Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengisytiharkan semua restoran terbuka sebagai kawasan larangan merokok dilihat sebagai tepat pada masanya.
Perunding Keselamatan dan Kesihatan Awam, Mohd Sofian Osman menyifatkan ia selaras dengan rungutan sesetengah pengguna yang kurang selesa termasuk ketika berada bersama anak kecil di kedai makan.
“Ia pernah dicadangkan sejak 2015 lagi ketika kaji selidik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menunjukkan terdapat 5 juta rakyat Malaysia merupakan perokok dalam kalangan umur 15 tahun ke atas.
Ads
“Malah, data menunjukkan 35 peratus kematian di hospital-hospital awam adalah penyakit yang berkaitan dengan asap rokok seperti jangkitan paru-paru, kanser, jantung dan lain-lain.
“Cadangan ini tepat pada masanya selepas ramai yang menganggap hak mereka untuk menikmati udara bersih dicemari oleh perokok,” katanya.
Ads
Jelasnya, KKM boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menjalankan penguatkuasaan yang lebih drastik memandangkan kuasa penuh telah diberi melalui Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).
Di media sosial, ramai mahu kerajaan serius dalam memastikan penguatkuasaan dijalankan dengan teliti agar perokok dikenakan tindakan sewajarnya sekiranya melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Sebelum ini cadangan dikemukakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye yang mahu semua restoran terbuka diisytihar sebagai kawasan larangan merokok bermula Disember ini.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dan retak tulang kepala dipercayai terjatuh dari katil ketika berada di rumah pengasuhnya di Paka pada Ahad.
Bayi berusia 14 bulan itu meninggal dunia kira-kira jam 10 malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata mangsa yang sebelum ini tidak sedarkan diri menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak HSNZ.
Baharudin berkata susulan itu, pihaknya akan menahan pengasuh wanita berusia 24 tahun itu untuk siasatan lanjut.
“Hasil pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan fizikal.
“Bagaimanapun pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di bahagian belakang tulang kepala,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, kes yang mulanya disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kini akan dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.
Pada Ahad, seorang bayi lelaki berusia 14 bulan mengalami pendarahan dan retak tulang selepas dipercayai terjatuh dari katil ketika berada di rumah pengasuhnya.
Mangsa sebelum itu dihantar bapanya berusia 30 tahun ke rumah pengasuh itu kira-kira jam 10.15 pagi.
Sejurus selepas itu, lelaki berkenaan menerima panggilan daripada isterinya yang memaklumkan anaknya mengalami masalah di rumah pengasuh sebelum dia bergegas ke rumah pengasuh terbabit.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Bukan mudah nak lahirkan anak, pelbagai risiko yang perlu dihadapi oleh ibu dan juga kandungan. Ibarat pergi berperang, balik belum tentu selamat begitulah gambaran keadaan para ibu yang berjuang untuk zuriat tercinta.
Sama seperti perkongsian Puan Jue di mana dia sendiri mengalami beberapa komplikasi semasa melahirkan bayi perempuanya. Malah kejadian yang paling mencemaskan apabila kakinya mula kebas dan doktor mengesahkan saraf terhimpit dengan tulang belakang ketika proses bersalin. Ikuti perkongsian ini.
Assalamu’alaikum….
Awal ceritanya begini, kalau rasa kurang gerakan baby atau contraction datang kerap boleh trus pergi ke Hospital. Masa kandungan saya 37mggu 2hari contraction 3 in 10 dan gerakan baby hanya selepas solat subuh sahaja dan start jam 9am saya cuba kejutkan dengan cara tolak-tolak perut saya supaya baby gerak tapi still tak gerak.
9.30am saya sampi hospital, doktor dan nurse terus pantau. Memang baby kurang gerak tapi nurse cuba gerakkan dengan kaedah yang sama. Alhamdulillah 10X gerakan selesai jam 4.30pm. Normal jam 1.30pm-2.30pm. Doktor check bukaan jalan, dah buka 2cm tapi dinding rahim masih tebal dan saya di masukkan ke wad.
16/10/21
Kontraksi makin kuat. Wad terus call LR sebab takut bukaan dah besar. Sampai LR, check jalan baru 3cm tapi dinding rahim dah nipis.
1 jam dalam LR, sakit makin kuat. Saya minta ubat tahan sakit yang boleh tahan 6 jam. Tapi tak boleh dapat immediately sebab bacaan jantung baby tak cantik. Suami dah ada dekat sebelah, saya minta suami urut sambil banyak berdoa dan zikir agar bacaan jantung baby ok dan gerakkan baby pun ok supaya saya dapat ubat tahan sakit secepat mungkin.
Hampir 1 jam setengah saya cuba bertahan akhirnya baby bagikejersama. Lepas setengah jam ambil ubat tahan sakit, check bukaan dah 5cm itu pun dengan bantuan nurse. Tepat jam 7pm ubat tahan sakit dah mula tak rasa dan saya dah mula rasa sakit nak meneran. Tapi bila check bukaan baru 7cm tapi sebab tak tahan sangat nurse dan doktor bantu dan saya cuba teran sikit-sikit.
