Gambar Hiasan

Kisah seorang ibu yang pergi menghadap Ilahi bersama bayi dalam kandungan bukan sahaja mengundang sebak, tetapi membuka mata kita betapa pentingnya akses rawatan ibu hamil yang selamat dan berkesan. Dalam dunia serba moden, cerita seperti ini sepatutnya tidak berlaku namun ia tetap terjadi, meragut dua nyawa yang sepatutnya dilindungi.

Baru-baru ini, seorang wanita hamil dari Kampung Hobong, Sentani, Papua, Indonesia, Irene Sokoy, dilaporkan meninggal dunia selepas tidak menerima rawatan daripada empat hospital sewaktu hendak bersalin. Kisah ini bukan sekadar berita, tetapi satu panggilan kesedaran buat sistem kesihatan dan masyarakat tentang nyawa seorang ibu yang sangat berharga.

Ibu Hamil Meninggal Dunia Setelah ‘Ditolak’ 4 Hospital

Perjalanan Panjang Mencari Akses Rawatan Ibu Hamil

Menurut laporan keluarga, Irene dibawa menaiki bot laju dari Kampung Kensio sekitar jam 3 pagi untuk ke Rumah Sakit (RS) Yowari. Tujuannya satu untuk melahirkan bayinya dengan selamat.

Namun setibanya di hospital pertama, Irene tidak menerima rawatan kerana dikatakan bayinya terlalu besar (4kg) dan memerlukan pembedahan. Dia dirujuk ke RSUD Abepura.

Di sana, keluarga menerima jawapan sama, hospital tidak dapat merawat, dan Irene dirujuk pula ke Rumah Sakit Dian Harapan. Tragisnya, hospital tersebut turut menolak dan menghantar Irene ke RS Bhayangkara.

Ibu Hamil Meninggal Dunia Setelah ‘Ditolak’ 4 Hospital

Ads

Di RS Bhayangkara, keluarga diminta menyediakan 8 juta Rupiah (lebih RM26,000) untuk pembedahan. Tidak mampu, mereka terpaksa membawa Irene ke RSUD Jayapura. Namun belum sempat tiba, Irene dan bayinya meninggal dunia dalam perjalanan.

Hanya Tuhan yang tahu betapa luluhnya hati keluarga yang melalui detik ini. Seorang ibu yang sedang menanggung sakit bersalin, merayu rawatan dari satu hospital ke hospital lain, namun tidak diberi peluang untuk diselamatkan.

Pihak Berkuasa: “Hospital Tidak Boleh Menolak Pesakit Dalam Apa Jua Keadaan”

Insiden ini turut mendapat perhatian pimpinan daerah Papua. Timbalan Ketua Daerah Jayapura, Harris Richard Yocku, menyampaikan rasa dukacita dan menyeru penambahbaikan perkhidmatan kesihatan, terutama di RSUD Yowari.

Lebih tegas lagi, Gabenor Papua, Mathius Fakhiri turut meluahkan rasa marah terhadap kejadian penolakan rawatan ini.

Beliau menegaskan:

Ads

“Hospital dan puskesmas tidak dibenarkan menolak pesakit atas apa jua alasan, terutama kes kecemasan.”

Beliau juga menyatakan tindakan disiplin termasuk pemecatan akan dikenakan terhadap mana-mana petugas kesihatan yang mengulangi tindakan menolak pesakit.

Nyawa Ibu Itu Berharga: Pengajaran Penting Tentang Akses Rawatan Ibu Hamil

Kes seperti ini membuka banyak persoalan penting:

1. Ibu hamil perlu akses rawatan cepat & selamat

Risiko kecemasan semasa bersalin sangat tinggi, ibu boleh tumpah darah, bayi boleh lemas. Setiap minit sangat kritikal.

2. Hospital wajib mendahulukan nyawa

Walau apa pun kekangan, tiada katil, tiada doktor, tiada peralatanp esakit kecemasan tidak sepatutnya ditolak. Situasi seperti ini menunjukkan betapa akses rawatan ibu hamil perlu diberi keutamaan sepanjang masa.

Ads

3. Pendidikan kesihatan ibu hamil sangat penting

Ibu yang mengandungkan bayi besar (lebih 4kg) berisiko menghadapi komplikasi seperti bahu tersangkut atau memerlukan pembedahan segera. Pemeriksaan awal dapat menyelamatkan banyak nyawa.

4. Sistem sokongan keluarga sangat penting

Perlu ada simpanan kecemasan, rancang tempat bersalin lebih awal, dan ketahui hospital terdekat yang mempunyai fasiliti lengkap. Semua ini memainkan peranan besar dalam memastikan akses rawatan ibu hamil tidak terabai.

Akhir Kata: Semoga Tragedi Ini Tidak Berulang

Majalah Pa&Ma mengucapkan salam takziah kepada keluarga Irene Sokoy. Pemergian dua nyawa ini bukan sekadar berita duka, tetapi harapan agar setiap ibu hamil di mana-mana sahaja mendapat perlindungan, rawatan tepat pada masanya dan layanan berperikemanusiaan.

Semoga kisah ini membuka mata semua pihak untuk memperbaiki sistem kesihatan agar tiada lagi ibu yang terpaksa menghembuskan nafas terakhir ketika sedang melahirkan nyawa baru. Semoga tragedi seperti ini memberi kesedaran tentang pentingnya akses rawatan ibu hamil yang adil dan menyeluruh.

BACA LAGI : Ibu Hamil 8 Bulan Pergi Dalam Senyuman, Belum Sempat Jumpa Suami… “Maafkan Saya Sayang…”

Sumber : Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads