Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idris (UAI) baru sahaja menerima cahaya mata ke-12 baru-baru ini.
Berita itu dikongsi oleh SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu menerusi akaun Facebook rasmi mereka beberapa hari lalu dan posting itu mula menjadi viral pada Ahad.
“Tahniah buat Ustaz Azhar Idrus dan Puan Izyan atas kelahiran anak.
“Semoga Allah memberkahi anak ini untukmu dan menjadikannya orang berbakti dan bertaqwa. Terima kasih memilih kami, Ustaz Azhar Idrus,” tulis kenyataan tersebut.
Ads
“Bagaimanapun, satu video tular di platform TikTok menjadi perhatian netizen apabila melihat gelagat mencuit hati Ustaz Azhar sewaktu bertemu bayinya yang baru dilahirkan.
Selain itu, ramai juga yang memuji Ustaz Azhar kerana tidak menyembunyikan wajah bayinya. Tindakan Ustaz yang mengusap muka anaknya terasa begitu sayu sekali.
“Tahniah UAI, dapat anak yang ke-12.”
“Anak ulamak, beruntung anak ni, moga jadi anak yang soleh penganti ustaz satu hari nanti.”
“Hari tu orang tanya ustaz berapa orang anak, dia cakap 11½ anak dia. Ni dah lahir betullah yang ke-12.”
Apa-apa pun tahniah Ustaz Azhar Idrus. Moga anak ini akan membesar menjadi anak soleh dan hebat seperti bapanya. Difahamkan, anak ke-12 Ustaz Azhar ini adalah bayi lelaki.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Alamak, tak lama lagi dah nak masuk kerja. Tentu sekali mama perlu menyediakan susu perahan untuk stok si kecil. Tapi adakah mama faham tentang perahan susu ibu, cara penyimpanan dan juga cara menegndalikanya? Jom ikuti perkongsian ini.
MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:
1. EBM – expressed breast milk (susu ibu perahan)
2. FRESH EBM – susu ibu yang baru diperah
3. FROZEN EBM – susu ibu yang dibekukan
4. CHILLED EBM – chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller/tidak dibekukan).
TEMPOH HAYAT
1. FRESH EBM : Tahan 4 jam di dalam suhu bilik atau 8 jam dalam bilik beraircond, tahan 4 jam selepas dipanaskan
2. CHILLED EBM : Tahan 4 jam selepas di panaskan, jika anak dh minum perlu habiskan dlm masa 1-2jam kerana air liur telah bercampur dgn susu
3. FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas di panaskan, pastikan anda panaskan mengikut jumlah yg diperlukan anak untuk sekali sesi penyusuan sahaja. Elakkan dari memanaskan EBM dlm kuantiti yg banyak kerana ia tidak tahan lama dan perlu dibuang selepas 1 jam sama ada sudah diminum atau tidak.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMERAH SUSU
BREASTPUMP: Sama ada manual atau elektrik (mengikut kesesuaian dan keperluan)Jika menggunakan built in bateri, pastikan bateri dlm keadaan penuh bagi memastikan urusan mengepam tidak terganggu di pertengahan jalan..Pastikan semua part lengkap dan tiada yg tercicir
STORAGE BOTTLE / STORAGE BAG (LINER) :Pastikan dalam keadaan bersih dan keringPilih botol / liner yg bebas BPA (Bisphenol-A)
Jika berada di pejabat, pastikan anda mempunya cooler bag dan icepack yg telah dibekukan jika pejabat anda tiada kemudahan peti sejuk..
APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SELESAI SESI MEMERAH?
Pastikan susu yang disimpan di dalam botol/plastik di tulis dengan :-
* Tarikh & Masa (Jika hasil dalam satu botol tersebut merupakan hasil dari 2 sesi perahan, pilih masa untuk sesi pertama)
*Nama anak (jika bercadang untuk menggunakan botol yang sama untuk dihantar kepada pengasuh dan terdapat bayi lain yg juga dibekalkn dgn ebm oleh ibu mereka)
Jika berada di pejabat :-
*Terus simpan susu yg diperah ke dalam bahagian bawah peti sejuk/chiller (tray paling atas dan letakkan di bahagian dalam) atau simpan ke dalam cooler bag yg berisi icepack yang telah dibekukan supaya suhu susu sentiasa sejuk.
*Hasil perahan kanan dan kiri boleh terus dicampur ke dalam botol yg sama.
*Jika anda mengejar masa corong dan peralatan lain tidak perlu dibasuh jika anda ingin menggunakannya lagi..boleh terus masukkan ke dalam cooler bag atau simpan di dalam bekas makanan yg bersih dan tertutup dan simpan di dalam freezer.
*Pastikan semua peralatan tersebut di basuh dgn sempurna apabila sampai dirumah. Jika anda tidak mengejar masa bolehlah alirkan alatan pam dengan air paip sebelum disimpan.
Jika berada di rumah atau masih dalam tempoh cuti bersalin;-
*Anda boleh terus letakkan sebentar di dalam chiller untuk disejukkan dan apabila sejuk terus simpan stok ke dalam freezer untuk dibekukan
*Atau simpan di dalam chiller jika mahu digunakan dalam masa terdekat
*Corong dan peralatan lain terus di basuh dan dikeringkan untuk kegunaan seterusnya, jika mahu gunakan lagi bolehlah disimpan di dalam bekas makanan yg bersih dan simpan di dalam freezer.
NOTA PENTING :-
APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SAMPAI KE RUMAH?
Terus asingkan chilled EBM yg dibawa dari ofis menggunakan cooler bag beserta icepack mengikut jumlah yg hendak digunakan esok dan jika ada baki untuk disimpan sebagai stok beku (FROZEN EBM)..stok untuk digunakan esok diletakkan ke dalam chiller, stok yg hendak disimpan sebagai FROZEN EBM perlulah diletakkan terus ke dalam freezer.
Pastikan susu yg disimpan tidak disimpan penuh, beri sedikit ruang atau gunakan had maksimum yg disediakan contohnya jika botol tersebut merupakan botol 5oz pastikan susu yg disimpan cukup 5oz atau kurang, jgn isi sehingga penuh bagi membolehkan susu mengembang apa bila dibekukan seterusnya mengelakkan botol pecah/plastik bocor.
Jangan lupa untuk check cooler bag yg dibawa ke pengasuh sama ada lebihan atau tidak.
Turunkan FROZEN EBM yg hendak digunakan esok
BAGAIMANA MELABEL BOTOL UNTUK MEMUDAHKAN PENGASUH?
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaannya bayi akan mula tumbuh gigi pertama sekitar usia 6 hingga 8 bulan dan ada juga bayi yang mula tumbuh gigi lebih awal atau lebih lewat dari umur tersebut.
Bagaimanapun ibu bapa jangan bimbang jika anak terlewat sikit tumbuh gigi kerana itu semua adalah normal. Setelah gigi pertama bayi muncul, proses ini akan terus berulang dalam satu tempoh masa tertentu.
Namun apabila anak dah tumbuh gigi, kesilapan ibu bapa pula adalah tidak mengambil berat tentang penjagaan gigi anak-anak sehingga anak mengadu sakit atau pun berlaku karies gigi.
Berdasarkan perkongsian dari Perunding Pediatrik Kesihatan Mulut & Gigi Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, Dr Nazatul Sabariah Ahmad kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak banyak berlaku disebabkan pemberusan gigi yang kurang, pengambilan makanan manis yang tak terkawal (kandungan gula yang tinggi dalam makanan) serta kurangnya kesedaran penjagaan gigi oleh ibu bapa.
“Ibu bapa juga mesti pastikan pemeriksaan gigi anak dilakukan seawal setahun agar lebih terjaga dan tak mudah rosak.
“Kalau ikutkan di Malaysia kita ada National Oral Health Survey yang dijalankan setiap 10 tahun tetapi keputusan pada tahun 2015 menunjukkan sebanyak 71 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami karies gigi manakala tinjauan untuk kanak-kanak 12 tahun sekitar tahun 2017 pula sebanyak 60 peratus mempunyai karies gigi,” katanya.
Susu formula dan susu ibu boleh jadi penyebab karies gigi
Selalunya soalan yang kerap kali ditanya oleh ibu bapa adalah adakah susu formula sebenarnya menyebabkan karies gigi anak?
Menurut Dr Nazatul lagi, sebenarnya susu ibu atau susu formula kedua-duanya boleh jadi punca karies gigi dalam kalangan anak kecil.
“Kalau diikutkan susu sebenarnya berkhasiat tapi disebabkan tabiat hisap susu waktu malam itu yang menyebabkan masalah karies mudah berlaku kerana pengeluaran air liur akan menurun waktu malam dan tiada mekanisma pembersihan dalam mulut.
