Ajar Anak Cuba Semua Jenis Makanan, Takoyaki Homemade Macam Kedai, Mama Wajib Cuba!

Share

Sesekali anak perlu dibiasakan dengan pelbagai jenis makanan. Tidak kiralah samada menu barat, Jepun atau jenis makanan lain. Mungkin tidak pada selera kita tetapi mana tahu anak-anak cukup sukakannya. Jadi ketika memilih makanan, belajarlah untuk beri anak cuba semua jenis makanan.

Salah satu menu yang paling ringkas, sedap dan berkhasiat untuk dicuba anak-anak kecil kita adalah Takoyaki. Inti kentang serta sumber protin lain seperti ayam yang terkandung di dalamnya buat anak-anak dibekalkan dengan nutrisi secukupnya. Tambahkan sayur yang didadu kecil di dalamnya untuk gandakan lebih khasiat. Bukan kenyang sahaja malah anak lengkap dengan nutrisi.

Resipi Takoyaki homemade yang disediakan ibu ini, Sha Roziah Al Yahya menerusi grup Happy Baby Foods Malaysia ini mama perlu cuba. Mana tahu Takoyaki jadi pilihan anak kita.

Percubaan pertama ummi untuk menu dik Hannan pagi ni. Takoyaki versi Baby. Alhamdulillah dik Hannan suka oklah tu. Takde sos pun dah sedap.

Resepi takoyaki

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sdb tepung jagung
2 biji telur
2 cawan air (saya guna air rebusan ayam tadi)
Sedikit baking powder
#bancuhannya cair je ya tak pekat

Bahan Inti:
Isi ayam, sotong, udang (pelbagai variasi terpulang)
Carrot -dadukan
Kentang -dadukan
Sawi pak choy
Daun bawang -hiris nipis
Kobis bulat -dicincang/disagat
#isi ayam + carrot + kentang saya rebus hingga separuh masak
#air dr rebusan ni saya letak dalam bancuhan

1. Untuk bahan takoyaki, campurkan semua bahan dalam mangkuk. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut/tiada gumpalan tepung. Tapiskan adunan.


2. Untuk inti pulak, panaskan pan atas dapur, sapukan minyak dan letak adunan tu 3/4. Masukkan inti dan paipkan lagi adunan.


3. Pusing-pusingkan adunan tadi dan jika ada ruang kosong paipkan lagi adunan tu ya. Nnti ia akan membulat cantik.


4. Dah nmpak garing bolehlah angkat. Guna lidi ya untuk pusing-pusingkannya.

Pan takoyaki saya beli kt shopee je rm20. 80.

IKLAN