24 minit kemudian lahirlah penghuni rahim PEREMPUAN seberat 3.45kg
TAPI…..
Komplikasi yang saya dapat ketika saya sedang meneran, kaki sebelah kanan saya tiba-tiba tegang (Kejang) dan kebas tiba-tiba.. Dengan bantuan suami, doktor dan nurse saya kuatkan semangat saya untuk lahirkan baby secara normal.
1 jam setengah lepas selesai proses melahirkan, tiba-tiba saya rasa basah. Saya baru sedar saya dah buang air kecil. Tapi saya tak ada deria untuk menahan (kemut). Nurse suruh mandi terus di bilik air dalam LR sebelum hantar ke wad. Masa nak turun katil tiba-tiba kaki kanan saya tak dapat bergerak dan kebas. Saya bagitahu nurse saya tak boleh angkat kaki dan nurse terus inform doktor. Alhamdulillah, nurse bantu bersihkan saya dri LR sampai ke wad.
17/10/21
Doktor Pakar O&G datang dan tanya tentang keadaan kaki saya dan kemudian saya di refer ke bahagian ORTHO. X-tray dah buat tapi tak nampak apa-apa masalah. Kemudian doktor cadangkan untuk buat pemeriksaan MRI.
Selepas keputusan MRI keluar, doktor explain yang saraf saya terhimpit dengan tulang belakang (SPINAL CANAL STENOSIS AND RADICULOPATHY) – boleh search di google. Memang menakutkan sebab tak boleh angkat berat, tak boleh buat banyak pergerakkan sebab kalau tak jaga akan menyebabkan lumpuh. So jangan ambil remeh kalau ada komplikasi atau sakit mana-mana lepas bersalin. Segera inform dekat nurse atau doktor.
Boleh Discharge Tapi Bayi Pula Ada Masalah
Baby saya lepas keluar wad kena kuning tinggi. Sekali lagi ujian dari Allah S.W.T. Lepas keluar wad suami lapor kelahiran di KK Ibu dan Anak… Bila doktor check kuning anak, terus Doktor refer ke Hospital dengan menaiki Ambulance. Sampi dekat hospital suami bagitahu yang doktor nak ambil sample darah saya atas tujuan untuk penukaran darah bayi.
Jantung saya terus berdegup laju dan air mata jangan kata la, berjurai macam air terjun. Usia baby baru 5 hari dah kena buat penukaran darah sebab bacaan kuning 21. Lepas doktor dah ambil darah saya dan suami dah sign segala borang terus pihak hospital ambil darah di bank darah. Magrib baru mula proses tukar darah.
Alhamdulillah proses tukar darah berjaya…. Syukur Alhamdulillah….. Hati meronta nak jaga baby dkt wad tapi keadaan saya tak mengizinkan… Hanya doa je mampu sy kirimkan semoga Allah S.W.T makbulkan doa saya..
4 hari dekat NICU tiba-tiba Nurse call suruh ambil anak, katanya anak dah boleh discharge…. Alhamdulillah…. Dengan keadaan kaki saya macam ni, saya berkeras hati nak ikut suami ambil anak… Suami turutkan je…
*macam risiko yang ada.. Kalau bukan pada baby, mungkin pada ibu. Saya doakan semua ibu-ibu yang bakal melahirkan dan yang sedang berpantang dipermudahkan segala urusan, sihat seperti sediakala.
Harini pantang hari ke 27, On Physiotherapist. Doakan saya sihat secepatnya ya!
*Anak Prolonger Jaundice…. *Mak On Physiotherapist
*Artikel ini disiarkan atas kebenaran pemilik asal
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepasang suami isteri didakwa melarikan diri dan nekad tinggal mayat anak selepas terlibat dalam sebuah kemalangan di Jalan Sunagi Kelamah, Gemas.
Difahamkan, pasangan suami isteri yang berusia 30-an dan 20-an melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Toyota Hilux dalam tragedi yang berlaku kira-kira jam 11.30 malam itu, lapor Kosmo.
Toyota Hilux berkenaan dilaporkan milik seorang pengguna jalan raya yang telah berhenti untuk memberikan bantuan awal kepada pasangan suami isteri itu bersama anaknya yang terlibat dalam kemalangan.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pasangan terbabit bersama seorang anak mereka yang berusia dua tahun sebelum itu terlibat dalam nahas tersebut ketika dalam perjalanan dari Felda Jelai menuju ke Felda Bukit Jalor.
Menurut Anuwal Ab Wahab, suspek yang memandu kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback cuba untuk memotong lori yang berada di hadapan namun gagal mengawal kenderaan lalu terbabas di bahagian bahu kanan jalan.
“Kenderaan tersebut telah berpusing beberapa kali sebelum bergesel dengan sebuah lori. Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penumpang kereta telah tercampak keluar.
“Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah tercampak di tengah-tengah jalan raya telah digilis oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut laporan, pasangan terbabit telah berjaya ditahan di kediaman mereka di Felda Bukit Jalor dan pihak berkuasa telah menemui dadah setelah melakukan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang dipandu mereka.
Pihak berkuasa telah membuka tiga kertas siasatan ke atas suspek iaitu di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.