Perancangan Allah semuanya rahsia yang tak pernah pun terfikir oleh kita sebagai manusia. Namun itulah kekuasaanNya. Bila DIA berkehendakkan sesuatu perkara, pasti ada hikmah disebaliknya.
Begitu juga dengan kisah perjalanan si comel Ainul Mardhiah yang sangat-sangat istmewa dan sering mendapat perhatian ramai. Walaupun perjalanannya menjalani pembedahan dah berjaya, rakyat Malaysia tetap nak ambil tahu mengenai perkembangan Ainul dari semasa ke semasa.
Dah off oksigen, bebas bergerak
Setiap kali ada perkembangan terbaru, pasti ramai yang sentiasa mengirimkan doa buatnya. Mungkin juga doa yang tak putus diterima Ainul buatkan dia makin sihat dan sangat-sangat aktif.
Terbaru menerusi perkongsian walid Ainul, Ahmad Safiuddin, Ainul kini dah off oksigen dan dia sudah bebas untuk bergerak ke mana-mana. Ini maknanya tiub dilehernya itu sebagai persediaan saja jika saat kecemasan.
Ads
“Melalui pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh pakar minggu lalu, setelah X-ray dilakukan semuanya dalam keadaan baik dan nampak clear.
“Cuma sekarang ni jururawat nak naikkan berat badan Ainul je. Nampak susut sikit sejak dah dapat kaki,” katanya.
Jika sebelum ni rutin Ainul ke hospital sebulan sekali, sekarang doktor dah beri 3 bulan sekali untuk buat pemeriksaan berkala. Alhamdulillah!
Ads
Ainul buat mama dan walid kuat!
Sementara itu, melalui perkongsian mama Ainul pula, Nurul Erwani, dia sangat-sangat bersyukur dengan perkembangan anak sulungnya itu sejak dari lahir hingga sekarang.
Jika di awal kelahiran, hanya air mata sebagai peneman dan doa tak putus buat bidadari kecilnya itu, kini Allah hadirkan satu kurniaan kegembiraan dalam hati ini.
Terima kasih Ainul sebab selalu jadi penguat mama untuk sentiasa bersyukur hidup di dunia ni. Mama harap Ainul sentiasa ada di depan mata mama di setiap hari-hari yang bakal kita lalui bersama
Ads
Mama sedang berusaha untuk pastikan Ainul akan sembuh secara keseluruhan, dapat bebas dari apa-apa bantuan yang Ainul sedang pakai sekarang. Sikit lagi Ainul!
Moga Ainul terus menjadi kebanggaan ramai dan sentiasa dikurniakan kesihatan baik berpanjangan. Insya-Allah.
Kredit: FB Ahmad Safiuddin & IG Nurul Erwani
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan terkejut bila si kecil dah pandai cemburukan papa dan mama! Anda tentu biasa berhadapan dengan situasi begini kan? Anak yang baru berusia setahun ke atas akan marah apabila anda sengaja menyakatnya dengan memeluk atau mencium mama atau papanya.
“Sayang mama. Ini papa punya mama…,” sakat Papa pada Ammar sambil memeluk mama.
“Jangan…ni Ammar punya mama!” jerit Ammar sambil cuba menolak papanya daripada memeluk mama.
Mengapa mereka sudah pandai merasa cemburu? Ini antara sebabnya:
1. Mama kepunyaan saya seorang!
Biasanya si kecil lebih rapat dengan mama. Jadi dia beranggapan mama hanya miliknya seorang. Bila perhatian bukan diberikan kepadanya, dia jadi marah dan cemburu.
2. Tak tahu bagaimana nak luahkan
Oleh kerana masih kecil, dia tak tahu bagaimana nak meluahkan perasaannya. Menangis, menolak atau memukul papa supaya menjauhi mama adalah cara yang akan dilakukan sebagai satu amaran jangan mengambil ‘hak miliknya’.
3. Tak nak berkongsi
Si kecil hanya mahu mama menjadi milikinya dan tak boleh berkongsi dengan orang lain termasuk papa! Dia fikir hanya dia sahaja yang mama perlu peluk dan cium.
