Al Ghazali dan Alyssa Daguise Umum Bakal Timang Anak Pertama
PASANGAN selebriti Indonesia, Al Ghazali dan Alyssa Daguise akhirnya mengesahkan berita gembira yang dinanti-nantikan peminat. Malah, mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. Perkhabaran manis itu dikongsi melalui satu hantaran bersama di media sosial, sekali gus menjawab teka-teki tentang kehamilan yang menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.
Al Ghazali dan Alyssa Daguise
Bagi pasangan muda ini, kehadiran bayi sulung benar-benar menjadi anugerah terindah selepas melalui pelbagai fasa dalam hubungan yang dibina sejak enam tahun lalu. Mereka menyatakan bahawa menantikan anak pertama adalah detik paling istimewa, malah menjadi perjalanan baharu yang penuh syukur dan pengharapan.
“Alhamdulillah, Kami Bakal Jadi Ayah & Ibu”
Melalui perkongsian itu, Al Ghazali dan Alyssa Daguise meluahkan rasa syukur kerana diberi rezeki untuk bergelar ibu dan bapa. Ucapan tahniah membanjiri ruang komen, menzahirkan sokongan dan kegembiraan daripada rakan artis, kenalan serta peminat yang sudah mengikuti kisah cinta mereka sejak awal.
Berita gembira ini juga menceriakan seluruh keluarga besar mereka, terutama ibu kepada Al, iaitu pemuzik terkenal Maia Estianty.
Maia Estianty Tidak Sabar Menimang Cucu Pertama
Antara reaksi paling mencuri perhatian semestinya daripada Maia sendiri yang kelihatan sangat teruja menantikan gelaran baharunya sebagai nenek.
Ads
“Oma Bunda (Oda) dan Opa Daddy (Ody) menunggu dengan sabar,” tulisnya di ruangan komen, membayangkan betapa besar harapannya untuk menyambut cucu sulung.
Menariknya, hasrat Maia untuk menjadi nenek bukanlah sesuatu yang tiba-tiba. Dalam program Maia AlElDul TV, beliau pernah menyatakan bahawa usia 50 tahun adalah tahun yang paling sesuai untuk dirinya menimang cucu.
Ads
“50 tahun adalah tahun aku mahu menimang cucu. Aku sudah bersedia menjadi Oma Bunda,” katanya.
Buat Maia, memegang gelaran nenek bukan sekadar satu peranan baharu dalam keluarga, tetapi satu fasa kehidupan yang diraikan dengan penuh rasa bangga, kasih sayang dan keterujaan.
Perjalanan Baharu Sebagai Sebuah Keluarga
Al Ghazali dan Alyssa Daguise mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2025 selepas menjalani hubungan selama hampir enam tahun. Kini, pasangan romantis ini memasuki fasa hidup yang lebih bermakna dengan bakal menyambut zuriat pertama yang akan mengukuhkan lagi kasih sayang mereka sebagai sebuah keluarga kecil.
Ads
Peminat pastinya tidak sabar melihat transformasi pasangan ini sebagai ibu dan bapa muda. Ramai yang turut menitipkan doa agar kehamilan Alyssa berjalan lancar dan bayi yang dikandungnya membesar dengan sihat. Dengan kematangan hubungan mereka yang telah lama terjalin, ramai yakin Al dan Alyssa bersedia sepenuhnya untuk memasuki fasa keibubapaan.
Selain itu, pasangan ini sebelum ini sering berkongsi detik-detik manis perjalanan rumah tangga mereka, menjadikan pengumuman kehamilan ini lebih istimewa kerana menjadi simbol permulaan keluarga yang mereka idamkan.
Semoga kehamilan Alyssa dipermudahkan, bayi membesar dengan sihat, dan keluarga ini terus dilimpahi kebahagiaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang ajal dan maut telah ditentukan. Tapi setiap kehilangan pasti dirasakan, apatah lagi bagi ibu yang kehilangan si kecil pernah menghuni rahimnya.
Catatan ibu ini benar-benar menyebakkan. Kuatnya berdepan dengan pemergian si kecil selepas 27 minggu dalam kandungan.
Rupanya kaki dan tangan membengkak serta HB semakin menurun menunjukkan dirinya sedang mengalami severe preeclampsia dan HELLP syndrome. Ikuti coretannya;
4/3/2019
-Ibu buka buku pink kat klinik. Masa ni 11w2d..Alhamdulillah semua ok,BP pun cantik. cuma HB je low sikit 10.9..
5/3/2019
-Pergi klinik lagi untuk scan,minum air gula dan check gigi. Doktor scan tengok anak ibu sihat je dalam rahim ibu. Degup jantung pun dah nampak..keputusan minum air gula tu sebulan kemudian baru dapat..Alhamdulillah ibu tak de kencing manis.
18/3/19
-Bermula rutin check up ibu setiap 2minggu sebab HB ibu masih turun naik tapi x rendah sangat masih 10.5 ke atas cuma tak sampai 11.0
13/5/2019 21minggu 2hari
-Bulan puasa..check up hari ni..HB ibu naik ngam-ngam 11.0. Alhamdulillah, next app lagi 4minggu….hari ni scan lagi kali ke2…Alhamdulillah perkembangan kamu normal,air ketuban pun ok..berat kamu 401gram
2/6/2019
-Kita sekeluarga pulang ke kampung…jalan jemm..tapi tak pe la..demi beraya bersama keluarga…jem pun jem lah…?
9/6/2019
-Tempuh jem lagi. kali ni perjalanan pulang ke rumah kita lak. Sampai di rumah, kaki ibu dua-dua bengkak.Ini kali pertama kaki ibu bengkak, sebelum ni kaki ibu tak pernah bengkak masa mengandung. Pengalaman baru utk ibu.
11/6/2019 25minggu 2hari
-Hari ni appoinment ibu kat klinik…kaki ibu masih bengkak…HB ibu drop 9.0, BP 140/83….pastu berat ibu naik 8kg….aduss…tiba2 je semua ni..ibu pikir mungkin sebab penat balik kampung tak hilang lagi…rupa2nya semua tu petanda ibu akan kehilangan kamu sayang…doktor suruh ibu check BP setiap hari.
22/6/2019
-Ibu ke klinik panel sebab ada ketulan keras pada breast kiri ibu dan sakit. Doktor buat ultrasound…ibu kena breast abcses…
Doktor kata susu tersumbat dan dah ada infection, ada nanah sekali. Doktor bagi ubat antibiotik dan surat refer ke hospital.
23/6/2019 27minggu
-Semalam ibu rasa badan tak sihat. Dalam pukul 4pagi ibu rasa macam sakit contraction. Sakit sederhana kuat. setiap 5minit. Dalam pukul 8pagi sakit tu dah hilang..Alhamdulillah…contraction palsu rupanya..
Dalam pukul 11 camtu ibu ke hospital untuk ambil tarikh appoinment sopd(pembedahan Am) untuk breast abcess ibu…balik dari hosp kaki ibu bengkak teruk….ibu demam….kaki ibu lenguh sangat2….
24/6/19
27minggu 1 hari
-Ibu bangun pukul 4pagi…tak tahan kaki ibu lenguh sangat..rasa menyucuk2 sampai ke tulang….ibu buat air suam dalam baldi…rendam dua2 kaki….Alhamdulillah…lepas dari tu kaki ibu dah makin kurang lenguh nya.
25/6/2019 27minggu 2hari
TANGAN KAKI MULA BENGKAK SAMPAI TIMBUL URAT HIJAU
Petang ni ibu ada appoinment kat klinik. Kaki masih bengkak, tangan ibu pun dah mula bengkak…ibu perasan kaki dan tangan sebelah kiri lebih bengkak dari sebelah kanan…urat-urat hijau nampak timbul kat tangan kiri ibu…
HB IBU TURUN LAGI
HB drop lagi..8.4…ibu kena tukar sticker kuning sebab HB bawah 9.0. Nurse ambil darah ibu untuk Iron Study (katanya untuk check kandungan zat besi dalam darah). BP 140/84, masih tinggi. Urine ok,tak de protein. Masa check tinggi rahim, nurse ulang ukur 3-4kali sebab tinggi rahim naik mendadak. 2 minggu lepas 26cm, hari ni dah 30cm..kena jumpa doktor.
