Musim cuti PKP ni banyak betul muncul resipi baru di media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.  Pasti ramai yang terjebak untuk membuat lebih-lebih lagi bahan yang digunakan sangat mudah didapati di dapur rumah dan tidak perlu banyak bahan yang diperlukan.

Malah jika tiada, ada yang antara masyarakat kita sanggup mencari di pasaraya asalkan dapat mengikuti trend resipi masa kini. Antara resipi yang viral dan mudah semestinya Dalgona Coffee. Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja dan yang paling penting lebih murah berbanding kita beli di cafe-cafe minuman kopi yang ternama dan rasanya ‘sebijik’ kedai mai.

Akibat Terpengaruh Dengan Dalgona Coffee, Jantung Jadi Laju & Hyper. Siapa Tak Biasa Jangan Cuba!

Namun tak semua resipi sesuai untuk semua golongan masyarakat. Jika sebelum ini anda memang alah terhadap kopi ataupun anda bukan penggemar kopi. Kami sarankan agar anda tidak mengikuti trend ini. Tak semua orang ‘serasi’ dengan kopi jadi anda bertukarlah kepada minuman coklat dan minuman lain. Buatlah Dalgona Milo, pun boleh What!

Bukan hanya netizen sahaja terpengaruh dengan resipi viral ni, golongan selebriti pun tidak terkecuali untuk mencuba. Antaranya Betty Rahmad. Jom kita baca perkongsian Bety selepas dia mencuba Dalgona Coffee.

Akibat Terpengaruh Dengan Dalgona Coffee, Jantung Jadi Laju & Hyper. Siapa Tak Biasa Jangan Cuba!

Terpengaruh dengan socmed punya pasal haritu terjebak dengan #dalgonacoffee Siapa yang belum try & tak biasa dengan coffee please read this.

Nak share experience i haritu lepas minum air viral ni, mula-mula hyper lepas tu jantung laju. Bila jantung dah laju macam-macam benda negative dalam kepala dengan situation dunia sekarang.

IKLAN

Pastu malam susah nak tidur, paranoid sampai rasa ada anxiety. But i thought i was overthinking until i read this. Haiyaaaa sampai harini badan rasa banyak angin!

So now i tau punca dia adalah #dalgonacoffee No more!!!🤦🏻‍♀️ Ada tak yang rasa macam i? #sayainsaf #nomoredalgonacoffee

Haa Betty nampaknya dah insaf dengan tanda pagar #sayainsaf. Ada tak papa mama yang dah taubat memang tak akan minum lagi dah Dalgona Coffee? Ataupun ada yang dah mula jatuh cinta dengan Dalgona Coffee?

Pendapat penulis pula sebagai penggemar Coffee, Dalgona Coffee lebih jimat berbanding beli diluar dan boleh buat beberapa kali malah boleh buat untuk seluruh ahli keluarga.

Tapi AWAS! minuman berkafien sangat tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jangan pula kita bagi pada anak. Hanya sesuai untuk orang dewasa. Untuk si kecil buatlah air buah-buahan tanpa gula. Itu lebih baik.

IKLAN

Bagi yang pertama kali ingin mencuba, penulis sertakan resipi padu Dalgona Coffee viral;

Akibat Terpengaruh Dengan Dalgona Coffee, Jantung Jadi Laju & Hyper. Siapa Tak Biasa Jangan Cuba!

RESEPI DALGONA COFFEE

Bahan bahan:-

IKLAN

Serbuk kopi/Nescafe
Susu segar
Gula
Air panas
Ais (pilihan)

Cara: (A)
Ambil bekas dan campurkan 3 sudu kecil serbuk kopi, 4 sudu kecil gula , 4 sudu kecil air panas dan pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga pekat dan likat.

Cara: (B)
Ambil gelas letak ais kalau taknak ais terus letak susu segar. Kemudian tuang (A) atas susu tu. Dah siap! Selamat mencuba semua.

Tips kurang manis : Pakai gelas besar biar susu lebih hehe nanti rasa sebati.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI