“Adakah aku mengandung?” Ini merupakan salah satu daripada soalan terpenting dalam hidup seorang insan yang bergelar wanita.

“Aku Mengandung Ke?” Soalan Yang Selalu Diri Sendiri Tanya. Buat Perkara Ini Sebelum Lakukan Ujian Kehamilan

Bagi pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga, menimang anak selalunya akan menjadi fokus mereka untuk mengembangkan bilangan ahli keluarga.

Semestinya kita akan mahukan jawapan yang paling tepat dan cepat apabila berkaitan dengan kehamilan agar tidak memberikan harapan manis yang palsu.

Bagi para isteri yang sedang berusaha untuk mengandung, pengalaman mengambil ujian kehamilan sememangnya boleh menjadi mendebarkan dan mengujakan!

Pada zaman moden ini, semua benda serba-serbi mudah dan cepat!

Ujian kehamilan boleh dilakukan hanya di rumah menggunakan urine pregnancy test (UPT) dan yang paling best, ia juga boleh dibeli di mana-mana farmasi atau supermarket berdekatan anda.

Kenali kit ujian kehamilan

Ujian ini boleh dilakukan sama ada di rumah mahupun klinik. Ia berfungsi dengan mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.

Sel-sel yang membentuk plasenta akan merembeskan HCG dan ia boleh dikesan dalam air kencing kira-kira 6 hingga 14 hari selepas berlakunya proses persenyawaan.

Cara-cara menggunakan alat ini cukup mudah kerana anda hanya perlu kencing pada kayu penguji tersebut.

Selain daripada cara itu, anda juga boleh mengumpulkan air kencing dan letak ke dalam bekas kecil lalu mencelupkan alat penguji ke dalamnya.

Anda juga mungkin diberikan pilihan lain dengan menggunakan alat penitik. Ia berfungsi dengan cara menitikkan sedikit sampel air kencing ke atas alat tersebut.

IKLAN

Masa bagi mendapat keputusan juga berbeza mengikut jenis-jenis alat ujian dan jenama yang digunakan.

Bagi membaca keputusan, anda sama ada akan melihat perubahan melibatkan warna atau simbol pada alatan tersebut.

Bagi ujian kehamilan yang menggunakan teknologi terbaharu, penggunaannya lebih mudah kerana ia akan terus menyatakan jawapan pada alatan tersebut sama ada anda “pregnant” (hamil)atau “not pregnant” (tidak hamil).

Kit ujian kehamilan ini boleh diperoleh tanpa sebarang preskripsi doktor. Selain itu, ia murah dan sangat senang untuk digunakan.

Namun, sebelum anda mengambil ujian kehamilan, pastikan anda fahami dan melakukan perkara-perkara ini terlebih dahulu!

Persediaan melakukan ujian kehamilan bagi kaum wanita

Jangan minum air terlalu banyak sebelum membuat ujian kehamilan.

Minum air suam

Pastikan anda tidak meminum air dalam kuantiti yang banyak terutamanya apabila anda ingin melakukan ujian kehamilan ini.

IKLAN

Ini kerana, apabila kandungan air di dalam air kencing terlampau banyak, ia boleh mengganggu atau mengubah ketepatan keputusan kehamilan dan mungkin menghasilkan keputusan yang salah.

Lakukan pada waktu pagi hari.

Ambil ujian kehamilan apabila anda mahu kencing pada belah pagi setelah bangun daripada tidur.

Ini kerana kandungan HCG akan berada pada tahap yang paling optimum untuk dikesan pada alat ujian kehamilan tersebut.

Namun jika anda terlupa untuk melakukan pada waktu pagi, pastikan anda tidak kencing sekurang-kurangnya dalam tempoh 4 jam sebelum melakukan ujian ini.

“Aku Mengandung Ke?” Soalan Yang Selalu Diri Sendiri Tanya. Buat Perkara Ini Sebelum Lakukan Ujian Kehamilan

Jangan rushing untuk mengambil ujian kehamilan, tunggu dulu!

Kajian mengatakan bahawa wanita harus menunggu lebih kurang 5 ke 10 hari selepas period anda secara rasminya lambat daripada tarikh yang sepatutnya.

IKLAN

Ini bagi memastikan hasil ujian itu benar-benar tepat kerana tahap kandungan HCG selalunya boleh dikesan di dalam air kencing lebih kurang 10 hari selepas mengandung.

Jika anda lakukan sebelum tempoh itu, kebarangkalian untuk keputusan ujian menjadi negatif adalah tinggi walaupun anda mungkin sebenarnya hamil.

Namun jika keputusan masih negatif, cuba lagi setelah beberapa hari kerana mungkin pada masa itu kandungan HCG masih belum meningkat.

“Aku Mengandung Ke?” Soalan Yang Selalu Diri Sendiri Tanya. Buat Perkara Ini Sebelum Lakukan Ujian Kehamilan

Konklusi

Jika anda disahkan hamil setelah mengambil ujian ini, tahniah!

Pastikan anda segera melakukan temu janji bersama doktor untuk membuka buku pink bagi bakal ibu serta mendapatkan khidmat nasihat berkenaan kehamilan.

Hasil ujian kehamilan yang anda lakukan di rumah itu akan dipastikan semula oleh doktor anda bagi mengesahkan kesahihan keputusan tersebut sama ada dengan melakukan ujian darah atau ujian fizikal.

Kemudian pastikan anda mengikut dan mengamalkan kesemua arahan dan nasihat doktor agar anda dapat merasai pengalaman hamil yang selamat dan sihat.

Kredit: Hello Health

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI