Mahu merasai debaran yang sama, pasangan selebriti, Nabil Mahir dan Ayda Jebat akan turut mengetahui dan sekaligus mengumumkan jantina bayi kedua mereka dalam satu majis ringkas.
Majlis pengumuman itu turut diadakan bersempena sambutan hari lahir Ana Nayla yang kedua tahun.
Kata Nabil majlis itu akan menjadi kejutan buatnya dan isteri kerana sehingga kini kedua mereka masih tidak mengetahui jantina bayi kedua mereka.
“Sekarang pun kami berdua masih tak tahu jantina bayi samada lelaki atau pun perempuan. Kami akan buat pengumuman nanti pada 23 September depan.
“Sebenarnya kami pun nak suprise. Sebab itulah ketika pemeriksaan scan dengan doktor, kami minta agar keputusan jantina anak ditutup sehingga tarikh pengumuman nanti,” kongsinya.
Malah akui Nabil lagi, secara peribadi dia menginginkan seorang anak lelaki namun menyerahkan segalanya pada Allah SWT.
“Kalau ikutkan naklah timang anak lelaki pula. Tapi apa yang paling utama bagi kami ialah bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan proses kelahiran dipermudahkan,” katanya lagi.
Tidak hanya berkongsi jantina, pasangan ini juga akan turut meraikan sambutan hari lahir anak sulung mereka, Ana Nayla yang lahir pada 21 September.
Terdahulu, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ana Nayla yang hampir berusia dua tahun.
Jamal Abdillah bakal dapat anak lagi, isteri hamil anak kelima. Datuk Jamal Abdillah bakal dikurniakan anak ketujuh selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, kini hamil dua bulan.
Hasil perkongsian hidup dengan Zai Izzati yang dikahwininya pada 1 April 2017, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 2; dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.
Dalam tempoh kira-kira enam tahun, Jamal dan Zai Izzati memperoleh lima anak di mana yang terbaru dijangka dilahirkan awal tahun depan. Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Menerusi Harian Metro dalam usia 65 tahun, penyanyi legenda yang berusia 65 tahun ini amat bersyukur bakal dikurniakan anak lagi kerana ia adalah rezeki Allah SWT.
“Seronok tengok anak-anak. Macam-macam perangai,” katanya kepada Harian Metro.
Jamal tidak menafikan cabaran menguruskan anak-anak kecil dalam usia emas, namun dia bersyukur kerana mempunyai pembantu untuk menjaga mereka.
“Memang ada pembantu di rumah jaga anak-anak. Dari masa ke semasa saya ambil pengasuh mengikut hari dan jam.
“Tugas mereka berbeza sedikit, mengajar, bermain serta merancang aktiviti anak-anak ini. Azura dan Issac dah sekolah, jadi senanglah sikit,” katanya.
Sementara itu, Jamal memaklumkan isterinya kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan mengandung yang teruk dan muntah-muntah.
“Kepada sahabat sahabat yang isteri alahan mengandung, hati-hati kalau lebih seminggu muntah dan tak makan.
“Kalau diberi ubat tahan muntah, boleh menyebabkan serangan jantung. Sekarang di IJN, doakan kesembuhan untuk isteri saya,” katanya.
Jamal berkata, apabila mengandung, Zai Izzati mengalami alahan tidak makan, tidak minum dan muntah-muntah angin.
“Sebelum ini dia sudah dimasukkan ke hospital selama empat hari. Hari pertama dia alahan lepas mengandung, dia tak makan, tak minum dan air tak boleh masuk.
“Jadi, dia ditahan di wad selama empat hari dan dibenarkan balik. Tapi balik rumah pun keadaannya sama juga, saya risau dan dia masuk hospital semula empat hari,” katanya.
Menurutnya, disebabkan alahan muntah-muntah, Zai Izzati akhirnya terkena tiroid dan mengalami sakit tekak.
“Kemudian doktor bagi ubat tahan muntah dan tiroid. Kedua-dua ubat ini kita tak tahu yang mana satu yang buatkan otot-otot dia jadi kejang dan tekak dia kejang.
“Tapi nampak hari ini alhamdulillah, dia okey. Kandungan memang sihat. Sekarang memang dia di IJN. Semalam dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan di sini.
“Bila jadi begini, mereka pindahkan isteri ke pakar jantung dan itu yang dihantar ke IJN. Kami sedang tunggu keputusan daripada pakar jantung tapi nampak ada perbezaan dari hari itu,” katanya.
Menurutnya, Zai Izzati tidak lagi mengalami muntah-muntah serta tidak sakit di bahagian tiroid.
“Nampak dah okey, alhamdulillah. Esok dia kena buat angiogram (masukkan tiub) untuk kenal pasti punca sebenar penyakitnya. Saya risau juga.
“Apapun saya harapkan doa daripada peminat-peminat semua agar anak saya yang kelima ini sihat sampailah hari kelahiran,” katanya.
Kehamilan boleh menjadi suatu yang membebankan bagi sebahagian wanita kerana pelbagai perubahan yang dirasai pada tubuh. Buasir adalah antara masalah yang menyukarkan, mengakibatkan bengkakan dan kesakitan di bahagian faraj.
APAKAH ITU BUASIR?
Ia adalah saluran darah yang membengkak di bahagian rektum. Ia boleh menjadi sebesar saiz kacang atau anggur. Buasir ini boleh membesar di dalam faraj atau tersembul keluar melalui dubur. Ia adalah biasa ketika hamil.
Pembesaran saiz rahim membuatkan urat di bahagian pelvis dan vena cava inferior tertekan, mengakibatkan pengaliran kembali darah dari bahagian bawah tubuh menjadi perlahan. Urat-urat di bawah kawasan rahim akan tertekan dan mula membengkak.
Tambahan pula, pertambahan progesteron ketika kehamilan menyebabkan dinding urat menjadi lembut, memudahkan ia untuk membengkak.
Buasir adalah sangat biasa berlaku ketika trimester ke tiga kehamilan atau ketika bersalin pada tahap kedua.
5 TIP ELAKKAN BUASIR KETIKA HAMIL
Kebiasaannya, buasir menyebabkan kesakitan dan pendarahan ketika hamil. Bagaimanapun, ia akan berlalu selepas anda bersalin asalkan anda tidak sembelit. Bagaimanakah untuk mengelakkan buasir? Pertama sekali, anda boleh cuba untuk mengelakkan masalah sembelit dengan cara:
3 PERKARA DIELAKKAN BAGI WANITA HAMIL YANG MENGALAMI BUASIR
a)Elakkan daripada duduk terlalu lamadi dalam tandas kerana kawasan rektum mungkin akan mengalami tekanan.
b)Amalkan senaman kegel setiap hari. Senaman jenis ini akan membantu meningkatkan pengaliran darah ke bahagian rektum dan menguatkan otot punggung, maka mengurangkan risiko masalah buasir. Otot-otot di bahagian faraj dan uretra juga akan menjadi semakin kuat, membantu proses pemulihan selepas bersalin.
c)Elakkan berdiri atau duduk diam untuk tempoh terlalu lama. Sebaliknya, cuba untuk bergerak beberapa minit dalam setiap jam. Ketika tidur atau menonton TV, cuba berbaring di sisi kiri untuk mengurangkan tekanan pada urat-urat di bahagian rektum dan meningkatkan peredaran kembali darah dari bahagian bawah tubuh.
3 TIP HADAPI BUASIR SEMASA HAMIL
#1: Terapi sejuk: Letakkan pek ais dengan lapik yang lembut di bahagian yang sakit beberapa kali sehari.
#2: Terapi panas: Rendamkan bahagian bawah tubuh dalam tab yang dipenuhi air suam selama 10 ke 15 minit, beberapa kali sehari.
#3: Pastikan kawasan yang berdarah tersebut bersih selepas setiap kali membuang air dengan menggunakan tisu tandas yang lembut dan tiada pewangi (tisu jenis ini kurang kerengsaan berbanding tisu biasa)
Anda boleh meminta daripada pakar kesihatan anda ubat anestetik topikal atau suppositori yang boleh digunakan ketika hamil.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.