Tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamil yang berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan dia kini hamil empat bulan.
Menerusi Instagram keduanya semalam, baik Ernie mahupun Syamil, sama-sama berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram dengan berkongsi sekeping gambar bersama sambil memegang buku ‘pink’, bagi pemeriksaan ibu hamil setiap bulan.
“Alhamdulillah untuk rezeki-Mu Ya Allah. Engkau permudahkanlah perjalanan kami,” tulis Ernie ringkas.
Menerusi Harian Metro, Ernie turut berkongsi kandungannya yang kini berusia 16 minggu itu berdepan alahan teruk sebaik memasuki trimester kedua.
Kata Ernie, sepanjang tempoh awal kehamilan dia tidak berdepan sebarang alahan teruk, namun memasuki trimester kedua dia sudah mula berasa sensitif terhadap makanan dan mengalami alahan.
“Alhamdulillah usia kehamilan saya sudah memasuki 16 minggu iaitu sekitar empat bulan. Ketika trimester pertama semuanya okay, saya tidak mengalami sebarang alahan.
Namun, memasuki trimester kedua ini saya sudah mula sensitif terhadap makanan pedas dan berminyak. Saya akan muntah-muntah serta sudah mula mengalami alahan seperti yang dilalui kebanyakan ibu mengandung,” kongsinya.
Ads
Tunggu masa sesuai berkongsi
Baru sahaja kehilangan ibu mentua pada bulan lalu, kata Ernie, dia dan Syamil menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi khabar gembira itu.
“Sebenarnya kami memang nak berkongsi berita ini lebih awal tapi disebabkan ketika itu arwah umi Syamel jatuh sakit dan meninggal dunia, kami rasa ia bukan waktu yang tepat untuk meraikan berita gembira ini.
“Biarlah keadaan kembali tenang dan seluruh ahli keluarga sudah cukup kuat dan reda dengan pemergian arwah umi. Kami tiada niat langsung nak sorok kehamilan. Jika ikutkan hati memang nak berkongsi lebih awal tapi tak terkeluar dalam waktu yang sangat sensitif untuk keluarga kami,” katanya.
Namun kata Ernie lagi dia bersyukur kerana arwah ibu mertuanya itu sempat mengetahui kehamilannya sebelum pergi. Malah begitu teruja sebaik mengetahui perkara itu.
Ads
“Sebelum umi nak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), kami sempat membuat panggilan video dengannya. Alhamdulillah umi sangat gembira dan teruja.
“Kami bersyukur sangat apabila umi serta seluruh ahli keluarga sudah mengetahui berita gembira ini. Cuma sedih apabila arwah tak sempat untuk melihat cucu sulungnya,” katanya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu mengandung bertanyakan keperluan untuk mengambil dos penggalak (booster) vaksin covid. Perlu atau tidak?
Menurut Dr Muhammad Izzat, dengan bertambahnya pelbagai varian baru Covid, YES, dengan mengambil dos booster, maka kita tingkatkan antibody yang sedia ada untuk mencegah jangkitan covid, dan jika terkena jangkitan covid, severity atau keterukkan jangkitan dapat dikurangkan.
Maka kalau ibu mengandung atau mereka yang sedang cuba untuk mengandung (TTC) saya galakkan semuanya untuk mendapatkan booster dose sejurus sahaja anda layak untuk dapatkannya – at least 3 months from your 2nd dose.
Bila nak ambil Covid vaccine/ booster?
Vaksin Covid mahupun booster SELAMAT diberikan at any point in pregnancy, pada SEMUA trimester kehamilan. Jangan berlengah jika ibu mengandung telah diberikan tarikh untuk mengambil vaksin/booster
Perlu ke tunggu bersalin dulu baru amek booster?
Bukan sahaja vaksin selamat in pregnancy, antibody yang dihasilkan bila si ibu dapatkan vaksin ketika mengandung akan diturunkan pada baby yang belum dilahirkan, so ur baby had some amount of protection against covid bila lahir
Covid booster is VERY SAFE to be given at ALL POINT of pregnancy. Bukan sahaja protect mother, vaksin turut melindungi your baby.
Jangan tangguhkan dan tunggu selepas beranak. Get it as soon as you being offered yaa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki anak semuanya rahsia Allah. Ada yang baru kahwin terus mendapat khabar gembira. Namun tak kurang juga yang dah kahwin beberapa tahun tapi masih lagi berusaha.
Apa yang menyedihkan lagi adalah apabila dapat khabar gembira ada penghuni dalam rahim tetapi hanya separuh jalan saja dapat bertahan, cukup memberi kesan pada emosi. Mungkin orang cakap kehilangan bayi yang dah dilahirkan lagi sedih berbanding dengan keguguran tetapi jika dah 5 kali melaluinya, hanya yang merasainya sahaja faham.
Perkongsian dari Puan Nooradila Azuddin mengenai keguguran kali ke-5 yang bertahan sehingga 17 minggu cukup memberi kesedihan padanya dan suami biarpun dah betul-betul jaga sejak tahu diri hamil.
My first placement ultrasound
My fifth pregnancy loss
1st baby- twin miscarriage ( no heartbeat at 9 weeks)
2nd baby- complete abortion at 6 weeks
3rd baby- complete abortion at 6 weeks
4th baby- ectopic pregnancy ( right salphingectomy done)
5th baby- subchorionic hematoma, no amniotic fluid, cord prolapse. We lost him at exactly 17 weeks.
Allah, Allah, Allah. Berat nak menulis. Bukan tujuan aku nak minta simpati sapa2. Tapi rasa ingin berkongsi supaya insan2 yg senasib dgn kami yg perjalanannya xmudah tahu, masih ada yg diuji dengan ujian yang serupa. Hari ni hari kedua kehilangan anak syurga kami yg ke 5. Hanya sempat aku kandungkan selama 4 bulan 1 minggu which is yg paling lama duduk dlm rahim aku. He is such a fighter. Our baby Muhammad.
Masa ni dah nampak Muhammad. Masa ni first time dengar hearbeat.
Since the very beginning tau aku pregnant of course ada rasa happy. Tp rasa risau tu lebih lagi dari segala2nya. Mula dari tau pregnant mmg dah terus follow up. Scan placement sbb takut terjadi ectopic pregnancy lagi ( orang yg pernah mengandung luar rahim berisiko untuk terjadi lagi kandungan luar rahim). So lepas dr scan, dr ckp everything okay. Mmg sac nampak dalam rahim. Cantik ja. So sis ada sedikit lega.
Start 6 weeks dah ada spotting ( tompok darah) setiap hari. So selepas berbincang dgn matron & sister, alhamdulillah. Diorg bagi aku gunakan cuti rehat. Sampailah minggu ke 8, start bleeding, banyak sgt. Terus ajak husband pergi hospital. Masa tu dalam hati dh redha, maybe baby ni akan gugur jugak. Tp lepas scan doktor cakap hearbeat ada n kuat, jalan pun x buka. Takda langsung tanda2 nak gugur kecuali darah turun dgn banyak. So threatened miscarriage. Doktor bg balik n rest kat rumah with MC.
Duduk rumah kena pakai stocking ni. Sbb aku high risk untuk dpt darah beku.
Dah balik rumah pun still ada bleeding selepas beberapa hari. So kami decide nak try scan kat luar pulak. So kami pergi klinik putra n scan. Doktor ckp mmg ada blood clot( hematoma) dekat cervix. So tu yg menyebabkan aku sentiasa bleeding. Doktor nasihatkan jgn banyak berjalan n kena banyak rehat supaya bleeding x jadi semakin teruk. So hari2 mmg aku stay kt rumah, rehat dan rehat. So keja rumah semua berpindah ke tangan husband aku.
10th weeks– active bleeding lagi. So aku ke hospital lagi dgn husband. Masa ni mmg dalam sehari 6 pad soaked. Tapi masa scan doktor cakap heartbeat ada dan baby nampak okay. Cuma kalau bleed x berhenti maybe baby akan turun jugak. So diorg bagi chance 50/50 kat aku. Aku pon redha dh masa tu. Admit seminggu, sampai bleeding dh kurang, aku mintak balik. Sambung rest n stress kat rumah.
Buat buku merah terus dapat red tag.
12th weeks- pergi klinik pakar sbb ada follow up. Masa scan muka doktor pun dah lain. Ada masalah baru pulak iaitu air ketuban takda. Allahu. Dalam hati, dugaan apa pula kali ni. Then doktor bgtau, bila air ketuban takda, susah untuk baby survive. Kemungkinan baby meninggal dalam perut, dan mcm2 lg boleh terjadi. Balik dari follow up mmg emosi aku terganggu.
Tapi aku cuba kuatkan diri sbb xnak stresskan diri aku n baby.
15th weeks- follow up pakar lagi. Scan keadaan ttp sama. Even baby still kuat heartbeatnya. Masa ni aku serah segalanya pada Allah. Dan dah redha. Kalau anak ni rezeki aku, dia mampu bertahan, dia akan bertahan. Kalau dia x mampu, hati aku redha sbb aku percaya perancangan Allah lebih baik dari aku.
17th weeks-Ikutkan esok ada follow up pakar lagi. Tapi malam tu selepas Maghrib, bila aku pergi toilet, terasa ada something keluar. Bila tgk, Allahu, cord dh keluar sikit. Bgtau husband. Trus kami ke hospital. Dalam kereta aku sempat bgtau husband. Baby kita kemungkinan besar xda. Supaya husband pun bersedia. Actually kami dh bersedia dari awal pregnant lg mcm2 kemungkinan yg akan jadi. So kami tetap tenang dan terima.
Sampai hospital, dr check bukaan, dah sedikit terbuka. Scan heartbeat pun dah xda. Muka doktor berubah bila tgk buku aku. Yala, kehilangan baby ni means kehilangan aku yg kelima. Doktor tanya aku, puan okay x? Baby mmg dah xda, kita tnggu baby keluar sendiri. Kalau x, kita masuk ubat. Masa ni aku pun dh dtg dgn redha. So aku tenang n jawab okay ja kat doktor. Walaupun dalam hati sedih bila terbyg muka husband, muka family, muka family in law yg mmg tunggu baby kami almost 8 tahun kan. Tapi aku pujuk hati aku redha. Allah ada perancangan lebih baik untuk aku.
25/7/19– Start 3 pagi dah rasa sakit sikit2. Since aku mmg seorg yg selalu sakit senggugut, aku mmg boleh bertahan lagi. Sampai pukul 7 pagi masa round, aku bgtau staff nurse & doktor aku dah start sakit. So doktor kata xpa, nanti kalau x kluar juga kita akan masuk ubat. Aku doa banyak2 dalam hati mntak Allah permudahkan. Sakitnya contraction Allah saja yg tahu. Dalam 10.30 terasa satu contraction yg sgt kuat dan rasa ada something keluar, aku panggil staff nurse. Doktor pun dtg, bgtau aku baby dah keluar, doktor bagi aku tgk baby, Allahuakbar, anak aku cukup sifat lengkap semuanya. Baby boy. Sbb tu aku namakan dia Muhammad.
Masa ni scan yg doktor cakap air ketuban takda. Tapi Muhammad ttp mmbesar ikut umur. Strong kan baby Muhammad.
Aku dh x sanggup nak tengok lama2. Terus call husband dtg uruskan baby. Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan kami. Husband bawa balik baby uruskan, mandikan sendiri dan selesaikan urusan kebumi. Alhamdulillah dipermudahkan, jenazah dikebumikan bersebelahan dgn arwah adik aku yg meninggal pada bulan ramadhan yg lepas. Semoga tenang insan2 kesygan aku di sana.
Terlalu banyak dugaan yg aku rasa sejak mula mengandung sehingga selesai urusan pengkebumian semalam. Tapi aku sentiasa pujuk hati, ada orang yg dugaan lebih besar dari aku. Husband aku yg sentiasa di sisi selalu ckp benda ni kat aku. Allah uji kita sbb kita yg mampu hadapi. Mungkin kalau org lain alami, depa x mampu. So kita kena terima dugaan ni.
Sungguh, apa yg husband aku cakap. Allah uji sbb mampu, Allah bantu aku, bg kekuatan, permudahkan segalanya buat kami. Aku redha dgn sebenar-benar redha. Aku percaya. We will get better in time. Time will heal us. For the time being, aku rasa aku tak ready nak hadap semua ni sekali lagi. Bukan bermaksud aku menolak rezeki. Tapi aku yg alami hanya aku yg tahu. Actually, aku ramai sgt kawan yg dah kawen lama pun belum ada rezeki untuk ada anak sendiri, so hanya yg pernah mengalami akan faham. Aku doakan rezeki buat kawan2 aku supaya diberi rezeki mengandung, dan dipermudahkan urusan sekiranya mengandung.
Aku kalau boleh xnak org lain rasa apa yg aku rasa. 5 kali kehilangan bukan benda yg mudah untuk dihadapi.
Di kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih sangat2 pada husband aku, you’re the best husband ever , family aku yg struggle jaga aku, family in law yg menerima aku seadanya, kawan2 yg doakan aku baik2. Aku x mampu nak balas semua doa dan budi baik org pada aku. Aku doakan Allah balas yg baik2 buat semua dan jaga org2 yg aku syg.
Lepas bawa balik Muhammad kat rumah. Dedi stay strong yaa. Walaupun hati mami luluh sgt tgk dedi sedih. Sbb selalunya dalam apa2 keadaan dedi yg slalu pujuk, x pernah setitik pun keluar air mata depan mami. Tapi kali ni dedi pun kalah sbb tengok Muhammad dah cukup sifat.
To my baby Muhammad Terima kasih sbb hadir dalam hidup mami walaupun seketika. Mami dapat merasa juga mengandung dan melahirkan.
Terima kasih sbb stay strong kat dalam untuk 17 minggu walaupun sejak 12 minggu air ketuban Muhammad dh xda.
Mami tau Muhammad penat, mami tau Muhammad dah cuba yg terbaik, tapi Allah lebih sayangkan Muhammad. Lebih dari mami n dedi sygkan Muhammad. Bermain di taman syurga ya anak. Tunggu mami n dedi. We love you.
Dah panjang pulak luahan hati aku kan, simpan sini buat kenangan. Walaupon org kata 4 bulan lebih saja usia baby, it means a lot to us. Hanya org yg terdekat sahaja tau betapa strugglenya kami. Buat masa terdekat ni, rasanya kami berdua lah dulu. Makcik bawang tanya kita rilek jelah kan. Sbb diorg x tau apa yg kita alami. Tak semua org perjalanannya mudah. Tapi Allah sentiasa janjikan ganjaran buat orang2 yg sabar. InshaAllah. Semoga asbab dugaan ini terhapus dosa2 kami. Semoga kami terus kuat hadapi dugaan bersama. Aminn..
Bahkan dalam entri yang sama juga, Leez turut memaklumkan kehamilannya yang kini sudah pun memasuki usia 21 minggu.
Tahniah diucapkan buat Leez dan Aepul. Dalam pada itu, rata-rata pengikut Leez di instagram mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Semoga kandungannya baik-baik sahaja dan dipermudahkan.
Terdahulu Leez dan Aepul telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2014 dan dikurniakan cahaya mata, Nur Safiyya Alisha yang kini berusia tiga tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @leezrosli_officialmy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.