Minum air masak dari cawan adalah antara perkara pertama yang kita kena latih bayi seawal mula makan.
Walaupun bayi sudah cukup dapatkan hidrasi daripada susu, air masak sangat penting untuk:
1️. Latih anak minum menggunakan cawan
2️. Bersihkan mulut selepas makan
3️. Elakkan anak sembelit
Ads
4️. Buat anak belajar rasa dan hopefully sukakan air masak nanti!
Bila nak latih anak minum menggunakan cawan, saya cadangkan anda cari cawan yang kecil (saya suka ezpz) dan isikan air dalam kuantiti kecil. Bila anak nak minum, bantu letakkan cawan di bibir anak dan condongkan. Kira 1 – 2 – stop supaya tak terlalu banyak air masuk
Once anak dah biasa dan minum air dari cawan dengan yakin tanpa keluar semula air, boleh bertukar kepada straw pula. Pentingnya guna cawan berbanding sippy cup adalah untuk perkembangan oral motor anak dan mengelakkan masalah speech delay.
Ads
Ohh btw anak minum air masak tak boleh lebih 4 oz sehari ya. Kecuali kalau suhu terlalu panas dan nampak anak peluh banyak sangat!
Ketam sangat sihat untuk bayi berumur satu tahun. Ia adalah sumber protein tanpa lemak dengan nutrien penting yang tinggi seperti vitamin B12, selenium, tembaga dan zink. Ketam juga merupakan sumber asid lemak omega 3 yang baik.
Anda hanya boleh memperkenalkan ketam selepas hari lahir pertama bayi kerana ketam mengandungi sodium yang tinggi. Berikan hanya yang segar dan beku serta elakkan jejari ketam tiruan yang banyak dijual di pasaran.
Dr Amalina berkongsi kaedah cara menghidangkan ketam di bawah:
Ia memang mempunyai kesan merkuri akibat pencemaran air. Jadi makan ketam secara sederhana dan hidangkan sekali-sekala ok?
Memandangkan ketam adalah sejenis kerang, ia adalah salah satu alergen makanan yang paling biasa. Perkenalkan dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Jika tiada tindak balas alahan, tambahkan kuantiti secara beransur-ansur semasa hidangan akan datang
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Pisang memang makanan kegemaran si manja. Rasa pisang yang lemak manis dan tekstur yang lembut menjadikan ia buah kesukaan anak kecil. Tapi betul ke makan pisang boleh menyebabkan susu bayi tersumbat hingga tak boleh buang air kecil?
Ekoran dari kisah viral kanak-kanak makan pisang hingga tersumbat usus dan tidak boleh membuang air kecil, Dr Sakinah Sulong telah berkongsi tentang info mengenai pisang dan perkaitannya dengan sistem penghadaman si kecil.
Rupa-rupanya ia berkait rapat dengan tahap keranuman buah pisang & kuantiti pengambilan. Berikut ialah perkongsian beliau;
Baru-baru ini, telah tular cerita seorang anak kecil telah mengalami masalah tersumbat usus hingga tak dapat kencing dikatakan akibat memakan pisang. Ia menimbulkan rasa takut ibu-ibu pada pisang.
Adakah benar pisang menyebabkan usus tersumbat?
Pisang adalah buah yang mudah didapati di negara beriklim tropika seperti Malaysia. Ianya mudah didapati dan murah harganya.
Selama ini, pisang memang jadi antara kegemaran saya dan anak-anak. Alhamdulillah kami semua tiada masalah.
Ia kaya dengan potassium dan kaya karbohidrat jadi sesuai dijadikan snek ringkas, lebih-lebih lagi bagi seseorang yang nak memulakan aktiviti fizikal seperti hiking atau berbasikal.
PISANG TIDAK MASAK/TIDAK RANUM MENYEBABKAN SEMBELIT
Cerita yang dikongsi ada kebenaran tapi tak semuanya tepat. Pisang tak masak yang boleh menyebabkan sembelit atau menerukkan sembelit. Bukannya pisang yang masak.
Pisang tak masak mengandungi tinggi tannin dan amylase-resistant starch menyebabkan ia sukar dicernakan.
Berlainan dengan pisang yang masak.
Kandungan tannin sudah berkurang, begitu juga amylase-resistant starch. Kandungan gulanya lebih tinggi.
Jadi ia kurang menyebabkan sembelit.
KUANTITI PISANG YANG DIAMBIL
Pisang juga boleh jadi sumber fiber yang membantu melawaskan pencernaan. Bagi setiap 120gm pisang, terdapat lebih kurang 3gm fiber. Keperluan fiber anak-anak berumur 3-5 tahun adalah 8-10gram sehari. Jadi dengan mengambil 2-3 biji pisang setiap hari sudah memadai.
Bukan untuk diambil dalam kuantiti yang banyak sekaligus!
Jadi para ibu yang risau,
Nak bagi pisang, bagi lah pisang yang masak ranum dan berilah dalam kuantiti yang sederhana. Segalanya perlu diberi secara sederhana.
Sekiranya anak mempunyai masalah sembelit, mungkin boleh juga cuba buah yang lain seperti betik dan epal hijau. Dan jangan lupa berikan air masak secukupnya.
Satu lagi, galakkan anak membuat aktiviti fizikal seperti bermain di padang untuk mengaktifkan salur pencernaannya. Elakkan bertangguh untuk ke tandas bagi mereka kerana makin lama mereka bertangguh, najis akan menjadi semakin keras.
Semoga bermanafaat dan menghilangkan salah faham pada pisang.
Pisang tak bersalah! ???
Sumber: Dr Sakinah Sulong
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak liat nak makan, mama dah masak macam-macam pun tetap anak tak nak makan. Kadang-kadang timbul rasa stress sebab mama dah usaha untuk bangkitkan selera makan anak tapi tetap tak menjadi. Sedih bila sedikit pun anak tak nak jamah.