“Jadi susu yang terkumpul dalam mulut tu tak dapat dibersihkan oleh air liur dan ini yang menyebabkan gigi cepat rosak,” katanya.
Kurangkan pengambilan makanan manis
Sebagai ibu bapa, anda seharusnya menggalakkan anak-anak di awal usia makan pelbagai jenis makanan dan bukan hanya fokus pada makanan tertentu sahaja.
Walaubagaimanapun, pengambilan buah-buahan juga harus dikawal dan tidak diambil dalam kuantiti yang banyak setiap hari. Selain itu, pengambilan snek antara waktu makan kalau boleh elak lagi bagus. Contohnya tak boleh makan manis antara makan tenghari dan petang.
Selain mengurangkan pengambilan makanan manis, apabila anak lahir ibu bapa mesti bersihkan mulut dan gusi bayi setiap kali selepas minum susu biarpun waktu itu belum tumbuh gigi. Digalakkan bersih dengan kain basah bahagian lidah dan seluruh mulut.
Lagi satu setelah bayi ada gigi pertama atau selepas 6 bulan biasakan berus perlahan-lahan gigi bayi untuk memperkenalkan berus gigi sejak awal.
Tip Penjagaan Gigi Anak
– Mesti konsisten bersih gigi anak sekurang-kurangnya 2 kali sehari
– Jangan tunggu ada gigi, baru nak perkenalkan berus gigi
– Kawal pemakanan yang mengandungi gula tinggi dalam diet anak (Anak-anak hanya boleh makan makanan manis pada hari tertentu)
– Jangan biarkan anak tidur dengan botol susu
– Elak penggunaan puting susu bila bayi tumbuh gigi
– Gunakan ubat gigi berflourida bila anak pandai berkumur
– Buat sapuan fluoride
– Lakukan pemeriksaan gigi 2 kali setahun
Justeru itu, ibu bapa mestilah peka dan jangan ambil ringan bab penjagaan gigi anak atas alasan baru gigi susu dan selepas itu akan tumbuh gigi kekal. Didikan awal inilah akan dapat mencegah kerosakan gigi dan anak pun tidak akan rasa rendah diri bila bersama rakan sebaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi pasangan yang berkahwin, saat dapat tahu bakal menjadi ibu bapa, pastinya ia momen yang tak akan dilupakan. Keterujaan menanti kehadiran cahaya mata dan membesarkan anak bersama-sama antara impian suami isteri.
Selepas dua hari bersalin, isteri pergi selama-lamanya
Bagaimanapun ujian bagi seorang suami ini apabila isteri tercinta pergi buat selamanya selepas dua hari melahirkan anak sulung mereka. Momen ini benar-benar menyentuh hati semua orang.
Difahamkan, isterinya merupakan seorang doktor disahkan meninggal dunia pada hari Isnin lalu iaitu dua hari selepas melahirkan bayi perempuan mereka.
Sebaknya! Dua hari selepas melahirkan anak sulung, isteri dijemput ilahi.
Peluk anak di sebelah jenazah isteri
Apa yang meruntun hati apabila lelaki yang dikenali sebagai Fadly Fachrezy begitu sebak dengan pemergian isterinya, Megawaty Saiful sambil memeluk bayi yang baru lahir di sebelah jenazah isterinya.
Daripada raut wajah Fadly nampak kesedihannya seolah-olah masih terkejut dengan pemergian isteri yang dinikahi pada Jun tahun lalu. Walaupun ujian ini sungguh berat, hati terpaksa reda menerima ketentuan ilahi.
Ibu, InsyaAllah ayah ikhlas atas ujian ini. Tapi jujur hati ayah masih hancur dan tidak percaya ibu pergi secepat ini, tugas ibu telah selesai. InsyaAllah ayah akan menjadi sosok seorang ayah sekaligus ibu buat anak kita ‘Aqeela Putry Megawaty Konggoasa’. Selamat jalan ibu.
Berjanji jaga anak sebaiknya
Bukan itu sahaja, menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Instagram abang Allahyarham, Yudhy Triananta Syaeful Mamma, kelihatan Fadly tidak henti menangis dan cukup lemah sepanjang majlis pengebumian berlangsung.
“Selamat jalan adik ku sayang @megasmamma adik yang baik hati, adik yang penyabar, adik yang kuat, semoga tenang disisi Allah SWT.”
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!