
“Alhamdulillah Semua Selamat…” Ibu Bersalin Dalam Kereta Tengah Makan Kurma menjadi satu kisah yang benar-benar mencuri perhatian apabila seorang ibu melalui detik kelahiran penuh cemas di dalam kenderaan, jauh daripada suasana biasa di hospital.
Kegembiraan untuk menyambut kelahiran bayi pastinya memberikan momen yang akan menjadi kenangan sepanjang hayat. Kebiasaannya, detik menyambut bayi diraikan di hospital dengan suasana yang lebih terkawal. Namun berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila dia terpaksa melalui detik cemas untuk bersalin ketika berada di dalam kereta.
Itulah pengalaman yang dilalui wanita berkenaan apabila tanpa diduga terpaksa bersalin dalam sebuah kenderaan. Lebih mencemaskan, kejadian itu berlaku ketika jalan raya sedang sesak dengan kenderaan lain.
Difahamkan, tarikh jangkaan bersalin (EDD) adalah pada 9 Januari 2026. Namun si kecil memilih untuk hadir lebih awal, iaitu pada 3 Januari 2026 ketika usia kandungan mencecah 39 minggu satu hari.
Makan Kurma Sebelum Bersalin Dalam Kereta

Menurut perkongsian tersebut, sebelum kejadian berlaku dia dan suami telah melakukan perjalanan jauh dari Perlis ke Johor Bahru. Keletihan perjalanan serta urusan berulang-alik suami langsung tidak memberi sebarang petanda bahawa saat kelahiran sudah begitu hampir.
Pada pagi 3 Januari, sejurus suaminya memaklumkan bahawa mereka telah sampai di terminal bas Johor Bahru, dia mula merasakan kontraksi yang datang setiap 10 minit.
Meskipun kesakitan semakin kerap dirasai, wanita itu masih sempat membersihkan diri, menyediakan termos berisi air panas dan menyusun beg pakaian sebagai persediaan untuk ke hospital.
Dalam keadaan tergesa-gesa, mereka terus bersiap untuk menuju ke Hospital Sultan Ismail (HSI). Namun ujian tidak terhenti di situ apabila kereta sendiri gagal dihidupkan walaupun telah cuba dijumper beberapa kali.
Tanpa berlengah, rakan suaminya menawarkan kenderaan untuk digunakan. Ketika itu, si ibu berjalan perlahan sambil menahan kesakitan yang semakin kuat.
Detik Cemas Bersalin Dalam Kereta Ketika Jalan Sesak
Dalam perjalanan ke hospital, air ketuban pecah sekitar jam 10.40 pagi. Suami segera memasang lampu kecemasan dan membunyikan hon bagi memberi isyarat kepada pengguna jalan raya lain sambil berusaha mencari ruang di tengah kesesakan lalu lintas.
Tidak sampai 10 minit selepas itu, si ibu memaklumkan bahawa bayi seolah-olah sudah mahu keluar. Dalam detik yang tidak disangka, bayi tersebut terus meluncur keluar dan jatuh ke bahagian kaki ibunya di dalam kereta.
Situasi bersalin dalam kereta itu benar-benar berlaku dalam tempoh yang sangat pantas. Tanpa peralatan perubatan lengkap, mereka hanya bergantung kepada ketenangan dan tindakan segera untuk memastikan keadaan terkawal.
Sekitar jam 11 pagi, mereka akhirnya tiba di perkarangan dewan bersalin Hospital Sultan Ismail. Doktor segera memotong tali pusat bayi sebelum si ibu dibawa masuk ke dalam wad bersalin untuk pemeriksaan lanjut.
Walaupun baru sahaja melalui pengalaman bersalin dalam kereta, wanita tersebut masih mampu berjalan sendiri ke katil rawatan dengan bantuan petugas perubatan.
Syukur Ibu dan Bayi Selamat

Wanita itu menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan dipermudahkan dan bayi dilahirkan dalam keadaan sihat. Pengalaman bersalin dalam kereta untuk anak keenam ini pastinya menjadi kenangan paling luar biasa dalam hidupnya.
Bantuan pantas daripada suami, rakan serta petugas hospital memastikan keselamatan ibu dan bayi sentiasa terjamin. Kisah ini membuktikan bahawa setiap kelahiran mempunyai cerita tersendiri dan ada kalanya berlaku di luar jangkaan.
Semoga pengalaman ini menjadi pengajaran buat ibu hamil agar sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan, terutama apabila tarikh jangkaan bersalin semakin hampir.
@puterryezzah Cerita 3/365 2026 #terimakasih #Alhamdulillah #fyp #baby ♬ original sound – Sans
Sumber: TikTok Putery Ezzah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





