Pasangan selebriti terkenal Indonesia iaitu Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah yang menyambut kelahiran puteri sulung mereka pada 22 Februari 2022 yang lalu, merancang untuk mengadakan majlis akikah anak perempuannya pada 4 Mac 2022.
Sedia 222kg daging kambing
Memetik laporan daripada Tribunnews, Youtuber terkenal, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah akan menyediakan daging kambing seberat 222kg iaitu sempena tarikh kelahiran puteri kesayangannya, Ameena Hanna Nur Atta iaitu 22/2/2022.
Tambah Atta lagi, majlis akikah tersebut bakal berlangsung di rumahnya esok yang terletak di Pondok Indah, Jakarta.
Semuanya di rumah sahaja, tak ada ke hotel atau ke mana. Semua majlis di rumah. Nanti bacaan doa juga di rumah.
Ads
Atta memaklumkan dia sudah membeli seekor kambing yang terbaik untuk majlis tersebut kerana mengikut syariat Islam, syarat akikah untuk anak perempuan adalah seekor kambing.
Namun Atta mengakui dia ingin menyembelih beberapa ekor kambing lagi dan menyediakan daging kambing seberat 222kg semasa majlis akikah nanti untuk dibahagikan kepada penduduk sekitar rumahnya.
Totalnya kalau boleh nak 222 kilogram seperti tanggal kelahiran 2-02-2022, tapi kalau lebih-lebih, ya lebih baik.
Terdahulu, Attas Halilintar dan Aurel Hermansyah telah menghadiahkan bayi perempuan mereka sebuah kereta mewah jenis Tesla.
Ads
Bukan itu sahaja, sebelum ini Atta dipercayai menyewa satu tingkat hospital bagi urusan kelahiran anak sulungnya itu. Atta melakukan tempahan empat bilik VIP di tingkat Rumah Sakit Bunda, Jakarta buat keluarganya dan keluarga mentua.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan berkaitan tular menerusi media sosial melibatkan kes salah laku buli dakwaan Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK–UPNM) cedera ditekap seterika, disyaki dibuli senior.
Menerusi laman rasmainya, ATM mengeluarkan kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum laporan yang tular di media alternatif dan media sosial mengenai insiden itu yang memperlihat kesan lecur pada badan mangsa.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil maklum berkenaan laporan yang tular di media alternatif dan media sosial mengenai insiden seorang Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK – UPNM) yang disyaki dibuli dan didera oleh seorang ‘senior’nya menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada Pegawai Kadet tersebut sehingga meninggalkan kesan lecur.
Susulan itu, ATM mengesahkan bahawa kes tersebut kini sedang dalam siasatan di peringkat ALK – UPNM.
ATM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kes tersebut. Tindakan disiplin yang keras mahupun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah.
ATM juga menggesa agar masyarakat memberi ruang kepada ATM menyiasat perkara ini secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya. Selain itu, masyarakat juga diseru agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu kepada proses siasatan tersebut.
Segala perkembangan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pegawai kadet tahun dua di ALK-UPNM Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli dan dera baru-baru ini.
Memetik sumber, mangsa mengambil jurusan kejuruteraan itu didakwa dibuli penuntut senior dan kes terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih bertugas, yang menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa.
Allahuakbar, pilunya, khabar duka ini. Tidak dapat bayangkan perasaan seorang isteri dan ibu yang kehilangan suami dan anak yang baru lahir serentak.
Seorang bayi lelaki yang baru berusia tiga bulan pergi buat selamanya dalam keadaan yang amat tragis dipercayai tertindih lengan ayahnya sendiri yang sudah tidak bernyawa akibat serangan jantung.
Lebih pilu, kejadian meruntun jiwa itu, kejadian itu berlaku pada hari pertama ibu bayi kembali berkerja selepas cuti bersalin.
Mangsa lelaki, Nurul Efendy Ibrahim, 35, ditemui tidak sedarkan diri oleh isterinya yang pulang ke rumah kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, manakala bayi, Muhammad Nur Daniel Nurul Efendy, dilihat berada di bawah lengannya.
Isteri mangsa Azura Abdul Malik, 37, berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian suami dan bayinya.
“Saya terkejut apabila masuk rumah dan nampak suami dan bayi kami tidak sedarkan diri.
“Saya terus hubungi pihak hospital untuk bantuan sebelum suami disahkan telah meninggal dunia di rumah,” katanya.
Tambahnya, ketika kejadian bayinya itu masih bernyawa namun dalam keadaan lemah.
“Bayi kami meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” ujarnya ringkas.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd. Supian Md. Dali berkata, panggilan kecemasan telah diterima daripada talian MERS 999 pada pukul 9.58 pagi.
“Kami dimaklumkan terdapat satu mangsa lelaki berusia 30 tahun telah meninggal dunia di lokasi dan bayinya ketika mendapatkan rawatan di hospital.
“Pasukan diminta membuat pemeriksaan di kediaman tersebut sekiranya berlaku kebocoran gas, namun hasil siasatan lanjut mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung, jadi bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dibatalkan,” ujarnya
Sumber:kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Duit simpanan sepatutnya jadi pelindung keluarga di hari tua. Namun, dengan satu panggilan telefon dan kepercayaan yang diberikan kepada orang asing, wang hasil titik peluh boleh lesap sekelip mata.
Itulah yang menimpa seorang kerani insurans berusia 61 tahun di Bukit Mertajam baru-baru ini apabila beliau kerugian sebanyak RM601,850 selepas diperdaya sindiket ‘Phone Scam’ yang mendakwa dirinya terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram.
Semuanya bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai bank.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, suspek mendakwa ada pihak lain menggunakan kad kredit atas nama mangsa.
“Mangsa menafikan perkara itu sebelum panggilannya disambungkan kepada individu lain yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Pegawai polis itu kemudian meminta butiran diri mangsa untuk disemak, sebelum memberitahu kononnya mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram,” katanya.
Tambah beliau, sindiket terbabit seterusnya meminta semua maklumat akaun bank milik mangsa yang masih aktif. Bukan itu sahaja, mangsa juga diarahkan untuk membuat beberapa pindahan wang ke akaun-akaun tertentu atas alasan ia adalah sebahagian daripada siasatan.
Ibu Mengadu Pada Anak Kena Tipu,14 Transaksi Hilang RM601,850!
Gambar hiasan
Akibat terpedaya, mangsa melakukan 14 transaksi pindahan wang berjumlah keseluruhan RM601,850 ke empat akaun bank berbeza, antara 14 Ogos hingga 28 Ogos lalu.
“Mangsa akhirnya sedar ditipu setelah memaklumkan perkara ini kepada anak perempuannya. Selepas itu, dia tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah semalam,” jelas Datuk Azizee.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Pengajaran Untuk Keluarga
Kejadian ini bukan sekadar kisah penipuan, tetapi satu peringatan buat kita semua. Ibu bapa atau warga emas sering jadi sasaran kerana sifat mereka yang mudah percaya pada “suara berautoriti” melalui telefon.
Sebagai anak, kita wajar sering mengingatkan ibu bapa supaya jangan mudah panik dan jangan terus percaya dengan arahan daripada panggilan telefon yang meragukan. Bincang dengan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan kewangan.
Kesedaran ini penting supaya wang simpanan yang sepatutnya menjadi jaminan keluarga tidak tergadai kepada penjenayah.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.