Kedah merupakan antara negeri tertinggi yang mencatatkan kes penolakan vaksin dengan 139 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 133 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail.
Beliau berkata pada 2016 sebanyak 176 kes menolak vaksin dicatatkan.
Ragu Status Vaksin Halal Atau Haram
Antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat.
Ads
Pengaruh Keluarga
Sebab lain adalah pengaruh keluarga, mengamalkan perubatan homeopati dan bimbang dengan kesan sampingan vaksin.
17 Kes Difteria dicatatkan
Ads
Katanya sebanyak 17 kes difteria dicatatkan di Kedah daripada 2015 hingga 2017, dengan empat kematian direkodkan.
Dr Norhizan berkata, satu kematian akibat difteria direkodkan pada 2015, dua kematian (2016) serta satu kematian (2017) dan kesemua kanak-kanak berkenaan tidak mendapat vaksinasi.
Beliau berkata tiada kes difteria dilaporkan setakat tahun ini.
Ads
Mengadakan pendekatan bersama ulamak masuk ke perkampungan Anti Vaksin
Katanya, pihaknya melaksanakan pelbagai usaha khusus untuk kumpulan sasaran yang dikenal pasti sebagai penolak vaksin, antaranya mengadakan kumpulan sokongan dan merujuk keluarga berkenaan kepada pakar.
“Selain itu kita juga mengadakan pendekatan bersama ulamak dan masuk ke perkampungan antivaksin untuk adakan pendidikan kesihatan dan kaunseling,” katanya.
Ibu yang menyusukan mesti tahu info ini. Ada sesetengah ubat-ubatan tidak boleh diambil semasa dalam proses penyusuan susu ibu kepada bayi.
Ibu tidak terkecuali akan mengalami masalah kesihatan. Kadang-kadang ada ibu yang ambil keputusan untuk menahan diri daripada mengambil ubat kerana bimbang akan menjejaskan bayi.
Perkongsian ini diharapkan dapat memberikan panduan kepada para ibu supaya berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan dan dalam masa yang sama tidak ‘mendera diri’ tidak mengambil ubat ketika sakit.
5 tips ini perlu dilakukan ibu menyusu. Antaranya perah & simpan sebelum makan ubat, susukan bayi dahulu. Serta perah & buang untuk elak penghasilan terhenti.
Nasihat daripada doktor & ahli farmasi sangat penting sebelum ambil ubat.
Bagi ibu yang ragu-ragu ubat yang diberikan selamat atau tidak diambil semasa menyusu, penting untuk mereka maklumkan status menyusu kepada profesional kesihatan. Tidak semua ubat selamat, ada yang boleh memudaratkan bayi!
Ubat yang tidak dirembes ke dalam susu, tidak diserap perut & usus serta yang dikenalpasti selamat sahaja yang boleh diambil ye ibu-ibu menyusu.
Rujuk doktor & ahli farmasi sekiranya perlu ambil ubat masa menyusu.
Antara ubat-ubatan yang selamat diambil ibu menyusu;
Ini pula ubat-ubatan yang tidak selamat diambil semasa penyusuan susu ibu kepada bayi. Antaranya ubat kardiovaskular, aspirin, ubat kawal kolesterol, ubat rawatan kanser, pil perancang estrogen & ubat sakit mental/ epilepsi.
Sekiranya seseorang ibu menyusukan anak terus dari badan, agak sukar untuk mengagak seberapa banyak amaun susu yang diminum bayi. Untuk ibu yang baharu melahirkan, mungkin mengalami kesukaran untuk menentukan sama ada anak cukup menyusu atau tidak. Apatah lagi sekiranya bayi suka meragam walaupun sudah diberi minum susu.
Kekerapan untuk menyusukan bayi bergantung kepada permintaannya. Tiada had masa atau amaun susu yang boleh ditetapkan untuknya. Bagi ibu yang mungkin keliru untuk menentukan sama ada bayi yang baharu lahir cukup menyusu atau tidak, bolehlah lihat perkara-perkara ini:
Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu agak sedikit pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi. Bayi yang baharu lahir hanya mampu menerima isipadu yang kecil dalam pada satu sesi penyusuan.
Saiz perutnya masih kecil ketika ini, umpama buah ceri. Dia hanya memerlukan lebih kurang 5-7ml ketika hari pertama kelahiran.
Oleh yang demikian, anda tidak perlu risau jika payudara belum menghasilkan susu yang banyak pada hari terawal selepas kelahiran kerana ia telah dicipta bersesuaian dengan keperluan bayi.
Dalam tempoh ini, anda tidak perlu menyusukan bayi dalam tempoh yang lama kerana perutnya tidak dapat menampung banyak susu dalam satu masa. Pun begitu, pastikan bayi menyusu dengan kerap, iaitu sekitar lapan hingga 12 kali sehari agar dia mendapat nutrisi yang secukupnya.
