Tahniah diucapkan buat usahawan kosmetik, Madammu yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam.
Madammu yang menjalani rawatan IVF untuk cahaya mata sulungnya bersama suami memilih tarikh indah 9 Jun 2023, Jumaat penuh barakah untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka.
Menerusi Tik Toknya, usahawan cantik jelita itu berkongsi kegembiraan atas kelahiran itu.
“Alhamdulillah, baby A selamat dilahirkan di hari Jumaat yang penuh berakah. Syukur,” tulisnya.
Madammu bagaimanapun masih belum mendedahkan nama, wajah dan jantina anaknya yang dipangil Baby A.
IKLAN
Menerusi video yang dikongsikan Madammu itu, memperlihatkan Baby A yang ditunggu-tunggu ramai ini dibawa masuk ke bilik ibunya.
Teruja dengan perkhabaran gembira itu, pengikut setia Madammu turut meninggalkan pelbagai respons diikuti ribuan ucapan tahniah atas kelahiran yang begitu dinantikan itu.
IKLAN
Terdahulu Madammu dimasukkan ke hospital selepas mengalami kebocoran air ketuban. Bahkan pada Mei lalu, Madammu juga turut dimasukkan ke hospital selepas tidak cukup rehat.
Semoga kelahiran Baby A menceriakan dan mencambahkan rasa bahagia buat keluarga Madammu dan suami.
Selebriti, Chef Wan baru-baru ini kelihatan gembira kerana dapat bersama-sama menyambut ulang tahun cucu ketiganya, Putri Arianna Natasya yang kini berusia 8 tahun.
Sambutan hari jadi tersebut diadakan secara sederhana dan di hadiri oleh ahli keluarga terdekat di restoran milik Chef Wan iaitu De. Wan 1958.
Chef Wan turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada cucu tersayang ditambah dengan emoji berbentuk hati.
“Wishing my 3rd grandchild and 2nd grand daughter Arriana a happy 8th birthday.
lots of wonderful greetings from Atok. Love u Arriana.❤️❤️🌹🌹💋”
Putri Arianna Natasya merupakan anak kepada Chef Riz hasil perkahwinan bersama Shikin Maembong yang juga kakak kepada selebriti terkenal Emma Maembong.
Namun mereka mengambil keputusan untuk berpisah setelah empat tahun mendirikan rumah tangga.
Kehadiran Shikin Maembong di restoran De. Wan juga membuktikan bahawa silaturahim mereka kembali terjalin dengan baik setelah melalui beberapa episod yang tidak menyenangkan.
Rata-rata warga maya mengucapkan selamat ulang tahun buat cucu Chef Wan. Ada juga yang tertarik dengan wajah kacukan anak Chef Riz dan Shikin. Ibu Shikin Maembong merupakan warganegara Scotland yang berkahwin dengan Ismail Maembong.
afiyya_amanda’s profile picture arianna ni muka chef riz versi omputeh. comel sgt. hepi besday arianna
ilovejellybunny’s profile picture Mat saleh hbis.. mest cun beso nanti
ifatifah_’s profile picture Happy birthday untuk cucu2 dato..semoga segala kebaikan dan kebahgiaan utk mereka ❤️❤️
Tidak kira sama anda pertama kali ataupun beberapa kali bersalin, pasti mencari-cari petua bagi memudahkan proses kelahiran apabila menghampiri tarikh jangkaan bersalin.
Terdapat banyak petua bagi memudahkan proses bersalin yang boleh anda amalkan. Berikut adalah di antaranya. Kebanyakannya memang banyak membantu melancarkan proses kelahiran.
Minum minuman bercoklat yang dibancuh bersama dengan dua hingga tiga sudu kecil marjerin. Dikatakan ia dapat membantu laluan peranakan cepat terbuka.
Sebelum ke hospital, rebus beberapa biji epal hijau. Selepas rasa sakit kontraksi, anda boleh makan epal ini.
Makan kurma dalam bilangan ganjil. Kurma bagus dimakan ketika sakit bersalin kerana ia membantu tubuh secara semula jadi menghasilkan hormon oksitosin.
Amalkan makan sayur bendi. Kata orang tua-tua, bendi berlendir. Jadi, ia memudahkan proses kelahiran.
Amalkan membaca surah Maryam untuk memudahkan bersalin.
Banyakkan membaca surah al-Fatihah dan doa nabi Yunus serta kerap menyebut Ya Fattah berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
Amalkan bacaan Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air sebelum diminum.
Banyakkan aktiviti berjalan mahupun naik dan turun anak tangga.
Bagi yang rajin bersenam, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah faraj.
Amalkan menyapu minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.
Kerapkan bersama suami supaya laluan terbuka bermula usia kandungan 37 minggu.
Minum air selusuh. Minyak kelapa dara pun boleh digunakan sebagai selusuh. Lebih baik jika selusuh ini dibuat sendiri oleh suami sendiri.
Menghadapi komplikasi sejak di awal usia kehamilan, ibu muda, Norazleena terpaksa melahirkan anaknya awal daripada tarikh jangkaan bersalin yang diberikan doktor. Kesan daripada kelahiran yang tidak dijangka itu, anaknya Adreena Scha bt Azrul Shah mengalami pendarahan di otak sewaktu dilahirkan. Ikuti kisah lanjut mereka berdua.
