Keakraban adik beradik ini sering menjadi tumpuan. Bila Fatimah ke sekolah lain, Ali rasa kehilangan yang teramat sangat. Netizen puji cara didikan ibu ayahnya yang berjaya menyatukan hati anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang positif.
Mukhtar, Fatimah dan Ali adalah adik beradik yang sering mendapat perhatian di Instagram. Ketiga-tiganya bijak dan dididik dengan perhatian dan penuh kasih sayang dari seluruh ahli keluarga. Seluruh keluarga ini mempunyai bonding yang sangat kuat antara satu sama lain.
Semenjak Fatimah melangkah ke Reception di Primary School, Ali kerap kelihatan sedih berpisah dengan kakaknya itu. Baru-baru ini ada video yang menunjukkan Ali menangis teresak-esak kerana rindukan Fatimah walau pun sudah seminggu Fatimah ke sekolah berlainan dengan Ali.
Netizen turut bersedihnya melihat Ali menangis. Suara ibunya, Mrs Mom yang memujuk Ali sangat-sangat melegakan.
It’s been a week since school started and Ali is showing no signs of improvement. He has become more and more clingy to Fatimah. You can see clearly how he struggles from their separation. It’s heartbreaking for us to see him like this everyday. Hopefully he will quickly adapt to this change…?
Kemudian, ada juga dimuat naik video Ali yang gembira dan girang untuk menjemput Fatimah dari sekolah. Excited Ali bersiap nak ambil Fatimah!
You’ve seen the tears, now enjoy his smiles…while it lasts! ? This is the sunny side of Ali as he was going to fetch Fatimah from school – his face is glowing!✨ The best part is that Ali is wearing his KULIT JACKET! ?
Stimulasi atau rangsangan untuk bayi dan kanak-kanak sangat penting di peringkat umur 0 hingga 6 tahun. Fasa ini antara tempoh anak belajar banyak perkara sama ada melalui sentuhan, bunyi, penglihatan dan bahasa.
Jika fasa ini bayi terlepas proses stimulasi, dianggap satu kerugian besar. Jangan jadikan teknologi sebagai pendamping untuk anak semata-mata. Ibu bapa kena kreatif dan banyak lakukan aktiviti luar yang bermanfaat untuk anak.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, beliau menyarankan aktiviti bermain di pantai antara rangsangan terbaik untuk perkembangan anak-anak. Ini kerana ia antara proses menyeluruh melibatkan deria anak.
Berikut antara perkongsiannya untuk pengetahuan ibu bapa
“Cepatlah anak-anak oi!”
Anak dara aku ni, dari dia bayi lagi dia dah takut bunyi ombak. Sekarang umur dah 3 tahun pun masih takut ombak. Namun, aku belum putus asa nak yakinkan dia bahawa ombak di gigi pantai itu tak lebih daripada belaian sang laut pada daratan.
Adik dia pula, pertama kali pergi ke pantai. Seronok bukan main lagi dia. Ketap-ketap bibir. Geram agaknya tengok pasir halus tu. Sampai pasir tu dimakannya. Aduhai anak! Nanti orang kecam ayah sebab hanya mampu beri kamu makan pasir.
Bermain di pantai ni sangat baik untuk perkembangan kanak-kanak. Ia aktiviti stimulasi deria yang agak menyeluruh. Antara deria yang terlibat: 1. Bau: bau garam laut 2. Pendengaran: deruan ombak, desir angin, geser pasir 3. Sentuhan: butir pasir (basah dan kering) 4. Propriosepsi: keberadaan anggota yang ditanam 5. Vestibular: imbang badan ketika jalan di atas pasir 6. Rasa: air laut (Tak usah beri anak makan pasir. Haha)
Aktiviti seperti membina istana pasir juga bagus untuk meningkatkan kefahaman anak tentang tentang konsep ruang serta menggalakkan kreativiti. Selain itu, ia baik untuk kemahiran motor kasar dan halus.
Galakkan anak bermain
Ramai kanak-kanak zaman sekarang ada masalah dengan integrasi deria (sensory integration). Ini kerana mereka asyik dibiarkan bermain dengan gajet(telefon pintar, tablet, dsb). Gajet hanya latih kordinasi mata-tangan. Aspek lain semua terabai. Ini buatkan mereka tidak awas/takut/geli dengan persekitaran mereka.
Jangan biarkan perkembangan anak anda terbantut! Hadkan penggunaan gajet. Galakkan mereka bermain di luar. Jangan terlalu bimbangkan kebersihan dan keselamatan anak sehingga menggangu fitrah mereka untuk meneroka dan alami persekitaran mereka.
Meneroka dunia sekitar adalah terapi buat kanak-kanak. Ia akan buat anak anda lebih pintar dan cergas.
Tak susah pun nak buat terapi untuk anak-anak. Salah satu cara yang seronok adalah dengan bawa mereka ke pantai. Di sana buatlah apa sahaja yang terlintas di minda kalian. Bina istana pasir, berenang, main bola tampar, yang penting berseronoklah.
Namun jika anak anda kanak-kanak berkeperluan khas, boleh rujuk kepada jurupulih carakerja. Mereka akan ajar teknik yang sesuai!
Oleh sebab setiap kanak-kanak itu mempunyai sikap yang berbeza kerana mempunyai latar belakang keluarga berlainan, maka setiap guru harus mempunyai pelbagai pendekatan untuk mengendalikan kanak-kanak di tadika. Maklumlah kanak-kanak ini macam-macam perangai.
Jadi, bukan mudah sebenarnya nak jadi cikgu tadika. Bukan setakat mengajar tetapi psikologi kena mantap!
Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr. Bustam Kamri memberitahu ibu bapa perlu tahu peranan guru-guru tadika supaya jika anak tidak pandai membaca dan menulis, pihak tadika tidak disalahkan. dapat bekerjasam. Berikut 11 sikap yang sepatutnya mesti ada pada guru-guru tadika.
1.Guru-guru di tadika harus mempunyai ilmu pendidikan awal kanak-kanak untuk mengendalikan pelbagai situasi ini seperti tidak mahu ke tadika, takut guru dan sukar memahami pembelajaran dalam kelas.
2.Setiap guru tadika harus mempunyai ciri-ciri yang positif supaya dapat mengendalikan kanak-kanak dengan mudah dan dapat mengelak sebarang konflik pada diri kanak-kanak.
3.Guru perlu memupuk keyakinan kepada kanak-kanak supaya perkembangan emosinya tumbuh tanpa sebarang tekanan sewaktu menghadapi pembelajaran.
4.Pendekatan komunikasi dengan kanak-kanak tadika adalah berbeza dengan kanak-kanak yang telah berusia di sekolah rendah.
5.Guru yang tidak terlatih dan tidak mempunyai ilmu pendidikan awal kanak-kanak biasanya tidak dapat membezakan cara pendekatan yang diperlukan oleh kanak-kanak tadika.
6.Guru dipertanggungjawabkan untuk memupuk dan menyemai minat belajar di peringkat awal pembelajaran yang tidak formal. Biar pun kelihatan mesra tetapi tegas dalam menjalankan tanggungjawab untuk mendidik kanak-kanak mengikut tahap keupayaan usia kanak-kanak. Guru perlu memikirkan kesesuaian bahan pengajaran, minat dan perkembangan yang bersesuaian mengikut peringkat usia.
7.Hari pendaftaran dan perkenalan bersama kanak-kanak sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh guru yang bertanggungjawab untuk memastikan keselesaan dan keserasian kanak-kanak bersamanya. Sekiranya pada hari pertama kanak-kanak tidak selesa bermakna ada sesuatu yang perlu diberi perhatian.
8.Kadangkala terdapat guru yang terus memberi arahan dengan nada suara yang agak meninggi menyebabkan kanak-kanak tidak begitu selesa.
Melarang dan menegah menyentuh peralatan di dalam kelas pada hari pertama menyebabkan kanak-kanak berkeadaan serba salah dan tertekan.
9.Sebaik-baiknya adakan aktiviti sambil memberi peluang kanak-kanak membuat pilihan peralatan yang digemari. Jadikan aktiviti pada hari pertama sesuatu yang menjadi ingatan indah kepada kanak-kanak.
10.Penyampaian pengajaran perlu diberi perhatian pada minggu pertama. Pendekatan bermain sambil belajar sepatutnya diberi penekanan kepada kanak-kanak tadika bukan mengajar secara formal di tahun satu sekolah aliran perdana. Segala aktiviti berpusatkan main seperti nyanyian, bercerita, meneroka dan aktiviti luar bangunan. Guru yang bertauliah dan mendapat pendidikan awal kanak-kanak sepatutnya mengaplikasikan pendekatan tersebut dalam pengajarannya.
