Kadangkala tanpa sedar kita boleh marah anak depan orang ramai terutama bila mereka buat perangai yang sangat memalukan.
Tindakan spontan tersebut bertujuan untuk mendidik mereka supaya jangan mengulangi lagi kesalahan tersebut. Selalunya lepas marahkan anak barulah kita menyesal dan rasa bersalah.
Kita pun berjanji kepada diri sendiri tak akan buat lagi perkara tersebut. Tetapi selalunya bila situasi di luar kawalan kita ulangi lagi perbuatan marahkan anak depan orang ramai.
Ads
Wahai ibu ayah, janganlah asyik memarahi anak di depan orang ramai. Kita memang rasa anak masih kecil dan tak faham apa-apa tetapi hakikatnya ia boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan anak.
1.Anak yang selalu dimarah dan ditengking oleh ibu bapanya di hadapan orang akan mengalami trauma yang berpanjangan sejak kecil hingga dewasa.
2. Takut bersosial. Oleh kerana sentiasa takut akan melakukan kesalahan dan dimarahi oleh ibu bapa maka anak sukar untuk bersosial atau bercampur gaul dengan orang luar yang baru dikenali.
Ads
3. Kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri kerana perasaan tidak percaya diri telah terbentuk sejak kecil.
4. Bersikap ego. Akibat selalu dimarah di depan orang, anak akan membesar sebagai seorang individu yang ego dan bersikap individualis serta tidak prihatin terhadap orang lain di sekelilingnya.
5. Keras kepala dan suka memberontak. Oleh kerana tidak dapat melawan apa yang dilakukan oleh kedua ibu bapanya, maka anak ini akan menjadi manusia yang keras kepala dan suka memberontak.
Tanpa disedari, kita sendiri yang mencorakkan peribadi dan karektor anak menjadi seorang yang penuh sikap negatif. Belajarlah kawal kemarahan kita terhadap anak. Mereka memang selalu buat kesalahan tetapi bukankan akal mereka masih belum matang?
Anak adalah amanah yang mesti dididik dengan baik dan bukan tempat melampiaskan kemarahan sesuka hati bila-bila masa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai mak ayah kita jangan asyik nak marah mereka saja. Tak sepatutnya kita harapkan anak yang masih kecil itu ‘perfect’ dan langsung tak boleh buat salah.
Kanak-kanak belajar dari kesilapan dan kesalahan mereka. Bila mereka buat salah, tugas mak ayah betulkan supaya mereka tak ulang lagi.
Juruterapi Carakerja, Liyana Raya mengingatkan mak ayah yang ada anak kecil supaya sentiasa ada di sisi anak untuk membetulkan kesalahan yang anak buat. Bukan asyik marah tanpa beri sebarang penyelesaian.
KANAK-KANAK DAN KESILAPAN MEREKA
Seringkali kita marahkan anak-anak kerana tersilap melakukan sesuatu perkara. Sedangkan hakikatnya mereka sedang dalam proses ingin membesar, tentu sekali buat salah adalah proses mereka sedang belajar.
Dan seringkali jugalah apabila mereka buat salah, kita marah. Kita cakap itu tak betul,ini tak betul. Dah tu apa yang betul? Apa yang sepatutnya mereka lakukan kalau ada benda yang salah?
Penggunaan perkataan ‘jangan’ pun ye jugak. Asyik ‘jangan’ saja tapi tak ada solusi terhadap perkara yang ‘jangan’ itu.
Saya tahu, sukar sebenarnya nak betulkan tindakan salah yang anak buat. Sebab kita penat. Penat fikirkan yang salah sampai kita letih nak melayan.
Sebagai contoh—->di taman, seringkali dilihat ibu dan ayah menghalang anak memanjat apa yang ada di taman permainan tersebut. Ok, first thing as parents, kita kena lihat situasi memanjat yang anak buat.
1. Kalau benda yang dia panjat tu tak akan menyebabkan dia jatuh sebaliknya dia nampak kekok nak try panjat, pergi pada anak – pegang tangannya, tunjukkan cara yang betul macam mana nak panjat.
2. Kalau benda yang dia panjat tu memang bahaya dan confirm akan jatuh, boleh halang dengan cakap ‘jangan panjat kat situ!’ Tapi bagilah solution nak panjat kat mana. ’Meh kita panjat kat sini. Lebih selamat.’
So nak katanya…..use less words but more action.
Action speaks louder than words.
