Salah satu video yang dimuat naik menunjukkan dua alat penguji kehamilan yang mempunyai dua line manakala satu video lagi menunjukkan Norish sedang membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkan usia kehamilannya.
Ads
Berdasarkan kapsyen yang ditulis oleh Amy Search menunjukkan dia sangat gembira dengan berita ini dan menganggap rezeki yang tak ternilai dari Allah.
Menurut Amy Search, usia kandungan isterinya dah sebulan. Paling membuatkan dia bersyukur Allah makbulkan doanya selama ini kerana dia memang mengimpikan untuk beroleh cahaya mata lagi. Dan tak sangka di usia 60 tahun rezeki ini diberikan padanya.
Ads
Dalam pada itu juga, Amy Search turut mengharapkan doa dari peminatnya semoga kandungan Norish selamat, sihat dan berjalan lancar.
Ads
Ramai peminatnya yang mengucapkan tahniah dengan mengingatkannya supaya menjaga isteri dengan baik.
Apa-apapun semoga fasa kehamilan Norish kali ini dipermudahkan selepas kali terakhir dia melahirkan anak lelaki mereka, Qaqa-At Tameemi 9 tahun lalu.
Sumber: Instagram Amy Search
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Fuad Rahman dan Tom yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka selepas mengumumkan kehamilan itu.
Tom yang sebelum ini pernah mengalami keguguran kini disahkan hamil lagi dan ia pastinya perkhabaran yang paling menggembirakan buat mereka.
Fuad berkata, dia dan Tom mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan beberapa hari lalu selepas penyanyi itu mengalami alahan.
“Tiga bulan lepas isteri saya keguguran dan alhamdulillah selepas buat pemeriksaan doktor sebab asyik mengalami alahan, Tom disahkan sedang hamil.
“Usia kandungan sudah memasuki usia sebulan,” katanya berkongsi.
Akui Tom lagi, dia pada mulanya mahu merahsiakan terlebih dahulu kerana kandungan masih diperingkat awal.
Namun terpaksa berkongsi selepas suaminya itu mula buka cerita kepada umum. Sementara itu Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram turut memohon doa orang ramai agar kandungannya itu selamat dan dipermudahkan urusan.
“Alang-alang suami dah beritahu, saya minta doakan anak dalam kandungan ini sihat dan saya dapat melahirkan anak kami dengan selamat,” ujarnya.
Terdahulu pada awal April lalu Tom berkongsi khabar duka apabila mengalami keguguran ketika usia kandungan tiga minggu.
Asid folik telah diketahui ramai berupaya membantu mengurangkan sehingga 70% masalah neural tube defect (NTD) di kalangan bayi baru lahir. Dos sebetulnya yang patut diambil setiap hari ialah 400mcg. Di pasaran, pil asid folik yang bersaiz 400mcg dan 5mg adalah sama besar. Walau bagaimanapun, ibu hamil sepatutnya mengambil pil asid folik 400mcg bagi memenuhi keperluan seharian.
Keperluan mengambil pil asid folik bersaiz 400mcg adalah penting kerana ia tidak boleh disimpan di dalam tubuh. Ia akan keluar melalui air kencing. Bagi ibu hamil, ia sangat diperlukan kerana dapat membantu dalam proses tumbesaran sel dan perkembangan bayi. Disebabkan itulah penekanan pengambilan asid folik dilakukan demi mengurangkan risiko NTD pada bayi dalam kandungan.
Untuk pengetahuan tambahan, semasa di awal kehamilan, terdapat struktur kecil yang leper seperti reben. Selepas 28 hari atau satu bulan, struktur ini akan berubah menjadi tiub yang dipanggil neural tube. Ia akhirnya akan menjadi otak dan saraf tunjang. Jika pembentukannya terganggu, ia akan menyebabkan NTD pada bayi.
Suatu ketika dahulu, semasa tiada kewujudan asid folik, masalah NTD adalah biasa. Namun, ia berkurangan apabila wujudnya kesedaran untuk mengambilnya. Umumnya, risiko berlaku NTD ialah satu dalam 1000 kehamilan. Bila asid folik diambil, ia dapat kurangkan risiko sehingga 70%.
Oleh sebab itulah, sangat penting untuk anda tahu bila sepatutnya asid folik mula dimakan kerana lazimnya, semasa datang ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan, anda sudah disahkan hamil. Jadi sudah terlewat jika pada waktu itu anda belum mengambil asid folik.