URI BESAR DARI SEPATUTNYA
Doktor klinik scan, doktor cakap uri besar dari sepatutnya. Doktor cuma dapat ukur saiz kepala dan kaki kamu je sayang. Yang lain tak nampak sebab uri kat depan, jadi lindung kamu. Tapi doktor cakap saiz kamu normal, air ketuban pun ok, berat kamu 1115gram. Cuma masalah uri je lebih besar dari sepatutnya. Jadi doktor klinik bagi ibu surat refer untuk buat detail scan kat klinik O&G hospital. Doktor klinik suruh ibu start makan ubat darah tinggi
26/6/2019 27minggu 3hari
KONTRAKSI 3 MINIT SEKALI
Pukul 8 pagi ni ibu rasa sakit macam contraction…3minit sekali…sakit sederhana kuat. Pukul 10 lebih ibu ke klinik..sebab semalam doktor scan ibu lama. keluar dari bilik doktor farmasi dah tutup tak sempat ambil ubat darah tinggi
NURSE MINTA TERUS KE LABOUR ROOM
Ibu terus ke hospital utk ke bahagian O&G untuk ambil tarikh appoinment detail scan…perut ibu masih mengeras dan sakit2 setiap 2minit..ibu bagitau nurse O&G.
Nurse situ suruh ibu terus ke dewan bersalin. Dup dap dengar labour room, tapi ibu pergi jugak. Ibu pikir kot nanti doktor check doktor bagi ubat ke apa ke, pastu ibu balik berehat kat rumah sebab takkan dah nak bersalin baru 27minggu+.
DIMASUKKAN KE WAD BERISIKO TINGGI
Siap daftar kat kaunter labour room. Nurse suruh ibu masuk dalam untuk buat ctg dan check urine. CTG jantung baby ok,dan nurse cakap memang ada contraction. Nurse hantar ibu ke wad high risk sebab kontraksi pramatang. Masa doktor pakar datang check ibu, waktu tu kontraksi ibu dah makin kerap dan kuat. CTG jantung, jantung kamu masih berdegup – 135.
AIR KENCING ADA PROTEIN, DOKTOR SAHKAN IBU SEVERE PREECLAMPSIA
BP ibu 169/100…makin naik,urine ibu detect ada protein. Ibu kena severe preeclampsia. Doktor pakar scan perut ibu dan datang tepi ibu. Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor masa tu. Ibu memang tak jangka jadi macam ni…tapi ibu redha sebab dah ketentuan Nya….
URI LEKANG, DARAH BEKU. BABY TUNGGU MASA NAK KELUAR
“Puan,uri puan dah mula lekang(placental abruptio),darah beku dah terbentuk di pintu rahim,tunggu masa nak keluar je,kita tak kan tahan kelahiran baby ni. Puan memang kena lahirkan baby dgn segera untuk elakkan komplikasi lain.
“Kita akan cuba buat yang terbaik. Sekiranya puan kehilangan banyak darah kita akan tambah darah. Tapi kalau keadaan makin teruk kita mungkin akan buang rahim puan untuk selamatkan nyawa puan.
ORGAN BANYAK BENGKAK, PERATUS HIDUP 50-50
“Lagi satu, bayi puan pun ada masalah. Kita scan tadi nampak kepala dia dah bengkak, paru-paru, buah pinggang, kulit dia semua dah bengkak, peratusan untuk dia hidup 50-50. Tambahan pula baby puan pramatang, lagi tipis harapan dia. Tapi andaikata kami dapat selamatkan dia sekalipun pun kemungkinan akan ada kecacatan tak pun mungkin akan ada masalah perkembangan otaknya”…???,” kata doktor.
BUKAAN 3-4CM
Doktor check laluan bawah dah buka 3-4cm. Ibu suruh doktor bagitau abah kat luar, tapi doktor cakap abah tak de kat luar, doktor call abah pun tak dapat. Rupanya bateri henset abah habis terus,abah pergi cari tempat nak charge.
Ibu dibawa ke labour room. Sakit contraction ibu makin kuat. BP ibu naik 170+ ramai doktor n nurse kat bilik ibu,doktor pakar pun ada.
