang menyebabkan anak kecik ini meraung kesakitan.
IBU MUNTAH & PENGSAN SELEPAS MENCABUT CANGKUK
Ibu Saad menjerit ketakutan dan cuba menarik muka anaknya dari cangkuk. Apabila cangkuk berjaya dicabut, darah mengalir laju dari luka terbuka. Ibu ini kemudiannya muntah dan pengsan kerana terkejut.
Saad ketika itu kini tidak dapat melihat telah dikejarkan ke hospital di mana dia menjalani pembedahan kecemasan untuk saluran mata yang terkoyak. Anak kecil ini kini semakin pulih dengan baik dan syukurlah kecederaan yang dialami tidak berkekalan.
Mata Saad selepas dirawat.
PENDARAHAN TERUK, MUJUR ANAKKU TIDAK BUTA
Ketika kejadian ini berlaku, bapa Saad, Adnan sedang bekerja. “Terdapat pendarahan teruk, saya ingat dia telah ‘kehilangan’ matanya. Dia amat bersyukur nasib anaknya baik untuk tidak kehilangan matanya, cuma kecederaan sementara sahaja.
Ibu Saad pula mengalami trauma akibat kejadian tersebut. Dia kini masih belum mendapat kekuatan untuk memasuki mana-mana pusat membeli belah. “Saya mahu perkara-perkara ini diambil serius. Jika cangkuk ini berbahaya mengapa kita tidak melakukan sesuatu mengenainya,’ katanya ibu Saad.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.