Tarik Mama Abah masuk syurga nanti ye sayang…. Berita yang sangat mengejutkan dan menyedihkan tapi mama abah reda dengan pemergian Muhammad Danial Firman Faizal semalam (7 Disember).

Itu luahan Abby Abadi dalam status terbarunya di instagram apabila mengesahkan anak lelakinya yang dilahirkan pramatang meninggal dunia selepas mendapat panggilan dari pihak Hospital Sungai Buloh.

Menerusi perkongsian Abby yang kini sedang mengerjakan umrah bersama ahli keluarganya berita ini sangat mengejutkan mereka sekeluarga lagi-lagi selepas dia dan suami berangkat ke Mekah pada 5 Disember lalu.

Niat asal Abby dan seluruh ahli keluarganya menunaikan umrah untuk turut sama memohon doa memberi kekuatan dan kesembuhan serta Aafiyah buat baby Danial namun perancangan Allah lebih hebat dari segalanya.

Maafkan mama abah sayang

Menurut Abby, memandangkan mereka sekeluarga sedang berada di Mekah, urusan pengebumian baby Danial akan diuruskan oleh Pak Ngah & Mak teh & Pak Tehnya.

“Jenazah akan diurus dan dikebumikan hari ini (8 Disember) di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat.

“Maafkan mama dan abah sayang tak dapat menemani Danial, jelasnya yang masih bersedih dengan berita ini.

Beberapa hari sebelum ke Mekah juga, Abby telah berkongsi gambar bekalan susu untuk baby Danial selama 10 hari ketiadaannya untuk menunaikan umrah.

Siap buat stok susu Danial untuk 10 hari 

Abby dah siap buat kira-kira stok susu untuk Danial dan turut berterima kasih kepada Memey yang sudi lagi memberi stok tambahan.

View this post on Instagram

Setelah berkira2, Stok susu yg ditinggalkan ni cukup utk Baby Danial selama lebih 10hari, InshaALLAH 😘 . TQ tau Mummy @memeysuhaiza bantu Mama. Mama dapat kumpul 27, Mummy usahakan 10. Ada yg2oz, ada yg 3oz, yg 4oz pun ada. Baby Danial minum 13cc skrg. 1oz bersamaan dgn 30cc. Katalah 1plastik beg buleh minum 5/6kali, cukupkan? Lebih lagi utk 10 hari inshaALLAH 😍 . Dah 69hari dah hero kecil mama abah ni. Walaupun beratnya turun balik 974gram kerana ada komplikasi pada hati, tapi Mama yakin Baby Danial Mama sangat kuat kan sayang ☺️ . Mama Abah,Mummy, Papa, Atuk, Nenek, Abang Kakak semua akan mendoakan Baby Muhammad Danial Firman Mama di depan kaabah nanti agar mendapat Aafiyah dari ALLAH.. Mohon juga doa berterusan dari Sahabat2 disini juga ye.. Amin ☺️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Mama dapat kumpul 27, Mummy usahakan 10. Ada yg2oz, ada yg 3oz, yg 4oz pun ada. Baby Danial minum 13cc skrg. 1oz bersamaan dgn 30cc. Katalah 1plastik beg buleh minum 5/6kali, cukupkan? Lebih lagi utk 10 hari inshaALLAH.

Dalam status awalnya itu, Abby ada memaklumkan berat baby Danial turun balik 974gram kerana ada komplikasi pada hati, tapi dia yakin baby Danial sangat kuat.

Abby juga memberitahu Mama Abah,Mummy, Papa, Atuk, Nenek, Abang Kakak semua akan mendoakan Baby Muhammad Danial Firman Mama di depan kaabah nanti agar mendapat Aafiyah dari ALLAH.. Mohon juga doa berterusan dari Sahabat2 disini juga ye.. Amin.

Doktor sentiasa minta bersedia 

Bagaimanapun sebelum ini, Abby ada berkongsi yang doktor pakar memberitahu, sebarang kemungkinan juga boleh terjadi memandangkan bayinya lahir ketika usia kandungan belum cukup bulan.

View this post on Instagram

Muhammad Danial Firman Faizal 👶🏻 . Tepat 12 tengah malam (28November2019) dah 63hari usia Baby D kita. Syukur Alhamdullillah 😇 . Terima Kasih ALLAH ♥️ . Maaf sebab tak kerap sangat update pasal Baby Danial ni.. takut tersalah info huhu 🙊 . Malam ni ada sedikit yg Sy buleh kongsikan tentang Baby D. Ada berita gembira & ada berita sayu . Yg gembiranya ialah beratnya dah 1kg 😘 . Dan yg sayunya Baby D masih bergantung pada bantuan mesin utk bernafas. 83% 😫 Sy lama tak tengok yg tu.. sbb sibuk nak tahu pasal berat badan dgn susu yg diperlukan je. Suami @jaiezzany yg perasan peratusan tu tadi . Banyak lagi isu lain yg memilukan sebenarnya… cuma.. Sy berserah segalanya kepada ALLAH SWT yg Maha Berkuasa atas segala. Sudah pasti DIA Maha Tahu apa yg terbaik utk hambaNYA ☺️ . Mohon DOA berterusan ye Sahabat disini utk Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami. Doakan Baby D terus kuat dan bertahan hingga berada dalam pelukan Mama Abahnya… Amin❤️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

“Jumpa doktor pakar baru-baru ni, katanya, baby Danial lahir dalam keadaan yang belum bersedia, jadi dalam usianya ini, berbagai kemungkinan boleh berlaku,” katanya.

Abby melahirkan baby Danial pada 27 September lalu ketika usia kandungan mencecah 24 minggu dengan berat 535gram itu sentiasa berharap doa akan menjadi kekuatan buat anaknya.

Namun Allah lagi sayangkan Danial dan percayalah Danial akan tunggu mama abahnya di pintu syurga nanti. Al-Fatihah untuk baby Muhammad Danial Firman.

Sumber: ig Abby Abadi