Alhamdulillah, baby Merdeka! Empat tahun menunggu kehadiran cahaya mata, akhirnya pelakon Mona Allen yang juga isteri kepada Pekin Ibrahim selamat melahirkan bayi sulung mereka awal pagi 31 Ogos.
Mona Allen melahirkan bayi lelakinya di sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor pada pukul 2.39 pagi.
Berkongsi berita gembira itu, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan baby selamat. Baby merdeka lahir pada 2.39 pagi,” katanya.
Ads
Mona dan Pekin turut menerima ucapan tahniah daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat mereka sempena kelahiran anak sulung yang dinantikan selama ini.
Kebetulan pula lahir sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.
Ads
Mona sebelum ini berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan enam bulan selepas empat tahun melalui proses mendapatklan anak atau Trying To Conceive (TTC).
Jika diikutkan due date untuk bersalinnya pada September dan tak sangka baby nak keluar pada hari bersejarah Malaysia.
Dalam pada itu, Mona dan Pekin juga turut melakukan ikhtiar rawatan perubatan Islam dan dengan izin Allah berjaya hamil. Pasangan suami isteri ini mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Mawar Rashid dan Raf Yaakob yang mengumumkan bakal menimang seorang lagi cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Menerusi Instagramnya, Mawar dan Raf turut memuat naik video pengumuman jantina bayi ketiga mereka melalui majlis ‘gender reveal’ ringkas yang juga diadakan bersempena sambutan hari lahir anak kedua mereka.
Semalam menerusi Instagram, Mawar dan Raf meminta pengikut mereka untuk meneka jantina bayi dan hari ini keduanya tampil berkongsi kepada umum.
“It’s a boy or Girl?
“Mawar akan announce besok ok dan ada suprise promo Mawarose untuk you all sempena gender reveal,” tulis Mawar di Instagramnya.
Majlis hari jadi dan gender reveal bertemakan warna merah jambu itu mengelirukan ramai tetamu bila mana Raf dan Mawar sekeluarga tampil berbusana sedondon warna biru.
Jantina bayi ketiga pasangan ini yang merupakan seorang perempuan itu akhirnya diketahui selepas belon hitam bersaiz besar dipecahkan anak sulung Mawar.
Ahli keluarga dan tetamu turut bersorak gembira untuk menanti kelahiran cahaya mata ketika itu tidak lama lagi.
Mawar yang kini sarat tujuh bulan bakal melahirkan puteri kedua pasangan itu dua bulan lagi. Semoga dipermudahkan kelahirannya kelak.
Terdahulu, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.
Biasanya anak-anak kecil, tarikan utamanya adalah permainan. Pergi mana-mana sekalipun, nampak ada mainan, pasti rambang mata. Bagaimanapun menerusi satu perkongsian di TikTok baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan mengambil keputusan untuk membeli barang kemas menggunakan duit raya sendiri.
Jelas nampak kematangan anak kecil ini. Jika beli mainan, cepat rosak kan? Sekurang-kurangnya ia menjadi pelaburan masa depan dan jika terdesak bolehlah digunakan. Tidaklah membazir begitu saja.
Menerusi video berdurasi 19 saat itu, Puan Diyana Razip menyatakan anaknya lebih memilih untuk membeli barangan kemas berbanding permainan.
Dalam video tersebut, kelihatan si anak sambil makan muruku, menghulur beberapa keping wang ringgit kepada pekerja kedai barangan kemas itu.
“Duit raya beli emas. Kecil-kecil dah pandai nak beli emas budak ni,” jelas ibunya di ruangan kapsyen.
Perkongsian video tersebut mendapat respon positif dan rata-rata memuji tindakan anak kecil itu kerana membuat pilihan bijak dan barangan kemas satu aset pelaburan yang tak rugi jika membelinya sekarang.
@Yatie Aieyya: kita pun sama…dari ank umur 1 tahun. 30% duit raya kita bagi dia orang merepek! 70% lagi kita beli emas untuk dia orang. Sekarang dah 13 tahun umur anak. lengkap semua.
@Ai.IntelligentReal: My daughter punya duit since lahir orang sedekah sekali duit raya memang sentiasa belikan emas.
@lia: Bagus dia pandai guna duit dia..terbaik lah dik dari beli mainan baik adik beli emas.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semasa kelahiran secara vakum, doktor akan menggunakan alat vakum untuk membantu bawa bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong?
