Cemasnya bila nafas si anak menjadi laju sehingga perlu dikomakan. Selepas pemeriksaan rupanya di si kecil bukan sahaja mengalami asma tetapi saluran pernafasan sempit.

Asma adalah antara masalah pernafasan seringkali terjadi kepada si kecil. Punca penyakit asma masih belum diketahui dengan tepat.

Puan Wan Salmi Suhana Wan Majeed atau Hana yang telah muncul dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk ‘Asma & Penyelesaiannya’ di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada 5 Mac 2019.

Alami Nafas Laju Hingga Pernah Dikomakan. Danish Alami Asma & Saluran Pernafasan Sempit Kini Dalam Pa&Ma TV

Dalam Pa&Ma, Hana berkongsi mengenai tiga anak yang  mempunyai masalah asma iaitu Akifa Naila, 6 tahun, Aqil Iman, 4 tahun dan Danish Iman, 3 tahun mengalami asma sejak kecil.

Alami Nafas Laju Hingga Pernah Dikomakan. Danish Alami Asma & Saluran Pernafasan Sempit Kini Dalam Pa&Ma TV

“Akifa Naila diserang masalah asma dari usia 1 tahun 3 bulan, Akil Iman dari lahir umur 1 hari  manakala Danish Iman sejak umur 1 bulan. Mereka mengalami asma agak kronik dan terpaksa menggunakan pam,” kata ibu ini.

 

IKLAN

SALUR PERNAFASAN SEMPIT

Dalam ketiga-tiga adik beradik ini, Danish yang merupakan anak kelima Hana didapati mengalami saluran pernafasan sempit.

“Danish mengalami masalah saluran pernafsan sempit dan diagnosis mengalami masalah proximal traxheomalacia masa ketika berumur 9 bulan. Keadaan Danish masa tu pernafasan beliau agak laju sampai terpaksa dimasukkan ke PICU selama 1 minggu dan dikomakan.

DOKTOR LAKUKAN SCOPE MELALUI MULUT

IKLAN

“Doktor yang merawat mengambil satu jalan untuk mengenal pasti apa punca masalah pernafasan ini. Lalu doktor pakar mengambil keputusan untuk buat scope ke dalam mulut,” ujar ibu ini.

Kini Danish bergantung kepada alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) untuk mengelakkan penyempitan saluran pernafasan terutamanya semasa tidur.

Ibu mana yang boleh melihat si kecil terlantar kesakitan. “Perasaan tu sedih lah bila anak selalu keluar masuk wad saban bulan saban minggu. Sampaikan husband kene berhenti kerja sebab kena menjaga anak yang lain. Pernah sampaikan kami terputus kewangan,” kata Hana melihat kembali pahit getir yang pernah dilalui sepanjang anak diserang asma dan masalah pernafasan.

Alami Nafas Laju Hingga Pernah Dikomakan. Danish Alami Asma & Saluran Pernafasan Sempit Kini Dalam Pa&Ma TV

HINDARI PEROKOK

IKLAN

Buat masa ini, selain pemakanan, Hana juga turut melakukan beberapa perkara berikut. “Rumah kami pastikan bebas habuk dan divakum 5 hingga 6 kali setiap hari. Kami juga menghindari orang sakit, perokok dan suasana jerebu untuk mereka bertiga. Jika tidak, asma boleh tercetus dengan mudah,” kata Hana.

PERSEKITARAN RUMAH PERLU DIJAGA

Selain itu, ibu ini turut berkongsi tip buat ibu bapa lain. “Tip bgi saya kalau anak mengalami masalah pernafsan laju janganlah biarkan sampai mereka dah teruk. Kalau nampak nafas laju tu cepat cepatlah bawak hospital sebab kita tak tahu apa akan jadi. Risiko sangat tinggi jika ibu bapa abaikan, jangan ambik mudah.

“Lagi satu persekitaran rumah pun kena jaga. Jauhkan dari binatang berbulu , karpet, pastikan dalam rumah dalam keadaan bersih. Jangan biarkan anak mandi pada waktu malam. Habuk pun boleh membuatkan anak lelah. Buat masa ni kami follow up dengan pakar dan selalu pastikan keadaan mereka tidak terdedah dengan persekitaran tidak sihat,” kata Hana.

Anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang keadaan Danish, kakak dan abangnya, boleh ikuti siaran episod bertajuk ‘Asma & Penyelesaiannya’ di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada 5 Mac 2019, jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI