Ajar Anak Lelaki Buat Kerja Rumah, Protect Adik-Beradik Perempuan. Nanti Yang Untung Ibu Ayah

Share

Anak lelaki dan perempuan memang mempunyai karakter berbeza. Hasil didikan ibu ayah amat penting untuk menggilap potensi diri menjadi lebih baik dan boleh diharap.

Anak lelaki dan perempuan, harus dididik menjadi insan yang boleh berdikari dan memainkan peranan dalam institusi keluarga sejak kecil lagi. Lebih-lebih lagi bila ibu ayah sudah tiada lagi, sekurang-kurangnya mereka tahu untuk bergantung antara satu sama lain.

Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan buat mama papa yang mempunyai anak lelaki. Tidak salah jika diajar dari awal tentang melindungi maruah adik beradik perempuan, mengamalkan sikap lemah lembut dan melakukan kerja-kerja rumah, pengalaman berharga yang boleh digunakan pada masa hadapan.

Ada Anak Lelaki, Ajar 5 Perkara Mesti Buat Sebelum Usia 15 Tahun

#1 – Didik anak lelaki untuk MELINDUNGI maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki lah yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik beradik perempuannya

#2 – Didik anak lelaki untuk LEMAH LEMBUT dengan adik beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik beradik perempuannya

#3 – Didik anak lelaki sifat RAJIN terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri

#4 – Didik anak lelaki untuk HORMAT pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh jadi hilang panduan

#5 – Didik anak lelaki untuk MENCINTAI ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibunya lah pintu syurga utamanya buat selama lamanya.

Sumber: The Pro Parenting

Artikel berkaitan: [Anak Lelaki Lain Sikit Cara Nak Handle. Untuk Jadikan Mereka Lebih Sensitif Dan Peka, Ini 5 Perkara Yang Perlu Anda Buat]


IKLAN