Baru beberapa hari melahirkan cahaya mata keduanya, pelakon Zahirah Macwilson dipuji ramai kerana tetap cantik jelita biarpun baru sahaja bertarung nyawa melahirkan bayi keduanya.
Menerusi video yang dimuat naik Zahirah di Instagramnya, ibu anak dua ini dilihat semakin sihat, segar dan bertenaga sekali.
Bahkan Zahirah juga kekal cantik apatah lagi fizikalnya kekal kurus walaupun baru saja lepas bersalin.
“Nothing much, just gave birth you..?,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Video pendek Zahirah itu sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malah memuji sifat positif yang ditunjukkan ibu muda ini biarpun baru sahaja melahirkan cahaya mata beberapa hari lalu.
Ads
Malah, ada yang kagum melihat fizikal Zahirah yang kurus dan berharap mereka juga boleh kelihatan cantik seperti aktres itu selepas bersalin.
Terdahulu, Zahirah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 31 Mei lalu yang diberi nama Inara Raisa.
Gas entonox diberikan kepada ibu yang melalui proses kelahiran bagi membantu meredakan sakit kontraksi. Entonox adalah campuran daripada gas oksigen dan gas nitrous oxide.
Gabungan kedua-dua gas ini bertindak memberikan kelegaan sakit dan bukannya oksigen semata-mata seperti yang didakwa sesetengah pihak. Ikuti penerangan dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, berkaitan gas entonox ini dan fungsinya untuk membantu mengurangkan rasa sakit ketika mahu bersalin:
SUKA SEBAB MAMPU KAWAL & BOLEH GUNA BILA-BILA MASA
Kebanyakkan wanita nak bersalin suka menggunakan gas entonox ini kerana mereka mampu mengawal dan boleh menggunakan entonox ini pada bila-bila masa mereka memerlukannya.
Ibu akan bernafas menggunakan topeng muka yang boleh dipegang oleh mereka sendiri, kalau suami teman suami boleh pegangkan topeng muka ini. gas ini mengambil masa 15-20 saat untuk berfungsi, maka ibu boleh mula menyedut gas ini sebaik sahaja sakit kontraksi hendak bermula. Ianya berkesan kalau ibu sedut gas ini perlahan-lahan dan sedut dalam-dalam.
KESAN SAMPINGAN
✅TIADA KESAN BAHAYA kepada ibu dan bayi ✅Ibu kadang-kadang boleh berasa kepala melayang-layang atau pening sedikit ✅Ada pesakit melaporkan berasa mengantuk atau ‘lalok’ dengan menyedut entonox ini atau susah memberikan perhatian atau fokus – jika ini berlaku ibu boleh berhenti menggunakan entonox
Kalau entonox ini tak berkesan untuk anda, boleh fikirkan alternatif lain, bincang dengan doktor cara lain pula untuk ‘berperang’ dengan kesakitan bersalin.
Satu lagi, bukan semua hospital ada kemudahan entonox. Mana yang ada tu boleh la pakai, yang takde tu jangan meroyan plak bila tak boleh pakai entonox. Ada banyak cara lain yg bole bantu kurangkan kesakitan.
Oksigen sahaja TIDAK berfungsi sebagai ubat tahan sakit. Campuran oksigen dengan gas nitrous oxide yang digunakan dalam dewan bersalin baru berfungsi untuk mengurangkan rasa kesakitan bersalin.
Jaga-jaga. Jangan tertipu!
Semoga dengan penjelasan dari Dr Izzat ini dapat memberi informasi kepada para ibu yang bakal melahirkan tidak lama lagi. Gas entonox adalah salah satu inisiatif untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi, tetapi ada juga cara lain yang mungkin membantu. Untuk kebaikan si ibu dan bayi yang akan dilahirkan, dapatkan nasihat dari doktor akan pilihan terbaik yang boleh anda lakukan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Farah Nabilah yang baru sahaja selesai menjalani tempoh berpantang berkongsi wajah putera sulungnya dalam beberapa gambar yang dimuat naik semalam di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Farah memuat naik gambar-gambar sekitar majlis cukur jambul Andre Omar yang berlangsung pada Sabtu di kediaman mereka. dihadiri oleh keluarga terdekat, majlis tersebut meraikan Andre yang dilahirkan pada 22 Oktober yang lalu
Lengkap mengenakan persalinan putih, Farah berkongsi momen indah sepanjang majlis berlangsung sekaligus mendedahkan wajah anaknya buat pertama kali kepada umum.
“Assalamualaikum everyone! Today me, mommy and daddy dah habis pantang! & today is my cukur jambul day,” tulisnya.