Tak guna kalau kita dok cakap banyak tapi satu apa pun tak masuk kat otak anak.
JANGAN HALANG ANAK EXPLORE
Anak-anak kecil ni jiwanya masih nak explore banyak benda.
Kita dok bagitau jangan itu ini, siapa yang sebenarnya menghalang sikap eksplorasi yang merupakan fitrah anak-anak ini?
Siapa lagi kalau bukan kita ibu dan ayahnya kan?
Kenapa kita nak menghalang?
Kerana kita tahu apa yang anak buat itu salah?
Dan kita selamanya memang betul lah ye?
Adakah kita tak pernah buat salah?
Fikirkan.
Anak kecil buat salah bukan kerana mereka tidak tahu.
Keupayaan berfikir dan kebolehan mereka adalah masih terhad dan belum matang.
Kita pun sebelum nak jadi matang dan tahu benda betul atau salah, kita kena buat salah dulu kan?
Kita buat pilihan yang salah pada awalnya unutk bantu kita buat pilihan yang betul di kemudian hari kan?
Jadi kenapa kita mesti expect anak kecil harus tahu benda betul dan salah melalui cakap-cakap kita saja?
Let them experience the failure!
Kita bantu mereka untuk merasai failure tersebut dan seterusnya guide ke arah mana yang betul.
Mereka masih belum faham bahasa—>ya, kerana bahasa ni kalau nak faham kena ada experience dulu baru boleh faham.
Ni gambar budak dua org ni
Asyik bergaduh saja…….
Yangg si perempuan over sangat.
Tak boleh tengok si lelaki lebih hebat.
Kita sebagai ibu—->sentiasa tunjukkan apa yang hebatnya si lelaki.
Tunjukkan—-masing-masing ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.
Jangan asyik menangkan satu pihak saja.
Kalau si perempuan pukul, si lelaki kena belajar untuk defend dirinya juga. Jangan mengalah.
Biar sama-sama rasa sakit.
Nanti masing-masing fahamlah macam mana nak bertolak ansur sesama sendiri.
Cuma semasa pukul, kita berada bersama.
Tak boleh sorang je rasa. Seorang lagi kena juga rasa.
Tapi kena guide supaya tidak pukul sampai sakit.
Siapa yang nak guide?
Kitalah. Duduk depan mereka bagitau kat mana yang boleh pukul, kat mana tak boleh.
Kalau bergaduh over, kita kena hukum siapa yang buat over. Supaya dia tahu dia tak boleh melebihi batasan daripada bergaduh yang biasa saja.
Bergaduh pun kena ajar?
Ya kena ajar!
Supaya anak-anak punya keyakinan diri untuk defend themselves dari dibuli.
Anak-anak yang tiada kawalan semasa bergaduh adalah mereka yang akan menjadi pembuli.
Sebab itu ibu bapa jangan banyak halang.
Sebab bila halang aktiviti bergaduh, anak akan jadi sama ada:
1.Terlalu baik sampai hilang keyakinan diri dan ini akan membawa kepada tekanan hidup.
2. Terlalu menjadi pembuli sehingga membawa kepada terjadinya kes samseng yang kita sendiri tak nak anak jadi mcm tu.
Kita dah dewasa
Fikirkanlah apa yang terbaik.
Kanak-kanak masih nak explore dunia kecilnya.
Bantu dan sentiasalah bersama mereka.
Maryam Durian Kimchi kongsi cara didik anak, “Satu hari, satu barang, dua tak boleh…letak balik.” Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering berkongsi video anak kesayangannya, Rina.
Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini juga gemar berkongsi video menu hidangan yang disediakan untuk anak perempuan kesayangan mereka itu.
Terbaru menerusi perkongsian Maryam di laman Instagramnya, Maryam berkongsi video memaparkan gelagat Rina yang kelihatannya sedang menangis. Rina mahukan patung mainan sedangkan Rina sudah pun memilih satu patung mainan sebelumnya. Maryam dan Ryzal enggan menunaikan permintaan Rina kerana ingin mendidik Rina agar memilih hanya satu barang permainan sahaja dalam sehari. Tidak boleh lebih.
Maka bermulalah drama air mata Rina. Memang ramai ibu bapa yang mengalami masalah seperti ini bukan? Perkongsian Maryam mencuri perhatian warga maya. Ramai yang geram dengan gelagat Rina yang menangis kerana inginkan anak patung tersebut.