KEMUNGKINAN IBU DIBEDAH
Ibu rasa haus sgt…masa tu pukul 5+petang camtu..baru teringat dari pagi ibu belum makan apa2 tak lalu makan. Last minum pun pukul 1+ tghari je. Ibu mintak kat doktor nak minum air,nurse cuma bagi minum 2-3titik je,doktor ckp ibu tak boleh minum air,sebab kemungkinan besar ibu nak kena operate.
“OPERATE JE, PATIENT DAH SAKIT KUAT”
Abah masuk bilik ibu,doktor mintak abah sain borang kebenaran untuk operation…sakit cantraction ibu makin kuat…ibu dengar nurse cakap “doktor ni tunggu apa lagi,patient dah sakit kuat ni,operate je la”…ibu redha je time tu kalau nak kena operate pun…walaupun ni 1st time ibu nak kena czer…?
IBU CUBA TERAN, KAMU PERLU DILAHIRKAN SEGERA
Tapi…Allah itu Maha Kuasa….dan atas usaha dan ikhtiar serta kecekapan para doktor Hospital********…ibu dapat melahirkan kamu secara normal….walaupun ibu belum rasa nak push (bukaan dlm 7-8cm) tapi doktor dan nurse suruh ibu cuba push jugak, kamu perlu dilahirkan segera.
MULA TUMPAH DARAH & TEKANAN DARAH MAKIN NAIK
Sebab ibu dah mula tumpah darah dan tekanan darah ibu makin naik..mula ada sorang doktor pakar datang seluk cuba tarik untuk cepatkan kelahiran kamu sambil suruh ibu push.
LEPAS SELUK BARU RASA NAK TERAN
Tapi kamu masih tak keluar-keluar…tak lama lepas tu datang sorang lagi doktor pakar datang seluk…”saya cuba tarik baby dan puan cuba push ye mungkin bila saya tarik ni puan akan ada rasa nak teran”.
Alhamdulillah, masa doktor seluk cuba tarik kamu keluar kali ke-2 baru ibu rasa nak push…berkali jugak ibu cuba. Akhirnya, pukul 6.51petang 26/6/2019 kamu lahir ke dunia. Tapi…..ibu tak dengar tangisan kamu…?…kamu meninggal sebaik dilahirkan (Fresh stillBirth)
KAMU ALAMI HYDROP FETALIS
Memang betul seperti kata2 doktor pakar masa ibu kat wad high risk. Kepala, muka dan badan kamu dah bengkak…dipenuhi air(hyrops fetalis),dalam perut kamu pun dipenuhi air. Suntikan untuk matangkan paru-paru kamu yang dicucuk pada paha ibu tadi tetap tidak mampu menghadirkan nafas kamu?..
IBU SEMPAT PANGKU KALI PERTAMA & TERAKHIR
Tapi kulit kamu tak biru, putih kemerahan sama seperti bayi-bayi baru lahir yang lain. Alhamdulillah, Allah pinjamkan kamu 27minggu 3hari dalam rahim ibu. Itu la kali pertama dan terakhir ibu pangku kamu.
IBU REDA TIADA SETITIS AIR MATA, NAMPAK ABAH MENANGIS
Sempat ibu berpesan pada kamu…”adik tunggu ibu di sana ye…nanti bawak ibu dan abah gi syurga sekali”? … Ibu nampak abah menangis tepi katil ibu. Ibu bersyukur sangat-sangat sebab masa tu Allah jaga hati ibu.
Perasaan ibu penuh dengan keredhaan dengan ketentuanNya sehingga tiada setitis pun ibu mengalirkan air mata menangisi pemergian kamu….ibu tahu syurga adalah tempat sebaik-baiknya untuk kamu….tidak akan ada lagi kesakitan kamu diSana…?
BERMAINLAH DENGAN ABANGMU DI SYURGA
Bermain-main lah kamu Nur Muhammad….Cahaya Yang Terpuji……bersama abang kamu…..ibu pernah keguguran dulu… masa tu kandungan ibu genap 12minggu…..