11.Pihak pengurusan dan guru tadika perlu menjalin kerjasama dengan ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi kerjasama sepenuhnya jika anaknya menimbulkan masalah apabila dimaklumkan oleh pengurusan tadika. Begitu juga dipihak pengurusan perlu memberi perhatian tanpa ada perasaan menyisihkan kanak-kanak apabila pihak ibu bapa memberi teguran.
Kesimpulannya, guru tadika yang berkecimpung dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak peranannya amat besar dalam memupuk minat dan menyuburkan perkembangan kanak-kanak dalam aspek bahasa, fizikal, kognitif, estetika dan emosi. Pada peringkat ini pendidikan awal perlu diberi perhatian sebagai asas pencambahan kepada perkembangan kanak-kanak yang akan berterusan sehingga ke peringkat pendidikan formal. Jadikanlah pendidikan awal sebagai isyarat bahawa belajar itu menyeronokkan dan tidak membosankan kepada diri kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah anda selalu melarang anak menangis? Perbuatan itu hanya akan membuatkan stress dan suka mengamuk. Sebenarnya bila kerap sangat melarang anak menangis ia boleh mengganggu emosi anak dan si kecil akan lebih tertekan.
Menurut pakar psikologi kanak-kanak, melarang anak menangis memang boleh tetapi sebelum dilarang, sebaiknya pertimbangkan beberapa faktor iaitu berapa usia anak, apa punca anak menangis dan cara yang betul untuk menyuruh anak berhenti menangi. Tahukah anda tentang kesan bahaya kalau selalu melarang anak menangis?
Contohnya kalau bayi yang masih belum boleh bercakap, menangis adalah salah satu caranya untuk berkomunikas. Setiap bunyi tangisan bayi ada maksudnya yang tersendiri seperti sakit, lapar, dahaga, tak selesa dan sebagainya.
Begitu juga dengan si kecil yang kemampuan bercakapnya masih terbatas. Sudah tentu melalui tangisan sahaja dia dapat meluahkan perasaan kecewa, marah, letih dan sebagainya.
Sebenarnya kanak-kanak membesar dengan kemampuan untuk mengawal emosi dan mempunyai rasa empati yang sangat baik pada orang lain. Oleh itu penting untuk ibu ayah memberikan kesempatan pada anak untuk meluahkan emosinya terlebih dahulu iaitu membenarkan dia menangis sehingga dia akan merasa perasaannya diterima dan juga difahami oleh orang lain.
Punca Anak Kuat Mengamuk
Sekiranya ibu ayah terus melarang anak ketika dia menangis terutama pada usia kanak-kanak, si kecil akan terus-menerus menahan emosinya. Akibatnya anak akhirnya tidak dapat mengenali emosinya dan membuatkan mereka merasa tidak difahami.
Oleh kerana tidak dapat meluahkan perasaannya dan merasa tidak difahami oleh orang sekeliling, akhirnya anak akan menyimpan perasaan emosi yang negatif. Cara betul untuk meluahkan perasaan dan emosi juga tidak difahami oleh anak.
Akibatnya perasaan tersebut terus berkumpul dalam dirinya sendiri sehingga akhirnya menyebabkan tingkah laku yang negatif seperti mengamuk, berguling, menjerit, memukul dan lain-lain lagi.
Perasaan yang tidak difahami tersebut membuatkan anak juga tidak boleh belajar cara untuk memahami dan berempati pada orang lain. Selain dari itu perbuatan ibu ayah yang gemar mengejek anak yang kuat menangis dengan gelaran seperti “gembeng”, “kememeh”, “cengeng” dan sebagainya adalah perbuatan yang salah dan tidak akan menyelesaikan masalah.
Ini hanya akan membuatkan anak terus rasa rendah diri dan percaya dirinya seorang anak yang kuat menangis. Tingkah laku tersebut juga akan diulang-ulang kerana anak merasakan itulah dirinya.
Terbuktilah betapa bahayanya kalau selalu melarang anak meluahkan perasaannya melalui tangisan. Bila anak menangis, biarkan dia meluahkan emosinya terlebih dahulu. Bila sudah tenang barulah anda memujuknya dengan sabar dan belaian kasih sayang.
Sumber: tipsanakbayi.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!