Alat peranti vakum yang dikenali sebagai pengekstrak vakum, menggunakan cawan lembut yang dilekatkan pada kepala bayi dengan penyedut.
Seperti prosedur bersalin lain, pastinya wujud risiko yang berkaitan dengan kelahiran secara vakum.
Malahan, kaedah bersalin normal juga boleh mengakibatkan komplikasi pada ibu dan bayi.
Umumnya, penggunaan alat bantuan kelahiran pengekstrak vakum ini adalah bagi mengelakkan kelahiran caesarean atau mencegah tekanan pada janin. Jom ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Hello Doktor ini.
Jangan panik. Keadaan tersebut TIDAK akan menjadi bentuk kepala bayi anda selama-lamanya.
Semasa dilahirkan, semua bayi baru lahir mempunyai bentuk kepala yang berubah-ubah.
Namun, anda harus menjangkakan bayi yang lahir secara normal melalui saluran faraj akan mumpunyai bentuk kepala lonjong atau disebut sebagai cone shape.
Hakikatnya, situasi itu adalah perkara biasa. Tubuh manusia adalah ciptaan yang menakjubkan!
Pada tengkorak bayi terdapat dua titik lembut serta mudah lentur.
Untuk membantu kepala bayi masuk ke saluran kelahiran yang ketat dan sempit, bahagian itu akan bertindih dan dimampatkan – dikenali sebagai head molding.
Selalunya, isu kepala bayi lonjong ini jarang berlaku pada kelahiran melalui proses pembedahan C-Sec.
Walau bagaimanapun, tidak kira sama ada anda bersalin secara kelahiran faraj atau caesarean, jika bayi turun ke pelvis untuk tempoh yang lama, maka kemungkinan untuk wujud kepala bayi lonjong adalah lebih ketara.
Merupakan keadaan kulit kepala yang biasa terjadi kesan daripada kelahiran secara vakum.
Bahkan, selepas kelahiran faraj normal, ia bukanlah perkara pelik untuk melihat bengkak pada bahagian kecil kulit kepala si manja.
Seperti yang dijelaskan awal tadi, semasa bersalin, serviks dan saluran kelahiran akan memberikan banyak tekanan pada bahagian kepala bayi yang akan bergerak memasuki saluran tersebut terlebih dahulu.
Ini mengakibatkan pembengkakan yang dapat membuat kepala bayi lonjong.
Pembengkakan mungkin berlaku pada sebelah bahagian kepala bayi jika kepalanya condong ke satu sisi semasa kelahiran.
Pembengkakan ini biasanya hilang dalam 1 hingga 2 hari selepas melahirkan.
Pengekstrak vakum asalnya mempunyai cawan logam, sekali gus meningkatkan risiko untuk bayi mengalami pembengkakan pada kepala yang berbentuk seakan kon – dikenali sebagai chignon.
Adakalanya, tempat bekas cawan logam yang diletakkan pada kepala bayi menyebabkan sedikit perubahan warna kulit serta lebam.
Namun pada hari ini, kebanyakan pengekstrak vakum menggunakan cawan sedutan plastik atau Silastik.
Penggunaan cawan tersebut tidak akan menyebabkan pembentukan kepala bayi lonjong chignon dan kurang mengakibatkan pembengkakan.
Selalunya tengkorak bayi yang mudah lentur itu akan kembali ke tahap perkembangan dalam tempoh 48 jam.
Ini bermaksud, kepala bayi lonjong akan berubah dan kelihatan bulat dalam tempoh 2 hari. Pun begitu, adakalanya ia mungkin memakan masa beberapa minggu.
Tetapi ibu ayah usah bimbang, keadaan kepala yang lonjong itu tidak akan kekal lama.
Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan itu berlanjutan selepas beberapa minggu atau anda mempunyai kebimbangan, berbincanglah dengan pakar pediatrik.
Keadaan kepala bayi anda akan kembali kepada bentuk bulat yang comel dalam tempoh masa antara 2 hari dan beberapa minggu selepas dilahirkan.
Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh mempengaruhi bentuk kepala si manja. Antaranya:
Jika kepala bayi berada dalam keadaan lonjong untuk tempoh yang lebih lama, ada beberapa tip yang boleh membantu mengurangkannya.
Jika wujud sebarang keraguan mengenai keadaan kepala bayi anda selepas kelahiran secara vakum, rujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian dan jalan penyelesaian terbaik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!