Persekitaran yang positif dapat membantu anak-anak membesar dengan lebih baik. Salah satunya dengan mendedahkan mereka dengan aktiviti bersukan yang menyeronokkan untuk membuka peluang mereka lebih aktif dan berkeyakinan.
Al Kauthar Eduqids (AKE) sentiasa merangka aktiviti terbaik untuk perkembangan sosial, latihan sensori serta memantapkan kemahiran motor halus dan kasar anak-anak. Salah satunya dengan penganjuran Al Kauthar Eduqids Sports Carnival With Friends 2025 yang akan berlangsung pada 20 Julai 2025 ini.
Selain itu, kerjasama bersama UCMI MAIWP membawakan 150 orang Pelajar dalam Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak menyediakan ruang-ruang aktiviti outdoor yang pastinya memberi input Pendidikan kepada kanak-kanak dan ibu bapa melalui belajar sambil bermain.
Tahun Ini Lebih Gempak, MAEPS, Serdang Lokasi Pilihan
Berbeza dari tahun sebelumnya, AKE Sports Carnival With Friends 2025 tahun ini akan berlangsung di Dewan C, MAEPS Serdang dengan lokasi yang lebih luas dan selesa serta penuh dengan pelbagai aktiviti menarik!
Selain checkpoint AKE yang selalu dinanti-nantikan tahun ini akan ada penampilan istimewa dari Didi and Friends yang pastinya buat semua anak-anak teruja tak ingat dunia!
Ads
Diaktifkan Oleh Pa&Ma, Padat Aktiviti Pentas Menyeronokkan
AKE Sports Carnival With Friends 2025 kali ini diaktifkan oleh Majalah Keibubapaan nombor satu di Malaysia iaitu Pa&Ma yang bakal menghidupkan pelbagai aktiviti pentas utama yang pastinya menggamatkan suasana!
Antara yang bakal mencuri tumpuan adalah Zumba Sarung, Persembahan Teh Tarik, Persembahan Magik dan paling dinanti-nantikan adalah Konsert Bintang Kecil! Persembahan dari kanak-kanak berbakat besar, memang rugi kalau tak tengok live depan mata juga penampilan pengacara terkenal Haziq Hussni DJ Radio Era dan Muaz Mohamed dari Kool FM.
Ads
Bersukan Bantu Anak Berkembang Secara Menyeluruh
Menurut Datin Dr. Nor Fadilah Alias, Ketua Pegawai Operasi Al Kauthar Eduqids (AKE), bersukan bukan sekadar aktiviti fizikal tapi satu cara untuk anak-anak berkembang secara holistik.
Anak-anak akan lebih kreatif, banyak berimaginasi dan menggunakan keseluruhan kemahiran motor halus dan kasar mereka. Malah masa bersukan juga mereka akan jadi lebih bijak berkomunikasi. Semua ni sebenarnya membantu sangat dalam pembentukan karakter anak-anak dari kecil lagi.
Bukan Sekadar Bersukan, Boleh Juga Shopping Sama-sama!
Nak tambah lagi syok, karnival kali ni juga akan dipenuhi dengan booth jualan yang sarat dengan tawaran menarik dan diskaun berbaloi-baloi. Boleh shopping sambil anak bersukan. Win-win untuk semua! Semua pengunjung confirm tak balik dengan tangan kosong.
Jumpa Di Sana Untuk Memori Terindah!
Untuk semua murid-murid AKE dan ibu ayah, kita jumpa pada hari Ahad 20 Julai 2025 nanti! Jangan lepaskan peluang untuk berseronok, cipta kenangan indah, dan raikan anak-anak dalam suasana yang penuh positif, sihat dan menyeronokkan. See you guys there!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usaha mencari adik Jude Angel Jeremy, 18 bulan, yang hilang sejak Sabtu lalu di Kampung Saliwangan Baru, di sini, masuk hari ke lima, semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, operasi yang bermula jam 9.21 pagi itu akan dijalankan di sepanjang sungai menggunakan bot.
Katanya, pencarian di kawasan belukar serta ladang kelapa sawit sekitar juga masih diteruskan.
“Operasi hari ini membabitkan 17 anggota dan pegawai bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk dua anjing pengesan K9 serta pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Operasi turut dibantu seramai 70 penduduk kampung berhampiran dan setakat ini, mangsa masih gagal ditemui,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurutnya, sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Adik Jude Angel yang dijaga neneknya dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah keluarga berkenaan.
Mangsa dipercayai sesat di hutan ataupun terjatuh ke sungai berhampiran.
Sebuah sekolah di Kelantan mengeluarkan surat peringatan kepada ibu bapa berkait dengan risiko culik dalam kalangan murid.
Menurut perkongsian daripada Sinar Harian, Surat yang dikeluarkan pada Ahad itu memaklumkan peringatan itu dikeluarkan susulan sejak kebelakangan ini sering berlaku kejadian culik dalam kalangan murid sekolah.
“Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap ibu bapa atau penjaga dapat mengambil tindakan sepatutnya.
“Menghantar dan mengambil anak-anak mengikut ketetapan waktu, sentiasa memberi ingatan dan pesanan kepada anak-anak serta selalu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani sesuatu kes yang berlaku,” kata kenyataan tersebut.
Sementara itu seorang bapa yang enggan dikenali mengakui terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sekolah terbabit.
Katanya, situasi itu menimbul ketakutan dalam kalangan ibu bapa termasuk anak-anak.
Dia berkata, disebabkan surat peringatan itu tular, kecoh di WhatsApp sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan ibu bapa.
“Setakat ini, kami belum mendengar sebarang kes melibatkan penculikan kanak-kanak selain daripada peniaga kosmetik di Tumpat.
“Pada saya, peringatan itu perlu tetapi harus disampaikan dalam bentuk berhemah terutama kepada ibu bapa supaya dapat memberikan penerangan jelas kepada anak-anak.
“Bila penerangan tidak jelas, saya bimbang timbul masalah sehingga boleh menjejaskan semangat anak-anak untuk ke sekolah,” katanya.
Sinar Harian pada Khamis lalu melaporkan polis Kelantan menyiasat dua kes tular melibatkan dakwaan cubaan culik dua murid di sebuah sekolah di daerah Gua Musang pada Isnin dan Selasa.
Nadia Annuar Kongsi Rahsia Sihat & Awet Muda, Patutlah Mama Anak Dua Ni ‘Maintain’ Slim
Nadia Annuar pengacara yang cukup terkenal dengan kepetahan bila berbicara. Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton ini rupa-rupanya sangat aktif dengan aktiviti kecergasan.
Memiliki kulit putih bersih, tinggi lampai dan bertubuh langsing meskipun sudah punya anak dua menjadikan wanita ini kelihatan cukup sempurna. Kesempurnaan yang ada pada dirinya tidak datang bergolek sebaliknya dengan daya usaha yang tinggi.
Biarpun sibuk menguruskan keluarga, tetapi dia tetap komited menjalankan perniagaan berasasaskan kecantikan kerana minat mendalam kearah itu. Sungguh pun sibuk dengan tugasan harian namun Nadia Annuar tidak pernah menjadikannya alasan untuk tidak melakukan aktiviti kecergasan.
Nadia tetap meluangkan masa untuk melakukan senaman. Kata ibu jelita ini lagi, amalan aktiviti senaman yang berkala dan konsisten akan membuatkan otak jadi lebih cergas, badan yang cantik serta sihat.
MINUM KOPI KOSONG
Mengamalkan gaya hidup sihat, Nadia amat menitikberatkan pemakanan diet yang sihat. Akui Nadia, dia sudah mula ‘melupakan’ gula dalam diet hariannya sejak enam tahun yang lalu. Seperti yang kita ketahui bahawa pengambilan gula yang berlebihan akan mendatangkan banyak penyakit.
“Saya memang tidak minum minuman manis. Tidak dapat dinafikan sebelum ini saya sudah terbiasa mengambil makanan dan minuman yang manis memandangkan keluarga saya berasalkan dari Kelantan. Namun lama kelamaan saya sedar tabiat ini harus diubah.
“Apa yang saya lakukan untuk menghentikan pengambilan gula dalam deit harian saya ialah dengan cara minum kopi kosong. Saya jadikan kebiasaan minum kopi tanpa gula. Secara tidak langsung amalan ini membantu untuk ‘mencuci’ lidah. Percayalah apabila kita sudah terbiasa minum kopi kosong, kita tiada keinginan lagi untuk minum minuman yang manis,” ujar Nadia membuka butir bicara.
EKSTRIM DALAM SOAL PENJAGAAN KESIHATAN
Menjalani rutin kehidupan yang sentiasa diburu dengan kesibukan tentunya memerlukan daya stamina yang tinggi. Bagi wanita berusia 36 tahun ini, dia sangat ekstrim dalam soal penjagaan kesihatan dan juga stamina tubuh.
“Paling penting untuk mendapatkan stamina yang tinggi, bukan hanya perlu bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu pola pemakanan. Pastikan kita makan makanan yang sihat.
“Ramai orang salah sangka, apabila berbicara tentang bersenam. Apabila sebut bersenam, mesti akan ingat perlu pergi bersenam di gimnasium sedangkan hakikatnya bersenam tidak semestinya perlu pergi ke gimnasium. Sebenarnya aktiviti senaman boleh dilakukan di rumah sahaja.
“Untuk mengekalkan stamina tubuh, kita perlu konsisten bersenam. Cara saya mengekalkan stamina tubuh ialah dengan cara bersenam dan melakukan aktiviti senaman secara berkala. Bila kita sudah biasa bersenam, kita akan dapat rasa yang tubuh kita sentiasa cergas.
“Seelok-eloknya amalkan bersenam pada waktu pagi. Alhamdulilah sejak saya aktif dan konsisten bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan, saya tidak lagi ‘nap’ berbanding sebelum saya aktif bersenam. Malah saya rasa tubuh saya lebih cergas dan bertenaga,” ujar Nadia.
