Selama 5 bulan rutin makan tak menentu kerana alahan yang teruk, Almy Nadia akui juadah tempoyak akhirnya membuka seleranya untuk makan.
Ni rasanya lauk yang betul-betul saya boleh makan. Kalau tidak seharian tak makan.. sampai suami bising tak makan..jadi ni lauk boleh makan untuk harini.. esok lusa belum tentu lagi boleh makan atau tak yer.
Sebelum ini Fizz Fairuz ada menyatakan kebimbangan dengan keadaan Almy kerana alahan yang teruk sehingga berat badannya turun mendadak dan mungkin boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Fizz juga akui Almy langsung tak boleh bau sebarang bauan seperti bau busuk, wangi ataupun makanan.
Ads
Terbaharu menerusi perkongsian Fizz di instagramnya pula, dia ada berkongsi foto terbaru Almy. Foto tersebut menunjukkan Almy Nadia bersama anak sulung sedang duduk leka menonton sesuatu di televisyen.
Kebanyakan pasangan yang berkahwin memperolehi zuriat tanpa sebarang kesukaran atau masalah serta tidak perlu menunggu masa yang lama. Namun begitu, satu daripada enam atau tujuh pasangan ini akan mengalami masalah dan secara perubatannnya ia dipanggil sebagai subfertiliti.
Definisi ini bermaksud kesukaran untuk hamil walaupun telah melakukan hubungan seks secara tetap tanpa pelindung selama dua tahun. Bagaimanapun rawatan biasanya akan diberikan selepas setahun berkahwin. Ini tidak terpakai untuk pasangan yang mempunyai masalah organ seksual yang tidak berfungsi kerana tidak mampu untuk menghasilkan atau mengekalkan ereksi atau ejakulasi.
Pengambilan pemakanan juga mempengaruhi kesuburan seseorang individu. Terdapat pelbagai makanan yang boleh menurunkan kadar kesuburan seseorang. Pasangan yang sedang berusaha haruslah menjaga pemakanan mereka.
Menurut Dr Gafoor, minum kopi boleh membuatkan seseorang itu susah mengandung. Mari lihat video yang dikongsikan di akaun TikToknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pra eklampsia atau sawan hamil mengancam ibu sejak usia kandungan 20 minggu ke atas. Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya kematian janin. Apakah dia pra eklampsia?
Menurut Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan SALAM Shah Alam Specialist Hospital, pra eklampsia ialah keadaan di mana ibu yang hamil melebihi 20 minggu ke atas, mempunyai tekanan darah melebihi 140/90mmHg, kenaikan berat badan yang mendadak dan mempunyai protein di dalam air kencing.
Lazimnya, ibu yang mengalami keadaan ini akan kembali ke paras normal selepas bersalin (bayi dikeluarkan). Apa yang membezakan tekanan darah tinggi dan pra eklampsia ialah hadirnya protein 2+ di dalam air kencing ibu dan hanya akan berlaku 20 minggu ke atas iaitu selepas uri terbentuk.
Kata Dr Nurul Azwa, tiada jawapan kepada mengapa terjadinya pra eklampsia ini. Ia berkemungkinan kerana plasenta yang tidak terbentuk sempurna yang menyebabkan berlakunya gangguan aliran darah ibu yang mana protein yang sepatutnya ditapis buah pinggang ibu terbebas ke dalam air kencing.
TANDA-TANDA PRA EKLAMPSIA
Antara tanda-tanda pra eklampsia ialah tekanan darah tinggi dan kehadiran protein 2+ di dalam air kencing. Namun gejala-gejala pra eklampsia yang serius adalah seperti berikut;
5 WANITA BERISIKO TINGGI ALAMI PRA EKLAMPSIA
Anda lebih cenderung untuk mendapat pra eklampsia jika terdiri daripada golongan ini.
KESAN PRA EKLAMPSIA KEPADA IBU DAN BAYI
Pra eklampsia boleh menjadi ancaman yang kuat kepada ibu dan bayi. Ibu yang mengalami pra eklampsia perlu dipantau dari semasa ke semasa untuk mengesan sekiranya ada komplikasi supaya tindakan segera dapat diambil untuk menyelamatkan bayi. Dalam keadaan tertentu, ia boleh memberikan kesan pada ibu seperti berikut :
#1 Eklampsia atau nama lain sawan ketika mengandung, di mana tangan dan kaki tersentak-sentak tanpa ransangan, bebola mata ibu naik ke atas dan kancing gigi. Keadaan yang berterusan ini akan menyebabkan pengurangan aliran darah dan oksigen ke uri dan akan membahayakan nyawa bayi.
