Siapa tak teruja dapat adik baru. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Halina, isteri kepada angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar yang baru melahirkan cahaya mata ketujuhnya minggu lalu.
Menerusi Instagramnya, Dr Halina turut berkongsi video gelagat anak kembarnya Eusoff yang pelbagai ragam.
Bahkan kongsi Dr Halina, sebaik baby Sheikh Muhammad dibawa pulang, pelbagai ragam anak-anak yang begitu teruja dengan adik baru mereka.
Pantang sahaja ditinggalkan seketika, ada sahaja kakak dan abang yang membuat cubaan untuk mencium dan sentuh, lebih-lebih lagi dua kembarnya, Emelia dan Eusoff.
“Eusoff terkenang zaman dia baby baby dulu hahah.
Ads
“First 24 hours at home was full of love and chaos! Tak boleh tinggalkan baby Muhammad sendirian. Mesti ada yang try nak kiss, sentuh dan picit,” katanya berkongsi.
Si kembar Emelia dan Eusoff tambah lucu bila mana gagal menyebut nama baby Sheikh Muhammad dengan betul.
Ads
“Lucu sangat bila Emelia dan Eusoff tak boleh lagi sebut nama baby Muhammad dengan betul.
“Tiga suku kata masih sukar lagi bagi mereka. So jadinya.. baby Hamad,” katanya lagi.
Perkongsian Dr Halina itu sudah semestinya mengundang tawa pada pengikutnya. Tak kurang juga yang turut meninggalkan pelbagai reaksi dan komen.
Ramai mak yang mengadu anak kecil mereka mudah kena sembelit. Kasihan tengok bayi atau kanak-kanak menangis sebab susah nak buang air besar. Kebanyakan ibu yang anak mereka mengalami masalah sembelit akan tanya doktor, “adakah susu anak minum tak sesuai sampai dia sembelit?”, “nak kena tukar susu lain ke doktor?”.
Pakar Pediatrik, Dr.Hairin Anisa Tajudin, berkongsikan apa punca dan bagaimana penyelesaian mudah yang mesti dilakukan oleh ibu bapa untuk menyelesaikan masalah anak kecil yang kena sembelit. Hanya tukar sistem diet pemakanan si kecil, insyaAllah masalah susah nak buang air besar akan selesai. Semoga semua ibu ayah dapat mempraktiskan cara disarankan oleh doktor pakar kanak-kanak ini ya!
I’m sharing cases yesterday. Semalam constipation day, pelik kan? Kalau ada seorang datang dengan satu problem nanti berturut pulak patients yang ada simptom yg sama.
Memang semalam ada baby daripada umur 10 bulan hingga anak umur 4 tahun yang ada masalah najis keras. Susah nak buang air besar malah sampai najisnya berdarah sebab luka anusnya (lubang dubur).
Sama aje historynya
1) Bagi susu Formula Milk (FM) dan too dependant dengan FM tu.
Penjelasannya:
Susu formula milk (FM) terutama yang high calorie menyebabkan anak selalu rasa kenyang, digestion susu FM lambat, dan anak rasa mudah sebab tak perlu kunyah. Hisap telan aje. Sebab itu anak jadi kurang selera makan. Susu FM pulak adalah tepung, ada campuran kanji seperti corn starch, maka najis akan keras macam kena glue (gam kan buat daripada kanji).
2) Kurang minum air masak (tak termasuk air-air lain ye), mak kata bagi air masak tapi jumlahnya setiap hari tak cukup.
Penjelasannya:
Air masak sangat penting untuk melembutkan najis yang terhasil dalam usus. Jika badan kurang air, maka lebih banyak air daripada usus yang akan diserap ke dalam darah. Maka najis jadi kurang air dan keras.
3) Kurang pengambilan fiber or serat (ambil tapi tak cukup).
Penjelasannya:
Serat ini ibarat macam sponge (jika sponge kita yang tinggi fiber, akan senang nak serap air kan?)
Serat besar yang ada dalam makanan tidak diserap balik oleh tubuh dan tertinggal dalam usus (maka najis yang ada tinggi serat) untuk menyerap semula air dalam usus yang ada najis dan memastikan najis sentiasa lembut.
Serat daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi, adalah makanan yang bagus untuk perjalanan usus.
Ada mak kata dah masukkan sayur tapi satu jenis aje sayur dalam bubur atau hidangannya.
Ada yang ingat kentang tu pun sayur sedangkan kentang tu sejenis makanan kanji yang boleh keraskan najis .Ia pengganti kepada nasi (karbohidrat).
Ada yang beli serat daripada pharmacy sedangkan serat boleh didapati drpd natural fruit & sayur & oat.
Ada yang ingat susu FM berlabel IT (improve transit) kononnya untuk sembelit tapi tetap sembelit sebab apa? Semuanya sebab tak cukup makan serat & minum air masak.
Macam-macam cerita semalam kalau nak share.
Nanti saya cerita berapa amount air masak yang diperlukan oleh anak-anak ye.
Setelah putus susu ibu, after 2 years old boleh diganti dengan susu fresh milk or susu UHT (Full cream), mereka tidak boleh bergantung kepada susu semata-mata, maka 3 kali susu dah cukup. Selebihnya berikan makanan seperti cheese dan yogurt dan lain-lain serta makanan lain yang natural.
Jika anak yang tak menyusu ibu, selepas 1 tahun tak perlu bagi susu FM lagi, berikan susu Fresh milk or Full cream UHT (kalau susah nak jumpa fresh milk). Nak bagi yg ada perasa sekali sekala pun boleh. Tapi sebab ianya manis maka campurlah separuh susu putih & separuh susu berperisa. Pelbagaikan nutritious drink seperti campurkan susu Fresh dengan horlick or malt chocolate pun boleh tapi kurangkan gula ye.
Alhamdulillah ramai patients saya yang berjaya pulih daripada sembelit setelah tukar diet changes tanpa perlu pening-pening kepala nak tukar susu formula apa.
Banyak nak kongsi lagi. InsyaAlllah jika ada masa. Wassalam.
Dulu bila diri sendiri sakit tak kisah sangat. Tapi setelah ada anak, tahu je anak dalam keadaan kurang sihat, mulalah rasa tak senang duduk.
Ibu bapa risau sangat anak tak sihat sebab mereka tak boleh nak beritahu dia sakit. Cuma jika nampak tak bersemangat maknanya memang ada yang tak kena.
Seperti yang dikongsikan oleh Tasha Manshahar mengenai pengalamannya bila pertama kali anak demam memang tak senang duduk dibuatnya. Sekejap suhu ok, sekejap suhu panas.
“Disebabkan Muammar cranky teruk,menangis lama dan kuat sehingga badannya lembik, tengoknya memang rasa kasihan sangat.
“Tapi mujurlah dalam keadaan itu ada mak ayah yang boleh jadi penenang. Saya cuba juga petua tradisional macam mandi air lemon, lumur asam jawa, kerap basahkan badan dia.
“Nampak ada sikit perubahan tapi tetap juga bawa jumpa doktor untuk pastikan keadaan anak dalam keadaan baik dan tidak memudaratkan diri anak,” katanya.
Berikut tip yang dikongsikan Tasha Manshahar dan dilakukannya ketika anak demam.
Tips : Kalau baby demam
1. Pakai baju nipis je, ada yang cakap tak pakai baju langsung lagi okay cuma pakaikan pampers tapi saya macam kesian baby sejuk so i pakaikan baju lubang-lubang tu. Ni supaya haba dari badan dapat dibebaskan. Suhu bilik jangan terlalu sejuk atau terlalu panas. Sedang-sedang je.
2. Kerap mandikan/basahkan mula dari kaki naik ke kepala. Kerap untuk kawal suhu sampai suhu turun. Boleh juga sediakan air dalam spray bottle tu untuk spray kepala anak dengan kerap. Kalau tinggi dan tak turun-turun lebih 2 hari terus bawa klinik/hospital jangan tunggu lama tau!
3. Boleh guna kain basah atau ambil ice pack balut dengan kain, letak dekat pelipat-pelipat macam ketiak anak.
4. Kerap susukan anak, supaya dia stay hydrated
5. Ibu bapa terutama ibu kena tenang. Budak memang akan demam. Tak ada orang dalam dunia ni tak pernah demam. Bila demam ni la nak bina antibodi. Banyakkan berdoa.
Apa-apa pun jangan lupa rujuk doktor untuk kepastian dan perlu segera dapatkan rawatan.
Sumber: Instagram Tasha Manshahar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyakit kanser memang amat digeruni. Ia bagaikan mimpi ngeri bagi setiap pesakit yang menghidapnya. Bagi wanita pula, kanser payudara dan juga kanser serviks antara penyakit yang sering melanda wanita pada ketika ini. Ia bukan sahaja dianggap bahaya malah dapat meragut nyawa penghidapnya.
Namun ada juga penghidap yang kuat semangat dapat melalui setiap rawatan dengan lancar dan bertahan sehingga beberapa tahun malah ada yang pulih sepenuhnya daripada kanser yang dihidapi. Tapi yang pasti kanser adalah satu penyakit yang sangat ditakuti oleh semua orang.
Dalam satu perkongsian di Facebook seorang wanita memuat naik kisah hidupnya yang terdahulunya merupakan seorang penghidap barah payudara. Kejadian itu telah berlaku hampir empat tahun yang lalu semasa kandungannya mencecah bulan yang ke 5. Pada mulanya dia berasa sangat tidak selesa pada ketulan pada payudaranya dan terus mendapatkan pandangan doktor pakar.
Setelah menjalani beberapa pemeriksaan daripada doktor, amat mengejutkan apabila dia diberitahu bahawa dirinya telah menghidapi kanser payudara peringkat ketiga. Semasa dalam tempoh kehamilan, dia telah menjalani pelbagai rawatan termasuk kimoterapi.
Semasa dalam tempoh kehamilan, dia tidak pernah meninggalkan sebarang rawatan yang perlu dijalani. Disebabkan kesan sampingan rawatan kimoterapi, dia telah mengalami keguguran rambut yang teruk yang menyebabkan kepalanya menjadi botak.
Selepas dua sesi rawatan kimoterapi berkenaan, dia akhirnya berjaya melahirkan anak perempuannya pada minggu ke 36. Namun, setelah itu doktor melaporkan bahawa sel kansernya sudah semakin merebak.
Dia tetap meneruskan dan mehabiskan rawatan yang telah dicadangkan oleh pakar kepadanya. Doktor sangat berpuas hati dengan kondisi dirinya dan kini, sudah empat tahun perkara itu berlalu, dia dan anaknya masih lagi sihat seperti biasa.
Wanita ini berharap agar dengan berkongsikan kisahnya ini, dapat menyebarkan tenaga positif terhadap para pesakit ataupun penghidap kanser.
Semoga kisah ini memberikan inspirasi dan kekuatan kepada wanita-wanita yang menghidapi situasi yang sama seperti wanita ini. Dinasihatkan juga agar tidak mengambil mudah terhadap penyakit kanser ini, dan segera dapatkan nasihat doktor jika ada sesuatu yang tidak kena pada diri sendiri.
Baucar Barangan Bayi RM100 percuma daripada MYDIN diberikan kepada 500 ibu mengandung terawal di lapan cawangan terpilih sebagai usaha membantu persediaan menyambut kelahiran bayi.