Instafamous serta ahli perniagaan, Hafiz Mahamad sememangnya dikenali kerana sering membuat kejutan buat isteri tersayang. Sejak bercinta, ketika majlis perkahwinan mereka dan baru-baru ini selepas Aaina melahirkan anak sulung mereka, Hafiz tidak pernah merasa bosan untuk menghargai isterinya itu.
Instafamous serta ahli perniagaan, Hafiz Mahamad sememangnya dikenali kerana sering membuat kejutan buat isteri tersayang. Sejak bercinta, ketika majlis perkahwinan mereka dan baru-baru ini selepas Syafiqah melahirkan anak sulung mereka, Hafiz tidak pernah merasa bosan untuk menghargai isterinya itu.
Memuat naik sebuah video di laman Instagramnya, Hafiz berkongsi momen ketika dia memilih hadiah buat isteri tercinta. Bapa muda ini telah menghadiahkan seutas gelang tangan buat Aaina dan anak mereka, Raisya Arisa. Bukan hanya untuk menghargai pengorbanan Aaina bertarung nyawa melahirkan anak mereka, Hafiz membuat kejutan ini kerana kebetulan tarikh lahir Aaina dan anak mereka jatuh pada bulan yang sama.
Sempat berseloroh, Hafiz berkata apabila anak mereka semakin besar nanti sudah tentu ibu dan itu akan berpakat untuk minta dia belanja hadiah lagi. Dia juga memohon agar semua pengikut mereka di laman Instagram untuk sama-sama mendoakan agar dia murah rezeki.
Ads
Video berdurasi satu minit itu menunjukkan ekspresi wajah Aaina yang terharu menerima hadiah tersebut. Hafiz juga dilihat memakaikan gelang emas ke tangan anaknya. Syafiqah Aaina telah selamat melahirkan anak mereka pada 24 Jun 2019 yang lalu. Buat Raisya Arisa, semoga kamu membesar menjadi anak yang sihat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Ibu mana yang tak panik bila serangga kecil seperti lipas memasuki telinga anak kecil kita. Panik dibuatnya dan usaha nak keluarkannya juga pastinya mencabar. Maklumlah tangisan anak pastinya kuat ditambah lagi dengan rasa takut.
Sebenarnya bila berdepan dengan situasi yang semacam ini, ibu kenalah lebih tenang dan paling penting jangan panik. Kalau ibu panik, anak bertambahlah panik. Jadi kena kawal situasi.
Tip yang dikongsikan oleh Dr Ezairy M Sallih ini mama papa kena ikuti. Jangan korek-korek sendiri hingga keluar.
Seorang ibu datang ke klinik bersama anak berusia 9 tahun. Apabila saya periksa, masih ada seekor lipas yang masih hidup. Bergerak-gerak!
Mujur tidak luka ketika dikeluarkan. Untuk ibu bapa, ikuti tip ini jika berlaku kepada anak anda.
Lakukan 4 Perkara Ni
2. Sebaiknya jangan cuba mengeluarkan lipas atau serangga di dalam telinga dengan apa-apa peralatan. Bimbang memudaratkan.
3. Apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah dengan mengambil minyak bayi dan minyak zaitun dan titiskan ke dalam telinga. Biarkan sahaja.
4. Kemudian bawalah ke klinik untuk rawatan doktor selanjutnya. Doktor lebih arif bagaimana untuk mengeluarkannya dengan cara selamat.
Anak pun pastinya tak takut!
Kredit: Dr Ezairy M Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru beberapa hari melahirkan cahaya mata keduanya, pelakon Zahirah Macwilson dipuji ramai kerana tetap cantik jelita biarpun baru sahaja bertarung nyawa melahirkan bayi keduanya.
Menerusi video yang dimuat naik Zahirah di Instagramnya, ibu anak dua ini dilihat semakin sihat, segar dan bertenaga sekali.
Bahkan Zahirah juga kekal cantik apatah lagi fizikalnya kekal kurus walaupun baru saja lepas bersalin.
“Nothing much, just gave birth you..?,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Video pendek Zahirah itu sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malah memuji sifat positif yang ditunjukkan ibu muda ini biarpun baru sahaja melahirkan cahaya mata beberapa hari lalu.
Malah, ada yang kagum melihat fizikal Zahirah yang kurus dan berharap mereka juga boleh kelihatan cantik seperti aktres itu selepas bersalin.
Terdahulu, Zahirah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 31 Mei lalu yang diberi nama Inara Raisa.