BERAT 1.9KG, URI 1.25KG
Berat kamu 1.9kg dan berat uri 1.25kg. Doktor cakap kemungkinan kamu kena mirror syndrome complicated. Maksudnya apa yang jadi pada baby di dalam, ibu jugak kena yang sama.
Sebab tu kaki dan tangan ibu serta paru-paru ibu bengkak, sebab kamu didalam jugak bengkak2 sama seperti ibu malah lebih teruk dari ibu?
SELEPAS BERSALIN DITAHAN DI WAD SEMINGGU
Lepas bersalin kamu ibu kena tahan wad seminggu Sebab pelbagai komplikasi masa lahirkan kamu. HB ibu drop sampai 5.2, platlet turun sampai 48, paru2 ibu bengkak, ada mendapan cecair dan ada kuman(2x ibu kena xray). buah pinggang ibu pun ada masalah, urine masih keruh.
IBU KENA TAMBAH DARAH & PLASMA
Kaki dan tangan ibu masih bengkak, ditambah pula muka dan mata ibu dah mula sembab dan bengkak. Ibu kena tambah darah kuning(doktor ckp darah plasma,platlet) pastu kena tambah darah merah 3 pack.
DIBERI UBAT SAWAN
Doctor on drip ubat sawan kat ibu. 24jam tak boleh bangun katil. Kedua-dua tangan bertiub. Sebelah tangan masuk darah,sebelah tangan masuk ubat sawan. Tekanan darah ibu pun belum stabil. Turun naik lagi sampai hari ke-5 di wad.
HARI KETIGA DARAH TERLALU TINGGI
Tekanan darah ibu pernah naik sampai 200+/100 masa hari ke-3. Alhamdulillah hari ke-6 di wad ibu dah makin sihat. Tekanan darah dah mula stabil, HB pun dah naik. Hari ke7 ibu boleh balik rumah. Doktor bekalkan ibu ubat cucuk untuk cairkan darah dan ubat antibiotik untuk kuman paru-paru ibu.
KETULAN BENGKAK PUN SURUT
Bengkak-bengkak kaki, tangan dan muka ibu pun dah surut. Ketulan breast abcses ibu pun dah makin mengecil dan makin kurang sakit. Doktor cakap mungkin tindak balas antibiotik yang doktor bagi untuk paru-paru ibu tu sekali kesan pada breast abcses ibu. Alhamdulilah.
IBU RINDU KAMU
Melahirkan kamu….adalah suatu anugerah tak ternilai dari Allah…..kamu lahir dengan ambigous genitalia (bahagian sulit kamu belum terbentuk sempurna)…sepanjang berpantang ibu google tercari2 jawapan kamu puteri @ putera ibu?
Ibu berdoa mintak Allah tunjukkan rupa sebenar kamu. Ibu rindu kamu. Kamu paling awal ibu dapat rasakan gerakan ketika kamu dalam rahim ibu seawal 2 bulan lebih kamu waktu tu hampir masuk 3bln. Rupanya awal juga kamu pergi…
IBU MIMPI KAMU SEMPURNA, PUTIH BERSIH
Hari tu, awal pagi ibu bangun bertahajud dan mengaji. Lepas tu ibu sambung tidur, ibu bermimpi ibu lahirkan dan pangku kamu. Wajah kamu begitu sempurna, putih bersih. Comel sangat. Tapi walaupun dalam mimpi ibu tetap tak dapat dengar tangisan dan susukan kamu…
KAMU ADALAH PUTERA IBU
Akhirnya masa appoinment post natal ibu bahagian O&G 8/8/2019 terjawab. Tertulis dalam laporan kesihatan ibu, kamu adalah putera ibu. Syukur Ya Allah…
Beberapa perkataan dan situasi komplikasi kelahiran baru yang ibu dengar. Ibu cuba fahami dengan bertanya doktor dan dengan pakcik google. Boleh la faham sikit-sikit
Antaranya:
-Severe Preeclampsia – (ada 2jenis mild preeclampsia dan severe preeclampsia) biasa bermula dengan high BP dan urine ada protein
-Placental abruptio – uri lekang
-Fresh Still Birth (FSB) – bayi meninggal dalam masa 8jam ke bawah selepas dilahirkan
-Mirror Syndrome – simptom yg hampir sama jadi pada janin dan juga pada ibu (rare,jarang berlaku)
-HELPP syndrome – disebabkan 3 keadaan (hemolysis,elevate liver enzyme levels,low platlet levels)-serious pregnancy condition. Untuk atasinya bayi perlu dilahirkan as soon as posibble (segera) untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi..