Setelah kehamilan pertama keguguran pada usia 16 minggu, berita hamil lagi sungguh mengujakan. Namun, dugaan masih mengekori kandungan kedua. Keluar – masuk hospital sudah jadi perkara biasa. Rentetan itu pelbagai kisah berlaku sehinggalah saat kelahiran cahaya mata sulungnya.
“Pada usia 34 tahun, mommy hamilkan kamu Adreena Scha bt Azrul Shah. Selepas berkali-kali keluar masuk hospital, kamu dilahirkan ketika baru berusia 31 minggu. Berat kamu cuma 800gm. Kamu terpaksa dikeluarkan segera melalui pembedahan kerana ketuban bocor. Alhamdulillah, 1 Julai 2014 jam 2.15 petang, kamu lahir dan terus dimasukkan ke NICU PPUKM.
Saiz kamu ketika itu, sejengkal setengah. Pelbagai komplikasi kamu hadapi. Dua bulan lamanya kamu di NICU. Biarpun dibenarkan keluar wad, hari-hari kamu dengan temujanji bersama doktor yang terlalu padat sejak lahir sehingga kini.
Kamu juga ada hypotiriod. Daripada bayi kamu ambil ubat thyroxine bagi membantu perkembangan hormon setiap hari. Ubat itu kamu ambil seperti mengunyah gula-gula.”
Disahkan celebral palsy
“Tambah menyesakkan dada, setelah berusia dua tahun, kamu disahkan celebral palsy spastik depligia akibat pendarahan di otak ketika lahir. Sejak itu, temujanji semakin banyak. Hampir setiap minggu ada tarikh temujanjinya.
Keadaan dari bayi sehingga satu tahun nampak normal. Pembesaran normal seiring corrected age. Cuma mommy perasan kamu suka menggenggam tangan. Kaki pun agak keras. Bila umur makin meningkat dan sepatutnya boleh berdiri, kamu masih meniarap dan mengengsot. Walaupun jalani fisioterapi, keadaan masih sama. Apabila kamu diajar berdiri, kaki kamu keras dan bersilang sepeti gunting.
Tanpa melengahkan masa, mommy dan daddy berusaha secara tradisional menghantar kamu berurut di Kuala Selangor setiap minggu. Fisioterapi pun tidak dilupa. Kaki kamu pun diurut setiap hari lebih daripada 10 kali. Harapannya kaki kamu tidak semakin mengeras.
Pada umur tiga tahun, atas arahan pakar, kamu diminta menggunakan splint. Dengan bantuan Jabatan Sosial PPUKM, kamu menerima bantuan standing frame untuk fisioterapi di rumah supaya boleh berdiri dengan memperbetulkan posisi kaki dan badan. Setiap hari selama empat jam kamu diikat pada standing frame dan dibiarkan berdiri.
Menurut pakar, kaki kamu akan disimenkan selama beberapa bulan untuk tujuan pembetukan. Pakar juga cuba mengelakkan pengunaan suntikan botox kerana kamu ada masalah hipotyroid. Suntikan itu nanti boleh memberi kesan pada bahagian lain. Apa-apa pun suntikan botox adalah pilihan terakhir.”
Tidak patah semangat
“Minggu pertama persekolahan di playschool, kamu sangat gembira. Kemahiran sosial kamu sangat baik. Mommy terharu melihat kamu baru berumur empat tahun tetapi tidak pernah kenal erti patah semangat. Kamu cuba buat segalanya sendirian walaupun hanya mampu merangkak sewaktu melakukan aktiviti-aktiviti di sekolah.
Kawan-kawan kamu berpandangan pelik pada mulanya. Tetapi kini mereka tiada masalah bila bersama kamu. Tambahan pula, kamu pandai membawa diri dan semua senang dengan diri kamu.
Kini, kamu juga melibatkan diri dalam taekwando. Walaupun kamu seorang sahaja yang duduk di atas kerusi semasa sesi latihan. Mujur tenaga pengajar memahami dan membantu. Semuanya itu kesan daripada semangat kamu yang kuat.
Adreena, lahirnya kamu mengubah kehidupan mommy dan daddy. Kami banyak belajar dan mencari informasi mengenai anak pramatang dan cerebral palsy. Lantaran itu, wujudlah kumpulan sokongan Baby Premature Malaysia – NICU. Di situ, mommy berkongsi ilmu dan pengalaman serta memberi bantuan daripada segi moral bagi membantu ibu bapa yang lemah semangat dalam membesarkan anak seperti kamu.
Kini sudah ada lebih 18,000 ibu bapa dan anak-anak pramatang di seluruh Malaysia di dalam kumpulan ini. Kami mendapat sokongan daripada profesor, doktor dan jururawat dari NICU. Bukan mudah membesarkan anak pramtang yang juga mengalami celebral palsy tetapi ia bukanlah sesuatu yang payah sebab mommy tahu kamu ada keistimewaan tersendiri, yang dianugerahkan Ilahi.”
Anak bila sakit, tentulah mak-mak yang paling risau. Paling sedih bila anak sakit tapi maknya pula tidak dapat cuti kerana kekangan tugas yang perlu dilunaskan segera.