Anak menyusu lama dan tertidur tapi tidak mahu melepaskan payudara ibu m walau pun sudah kenyang adalah cabaran buat ibu yang menyusukan. Ada kalanya membuatkan ibu susah untuk melakukan tugas. Mungkin 4 perkara ini boleh membantu.
Apabila dilepaskan puting payu dara daripada mulutnya, dia akan menangis biar pun sudah yakin dia sudah pun lena. Apa yang patut dilakukan agar ia tidak menjadi tabiat buruk kerana keadaan ini menyukarkan ibu untuk bergerak setiap kali sesi penyusuan berlangsung?
Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Umar, keadaan ini berlaku bergantung pada usia anak. Kadang kala ia adalah biasa bagi bayi yang berusia beberapa bulan memerlukan keselesaan daripada ibunya dan payu dara. Berikut adalah antara sebab terjadinya hal ini;
#1 Selama 40 minggu dalam kandungan, si kecil menjadi sebahagian daripada anda dan kini baru beberapa minggu atau bulan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
#2 Dia memerlukan momen penyusuan intim bagi mengenang perasaan selesa yang pernah dilaluinya bersama anda.
#3 Sesetengah bayi memerlukan lebih keselesaan sewaktu menyusu berbanding yang lainnya. Ini kerana mungkin perasaannya lebih sensitif. Tiada salahnya jika bayi hanya boleh tidur lena jika menyusu terlebih dahulu.
#4 Kajian menunjukkan anak yang mendapat keselesaan apabila dia menangis, cenderung untuk menjadi insan yang lebih berkeyakinan diri dan berdikari. Asasnya, jika anda memberi keselesaan kepadanya sekarang, dia akan kurang memerlukannya di masa akan datang.
Adalah tidak biasa jika bayi terus mahu menyusu ketika sedang tidur. Untuk itu, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba lakukan bagi mengatasi hal ini.
Bergantung kepada berapa usia anak, anda mungkin boleh biarkan dia terus menyusu sambil baring tetapi pastikan dia diletakkan di dalam baby sling (penggendong). Jadi, anda boleh bangun dan lakukan pekerjaan lain ketika dia tidur.
Walau bagaimanapun, pastikan bayi benar-benar lena dan tidak lagi menghisap puting sebelum anda cuba mempraktikkan panduan ini. Untuk itu, anda mungkin perlu menunggu untuk beberapa ketika.
Bayi akan melakukan aksi hisapan untuk mendapatkan keselesaan (flutter atau comfort sucking) iaitu hisapan yang lembut dan perlahan-lahan. Apabila bayi baru sahaja tidur, anda dapat lihat dia mengerut mukanya, sebahagian tangan digenggam, bayi menegangkan otot badan serta muka dan kelopak matanya bergerak-gerak.
Apabila sudah nyenyak tidur pula, anda dapat mengenal pasti dengan melihat corak pernafasannya adalah biasa, kelopak mata tidak bergerak dan anggota tubuhnya lemah; tangan terkulai, tiada lagi genggaman tangan serta ototnya lebih relaks.
Oleh yang demikian, apabila bayi mula tidur nyenyak, cuba tarik puting dan jauhkan diri daripadanya secara perlahan-lahan.
Satu perkara yang kadang kala membantu ialah sisipkan jari kelingking di dalam mulut bayi apabila dia sudah tidur. Jadi, anda boleh keluarkan puting payu dara dari mulutnya dan biarkan bayi menghisap jari anda itu.
Lama-kelamaan, barulah anda boleh mengeluarkan jari daripada mulutnya. Cara ini membantu dengan memberi sedikit tekanan pada bahagian bawah bibir bayi apabila anda melakukannya. Dengan melaksanakan panduan ini, anda boleh mengelakkan bayi daripada terjaga daripada tidur.
Meletakkan sesuatu objek betul-betul di sebelahnya yang mempunyai bau badan ibu seperti baju T atau bantal juga dapat membantu.
Ketahuilah, menyusu bukan sekadar membekalkan bayi dengan khasiat yang diperlukannya. Lebih daripada itu, payu dara anda berupaya memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada bayi.
Masa yang diperuntukkan untuk menyusu bayi adalah sangat singkat tetapi memori kasih sayang yang anda curahkan melalui penyusuan susu ibu akan berkekalan seumur hidupnya. Percayalah, bayi anda dengan sendirinya akan tidur tanpa perlu menyusu pada masa akan datang. Jadi, nikmati momen ini selagi ada.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beraya dengan bayi boleh menjadi mencabar jika tiada persediaan. Ikuti tip penting ini supaya mak ayah dapat menikmati raya dengan lebih tenang, selamat dan menyeronokkan.