Jika dah nak jadi, benda yang kita tak terfikir berlaku pun boleh berlaku. Begitulah nasib yang dialami oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun apabila berdepan detik cemas apabila kaki kanannya tersangkut di celah tong gas ketika berada dalam sebuah kenderaan.
Ketika kejadian Isnin lalu, mangsa dalam perjalanan bersama bapa saudaranya dari Balik Pulau menuju ke Bukit Mertajam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, tanpa disedari kaki kanak-kanak itu tersangkut pada tong gas yang dibawa dalam kenderaan itu.
Ads
“Bapa saudaranya mengambil keputusan untuk singgah ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai kerana bimbang dengan keadaan mangsa.
Ads
“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong besi tong gas menggunakan peralatan khas sebelum berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Sejak kelmarin, tular sebuah video berdurasi 56 saat yang memaparkan tindakan anggota bomba mengeluarkan kaki kanak-kanak perempuan yang tersangkut di tong gas.
Ads
Kanak-kanak itu yang menangis kesakitan dilihat ditenangkan pasukan bomba dan anggota keluarganya.
Hati ibu mana yang tak terusik bila anak sendiri jadi bahan bualan? Itulah situasi yang dilalui oleh personaliti media sosial, Fila Amir apabila ada netizen yang mempertikaikan rupa paras anak sulungnya, Assara.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Fila atau nama sebenarnya Nurafilah Amir Rusdi berkongsi komen seorang individu yang mendakwa wajah si comel Assara langsung tak serupa dengan suami tercinta, Adama.
Tak mahu berdiam diri, Fila tampil mempertahankan zuriat kesayangannya itu. Katanya, soal rupa anak adalah ketentuan Allah dan bukan manusia yang boleh tentukan.
“Soalan pun, macam kita Tuhan pula. Manalah kita tahu, itukan semua ciptaan Allah,” jelas Fila dengan nada tenang namun penuh makna.
Malah, Fila turut menyangkal dakwaan netizen itu dengan menyatakan wajah anaknya sebenarnya seiras suami jika dilihat betul-betul.
“Tapi siapa cakap tak sama? Letak gambar Adama sebelah gambar Assara, sebijik je,” tambah Fila lagi.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen tampil menyokong Fila dan menasihatkan pasangan itu agar tidak ambil peduli komen-komen negatif. Kata mereka, perkara seperti ini memang normal kerana wajah kanak-kanak akan berubah-ubah seiring dengan usia mereka membesar.
“Biasalah muka budak, masa kecik berubah-ubah. Nanti besar makin nampak ikut muka mak atau ayah,” tulis salah seorang warganet.
Dalam dunia digital serba pantas ni, tak semua komen perlu diambil hati. Apa yang penting, ibu bapa fokus beri kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak. Rupa paras bukan penentu bahagia, yang penting anak membesar sihat, ceria dan disayangi.
Pa&Ma juga ingin ingatkan, sebagai ibu bapa kita semua perlu kuat berdepan kata-kata orang. Anak adalah amanah Allah, mereka datang dengan rezeki, ujian dan keindahan tersendiri. Jangan sesekali biarkan kata-kata orang luar mempengaruhi kasih sayang dalam keluarga kita.
Nak anak membesar sihat dan ceria? Fokus pada perkembangan mereka, bukan apa kata orang. Anak kita, rezeki kita, bahagia kita!
“Jasad kecil ini hanya ingin menumpang untuk dikebumikan di tanah milik tuhan, namun haknya dinafikan oleh orang kampung”
Menurut sumber, jenazah bayi ini tidak boleh di tanam di kampung tersebut malah pengurusan jenazah turut dilakukan di tempat lain hanya kerana bapanya bukan warganegara, tidak cukup duit dan dokumen.
Terpanggil untuk melaksanakan fardhu kifayah, pemilik page Abam botak yang menguruskan jenazah tampil menghulurkan bantuan dan melakukan segala urusan berkenaan jenazah dan segera melakukan pengebumian.