Bahaya bayi perempuan pakai ‘headband,’ ini tip mak ayah perlu tahu kalau nak pakaikan juga. Memakaikan bayi perempuan dengan aksesori kepala memang menarik. Nampak comel.
Tapi tahukah anda yang bayi boleh berisiko mengalami keadaan leher terjerut dan lemas!
Headband sebagai aksesori kepala membuatkan si kecil nampak comel. Tapi kalau tidak dipantau boleh jadi bahaya pula, silap-silap boleh menyebabkan kes kematian pula!
Trend ibu-ibu sekarang amat suka menggayakan bayi perempuan dengan pelbagi aksesori hiasan kepala. Pelik sangat kalau siapa yang ada bayi perempuan tapi tak menghias kepalanya.
Sebelum anda berasa pelik dengan sesetengah ibu yang jarang menghias kepala bayi perempuan mereka dengan ‘headband’ berbunga besar sekuntum atau reben merah menyala berlabuci berkelipan, sebaiknya anda pertimbangkan beberapa aspek dalam pemilihan aksesori kepala yang boleh mengundang risiko bahaya kepada perkembangan tumbesaran bayi dan keselamatannya.
Menurut Perunding Pediatrik Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun seperti dipetik dalam utusan online, pemakaian aksesori kepala tidak salah jika ibu bapa bijak memilih kesesuaian aksesori untuk bayi mereka.
Beberapa faktor berikut perlu dipertimbangkan sebelum memakaikan bayi anda aksesori kepala.
1. Jenis fabrik aksesori
Tulang bayi ketika usia selepas lahir sehingga 18 bulan amat sensitif, lembut dan masih dalam proses pertumbuhan menyebabkan tulang mereka mudah tercedera.
Jadi, risiko perkembangan tulang bayi terganggu boleh berlaku bergantung kepada jenis aksesori yang dipakaikan sama ada selamat atau tidak.
2. Tahap fleksibiliti regangan aksesori
TULANG DAN OTAK BAYI AKAN MEMBESAR SETIAP HARI DAN JIKA DIPAKAIKAN AKSESORI SEPANJANG MASA, DIBIMBANGKAN AKAN MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN TULANG BAYI SECARA TIDAK LANGSUNG WALAUPUN IA BUKAN PUNCA UTAMA.
3. Saiz aksesori
Headband bayi mesti ditukar setiap bulan kerana otak dan tulang bayi akan membesar dan ukur lilit kepala mereka juga berbeza setiap bulan.
Kalau anda masih memakaikan bayi aksesori kepala yang sama ketika dia baru lahir semasa bayi sudah berusia setahun, kemungkinan tumbesaran tulang kepalanya akan mempunyai masalah.
4. Tempoh masa pemakaian
Pemakaian aksesori terlalu lama atau kerap boleh mengganggu tumbesaran fizikal bayi dan dibimbangkan turut memberi kesan kepada bahagian dalaman.
Sebaiknya aksesori kepala hanya boleh dipakai selama satu hingga dua jam dan sebaiknya dimulakan selepas bayi berusia 18 bulan.
Comel memang comel tapi jangan sampai menyiksa si kecil
5. Kesan kepada kulit bayi
Penggunaan fabrik yang tidak sesuai untuk kulit bayi yang sensitif seperti bulu, renda berbiku dan tajam, mungkin boleh melukakan kulit bayi serta menyebabkan masalah alahan seperti ruam dan kegatalan.
Bahkan penggunaan manik dan labuci juga berisiko menyebabkan bayi yang sudah besar memasukkan ia ke dalam mulut atau hidung.
6. Risiko terbelit
Ibu bapa hendaklah mengawasi bayi semasa memakai aksesori kepala kerana bimbang boleh menutup hidung hingga menyebabkan sukar bernafas atau terjatuh sehingga ke leher lalu menyebabkan leher bayi terbelit dan tak boleh bernafas.
Maka terpulanglah kepada ibu bapa sama ada hendak meneruskan minat untuk memakaikan bayi mereka aksesori kepala atau tidak.
Jangan terlalu teruja dengan pujian rakan-rakan tentang kecomelan anak anda apabila memakai aksesori kepala.
Sebenarnya apa yang lebih penting adalah keselamatan nyawa dan keselesaan si manja berbanding penampilannya apabila dipakaikan aksesori kepala.
T. Vishakan mencipta rekod MBOR selepas berjaya menjawab 53 soalan sifir dalam masa satu minit. Ketahui kisah kanak-kanak berusia enam tahun yang memiliki bakat luar biasa dalam matematik.