Sebelum ini tular kisah Adelia dan pengasuhnya yang dipanggil Patti. Hubungan rapat keluarga Adelia dan Patti menjadi bukti betapa muafakatnya rakyat Malaysia biarpun berlainan bangsa. Video tular yang menunjukkan Adelia tidak mahu mengikut ibunya pulang ternyata mencuit hati warganet.
Terbaharu, ibu Adelia berkongsi foto anaknya itu bersama Patti dengan kapsyen yang sangat lucu. Di dalam foto tersebut dapat dilihat bayi itu didukung pengasuhnya. Apa yang mencuri perhatian adalah wajah Adelia yang putih melepak disapukan bedak oleh Patti. Memang stail nenek-nenek sangat cara sapu bedak tu!
“Bertepung kau nakk patti sapu bedak.. jangan besar nanti abang ngn kakak nyakat kata adelia anak pungut ,ibu ambil dari orang india sudah😂🤣xpe adelia..surat beranak bukti adelia anak ibu, tapi adelia tetap cucu patti even xde pertalian darah❤️.”
Menurut ibu Adelia, mereka menyewa di pangsapuri yang terletak di George Town manakala suaminya tinggal di Manjung, Perak. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak dan Adelia merupakan yang bongsu. Abang dan kakak Adelia tinggal bersama bapa mereka, hanya Adelia dan ibunya berdua di Pulau Pinang.
Sebuah video baru yang dimuatnaik oleh ibu Adelia di Tiktok araa_vaniella juga mendapat perhatian warganet.
Patti adalah jiran mereka dan dia sendiri yang meminta izin untuk mengasuh Adelia. Beruntung sungguh Adelia mempunyai pengasuh sebaik Patti yang menjaganya seperti cucu sendiri.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Ibu mana yang tidak terkesan dengan masalah yang melanda anaknya. Sejak kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah berlaku, boleh dikatakan ibu kepada pengarah terbabit iaitu Datin Patimah Ismail sering memuat naik hantaran di Instagram Story menunjukkan dirinya sokong menantunya berbanding anaknya sendiri.
Malah melalui perkongsian terbarunya, Datin Patimah turut memuat naik gambar cucu sulungnya, Syaikhul Islam yang merupakan anak lelaki sulung Syamsul dan Puteri Sarah.
Isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu memuji Syaikhul kerana pandai menjaga adik perempuannya, Sumaiyah.
“Syaikhul seorang Abang yang menjaga adiknya Sumayyah dengan baik.
“Kerana dia tahu hanya dia saja lelaki dalam hidup adiknya,” tulisnya di Insta Story.
Menerusi perkongsian gambar itu, kelihatan dua beradik yang cukup akrab itu kelihatan berpelukan erat tanda kasih sayang bersama mereka.
Terdahulu sebelum ini, Puteri Sarah memberitahu ibu mentuanya, Datin Patimah turut menawarkan diri untuk menjadi pencelah dan saksi dalam krisis rumah tangganya yang berlanjutan.
Kematian yang indah sering menjadi dambaan setiap insan. Kematian yang memberi pengajaran dan menyentuh hati, seperti kisah arwah Nurly Shahirah Azman, yang meninggal dunia dalam kemalangan tragis melibatkan sebuah bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.
Sejak hari pemergiannya, pusara arwah tidak pernah sunyi. Ramai yang hadir menziarahi bukan hanya kerana sayang, tetapi kerana terasa ‘lain macam’ dengan kemuliaan perginya arwah.
Ada yang mendakwa kawasan kubur berbau harum, seolah satu petanda baik. Ia mencetus rasa sebak dan insaf, malah tular di media sosial sebagai satu kematian yang menjadi pengajaran buat semua. Namun, di sebalik kisah penuh pengajaran ini, muncul pula sisi yang menyedihkan.
Apa yang menyayat hati, apabila segelintir pengunjung yang datang ke pusara bertindak melampau hingga terjerumus kepada amalan khurafat. Ada yang mencium naskhah al-Quran tulisan tangan arwah secara taksub, seolah-olah ia mempunyai unsur keramat.
Lebih mengejutkan, ada juga yang mengambil tanah kubur lalu disapu ke muka anak-anak mereka, malah disimpan di dalam poket seakan azimat.
Tindakan tidak bertanggungjawab ini akhirnya memaksa pihak keluarga mengambil langkah drastik.
Menurut abang arwah, Mohd. Najmuddin, keluarga memutuskan untuk tidak menerima sebarang kunjungan antara 2 hingga 5 Julai ini, bagi memberi ruang buat ibu bapa mereka berehat setelah lebih 20 hari tidak berhenti melayani tetamu yang datang silih berganti.
“Kami mohon jasa baik orang ramai, hormatilah keputusan ini. Umi dan abah sudah terlalu letih. Kami juga kesal dengan tindakan sesetengah pengunjung yang keterlaluan,” ujarnya.
Sebagai langkah pencegahan, ahli keluarga telah memasang tali penghadang di kawasan pusara arwah. Ia bertujuan mengawal keadaan agar tidak berlaku lagi perbuatan khurafat dan syirik yang boleh memesongkan akidah.
Ingat, Kematian Bukan Untuk Dipuja
aKematian yang baik adalah anugerah Allah. Tetapi memuja, mengambil tanah kubur, atau menganggap sesuatu peninggalan sebagai ‘keramat’ adalah perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Bahkan ia boleh membawa kepada syirik dan khurafat yang merosakkan akidah.
Semoga kita tidak hanya tersentuh oleh kisah kematian yang indah, tetapi turut mengambil iktibar secara berlandaskan syariat dan akidah yang benar.
Menyambut kelahiran anak sendiri tentunya jadi satu pengalaman indah untuk dikenang. Tambah pula disambut oleh seorang bapa yang bukannya seorang bidan dan tidak pernah sebelum ini punya pengalaman menyambut kelahiran anak sendiri.
Syahful Affandy Zulfakar dalam perkongsiannya di Facebook terpaksa menjadi ‘bidan terjun’ menyambut kelahiran anak yang dilahirkan oleh isteri tercinta. Berikut adalah perkongsian yang dibuat:
Hikmah disebalik DNS(Did not start) Sekincan Ultra 50km
Tanggal 2.12.2019 jam 6.35am ditakdirkan aku sendiri sambut kelahiran baby dekat rumah
Baik,aku sediakan laporan lengkap dibawah sebagai kenangan abadi yg akan aku ingat sampai bila².
1.12.2019_hari ahad jam 11.30pm aku hantar wife ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang sebab dia ngadu dah sakit sangat.sampai kat sana daftar siap² kat kaunter & wife pun dah salin pakaian masuk ke dalam buat pemeriksaan.aku tunggu kt ruang menunggu mcm suami² yg lain.
2.12.2019 – 2.30am_tunggu punya tunggu akhirnya doktor & nurse yg bertugas suruh balik dulu atas sebab laluan baru bukak 1cm.aku agak frust,wife ngadu sakit² tapi disuruh balik jugak sebab laluan baru terbuka 1cm & air ketuban pun belum pecah lagi.
3.30am_aku & wife sampai kat rumah.tinggal berdua je sebab anak sulung dah tinggalkan dengan kakak ipar kat bandar putera lebih kurang 4/5km jaraknya dari rumah aku.wife tak boleh tidur & duduk menyandar je sambil tahan sakit.aku dah tak boleh tahan,mata dah rabak so aku lelap²kan mata dulu.
6.05am_Aku sedar dari tidur sebab terdengar wife aku kat ruang tamu tengah teresak² menangis merengek² menahan sakit.aku cuba tenangkan dia sambil gosok² pinggang belakang dia bagi kurangkan rasa sakit.aku tanya wife,nak aku call ambulan tak?