Sebenarnya tadi ada 1 jenazah bayi yang baru lahir meninggal dunia. Bayi tersebut dinafikan untuk dikebumikan di kampung itu
Berapa sangatlah ruang tanah yang digunakan untuk jenazah bayi ni
Alhamdulillah bayi tersebut dikebumikan di Sandakan, Terima kasih penjaga (TIP) Sim-Sim kerana terima jenazah ini
Rata-rata netizen memberikan reaksi sedih dan marah dengan sikap sesetengah masyarakat kampung tersebut yang masih tidak berhati perut dengan situasi yang dihadapi oleh bapa ini. Sepatutnya mereka perlu mempercepatkan proses pengebumian jenazah dan bukanya tidak menerima jenazah kecil itu.
Kehamilan memang diharapkan dalam sebuah perkahwinan. Namun anak belum sempat dilahirkan kesemuanya telah kembali ke negara abadi.
Suasana pilu menyelubungi tatkala pemergiaan pasangan suami isteri, Allahyarham Nur Syafiqah Jaafar dan suami, Allahyarham Mohd Ikraam Ab Azit kedua-duanya berusia 22 tahun.
Kedua-duanya maut dalam kemalangan motosikal dinaiki mereka bertembung sebuah kereta di Lebuhraya Rantau Panjang-Pasir Mas dekat Lubok Jong semalam.
Allahyarham Nur Syafiqah Jaafar yang sedang hamil lima bulan dilaporkan mengalami pecah perutnya akibat nahas tragis tersebut yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu. Kedua-dua bakal ibu bapa ini meninggal dunia di lokasi.
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Abdullah Mohammad Piah, Allahyarham Nur Syafiqah tercampak kira-kira tujuh meter dalam kemalangan terabbit sehingga menyebabkan janin dalam kandungannya turut terkeluar.
Ketika kejadian, katanya, motosikal ditunggang Allahyarham Mohd Ikraam dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menghala Rantau Panjang, manakala Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun pula dari arah bertentangan.
“Sebaik tiba di lokasi, pemandu kereta Myvi cuba memotong kenderaan lain namun gagal sebelum bertembung motosikal jenis Yamaha LC dinaiki pasangan suami isteri berkenaan.
“Akibat pertembungan itu, Allahyarham Nur Syafiqah tercampak sehingga tujuh meter menyebabkan janin dalam kandungannya terkeluar,” katanya ketika ditemui di Hospital Pasir Mas (HPM).
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kemalangan ini sangat tragis dan menyedihkan. Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan memastikan jarak selamat sebelum memotong kenderaan di hadapan,” katanya Abdullah.
Manakala dalam perkembangan lain, bapa kepada Allahyarham Nur Syafiqah memaklumkan mereka sekeluarga tidak tahu yang anaknya sedang hamil.
“Saya bukan sahaja terkejut kerana anak meninggal dunia, kami juga terkejut rupanya anak mengandung lima bulan dan janin terkeluar akibat kejadian itu,” kata bapa Allahyarham Nur Syafiqah, Jaafar Ibrahim.
Kata Jaafar, anak ketujuh daripada sembilan beradik itu adalah pelajar tahun akhir di Politeknik Kota Bharu dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan anak pada Ahad lalu ketika menghantarnya ke Politeknik.
“Hari ini jam 8 pagi, kami dikejutkan dengan kejadian yang menimpa anak serta menantu. Saya tidak tahu ke mana mereka mahu pergi sebelum terbabit dalam kemalangan.
“Apa yang berlaku mengejutkan kami sekeluarga dan anak juga tidak memaklumkan dia mengandung,” katanya ketika ditemui di Hospital Pasir Mas (HPM).
Sementara itu, bapa kepada Allahyarham Mohd Ikraam, Abdul Aziz Mohd Zain, 60, berkata anaknya bertugas sebagai anggota bomba bantuan di Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat.
“Anak saya keluar rumah jam 12 tengah malam tadi memaklumkan mahu menghantar rakannya ke Kuala Lumpur sebelum dikejutkan dengan kejadian kemalangan.
“Kami reda dengan kehilangan anak bongsu daripada tiga beradik secara mengejut,” katanya yang jenazah akan dikebumikan di Kampung Berangan.