Hydrops fetalis – bayi dilahirkan dengan 3 @ lebih organ dipenuhi air
Maklumat ini adalah dari hasil google dan tanya doktor,sekiranya ada percanggahan maklumat harap dpt dibetulkan ye..saya budak baru belajar??..semoga bermanfaat…
Apabila diri disahkan hamil, tiada ungkapan lain yang keluar dari mulut seorang ibu kecuali ‘Alhamdulillah’. Tanpa sedar air mata kegembiraan ini mengalir secara tiba-tiba. Lagi-lagi yang memang dah menantikannya.
Namun fasa setiap kehamilan dan bersalin itu tak sama bagi setiap ibu. Ini semua dianggap pengorbanan yang sangat besar. Contohnya jika ibu terpaksa mengandung dan melahirkan bayi tanpa suami di sisi atas sebab-sebab tertentu, pastinya pengharapan penuh bergantung pada Allah.
Ibaratnya rezeki setiap kita tak sama. Yang penting ibu mesti sentiasa positif kerana anak yang dikandung akan terkesan dengan emosi ibu sepanjang mengandung. Sebaiknya sentiasa gembira dan lakukan beberapa amalan yang baik sepanjang hamil.
Insya-Allah mudah-mudahan anak yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi anak soleh dan solehah dan sentiasa memberi kebahagiaan pada kita dan pasangan.
Di sini ada beberapa amalan yang boleh ibu lakukan bermula dari bayi dalam kandungan sehingga saat menyambut orang baru.
Amalan untuk wanita hamil, doa mudah bersalin, cara menyambut kelahiran.
Doa untuk mudah bersalin
Cara menyambut kelahiran
Tahnik dan sunat dicukurkan rambut bayi
Sumber: Unit Dakwah Bil Hal, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Johor.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak Selesa! Itu perkongsian pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang meluahkan rasa ketidakselesaannya apabila perutnya yang semakin sarat disentuh oleh segelintir individu ketika bertemu dan bergambar.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Ayda yang kini hamil tujuh bulan mengakui rasa kurang senang malah dirinya kini menjadi terlalu sensitif dengan perkara itu namun masih menghormati peminat yang mahu bergambar dengannya malah sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Ibu selesa tak kalau tengah mengandung, orang tiba-tiba kat luar pegang-pegang perut?
“Saya minta maaf, saya okay je kalau nak swafoto pegang bahu ke tangan saya tu dah biasa, tapi tengah mengandung ni sensitif dia lain sikit bila kakak-kakak atau makcik-makcik jumpa terus pegang raba-raba perut kita,” tulisnya.
Bahkan kata Ayda lagi, dia tidak tergamak untuk menegur peminat yang mahu bergambar dengannya namun mengakui agak sensitif dengan perkara itu ketika hamil anak kedua ini.
“Nak tegur, tapi tak terkeluar pulak kata. Faham kadang-kadang acik teruja.
“Tapi, harap faham situasi kita dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan bayi. Sudah memadai.
“Ada yang sambil pegang sambil ‘acik kalau kuis camni je dulu bayi dah tendang, jap tunggu anak Ayda tendang tak’ saya muka dah petak,” katanya.
Melalui entri yang sama juga, Ayda turut bertanyakan kepada pengikutnya mengenai hal itu sekiranya berhadapan dengan situasi berkenaan.
Rata-rata pengikut penyanyi kesayangan ramai ini turut bersependapat dengan Ayda serta menasihati penyanyi itu supaya lebih berhati-hati.
Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga bersama pengacara, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla pada 21 September 2021.
Senyuman bayi bukan sekadar reaksi comel, tetapi petanda penting perkembangan emosi, pembentukan ikatan dengan ibu bapa dan asas keyakinan diri anak sejak awal kehidupan.