Selepas lebih kurang tujuh hingga 10 hari selepas bersalin, pengeluaran susu ibu akan lebih lancar. Dalam tempoh ini, saiz perut bayi adalah lebih kurang sebesar buah aprikot dan mula menampung 1.5oz hingga 2oz setiap kali penyusuan. Biasanya, anda digalakkan untuk menyusukan bayi setiap tiga jam sekali (mengikut permintaan bayi).
Dalam tempoh itu, pastikan anda menyusukan bayi dan bolehlah mengepam sekiranya payudara mula penuh. Cara lekapan mulut bayi pada puting payudara juga perlu betul. Jika tidak, ia boleh menyebabkan masalah bengkak susu.
Anda mungkin perasan bayi mahu menyusu lebih kerap atau lebih lama pada waktu malam. Anda memerlukan lebih banyak rehat pada waktu siang kerana akan berjaga pada waktu malam.
Bayi berusia yang berumur bawah enam bulan biasanya akan menyusu antara satu hingga tiga kali di setiap malam. Untuk makluman anda, penyusuan malam meliputi hampir 20 peratus daripada jumlah susu yang diminum dalam tempoh 24 jam.
Dalam tempoh beberapa bulan, anda mula dapat menganggarkan tempoh penyusuan yang sesuai untuk bayi. Namun semasa fasa growth spurt, bayi mudah lapar dan mahu menyusu lebih kerap atau lebih lama.
Bagi memastikan bekalan susu anda sentiasa mencukupi dan berpadanan dengan keperluan bayi, penyusuan bayi perlulah mengikut kekerapan yang diinginkan oleh bayi.
Dalam keadaan tertentu, bayi lebih suka menyusu di sebelah payudara berbanding sebelahnya. Salah satu sebabnya mungkin kerana payudara anda menghasilkan amaun susu yang berbeza. Oleh sebab itulah, bayi kelihatan puas menyusu daripada payudara kegemarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronok bila tengok anak makan berselera. Barulah mak-mak rasa lega bila anak kekenyangan dan paling penting boleh tambahkan berat badan anak.
Pun begitu, nak bantu anak naikkan berat badannya biarpun dengan nutrisi yang betul. Jangan asyik minum air dan makanan bergula tinggi untuk anak.
Jom ikuti panduan dari Dr Mazliana Mazlan untuk tip naikkan berat badan anak dengan makanan sumber yang tepat.
Naikkan berat badan anak dengan makanan berkualiti.
Cara macam ni, mungkin lambat sikit dan ibu kena lebih kreatif. Tapi, berbaloi dan beri kesan baik untuk jangka masa panjang, insyaAllah.
Antaranya;
– Anak makin suka explore makanan baru
– Anak kurang memilih dan picky eater
– Anak kurang nak makan minum manis
– Anak tak ketagih makanan tinggi proses
Milo, susu kotak, susu formula, susu full cream, kuih manis, biskut, roti. Ini pun boleh naikkan berat badan anak, tapi ibu ayah perlu lebih teliti belek bahagian bahan ramuan dan juga fakta nutrisi.
Kemudian buat conscious decision, makanan minuman tersebut elok tak untuk anak dalam jangka masa panjang, jika diambil secara berterusan atau secara harian.
Kita taknak berat anak naik sebab sugar overload. Kita nak berat dari nutrisi yang betul-betul anak perlukan. Berat naik sebab khasiat makanan sebenar, bukan berat gula.
Usaha kenalkan, semua kumpulan makanan ni untuk anak.
1. Protein
– Daging lembu, ayam, kambing
– Ikan sardin segar, ikan kembung
– Telur
– Homemade nugget, meatball, burger, pastikan dari isi ayam dan daging sebenar
– Kekacang almond, cashew, walnut
– Tofu, tempe
2. Lemak baik
– Minyak kelapa
– Minyak zaitun
– Pure butter
– Ghee minyak sapi
– Tallow lemak sapi
– Santan
3. Karbohidrat
– Nasi
– Bihun
– Laksa
4. Tenusu
– Susu kambing segar
– Susu lembu segar
– Susu tepung lembu atau kambing tanpa campuran
– Yogurt asli tanpa campuran
– Cheese asli tanpa campuran
5. Buah dan sayur
– Ubi keledek
– Ubi kentang
– Isi kelapa
– Avokado
– Kurma
– Pisang
– Buah tin
Ada banyak lagi contoh yang korang boleh pilih. Berbanding hanya terus terima cadangan untuk berikan anak susu kotak atau milo. Ianya ultra processed food.
Sesekali ambil, mungkin tak ada masalah. Tapi bila anak ambil secara harian, risiko ketagihan sangat tinggi. Ketagih dengan gula yang ada dalam tu.
Kita usaha sama-sama ya, belajar kenalkan anak dengan real food, berbanding makanan tinggi proses.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.