Akrabnya Anak-Anak Datin Diana Dianelle! Aurora Buka Kedai Nak Teman Che Mad Lepas Berkhatan

Share

Sweetnya gelagat anak Datin Diana Dianelle ini! Aurora buka kedai main masak-masak bersebelahan dengan abangnya Muhammad atau panggilan mesranya Che Mad selepas Che Mad berkhatan. Akrab sungguh kedua-duanya!

Muhammad, 5 tahun telah selamat bekhatan. Diana memuat naik gambar Muhammad sedang berehat di atas katil. Yang sweetnya, si adik, Nur Aurora, 3 tahun setia menemani abangnya dengan bermain di sebelah. Main masak-masak (pretend play) menjual makanan seperti nasi lemak, air tembikai,kopi dan ayam goreng.

Para follower memberikan reaksi kagum dengan rapatnya dia beradik ini. Ada juga yang memberikan tips agar luka berkhatan cepat sembuh.

AURORA MANJA DENGAN ABANG

Keakraban Che Mad & Aurora boleh dilihat apabila dia sangat manja dengan abangnya itu. Lepas bangun tidur, terus lari cari abangnya.

Sumber: chemad7


Ekzema ialah satu keadaan di mana kulit tidak dapat menahan kelembapan. Ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti merekah, kegatalan dan sebagainya. Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya ekzema dan rawatan yang sesuai? Ikuti rancangan TV Pa&Ma episod Derita Ekzema yang akan ke udara pada 4 Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam. 

 

IKLAN