Akibat tertekan anak tidak mendengar kata, tambahan isterinya sedang sarat mengandung menyebabkan seorang lelaki hilang pertimbangan apabila tergamak memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju, Rabu lalu.
Bagaimanapun perbuatan lelaki berusia 35 tahun itu terbongkar selepas guru tadika sekolah anaknya di Persiaran Utama, di Kulim, melihat mangsa berusia lima tahun itu dalam keadaan lesu, batuk dan terdapat kesan lebam di muka ketika hadir ke tadika.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, gurunya kemudian bertanya kepada mangsa sebelum dia memberitahu dipukul bapanya ketika berada di rumah mereka di Kulim Hitech Park, Kulim.
Ads
Menurutnya, gurunya membuat pemeriksaan sebelum mendapati terdapat kesan lebam di belakang badan, tangan, muka dan punggung.
“Bimbang dengan keadaan mangsa, dia kemudian membawa kanak-kanak itu ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan polis.
Ads
“Susulan itu, polis kemudian menahan bapa mangsa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Ahmad Nasir berkata, siasatan awal suspek mengaku memukul anaknya menggunakan penyangkut baju plastik kerana mangsa nakal dan tidak mahu mendengar kata.
“Suspek yang ditahan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara anaknya kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ads
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keterujaan pasangan suami isteri dalam perjalanan pulang selepas beraya bertukar menjadi tragedi apabila kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Plus Sungkai arah selatan pada jam 7.30 malam.
Difahamkan pemandu BMW berwarna kelabu gelap itu menyelit secara tiba-tiba dari lorong kiri terus mencelah masuk di hadapan Proton Inspira yang dinaiki mangsa sekeluarga berada di lorong paling kanan pada ketika itu.
Bukan itu sahaja, BMW itu turut menghimpit kereta mangsa sehingga ia berpusing beberapa kali sebelum melanggar penghadang jalan sebelah kiri lebuh raya berkenaan.
Lebih menyedihkan apabila pemandu kereta BMW itu melarikan diri tanpa menghulurkan sebarang bantuan kepada mereka sehingga mengakibatkan bayi lelaki mereka berusia empat bulan tercampak keluar ke tengah jalan.
Ekoran itu mangsa dikenali Natasya Nadia meminta jasa baik orang ramai untuk menguar-uarkan terutama pihak yang mempunyai rakaman dashcam tentang kejadian tersebut sekaligus menjejaki suspek.
Dalam masa yang sama, dia memaklumkan bayi lelakinya berusia empat bulan itu sedang bertarung nyawa di wad neonatal intensive care unit (NICU) akibat patah tulang pinggul, kedua-dua tulang peha dan pendarahan otak akibat tercampak di tengah lebuh raya.
Dalam perkembangan terbaru, wanita itu memaklumkan kenderaan tersebut berjaya dikenalpasti atas bantuan orang ramai. Namun, dia tidak dapat berkongsi apa-apa maklumat lanjut mengenai kenderaan tersebut atas sebab keselamatan dan mahu membuat laporan polis terlebih dahulu.
Dan, mengemaskini keadaan semasa di mana dia mengalami kecederaan patah kaki, manakala suaminya pula tersiat isi pada bahagian lengan.
Sementara itu, Natasya juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang tak putus mendoakan kesihatan anaknya serta pihak hospital yang bertungkus lumus memberi rawatan terbaik.
Melihat di ruangan komen, ramai warganet tidak berputus-putus mendoakan agar mangsa sekeluarga segera sembuh dan akan ada keadilan buat mereka sekeluarga.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan keluarga nya dan diberikan kesembuhan yang cepat buat baby aqasha aamin ya rabaalamin..”
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan ketenangan & kekuatan menghadapi dugaan ini ❤️❤️❤️”
“Semoga dipermudahkan urusan kak tasya dan baby 🤲🥺 Akak kene kuat tau . inshaallah akan ade keajaiban buat anak akk . aminn 🤲”
“Aamiin Ya Rabbilallamiin semoga Allah Swt Ta’ala perkenan doa2x dri kita semua ..semoga baby diberikan kesihatan kesembuhan kekuatan semangat”
Semoga adik Aqasha Alhaq diberikan kekuatan dan kesembuhan dan urusan keluarga ini juga dipermudahkan.
Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad kelihatan berada di rumah bekas isterinya, Nor Nabila untuk menghantar anaknya, Jebat Jayden dan keluarga Nabila menunaikan umrah semalam.
Sharnaaz sekali lagi menjadi perhatian ramai kerana sentiasa bersama anaknya, Jebat. Dalam video yang dikongsi kelihatan Sharnaaz sentiasa memegang erat tangan anaknya ketika berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA)
Dia sempat meluahkan rasa rindu kepada anaknya Jebat Jayden Ahmad.
“Selamat menunaikan umrah anak baba .. permata baba, buah hati baba, best friend baba.. Nyawa baba @jebatjayden .. 😢 i miss my boy now..”
Sharnaaz juga sempat berterima kasih dan berharap bekas isteri semakin bertambah rezeki kerana membawa anak mereka ke tanah suci.
Rata-rata daripada netizen memuji sikap penyayang pelakon ini yang sentiasa ada bersama Jebat Jayden tanpa mengira situasi. Hubungannya dan bekas isteri juga baik tanpa sebarang perbalahan selepas berpisah.
Mempelajari dan melancarkan bacaan Al-Quran sangat elok. Apa yang dilakukan Mawar ini wajar dilakukan semua!
Mawar Rashid mempelajari Iqra untuk membantu kefasihan bacaan dan dalam masa yang sama memperdengarkan ayat-ayat suci kepada si kecil dalam kandungan. Perkara ini diberitahu Mawar menerusi Instagramnya.
mawarashid Memperkenalkan ustazah Mawar. Dia sama umur Mawar, and dia pun tengah pregnant sama bulan dengan Mawar. Sepanjang Mawar pregnant ni, Nad ni la jadi guru mengaji Mawar, lepas blajar iqra, we all sama2 baca Al-Quran untuk baby we all..
Memang niat Mawar sbelum pregnant lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat ngan Al-Quran. Tapi Mawar tak sempat lagi menguruskan masa Mawar atas urusan kerja yang terlalu padat. Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk memulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni.
Insyaa’Allah akan maintain kelas mengaji atau kelas apa2 demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila2 pun tak apa. Itu hajatnya la, kita perlu dream big kan. Hehe.. Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, jangan salah faham ye, tapi tak beberapa lancar.
Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ni kekurangan Mawar. Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai/ tak ada kan? Biar hati ni jujur daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain. Mawar punya goals, belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat2 yang Mawar baca. Insyaa’Allah ?
And Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat org luar di sana yang kita tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik. Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqamah(berterusan) hingga ke akhir hayat ?
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.