PERNAH ALAMI MASALAH ‘EATING DISORDER’
Kongsi Nadia lagi, kira-kira 10 tahun yang lalu iaitu ketika usianya 26 tahun, dia pernah mengalami masalah ‘eating disorder’ atau masalah gangguan pemakanan. Jelas Nadia, masalah kecelaruan pemakanan yang dialaminya sudah sampai ke tahap tidak mahu makan.
“Ketika sakit, saya cuba cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Alhamdulillah senaman dan aktiviti kecergasan adalah terapi terbaik buat diri saya. Sejak itu, saya mula bersenam setiap hari secara konsisten.
“Dalam seminggu, saya akan memperuntukkan empat hingga lima hari untuk bersenam. Tubuh juga perlu perlukan masa untuk berehat jadi tidak perlulah kita bersenam berlebihan sehingga boleh membahayakan tubuh. Selalunya dalam setiap sesi senaman, saya akan memperuntukkan masa selama lebih kurang satu jam setengah. Paling lama pun sekitar dua jam untuk satu sesi senaman,” jelas Nadia.
Cerita Nadia lagi, untuk permulaan cubalah berlari di taman. Jangan mulakan sesuatu yang melibatkan komitmen seperti mendaftar keahlian di gimnasium misalnya. Tidak perlulah memaksa diri untuk memulakans senaman sehingga membebankan diri sendiri.
“Paling penting jika kita ingin berhajat untuk melakukan aktiviti kecergasan, kita jangan tunggu orang lain. Biar semangat itu datang daripada kemahuan diri kita sendiri, bukan sebab orang lain. Boleh juga berdamping dengan rakan-rakan yang sudah sedia aktif dengan aktiviti kecergasan jadi secara tidak langsung ia menjadi pendorong untuk kita kekal aktif bersenam.
“Komitmen ‘level’ saya memang lain sebab saya memang mahu konsisten untuk bersenam. Pulang sahaja dari kerja, saya akan terus pergi ke gimnasium untuk bersenam. Tidak dapat dinafikan mula-mula memang susah tapi percayalah, selepas dua bulan kita konsisten dan disiplin dengan jadual senaman yang kita buat maka ia akan jadi lebih mudah,” tutur Nadia.
SUDAH CUBA SEMUA JENIS WORKOUT
Menurut Nadia setakat ini dia sudah mencuba semua jenis senaman workout. Ia umpama satu kepuasan buat diri Nadia apabila dapat mencuba pelbagai jenis senaman workout. Hanya mereka yang aktif dalam aktiviti kecergasan sahaja dapat memahami ‘kenikmatan’ yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
“Ia umpama satu ketagihan buat diri saya apabila dapat bersenam. Kalau tidak bersenam terasa seperti tidak lengkap hari-hari yang saya lalui. Walau bagaimanapun perlu ada ‘off day’ agar tubuh kita dapat berehat daripada melakukan sebarang senaman dan aktiviti kecergasan.
“Setakat ini saya sudah mencuba pelbagai jenis workout antaranya powerplate, boxing, spinning dan hit classes. Buat masa sekarang aktiviti senaman yang paling saya suka ialah indoor spinning. Saya akan mengikuti kelas ini tiga hingga empat kali dalam seminggu. Sejak kebelakangan ini juga saya turut menggabungkan aktiviti indoor spinning ini dengan boxing,” ungkap Nadia.
“Jadual harian saya memang namun itu bukanlah alasan untuk tidak melakukan aktiviti kecergasan. Saya bersyukur kerana punya pembantu rumah yang dapat memudahkan urusan saya di rumah. Dengan cara itu saya ada masa untuk bersenam.
“Sebenarnya bagi saya tiada alasan untuk kita tidak bersenam. Paling penting kita perlu bijak membahagikan masa. Pendek kata ia bergantung pada diri kita sendiri. Terpulang pada diri kita sama ada untuk memilih gaya hidup yang sihat atau pun sebaliknya. Kalau kita sudah sakit, no tunning back,” kata Nadia.
OBSES DENGAN PAKAIAN SUKAN
Melihat gaya Nadia dalam pelbagai persalinan sukan menggambarkan Nadia seorang yang gemar melaram meskipun ketika melakukan aktiviti kecergasan. Akui Nadia dia tidakm kisah berbelanja besar untuk membeli pakaian sukan berjenama kerana katanya ia bukan sahaja selesa dipakai tetapi tahan lama.
“Walaupun pakaian sukan berjenama ini agak mahal namun saya suka sebab, ia boleh dipakai dalam tempoh yang lama. Selalunya warna pakaian sukan yang menjadi pilihan saya ialah warna hitam. Selain warna hitam, saya juga suka dengan warna-warna terang.
“Sebenarnya pakaian sukan yang selesa memainkan peranan penting kerana akan membuatkan tubuh kita nampak ‘kemas.’Saya memang memperuntukkan jumlah bajet yang agak tinggi untuk membeli pakaian sukan yang saya suka. Bagi saya, pakaian sukan yang selesa dan cantik dengan warna dan corak yang ceria merupakan satu motivasi untuk saya terus bersenam,” tutur Nadia menutup perbualan.
Artikel ini diolah daripada bahan asal dari HIJABISTA
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.