Selepas selamat melahirkan bayi keempatnya pada 26 Mac yang lalu, personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim kini tampil mengumumkan nama indah buat bayinya itu pada hari ketujuh kelahirannya.
Tidak hanya mendedahkan nama, pada masa yang sama juga Azrinaz turut melakukannya upacara tahnik kepada bayi perempuan itu sekaligus mengumumkan nama buatnya.
Menerusi Instagramnya, Azrinaz berkongsi cerita dan gambar majlis tahnik yang di lakukan oleh YBhg Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki, yang merupakan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
“Alhamdulilah, sekali lagi berkat Jumaat penghulu segala hari dan genap seminggu, kami sekeluarga selesai upacara tahnik yang disempurnakan oleh YBhg Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki, @abdulkarimalmakki Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
“To recap, tahnik atau disebut masyarakat Melayu sebagai ‘belah mulut’ adalah amalan sunnah yang dituntut dengan menyapu kurma yang dihancurkan ke langit-langit bayi bersama air zam zam dan madu. Ianya untuk baby berlatih mengunyah makanan dan kuat untuk makan,” kongsinya.
Mengambil keberkatan dan disunatkan ketika hari ketujuhnya itu, Azrinaz turut memberikan nama yang cukup indah buat anaknya itu.
Ads
“Adalah juga disunatkan ketika upacara tahnik dengan memberi nama kepada bayi
“Mengambil kesempatan ini, suka saya umumkan nama yang dipilih oleh suami dan saya untuk baby berusia seminggu ini adalah ATHEERA MEDINAH.
“ATHEERA bermaksud harum. MEDINAH bersempena nama kota suci Rasullulah; Madinah,” kongsinya.
Ads
Dalam pada itu, Azrinaz turut memanjatkan doa agar Atheera menjadi anak solehah malah mengharumkan nama keluarga serta berjaya dunia akhirat.
“Harapan mommy dan daddy semoga Atheera Medinah menjadi anak yang solehah, mengharumkan nama keluarga, sihat tubuh badan dan berjaya dari dunia hingga akhirat. Amin,” kongsinya.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Azrinaz di Instagram turut memuji nama yang dipilih Azrinaz dan suami itu cukup indah dan mempunyai makna yang baik.
Semoga Atheera menjadi anak yang solehah malah membahagiakan ibu dan ayahnya. Terdahulu, Azrinaz selamat melahirkan bayi keduanya bersama suami pada 26 Mac lalu. .
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @azrinazmazharhakim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak dari lahir tidak pernah menangis apatah lagi meragam dan berjaga tengah malam, itulah luahan selebriti cantik Rozita Che Wan kepada anaknya Aisyah Dhia Rana. Sementelah dirinya sudah 17 tahun tidak mempunyai anak kecil, kehadiran Aaisyah tidak menyebabkan dirinya susah untuk menyesuaikan diri.
Che Ta yang menyambut menyambut ulang tahun kelahiran anak bongsunya itu semalam meluahkan kesyukuran. Aaisyah tidak berjaga malam dan menangis. Kehadiran Aaisyah selepas 17 tahun Che Ta tidak mempunyai anak kecil tidak menyukarkan. Sehingga rasa seperti tiada anak kecil. Hanya menyusu pada jam 12 tengah malam dan bangun semula pada jam 7 pagi, tiada berjaga malam yang memenatkan dan Che Ta boleh menikmati tidur yang berkualiti ketika dalam pantang.
rozitachewan1 Happy Birthday sayang mummy,, syukur Alhamdulillah Allah kurniakan mummy anak bertuah ni ., sejak dari lahir tak pernah menangis apatah lagi meragam dan berjaga tgh malam ., walaupun waktu tu dah 17 thn tak beranak kecik , tapi mummy tetap tak rasa mcm ada anak kecik sb aaisyah akan nenen kul 12 mlm dan terjaga pulak kul 7 pg.. betui2 bagi mummy tidoq puaih dlm pantang ..
