Kebiasaannya bayi akan mula tumbuh gigi pertama sekitar usia 6 hingga 8 bulan dan ada juga bayi yang mula tumbuh gigi lebih awal atau lebih lewat dari umur tersebut.

Bagaimanapun ibu bapa jangan bimbang jika anak terlewat sikit tumbuh gigi kerana itu semua adalah normal. Setelah gigi pertama bayi muncul, proses ini akan terus berulang dalam satu tempoh masa tertentu.

Doktor Kongsi Tip Jaga Gigi Seawal Usia Bayi 6 Bulan Untuk Elak Karies

Namun apabila anak dah tumbuh gigi, kesilapan ibu bapa pula adalah tidak mengambil berat tentang penjagaan gigi anak-anak sehingga anak mengadu sakit atau pun berlaku karies gigi.

Berdasarkan perkongsian dari Perunding Pediatrik Kesihatan Mulut & Gigi Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, Dr Nazatul Sabariah Ahmad kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak banyak berlaku disebabkan pemberusan gigi yang kurang, pengambilan makanan manis yang tak terkawal (kandungan gula yang tinggi dalam makanan) serta kurangnya kesedaran penjagaan gigi oleh ibu bapa.

“Ibu bapa juga mesti pastikan pemeriksaan gigi anak dilakukan seawal setahun agar lebih terjaga dan tak mudah rosak.

“Kalau ikutkan di Malaysia kita ada National Oral Health Survey yang dijalankan setiap 10 tahun tetapi keputusan pada tahun 2015 menunjukkan sebanyak 71 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami karies gigi manakala tinjauan untuk kanak-kanak 12 tahun sekitar tahun 2017 pula sebanyak 60 peratus mempunyai karies gigi,” katanya.

Doktor Kongsi Tip Jaga Gigi Seawal Usia Bayi 6 Bulan Untuk Elak Karies

Susu formula dan susu ibu boleh jadi penyebab karies gigi

Selalunya soalan yang kerap kali ditanya oleh ibu bapa adalah adakah susu formula sebenarnya menyebabkan karies gigi anak?

IKLAN

Menurut Dr Nazatul lagi, sebenarnya susu ibu atau susu formula kedua-duanya boleh jadi punca karies gigi dalam kalangan anak kecil.

“Kalau diikutkan susu sebenarnya berkhasiat tapi disebabkan tabiat hisap susu waktu malam itu yang menyebabkan masalah karies mudah berlaku kerana pengeluaran air liur akan menurun waktu malam dan tiada mekanisma pembersihan dalam mulut.

“Jadi susu yang terkumpul dalam mulut tu tak dapat dibersihkan oleh air liur dan ini yang menyebabkan gigi cepat rosak,” katanya.

Doktor Kongsi Tip Jaga Gigi Seawal Usia Bayi 6 Bulan Untuk Elak Karies

Kurangkan pengambilan makanan manis

Sebagai ibu bapa, anda seharusnya menggalakkan anak-anak di awal usia makan pelbagai jenis makanan dan bukan hanya fokus pada makanan tertentu sahaja.

IKLAN

Walaubagaimanapun, pengambilan buah-buahan juga harus dikawal dan tidak diambil dalam kuantiti yang banyak setiap hari. Selain itu, pengambilan snek antara waktu makan kalau boleh elak lagi bagus. Contohnya tak boleh makan manis antara makan tenghari dan petang.

Selain mengurangkan pengambilan makanan manis, apabila anak lahir ibu bapa mesti bersihkan mulut dan gusi bayi setiap kali selepas minum susu biarpun waktu itu belum tumbuh gigi. Digalakkan bersih dengan kain basah bahagian lidah dan seluruh mulut.

Lagi satu setelah bayi ada gigi pertama atau selepas 6 bulan biasakan berus perlahan-lahan gigi bayi untuk memperkenalkan berus gigi sejak awal.

Tip Penjagaan Gigi Anak

– Mesti konsisten bersih gigi anak sekurang-kurangnya 2 kali sehari

– Jangan tunggu ada gigi, baru nak perkenalkan berus gigi

IKLAN

– Kawal pemakanan yang mengandungi gula tinggi dalam diet anak (Anak-anak hanya boleh makan makanan manis pada hari tertentu)

– Jangan biarkan anak tidur dengan botol susu

– Elak penggunaan puting susu bila bayi tumbuh gigi

Doktor Kongsi Tip Jaga Gigi Seawal Usia Bayi 6 Bulan Untuk Elak Karies

– Gunakan ubat gigi berflourida bila anak pandai berkumur

– Buat sapuan fluoride

– Lakukan pemeriksaan gigi 2 kali setahun

Justeru itu, ibu bapa mestilah peka dan jangan ambil ringan bab penjagaan gigi anak atas alasan baru gigi susu dan selepas itu akan tumbuh gigi kekal. Didikan awal inilah akan dapat mencegah kerosakan gigi dan anak pun tidak akan rasa rendah diri bila bersama rakan sebaya.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI