Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idris (UAI) baru sahaja menerima cahaya mata ke-12 baru-baru ini.
Berita itu dikongsi oleh SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu menerusi akaun Facebook rasmi mereka beberapa hari lalu dan posting itu mula menjadi viral pada Ahad.
“Tahniah buat Ustaz Azhar Idrus dan Puan Izyan atas kelahiran anak.
“Semoga Allah memberkahi anak ini untukmu dan menjadikannya orang berbakti dan bertaqwa. Terima kasih memilih kami, Ustaz Azhar Idrus,” tulis kenyataan tersebut.
Ads
“Bagaimanapun, satu video tular di platform TikTok menjadi perhatian netizen apabila melihat gelagat mencuit hati Ustaz Azhar sewaktu bertemu bayinya yang baru dilahirkan.
Selain itu, ramai juga yang memuji Ustaz Azhar kerana tidak menyembunyikan wajah bayinya. Tindakan Ustaz yang mengusap muka anaknya terasa begitu sayu sekali.
“Tahniah UAI, dapat anak yang ke-12.”
“Anak ulamak, beruntung anak ni, moga jadi anak yang soleh penganti ustaz satu hari nanti.”
“Hari tu orang tanya ustaz berapa orang anak, dia cakap 11½ anak dia. Ni dah lahir betullah yang ke-12.”
Apa-apa pun tahniah Ustaz Azhar Idrus. Moga anak ini akan membesar menjadi anak soleh dan hebat seperti bapanya. Difahamkan, anak ke-12 Ustaz Azhar ini adalah bayi lelaki.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Kecerdasan otak si manja bergantung sepenuhnya kepada rangsangan sepanjang tempoh pertumbuhannya sejak usia bayi. Daripada pelbagai jenis rangsangan yang perlu diberi, salah satunya melibatkan pemakanan.
Makanan berkhasiat berupaya membantu meningkatkan tumpuan, menguatkan daya ingatan dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan pada masa yang menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh. Mari kita kenali makanan yang dapat membantu kepintaran anak anda.
1. Bijirin penuh (wholemeal)
Roti merupakan salah satu makanan bijirin penuh yang boleh diambil. Disarankan mengambil bijirin untuk sarapan kerana masa yang panjang untuk menunggu waktu rehat tengah hari boleh melesukan otak yang dipaksa ‘bekerja’ pada waktu pagi.
Tabiat bersarapan pagi juga sangat baik untuk otak kerana dapat mengelakkan masalah lupa dan nyanyuk. Antara bijirin yang menjadi sunah Rasulullah SAW adalah barli dan gandum yang dibuat menjadi roti.
2. Omega 3, Omega 6, DHA & EPA
Kebanyakan sumber omega 3 datangnya daripada ikan. Ikan seperti tuna, salmon dan sardin mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6.
Masyarakat Jepun gemar menikmati menu ikan mentah, didapati mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.
Selain daripada ikan, khasiat ini turut boleh didapati daripada minyak soya, biji labu dan minyak kacang walnut. Sementara itu, kekurangan DHA dan EPA meningkatkan risiko Alzheimer dan menjejaskan kapasiti memori. Keduanya boleh didapati dalam minyak ikan.
3. Telur
Telur mengandungi asid amino yang baik untuk otak selain menjadi sumber protein yang baik. Kuning telur kaya dengan acetylcholine yang mengurus daya ingatan. Khasiat daripada telur turut meningkatkan daya belajar dan menghilangkan kekaburan fikiran selain menjaga kesihatan neuron otak.
4. Kekacang
Antara kekacang yang menjadi pilihan utama sebagai makanan tambahan otak adalah badam. Bangsa Yahudi mengamalkannya untuk mendapatkan anaknya cerdas dan pintar. Disarankan untuk mengamalkan badam bersama kurma, kismis dan habatus sauda’ sebelum tidur selama 44 hari.
Kajian yang didedahkan pada tahun 2010 di International Conference on Alzheimer Diseases menunjukkan, kacang walnut yang menyerupai bentuk otak terbukti meningkatkan kemampuan belajar, menguatkan memori dan membaiki koordinasi motor pada manusia. Jenis kekacang lain yang boleh diambil adalah seperti kacang tanah, kacang hazel, kacang gajus dan biji-bijan.
5. Sayur-sayuran
David Perlmutter di dalam bukunya, The Better Brain Book menyatakan, bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak. Jadi, sayur hijau pekat dan berwarna terang dapat membantu membendung serangan ini. Sebagai contoh, bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak. Vitamin C dan E di dalamnya pula meningkatkan sistem kognitif. Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.
Selain itu, lobak merah mengandungi komponen luteolin yang tinggi untuk mengelakkan proses penuaan pada otak. Komponen ini juga membantu masalah kehilangan memori dan keradangan pada otak seperti kajian yang dikeluarkan di dalam Journal Nutrition pada tahun 2010.
6. Buah-buahan
Untuk otak lebih cerdas, amalkan memakan buah setiap hari. Kajian Universiti Tuft, Amerika Syarikat menunjukkan keluarga beri dapat mengelakkan kehilangan kapasiti memori jangka pendek. Buah seperti strawberi, beri biru dan beri hitam mempunyai tinggi anthocyanidin iaitu antioksida, sangat bermanfaat untuk mencegah kerosakan dan membantu pemulihan sel-sel otak.
Buah epal pula mempunyai sejenis antioksida yang bernama quercetin yang melindungi sel-sel otak daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga dapat mengurangkan risiko Alzheimer.
Buah sitrus kaya dengan vitamin C. Oren mengandungi vitamin C yang baik untuk sistem pertahanan tubuh. Selain itu, ia mempunyai flavonoids yang sangat bermanfaat untuk otak. Haruman segar oren dan lemon boleh merangsang otak dan menghilangkan rasa mengantuk.
Buah delima juga mengandungi khasiat yang sangat tinggi seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Dikenali sebagai superfruit, jus delima yang diambil sepanjang kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
7. Coklat
Coklat yang baik untuk otak ialah coklat tulen (pure butter cocoa) dan bukannya coklat manis yang menggunakan lemak sayuran biasa (compound chocolate). Ia mengandungi flavonoid yang memacu pembentukan dan pertumbuhan sel saraf baru pada otak lalu meningkatkan kemampuan memori.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan berjaya, Yatie Sendayu Tinggi menitipkan beberapa nasihat buat ibu lain sebagai panduan dalam membesarkan anak-anak zaman sekarang.
Tambahnya lagi, semasa anak kecil itulah momen yang paling berharga dan tak mampu diulangi lagi.
“Jangan pukul masa mereka minta bergurau. Sebab gurauan tu ambil masa beberapa tahun sahaja. Nanti mereka remaja, gurauan tak sama masa kecik. Especially dgn daddy. Segan dah nak jadi lembu dan penunggang”
“Jangan tipu kalau kita janji. Walaupun mereka masih kecik, penipuan ni mereka akan anggap betrayal paling terkesan. Buat mereka “faham” dengan menjelaskan secara matang & berhemah. Bukan berhelah atau berkias. Budak sekarang senang dapat knowledge. Bukan macam kita dulu yang hanya ada radio dan surat khabar”
“Displin bukan dengan jerit, pukul. Tapi pengajaran. Banyak jenis pengajaran kita boleh buat contoh, no gadget masa weekends ( so far tu la paling ngeri untuk kids nowadays 🤷🏼♀️ ), takde duit belanja sekolah atau vege days”
Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, zaman sekarang dan juga zaman dahulu tentu sekali banyak perbezaanya. Dan iainya bukanlah satu tiket untuk ibu bapa merendah-rendahkan anak-anak dengan membuat perbandingan zaman.
“Jangan samakan zaman kita dengan zaman anak-anak sekarang. Hakikatnya tak sama. Level of stress & cabaran juga tak sama. Jangan cakap budak sekarang tak kuat, hebat macam budak zaman dulu. Itu yang kita rasa, atau kita perasan sendiri. Agaknya kalau kita hidup zaman mereka sekarang macam mana pula ya”
“Appreciate body touch. Sedikit sentuhan, memberi seribu makna. Kita boleh ingat bau, music, jam dan saat perasaan tu berlaku. Hanya itu yg tinggal memori untuk kita & keluarga”
“Ajar mereka hargai ahli keluarga yang tengah sakit dengan datang ziarah. Tanda ingat. Bila kita tak ajar rutin tu, mereka akan repeat same things. Dan slowly orang yang sakit tanpa sesiapa bother akan makan hati dengan semua org. Sebab tu kena ajar amalan yang baik pada anak-anak sebab mereka lah yang akan lead generasi akan datang selepas kita tiada”
“Keluarga, anak-anak & ibu bapa mahupun adik beradik adalah pinjaman sementara yang paling berharga kita semua ada”
Selamat melahirkan bayi perempuan pada tarikh 16 Julai 2020, Chryseis Tan atau lebih dikenali sebagai Chrys semalam berkongsi gambar puteri sulungnya itu menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Suri hati kepada ahli perniagaan SM Faliq SM Nasimuddin turut memperkenalkan nama yang dipilih untuk bayi perempuannya yang dilahirkan seminggu yang lalu dengan berat 2.9kg.
Memilih nama Arianna Kyla untuk si kecil yang baru dilahirkan itu, Chrys juga turut berkongsi beberapa foto lain sebelum ini tanpa mendedahkan wajah bayinya itu.
Chryseis Tan, anak kepada jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq pada Februari 2018. Mereka saling mengenali sejak bersama-sama bersekolah di sebuah sekolah Antarabangsa.
Kedua-duanya memegang jawatan tinggi dalam syarikat milik keluarga masing-masing. SM Faliq kini merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif di Naza TTDI manakala, Chryseis pula merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square Berhad.
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini atas kelahiran bayi pertama mereka!
Sumber: Instagram Chrystan x
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!