Idealnya satu bulan sebelum merancang hamil atau sebaik-baiknya tiga bulan sebelum itu anda sudahpun mengambil asid folik. Hal ini penting kerana anda tidak tahu bila akan mengandung bukan? Amalan mengambilnya setiap masa sangat bagus. Dalam pada itu, anda perlu meneruskan pengambilan asid folik sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.
Lebih daripada itu, semua sel dalam tubuh badan memerlukan asid folik. Pengambilan yang berterusan sepanjang tempoh kehamilan baik kerana ia digunakan untuk pembentukan sel darah, mengelakkan kelahiran pramatang, keguguran, praeklampsia, bibir dan lelangit sumbing.
Jika kurang mengambil asid folik, anda sendiri pun boleh mengalami anemia. Oleh itu, anda disarankan untuk terus ambik asid folik selepas kehamilan berusia 12 minggu sehingga bersalin disebabkan manfaat lain yang ada pada asid folik.
Beza folat dan asid folik
Folat boleh diperoleh daripada sumber semula jadi seperti sayur-sayuran berdaun hijau. Antaranya bayam, brokoli dan kale. Buah-buahan yang ada folat pula adalah seperti seperti buah sitrus iaitu oren dan lemon, pisang dan avokado. Asid folik pula adalah buatan manusia. Ini termasuklah pil asid folik. Malah makanan yang diperkaya dengan asid folik termasuk dalam kategori yang sama.
Keberkesanan pil asid folik ialah 80% hingga 100% manakala folat cuma 50%.
Hal ini kerana sayur yang dimasak belum tentu memberikan khasiat sepenuhnya kepada anda. Lagipun ia mudah diserap air. Apabila dicuci dan dimasak lama, ia boleh menghilangkan kebaikan khasiatnya. Oleh sebab itulah, anda digalakkan untuk makan sayur yang menggunakan kaedah memasak secara kukus atau dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro untuk tempoh yang sekejap. Dibimbangi khasiat folat hilang bila dimasak dengan kaedah lain atau terlalu lama.
Had pengambilan asid folik
Isu ini menimbulkan kontroversi. Kajian mengatakan 1000mcg asid folik asid diperlukan dalam sehari. Kalau lebih akan memudaratkan. Ada kajian menunjukkan terlalu lebih asid folik boleh menyebabkan ia selindung penyakit kekurangan vitamin B12. Mana-mana bayi yang ada masalah kekurangan B12 boleh mengalami masalah neurologikal, saraf dan lumpuh.
Sementara itu, ada juga individu hamil yang perlu ambil lebih daripada 5mg. Ia melibatkan orang yang mana ibu atau ayah ada NTD; ibu atau ayah ada genetik NTD; ibu pernah melahirkan bayi NTD dan ibu mengalami masalah obesiti, diabetes sebelum atau semasamengandung. Jika ibu mengalami epilepsi dan masih dalam rawatan terutamanya ubat sodium valproate, maka perlu ambil lebih asid folik kerana ubat ini mengurangkan folat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Teruja menyambut kelahiran bayi keduanya, doktor selebriti, Dr Say Shazril memaklumkan isterinya, Dr Azura Abas dijangka bakal melahirkan bayi kedua mereka pada 18 Ogos depan.
Menerusi Instagramnya, bapa penyayang kepada seorang cahaya mata lelaki ini turut berkongsi perkembangan kehamilan isterinya yang memasuki minggu-minggu terakhir.
“Bini due bersalin 18 Ogos bulan depan. Pregnancy kali ni ternyata sangat berbeza berbanding pregnantkan Ace dulu.
“Bini banyak mengadu sakit belakang, cepat penat & baby bump dia lain macam kebesarannya,” kata Dr Say berkongsi.
Malah pengacara Tanya Doktor di Astro ini juga turut berkongsi perjalanan kehamilan isterinya yang lebih pecat berbanding kehamilannya terdahulu.
“Yet she is still great at being a mom for Ace & being a wife for me. Betullah kata orang, bini ibarat tulang belakang seorang suami. Bila dia penat-penat, saya turut rasa penat. Bila dia mengidam durian, saya turut mengidam durian ahaha.
“Takpe hun, tinggal sebulan je lagi untuk u carry adik Ace seorang diri lepas tu its time for me & Ace to help u with our new member of the family. Cant wait to welcome u, adik Ace,” kongsi Dr Say teruja.
Semoga kelahiran bayi kedua Dr Say ini dipermudahkan dan lancar segala urusan bersalin kelak. Tak sabar nak tengok adik Ace!
Terdahulu, Dr Say mendirikan rumah tangga bersama Dr Azura pada 30 Mac 2014. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aezriel atau Ace dan kini sedang menanti anak kedua.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @say_shazril
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!