Sempena Birthday Aaisyah yg ke 4 ni , doa mummy supaya mummy mampu besarkan Aaisyah sesempurna mungkin.. dan Aaisyah membesar sbg anak yang baik , cerdik , sihat dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah ???Amin … @aaisyahdhiarana111
Kelahiran bayi pramatang adakalanya tidak boleh dielakkan. Ia terjadi kerana pelbagai faktor daripada ibu dan bayi. Bayi pramatang lahir jauh lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin sedangkan banyak lagi organ-organ masih belum matang sepenuhnya. Dengan kuasa Allah dan kemajuan teknologi perubatan mereka bertahan dan boleh membesar seperti biasa. Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran pramatang, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 Oktober 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas dua bulan melahirkan bayi perempuan, Syatilla Melvin berkongsi gambar terkini Sarima yang buatkan ramai geram melihat badan Sarima yang bersemangat dan pipinya yang tembam.
Menerusi perkongsian Syatilla, berat Sarima kini dah hampir mencecah 6 kilogram dan mungkin akan mengatasi abangnya, Syeriv ketika bayi.
Berdasarkan perkongsian Syatilla sebelum ini, dia memang menyusukan Sarima dengan susu badan dan bersyukur rezeki susunya meriah untuk Sarima.
Begitu juga ketika melahirkan Syeriv susunya juga banyak dan puas hati dapat menyusukan anak tanpa mencampurkan susu formula. Apa yang penting kena konsisten memberikan susu dan rajin mengepam untuk pengeluaran susu lancar.
“Paling utama, ibu yang menyusu ini kena disiplin. Jika ibu bekerja kena rajin mengepam tiga atau empat jam sekali untuk pastikan susu sentiasa meriah.
“Selain itu, menjaga pemakanan ketika menyusukan bayi juga antara tip paling penting. Nak makan apa sahaja terpulang tetapi boleh kurangkan makan pedas, elak minuman berkafein atau makanan terlalu manis dan berminyak,” katanya yang berkongsi tip dalam video diinstagramnya bulan lalu.
Dalam perkongsian di instagram Sarima, melalui apa yang dikongsikan Syatilla, setakat ini Sarima anak yang mudah dijaga dan tak banyak ragam. Jika dia menangis pun hanya nak menyusu.
Waktu tidurnya memang lama dan boleh sampai 3 jam barulah bangun untuk menyusu semula.
Siti Saerah Tarudin, penyanyi dan adik kepada Datuk Sri Siti Nurhaliza berjaya menurunkan berat sebanyak 17kg selepas 6 minggu bersalinkan anak keempatnya. Wow!
Dia yang bersalin pada 12 Disember 2018 melahirkan bayi perempuannya telah memuatnaik video yang memaparkan perbualan antaranya dan doktor.
Hasil pemeriksaan mendapati Saerah turun sebanyak 17kg! Beratnya sebelum bersalin ialah 88kg dan selepas 6 minggu bersalin beratnya telah turun ke 71kg hasil daripada kawalan pemakanan. Doktor bagaimana pun menasihatkan Saerah untuk turut melakukan senaman.
sitisairahtarudin Hari ni ibu check up… Doktor @yuliarifuddin yang terperanjat berat badan turun.. ? terima kasih @natalismothercare ❤️
Doktor & para peminat Saerah turut kagum dengan penurunan berat badan Saerah dan turut memberikan sokongan kepadanya untuk terus menjalani penurunan berat badan secara sihat.
Mama papa jangan lupa saksikan rancangan TV Pa&Ma Musim Ke-3 Selasa ini,29 Januari 2019 dengan tajuk Stres Di Kalangan Kanak-Kanak pada jam 12 tengah hari & ulangannya 9 malam. Banyak kupasan menarik tentang stres di kalangan kanak-kanak akan dikongsikan untuk anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.