Ads

Ajal Menjemput Ketika Berniaga, Wanita Maut Dihempap Pokok

Kejadian pokok tumbang di Pantai Penunjuk Kijal, di sini, menyebabkan seorang peniaga wanita maut.

Mangsa berasal dari Kemboja yang sedang berniaga minuman maut dihempap pokok tumbang disebabkan hujan lebat di Pantai Penunjuk, Kijal.

Mangsa dikenali sebagai Saleha Ashaari, 49, yang memiliki taraf penduduk tetap meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala pada pukul 6.15 petang sema]lam (18/9)

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, wanita itu sedang berniaga di bawah kanopi di pantai peranginan terbabit.

Ads

“Waktu itu hujan lebat dan sebatang pokok tiba-tiba tumbang lalu menghempap mangsa. Anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian telah mengeluarkan mangsa dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kejadian hujan lebat dan angin itu turut menyebabkan  beberapa batang pokok lain yang menghempap sebahagian kenderaan terdapat di Pantai Penunjuk berkenaan.

Ads

Ajal Menjemput Ketika Berniaga, Wanita Maut Dihempap Pokok
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ads

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman, untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Kosmo

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ruang Terapi Sensori Percuma Bantu Perkembangan Anak Istimewa, Legakan Beban Ibu...

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald membantu ribuan anak istimewa di Malaysia melalui terapi percuma yang selamat, komprehensif dan mesra keluarga.