Berkongsi kegembiraan ini, ruangan komen dihujani dengan komen dari wargamaya. Rata-ratanya turut memanjatkan rasa syukur dan teruja melihat wajah comel Andre.
Terdahulu, Farah mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang merupakan seorang juruterbang, Mohamed Amirul Yunus pada Disember tahun lalu selepas dua bula mengikat tali pertunangan.
Comel Andre Omar, moga membesar jadi anak yang soleh untuk mommy dan daddy!
Sumber: IG Farah Nabilah
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada masanya bayi menangis dan meragam lebih daripada biasa. Mama papa tentu gusar akan keadaan ini, adakah bayi lapar akibat tidak cukup susu. Tapi mama papa perlu tahu satu keadaan yang dilalui bayi dalam perkembangannya iaitu growth spurt.
Menurut pakar laktasi & IBCLC, Rita Rahayu Omar, paling mustahak bagi anda untuk yakin dengan diri sendiri apabila memutuskan mahu menyusukan bayi dengan susu ibu. Walau bagaimanapun, keyakinan ini hanya akan timbul dan menjadi lebih mantap lagi jika anda mempunyai ilmu berkenaan asas penyusuan susu ibu yang betul.
Dengan berbekalkan ilmu, ibu mampu menangkis sebarang maklumat kurang tepat yang diberikan oleh mana-mana pihak. Perlu diketahui bahawa tidak semua anggota kesihatan dilatih dalam bidang penyusuan. Oleh itu, rujuklah kepada anggota kesihatan terlatih yang bergelar kaunselor ataupun pakar laktasi.
Anda boleh memerhati dan menilai kelakuan bayi, kekerapan menyusu, keadaan payu dara, kuantiti susu yang diperah keluar, sensasi pancutan refleks bukanlah cara untuk menentukan sama ada penghasilan susu anda cukup atau tidak.
JUMLAH LAMPIN BASAH & KOTOR
Sekiranya jumlah lampin basah dan kotor bayi adalah normal (5 – 6 helai lampin basah atau 3 – 4 helai lampin kotor), bermakna bayi mendapat cukup susu.
PENINGKATAN BERAT BADAN
Peningkatan berat badan yang baik (100 hingga 150gram seminggu) juga merupakan petanda bayi mendapat cukup susu.
MENILAI PERKEMBANGAN
Anda juga perlu menilai sama ada dia peka, cergas, pertumbuhan dan perkembangannya normal dan memeriksa petanda-petanda ini.
KEKERAPAN BAYI MENYUSU
Perlu diketahui bahawa susu ibu sangat mudah di hadam (mengambil masa lebih kurang 1.5 hingga 2 jam sahaja). Oleh itu, bayi yang menyusu susu ibu akan menyusu dengan lebih kerap.
Faktanya, bayi juga mempunyai keperluan yang tinggi untuk menghisap. Anda akan dapati bayi gemar berada dekat dengan anda supaya dia berasa lebih selesa dan selamat. Ini adalah perkara normal. Jangan pula disalah ertikan sebagai memanjakan bayi.
KEKERAPAN & TEMPOH PENYUSUAN MENINGKAT MENDADAK
Hal sebegini dipanggil growth spurt. Pada waktu ini, bayi akan menyusu dengan lebih kerap (mungkin setiap 1 jam) dan akan sering meragam.
Keadaan ini sering membuatkan ibu panik. Situasi ini hanyalah sementara dan akan kembali normal selepas beberapa hari hingga seminggu.
BAYI AKAN MELALUI FASA GROWTH SPURT
Growth spurt biasanya berlaku selepas bayi dilahirkan, 7 – 10 hari, 2 – 3 minggu, 4 – 6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 9 bulan. Ini merupakan anggaran sahaja. Yang pasti, setiap bayi adalah berlainan. Jadi, anda perlu bersedia untuk menangani cabaran ini.
Growth spurt merupakan satu proses semula jadi yang mana kekerapan penyusuan oleh bayi dapat membantu anda meningkatkan penghasilan susu. Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang suplemen ketika ini kerana ia akan memberikan isyarat negatif kepada tubuh. Kesannya, penghasilan susu akan berkurangan.
BAYI MERAGAM SEMASA GROWTH SPURT
Kebanyakan bayi akan meragam terutamanya pada waktu petang dan malam. Biasanya ia akan reda setelah beberapa ketika. Cara paling baik untuk menenangkan bayi ialah mendukung, memeluk dan kerap memberi payu dara sebelum dia mula meragam.
Bayi hanya mahu dibelai dan ingin rasa selamat kerana selama ini dia berada di dalam rahim yang keadaannya sangat tenang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!