Dia kata tak payah,dia takot klu laluan cm belum bukak besar lagi nanti pihak hospital suruh balik lagi.aku pun akurlah sebab tak pandai nak jangka gambaran kesakitan wife aku tu dah tahap mana.takpelah,aku mintak dia masuk bilik untuk bersiap² pergi hospital.
6.30am_Aku masuk bilik nak mandi siap² aku tengok wife aku dah terlentang dengan posisi betul² nak beranak dah.MasyaAllah,terkesima aku tengok ada benda putih dah nak keluar.aku dah semakin panic.aku punya panic tu Allah shj la yg tau.Allahu Akbar!!!
Dengan pantasnya aku capai fon aku call ambulan mintak datang lepas tu aku call kakak ipar mintak datang jugak support aku.
6.35_Keadaan dah semakin memuncak,wife aku dah teriak “abg,baby nak keluar dah ni.baby nak keluar dah ni”.aku punya panic plus dengan menggigil satu badan.aku dah takde pilihan lain & tak sempat nak mintak tolong kat sesapa dah.aku kene sambut jugak baby ni.last² aku azan kat dalam bilik,siap azan aku pegang kedua lutut wife aku & ready untuk sambut baby.aku tengok benda putih tadi dah semakin tersembul nak keluar.dengan tenang aku mintak wife aku tarik nafas tinggi² & lepaskan.tarik nafas tinggi² & lepaskan.kali ke-3 dia tarik nafas tinggi² aku mintak dia teran semampu yg dia boleh.wife aku pun teran tapi tak berhasil.kali ke-4 aku mintak dia teran aku nampak kepala baby dah keluar.aku tarik kepala baby dengan berhati² & aku mintak wife aku terus teran habis².2,3 kali dia teran aku nampak bahu baby,ok time ni lah,aku seluk jari telunjuk untuk tarik ketiak baby & baby pun berjaya dibawa keluar.lepas tu laju lah ketulan² darah pun ikut keluar sekali.kelam kabut jugak nak pegang baby yg baru lahir ni sebab masih berlendir ibarat macam pegang sabun besar yg licin beb.
6.40am_Baby selamat dilahirkan.aku terus tengok muka wife aku,jelas nampak dia dah lega dalam kesakitan.syukurlah ibu selamat.aku tengok baby pulak.dari tadi senyap takde respon.sekali lagi aku panic sebab baby takde respon.ohhh rupa²nya muka baby masih terlindung dalam kantung.aku pun selak/koyakkan kantung tu baru lah nampak jelas mulut,bibir & lidah baby.aku terlangkupkan baby ke tangan kiri sambil gosok²kan belakang badan baby & tak lama tu baby pun teriak menangis. . .Alhamdulillahhhhh baby pun selamat.gugur semua rasa panic aku tadi & keadaan pun dah tenang aku pun qamatkan baby.Dari pada mula² wife aku teran nak beranak tadi sampai lah baby keluar sepenuhnya aku rasa dalam tempoh masa 5 minit je.fuhhh jadi pak bidan aku hari ni
Tak lama lepas tu kakak ipar aku Suraini Kamaruddin pun sampai,aku pun serahkan baby kat kak ipar aku pegangkan.dekat 15 minit jugak tunggu ambulan sampai ke rumah.dah sampai diorg pulak buat kerja bersihkan baby & tarik uri keluar.dah siap semua tak lama tu wife & baby pun dibawa ke hopital tunku ampuan rahimah klang.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T yg telah beri aku kekuatan utk sambut sendiri baby aku kat rumah dan permudahkan serta melancarkan proses kelahiran baby.
Imun ibu hamil mengalami perubahan semula jadi sepanjang kehamilan. Ketahui punca sistem imun menjadi lemah, risiko jangkitan serta cara berkesan untuk menguatkan daya tahan badan ibu dan melindungi kandungan.