#2 Sindrom HELLP. Ini adalah kecelaruan pada hati dan pembekuan darah. HELLP bermaksud:
H:haemolysis atau sel-sel darah merah pecah.
EL:elevated liver enzymes hati tidak berfungsi dengan baik.
LP:low platelet count atau jumlah platelet rendah menyebabkan darah lambat membeku.
#3 Strok atau pendarahan dalam otak. Ia disebabkan oleh tekanan darah yang terlampau tinggi menyebabkan salur darah pecah, merosakkan sel-sel otak sehingga sebahagian otak itu tidak berfungsi.
#4Tumpah darah atau pendarahan yang berterusan.
#5Kerosakan organ seperti hati, buah pinggang dan wujudnya cecair dalam paru-paru (edema pulmonari).
#6 Pada bayi yang dikandung pula, tumbesaran bayi boleh terbantut disebabkan pengaliran darah serta kuantiti oksigen dan nutrien yang tidak mencukupi. Ia juga boleh menyebabkan air ketuban berkurangan (oligohidramnios) dan bayi mati secara mengejut di dalam kandungan.
JANGAN CULAS PEMERIKSAAN PRANATAL!
Penting bagi anda menghadiri semua temu janji pranatal kerana ini akan membantu doktor anda mengesan dan mengawal pra eklampsia (jika ada).
Bagi yang berisiko tinggi, ibu akan diberikan ubat aspirin pada dos yang rendah bermula minggu ke-12 sehingga bersalin untuk mengurangkan risiko anda mengalami pra eklampsia. Suplemen kalsium juga perlu diambil. Tekanan darah, pemeriksaan air kencing dan penambahan berat badan akan dipantau dengan teliti.
URI PERLU DIKELUARKAN SEGERA
Bagi menstabilkan ibu daripada eklampsia, bayi dan uri perlu dikeluarkan segera melalui proses kelahiran. Tetapi sebelum bersalin, tekanan darah tinggi ibu akan distabilkan terlebih dahulu.
Magnesium sulfate akan diberikan sebelum dan selepas bersalin kerana sawan masih boleh berlaku selepas bersalin. Bagi sesetengah hospital kerajaan, ibu akan dipantau selama lima hingga tujuh hari sehingga tekanan darah tinggi stabil dan protein dalam air kencing berkurangan.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pengasas jenama LeeyanaRahman, Norleeyana atau mesra di sapa Yana yang hamil anak ketiga.
Menerusi Instagramnya, Yana berkongsi perkhabaran gembira itu menjelang Aidil Fitri yang lalu.
Menerusi entri yang sama itu juga, Yana turut memuat naik gambar ujian kehamilan yang dilakukannya bersama gambar suami ketika berkongsi hal kehamilannya itu.
“Dalam pada duk kuat bergaduh tu boleh termengandung pulak tiba tiba aihhh @hafizhamids,” tulisnya menerusi kapsyennya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia bersyukur atas rezeki kurniaan Allah walaupun sebelum ini pernah menjalani rawatan IVF untuk hamil anak pertamanya.
“Tak tau nak sedih ke nak happy ke nak apa. Dulu sampai buat IVF sebab 5 tahun menanti zuriat.
“Sekarang ni anak tak sampai 2 tahun tup tup mengandung lagi,” tulisnya.
Ibu cantik manis yang begitu berjaya dengan koleksi baju dan tudung raya setiap kali raya ini juga turut memohon doa agar dipermudahkan kehamilannya kali ketiga ini.
“Apa-apa pun Allah yang berkuasa atas setiap rezeki kita. Doakan i kuat hadap alahan untuk beberapa bulan ni,” tulisnya.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut jenama Leeyanarahman dan rakan-rakan pempengaruh itu turut mengucapkan tahniah.
Terdahulu, Leeyana dan suaminya, Hafiz Hamid pernah menjalani rawatan IVF untuk mendapatkan zuriat pertama mereka. Kini pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.