Situasi ini boleh dikatakan hampir separuh ibu-ibu yang mengalaminya. Puan Nur Fazeela Ishak berkongsi petua semulajadi untuk meningkatkan selera makan anak. Selamat mencuba mama!
Aduhai, liatnya nak suruh anak makan. Habis semua diluek kan. Kita pun naik ‘tension’. Setiap kali disuruh makan macam nak berperang! Bukan yang baby saja, anak yang dah besar pun sama juga. Baru makan sikit dah buat muka lemah nak muntah la sakit perutla. Macam-macam alasan bagi asik nak mengelak je..Penat mak-mak ni kerah otak nak masak menu istimewa buat anak-anak sudahnya yang dijamahnya alahai tak sampai 3suap pun…”
Mak-mak mesti risau kalau anak kurang makankan. Dah macam-macam resipi dicuba. Malah, pelbagai hiasan pun dah dihias pada makanan. Yela ingatkan dah buat cantik-cantik anak akan tertarik nak cuba makan. Tapi…… Langsung tak jalan!
KENAPA ANAK KURANG MAKAN?
Tahu tak salah satu penyebab anak kurang makan adalah sistem penghadaman yang kurang efektif. Sebab itulah, biasanya seorang yang kurang atau tidak makan sayur-sayuran dan sering sembelit sering dikaitkan dengan kurang selera makan. Anak-anak biasanya begitu, bukan?
Menurut sebuah akhbar tempatan, perubatan Tradisional Cina pula mempercayai gangguan fungsi hati boleh menyebabkan gangguan selera dan pencernaan. Mereka yang kerap mengalami sembelit sebenarnya dipercayai mengalami gangguan fungsi hati, iaitu organ utama yang membantu tubuh mendetoksifikasi.
Bagi membantu mak-mak yang tension ni zie nak share 7 Petua Bahan Semulajadi yang boleh menambah selera makan anak
1. ANGGUR
Anggur adalah antara buah-buahan yang memiliki zat asidik yang membantu tubuh badan mencernakan makanan dengan baik, ia dikatakan dapat meningkatkan rasa lapar dan sekaligus menaikkan selera makan. Dapatkan anggur daripada pelbagai warna dan saiz supaya anak lebih berminat untuk mencubanya.
2. EPAL
Seperti anggur, epal juga mempunyai kandungan zat yang hampir sama dalam membantu fungsi penghadaman agar lebih efektif. Caranya dengan mengisar epal dan jadikannya sebagai jus atau ‘smoothie‘ jika anak lebih suka memakan makanan jenis pencuci mulut. Kadang-kadang anak yang tak suka makan ni boleh dipujuk dengan minuman, betul tak?
3. TOMATO
Sesetengah sayuran seperti tomato mempunyai kuasa untuk mengembalikan selera makan. Tambahkan tomato segar dalam makanan yang mungkin diminati oleh anak-anak seperti pizza, spageti, atau apa-apa kuah yang boleh dinikmati bersama nasi. Kalau anak-anak suka memakannya begitu saja, tentulah lebih baik!
4. ‘BANANA MILKSHAKE’
Gabungan pisang dan susu ini amat berkesan untuk memacu selera makan anak. Ia mengandungi enzim-enzim perncernaan yang menjadikan tubuh lebih efektif untuk memproses makanan. Jadi, badan akan bersedia untuk menerima lebih lagi makanan selepas mengambilnya. Untuk hasil yang lebih berkesan, gunakan susu badam dan tambahkan sedikit halia, madu, dan jus lemon ke dalam susu kemudian kacau then bolehla beri anak minum. Wahh, memang menarik minat anak-anak, gabungan semua bahan-bahan ‘super food’ dalam satu gelas!
5. SNEK MAKANAN KERING
Seelok-eloknya, perkenalkan snek berkhasiat yang boleh diambil di antara waktu makan. Buah-buahan kering tanpa gula atau garam berlebihan seperti kismis, kurma, buah tin, kacang badam, walnut dan kacang cerdik ‘pistachio’, adalah antara snek yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan. Selain itu, pengambilannya secara kerap turut mampu menambah selera anak yang kurang makan.
6. HALIA
Halia mengandungi sejenis cecair yang mampu mempertingkatkan fungsi penghadaman. Ia juga membantu membuang gas dalam badan yang dihasilkan semasa proses penghadaman. Oleh kerana rasanya yang agak pahit dan pedas, cara paling mudah untuk diberikan kepada anak ialah dengan memasukkan hirisan kecil dalam masakan. Dalam kuantiti yang sedikit, ia mampu menaikkan rasa dan menjadikan makanan seperti sup dan bubur ayam yang lebih beraroma.ermm semestinya dapat membangkitkan selera anak-anak.
7. LADA HITAM
Taburkan sedikit lada hitam dalam pelbagai makanan, contohnya ‘garlic bread’.Lada hitam dapat membantu usus untuk membuang ‘angin’ yang menjadi penyebab anak kurang makan.Sesuai juga dimasukkan dalam sup selain boleh digunakan sebagai perasa untuk memanggang atau menggoreng.
Anak kurang makan tidak bermaksud anak tidak normal. Mungkin tubuh badannya sudah memenuhi keperluannya atau mungkin juga anak anda baru ber’cerai susu’ dan dalam proses mengenali makanan tersebut. Memang sukar berhadapan dengan anak sebegini. Jadi, layankan dahulu karenah anak sementara mereka belajar menyukai makanan
Yang penting mak-mak JANGAN MENGALAH. Cuba dengan KONSISTEN pasti akan nampak hasilnya. SELAMAT MENCUBA!!
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!