4. Si kecil rasa terancam
Merasakan tempatnya cuba diambil alih oleh orang lain. Oleh kerana dia rasa terancam maka hanya tangisan dan kemarahan sahaja menjadi senjatanya untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku.
5. Mahu perhatian
Sebenarnya anak anda mahukan perhatian sentiasa diberikan kepadanya. Rasa cemburunya tak dapat dibendung bila melihat papa dan mama saling berkasih sayang tanpa memberikan dia perhatian.
6. Rasa diri tak disayangi
Rasa bimbang dirinya sudah tidak disayangi oleh mama. Oleh kerana dia belum faham tentang erti hubungan kekeluargaan dan suami isteri maka dia merasakan bila mama memeluk atau mencium papa seperti mama lakukan ke atas dirinya bermakna dia sudah tidak disayangi lagi.
7. Dunianya masih kecil
Oleh kerana masa si kecil lebih banyak dihabiskan bersama papa, mama dan pengasuh maka dia masih tidak faham tentang luasnya erti kasih sayang. Apabila dia semakin besar dan punya ramai kawan dan melakukan banyak aktiviti, si kecil akan lebih faham tentang kasih sayang antara papa dan mama.
Apa patut dilakukan?
Sebenarnya ia adalah perkara normal bila anak anda cemburu pada papa atau mama. Dia mungkin tidak tahu bagaimana meluahkan rasa cemburunya selain daripada menangis. Maka penting untuk anda berdua memujuk dan memberitahunya, tetapi jangan berhenti menunjukkan kasih sayang antara kalian suami isteri di depan anak kerana amat penting bagi mereka melihat ibu bapa yang saling sayang menyayangi.
* Cuba buat “group hugs” dan “group kisses” iaitu sentiasa ‘masukkan’ anak sekali semasa memeluk pasangan suami/isteri. Barulah dia tak rasa dipinggirkan.
* Sentiasa beritahu anak yang mama sangat sayangkan dia dan papa.
* Wujudkan suasana gembira dan menyeronokkan dengan mencium dan memeluk si kecil secara bergilir-gilir dengan suami/isteri. Dengan cara ini dia tahu mama tetap sayangkan dia walaupun dalam masa yang sama sayangkan papa juga.
* Sentiasa curahkan kasih sayang dan perhatian kepada si kecil yang baru mengenal kehidupan.
Oleh kerana si kecil adalah peniru yang hebat, maka menjadi tugas ibu bapa untuk sentiasa menunjukkan kasih sayang antara suami isteri tetapi dalam cara yang berhemah. Dalam masa yang sama jangan abaikan dirinya yang masih belum faham tentang perkongsian kasih sayang sekeluarga. Apa yang si kecil tahu, mama adalah hak miliknya seorang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keupayaan pendengaran adalah penting untuk kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran pertuturan dan bahasa apabila mereka membesar.
Dalam kebanyakan kes, kecacatan pendengaran di kalangan kanak-kanak sering tidak dapat dikesan sehingga kanak-kanak berusia sekitar dua tahun kerana masih belum boleh bercakap.
Kira-kira 1.4 bayi bagi setiap 1,000 bayi baru lahir mengalami masalah pendengaran. Penyelidikan dari Penyiasatan Kesihatan Nasional 2005 yang dijalankan Amerika Syarikat oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menunjukkan lima daripada setiap 1,000 kanak-kanak dipengaruhi oleh kehilangan pendengaran, dengan kes-kes yang didiagnosis antara usia tiga dan 17 tahun.
Namun pada tahun 2013, CDC menganggarkan sekurang-kurangnya 12.5 peratus kanak-kanak dan remaja berusia enam hingga 19 telah mengalami kerosakan kekal pada pendengaran mereka akibat pendedahan kepada bunyi yang berlebihan.
PUNCA KANAK-KANAK ALAMI MASALAH PENDENGARAN
Terdapat beberapa kemungkinan penyebab kehilangan pendengaran di kalangan kanak-kanak, sama ada ia kongenital.
Adalah penting untuk ibu bapa, penjaga, doktor, guru dan orang lain mengetahui tanda-tanda dan menangani kehilangan pendengaran di kalangan kanak-kanak kerana kehilangan pendengaran awal terutamanya yang tidak didiagnosis. Ini boleh menyebabkan masalah yang signifikan dan masalah emosi bagi kanak-kanak yang mempunyai kesan jangka panjang.
KECACATAN PENDENGARAN KONGENITAL
Kecacatan pendengaran kongenital bermakna ia hadir pada bayi sejak lahir. Terdapat pelbagai punca kehilangan pendengaran kongenital, walaupun mereka tidak mudah dikenal pasti.
Terdapat kedua-dua faktor genetik dan genetik yang mungkin menyebabkan kehilangan pendengaran.
FAKTOR BUKAN GENETIK
Faktor bukan genetik hanya melibatkan kira-kira 25 peratus masalah pendengaran kongenital. Pakar bersetuju bahawa faktor genetik yang bermaksud masalah pendengaran adalah keturunan dimana ia menyebabkan lebih daripada 50 peratus daripada masalah kehilangan pendengaran di kalangan kanak-kanak.
FAKTOR GENETIK
Faktor genetik menyebabkan lebih daripada 50 peratus daripada semua kehilangan pendengaran di kalangan kanak-kanak, sama ada ketika lahir atau berlaku kemudian selepas lahir. Faktor genetik yang mungkin menyebabkan kehilangan pendengaran kongenital termasuk:
Kehilangan pendengaran autosomal – Ini adalah jenis kehilangan pendengaran kongenital yang paling biasa – akaun resesif autosom untuk sekitar 70 peratus kes kes pendengaran genetik. Ini bermakna bahawa ibu bapa tidak mempunyai gangguan pendengaran, tetapi setiap ibu membawa gen resesif yang akan diturunkan kepada anak.
Ibu bapa biasanya terkejut apabila anak mereka dilahirkan dengan jenis kehilangan pendengaran ini kerana orang biasanya tidak menyedari mereka mempunyai gen resesif.
Kehilangan pendengaran autosomal yang dominan – Menurut Persatuan Pendengaran Bahasa-Pendengaran Amerika (ASHA) jenis pendengaran jenis ini menyumbang sekitar 15 peratus kehilangan pendengaran genetic.
Dalam kehilangan pendengaran autosomal yang dominan, seorang ibu bapa yang membawa gen dominan untuk kehilangan pendengaran melaluinya kepada keturunan. Ibu bapa mungkin tidak mengalami gangguan pendengaran, tetapi dia mungkin mempunyai gejala atau tanda-tanda lain dari sindrom genetik.
Sindrom genetik ini termasuk Sindrom Usher, sindrom Treacher Collins, sindrom Waardenburg, Sindrom Down, sindrom Crouzon dan Sindrom Alport.
Namun dalam sesetengah kes, doktor tidak pasti mengapa bayi dilahirkan dengan kehilangan pendengaran.
KAITAN MASALAH PENDENGARAN & MASALAH PERTUTURAN
Bayi yang bermasalah kurang pendengaran juga akan membuat bunyi-bunyian . Ini kerana pada peringkat permulaan, semua bayi, sama ada bermasalah pendengaran atau tidak, mula mengeksplorasi peti suara dan bahagian mulut.
Tetapi, bagi bayi yang mengalami masalah pendengaran, peringkat membuat bunyi (membebel) ini singkat dan seterusnya, bayi akan berhenti membebel kerana mereka tidak dapat mendengar bunyi suara sendiri dan bunyi persekitaran dengan jelas. Perkataan pertama yang selalunya muncul apabila si kecil berumur antara 12 – 18 bulan tidak akan muncul.
Salah satu tanda si kecil mungkin mengalami masalah kelambatan pertuturan dan bahasa ialah apabila tiada perkataan pertama yang bermakna muncul apabila anak berumur antara 12 hingga 18 bulan. Ujian pendengaran ke atas kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda lambat bercakap adalah sangat penting.
INFO PERTUTURAN BAYI DAN KANAK-KANAK
Kebanyakan kanak-kanak berumur 18 bulan biasanya boleh ikut arahan menunjuk anggota badan seperti “tunjuk mata” dan “tunjuk hidung” apabila telah diajar. Perkataan yang boleh disebut juga meningkat di antara 10 hingga 25 perkataan.
Pada umur 18-24 bulan, mereka sudah boleh mengenal objek harian seperti permainannya dan mencantum dua perkataan contohnya ‘nak susu’. Manakala antara umur 24-36 bulan, perbendaharaan kata bertambah dan kanak-kanak mula menggunakan ayat yang panjang.
Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran perlu dilatih dan dididik kebolehannya. Ikuti info lanjut dan perkongsian daripada pakar & ibu bapa berkaitan topik ini dalam rancangan TV Pa&Ma.
Anak yang mengalami pekak dan bisu boleh dididik kebolehannya. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian daripada pakar & ibu bapa dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Mendidik Kebolehan Anak Pekak & Bisu” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 18 Disember 2018.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adalah normal untuk si kecil berminat untuk ‘imitate’ buat kerja macam anda buat: cuci kereta, cuci pinggan, gosok gigi sendiri, mop lantai, sapu lantai, basuh baju dengan tangan, mesin basuh, blender mesin, tumbuk alu, sidai baju, vakum, kacau buat air, kacau bancuhan cekodok, kacau masakan di kuali /periuk panas, terbalikkan masakan di kuali, pakaikan pampers sendiri dsb…
Menurut Pakar Psikologi Dan Keibubaapaan, Maznah Ibrahim walau hanya 5% dia try buat, dan kita murnikan 95% ‘balance’ nya, jangan risau hasil kerjanya dan niat anda masih ‘up to standard’
Walau 5%, namun impaknya amat besar, iaitu pengalaman sewaktu dia EAGER NAK CUBA BUAT, + ANDA BERI = ia jadi KEPUASAN MAKSIMA macam kita dapat balasan ‘Give High 5’ yang penuh 100% ditepuk (cuba buat sekarang). Puas sangat.
Dan sebenarnya sesuatu berlaku di neurons otaknya, berkaitan emosi. Ia jadi ‘matched’, emosi real dan positif dipenuhi untuk dirembeskan, dan ia memang semulajadi, genuin, dan layak diraih untuk peringkat perkembangan mereka saat itu.
Dan, sebenarnya ia jadi satu memori kekal dalam badan dia untuk dia tidak kekok lakukannya bila dia sudah besar nanti.
Saya saksikan anak sekolah rendah, dan orang dewasa yang yakin diri dan helpfull, tidak kekok buat, atau sebaliknya kekok dan self esteem rendah, kurang proaktif, banyak berpunca dari ketiadaan peluang atau disokong sewaktu perkembangan peringkat autonomi dan inisiatif nya…
Anda pun tak naklah anak remaja atau anak dewasa anda tidak reti basuh pinggan makan sendiri, masak nasi sendiri, telur goreng sendiri, lipat baju sendiri, or jadi menantu orang yang kekok buat kerja rumah, tak reti main peranan bantu isterinya kelak.. kan? Hanya sebab kecil, masa dia usia awal ini anda halau dia dari duduk di dapur ‘kacau anda memasak’ atau di bilik kacau anda lipat baju. Hmm..
Anak usia 3-6 pula sudah pandai dalam bab penjagaan kepada orang lain, contoh jaga adik baby, nak dukung adik baby, nak pakaikan pampers adiknya.
Ini peringkat inisiatif (3-6 tahun dalam Erikson Psikososial) dan peringkat peranan gender lelaki/perempuan (dalam Psikoseksual 3-5/6 tahun). Maka sokonglah peringkat keperluan perkembangan mereka, dan tugas perkembangan mereka, demi melahirkan generasi yang proaktif, dan caring, punyai hati… InsyaAllah…
Raikan keinginan mereka, beri ruang dan peluang mereka cuba buat,
Lepas puas dalam beberapa saat, mereka akan lepaskan kepada anda, masa dia buat pantau 100%, katakan “hati-hati” sahaja. Anak akan kenal lebih baik banyak benda, nama benda, rasa, panas, bahaya dan berat.