Baru sahaja menyambut hari lahirnya pada 19 April lalu, kini anak kedua penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sudah mula pandai berjalan.
Menerusi Insta Storynya, Siti yang kini tampil dengan lagu raya baru, Lip Lap Raya memuat naik video Muhammad Afwa yang kini sudah pandai bertateh di tepi-tepi katil.
Malah kongsi Siti lagi, anaknya itu kini sedang demam namun masih cukup aktif dan sentiasa berlatih berjalan setiap masa.
“Afwa demam panas tadi sampai 38.8 C. Lepas bagi ubat, bagi mandi dan kebah, tak nak tidur pulak. Nak berjalan je.
“Demam nak pandai jalan ni, satu bilik dia tawaf,” tulisnya Siti berkongsi.
Ads
Seronok melihat Afwa yang begitu berani meniti di tepi-tepi katil dan sesekali melepaskan tangannya untuk berjalan ke ruang kosong. Memang anak berani!
Dalam pada itu, video yang turut sama di muat naik di akaun peminat Dato’ Siti itu turut mendapat perhatian wargamaya.
Ads
Tidak hanya teruja melihat perkembangan Afwa yang begitu gigih untuk berjalan bahkan turut sama mendoakan agar Afwa lekas sembuh dari demamnya.
Semoga Afwa cepat-cepat sembuh dan semakin aktif, lagi-lagi dah pandai berjalan.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lebihan straw yang anak kita gunakan untuk menyedut minumannya janganlah dibuang macam tu sahaja. Ada banyak manfaat yang boleh dilakukan dengan straw ini. Lebih-lebih lagi dengan adanya kempen minum tanpa straw ini, jadi kenalah simpan. Bukan apa, boleh latih dan uji kecerdasan minda anak kita.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Ain Zul kepada anaknya, Aileen bagi merangsang minda anaknya. Tak susahpun, guna straw sahaja. Menariknya dengan hanya guna straw sahaja, aktiviti anak bukan sahaja terisi. Paling penting mampu merangsang motor halus anak.
Aktiviti malam Aileen hari ni kita main ‘drop the straw’.
Main straw drop ni untuk anak boleh stimulate macam-macam perkara. Antaranya:
1) Fine motor skill
2) Hand and eye coordination sebab dia kena fokus nak masuk kan straw ke lubang tu.
3) Spatial awareness – Kesedaran anak tentang objek atau ruang di sekeliling anak. Contoh jarak objek yang dia nak capai, macam dalam aktiviti straw drop ni, anak belajar cara nak masuk kan straw, kalau tak muat kene pusing-pusingkan straw tu.
P/S: Kalau anak yang ada masalah autism misalnya mungkin agak susah sikit bagi anak-anak macam ni untuk develop awareness. Tapi apa pun, spatial awareness perlu dilatih supaya mereka terbiasa dengan daya rangsangan.
Okeh, next entry insyaAllah mummy share macam mana nak tau berapa lama perlu anak fokus bila buat satu-satu aktiviti!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjaga anak perempuan tidak mudah. Anak lelaki dan perempuan kedua-duanya pun ada cabaran berbeza. Yang penting ibu ayah mesti tahu caranya.
Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan dalam mendidik cahaya mata perempuan. Apabila ibu bapa tahu cara untuk tackle situasi, proses mendidik dan menerapkan nilai murni lebih berkesan.
Kerana itu yang banyak janji
Dan hadis hadis Nabi
Tentang janji syurga pada yang mampu menjaga anak perempuan mereka!
Lahirnya mereka dengan karenah
Nak tunggu ke besar kemain payah
Penjagaan mereka sangat lah renyah
#1: DEKATKAN MEREKA DENGAN AGAMA
Bermula daripada awal umurnya
Segala hukum & inti agama wajib diajarkan si ibu dan bapa
Masuk sahaja umur baligh mereka
Si bapa wajib ajarkan hukum hakam darah haid & yang segala yang bersangkutan dengannya.
#2: PERLU DIAJAR SIFAT MALU YANG TINGGI
Anak perempuan ini
Juga wajib diajarkan sifat malu yang tinggi
Kerana malu itu sifatnya melindungi!
Melindungi maruah anak perempuan yang kita sayangi
Sungguh, Anak perempuan itu berbeza
Daripada anak laki laki
#3: CARA MENEGUR NADA TIDAK BOLEH TERLALU TINGGI
Nak Marah?
Tak boleh guna nada yang terlampau tinggi
#4: NAK SURUH MESTI PUJUK
Nak menyuruh?
Kena banyak guna pujukan dan berkata dari hati ke hati
Ya, kerana sensitiviti dan empati mereka biasanya terlebihlah tinggi!
Itulah anak perempuan kita
Membesarkannya sangat lah payah
Menjaganya tidaklah mudah.
IBU AYAH BERLAPANG DADA
Tetapi senyumlah wahai ibu ayah semua Ingatlah dan renungkanlah Sabda Nabi ini, nescaya semuanya akan jadi mudah dan indah :
” Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” [HR Ahmad dan Al-Hakim].
Sumber: Taufiq Razif
Abi kepada 2 orang anak perempuan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti ramai yang masih ingat kejadian yang sungguh menyayat hati berlaku pada arwah adik Afiq yang diperlakukan tanpa perikemanusiaan oleh suami pengasuh sendiri sehingga meninggal dunia.
Terbaru menerusi perkongsian ibu arwah adik Afiq, dah sebulan anak syurga ini pergi menghadap ilahi. Walaupun begitu, perjuangan untuk menuntut keadilan demi Afiq akan diteruskan.
Melalui luahan hati Puan Robiatul Adawiah, dia menceritakan kronologi kes yang berlaku pada anaknya dari awal dapat berita tentang Afiq tak sedarkan diri sehinggalah saat menghembuskan nafas terakhir.
27/5/21 genap sebulan peristiwa yang paling menyayat hati kami sekeluarga. Kat bawah ni wasap suami saya dengan pengasuh. Wasap 27/4 malam, 28/4 baru balas. Saya cuba call, tapi telefon dia tutup. Sikit pun dia tak tanya keadaan anak saya.
27/4/21 pada pukul 3.44pm saya masih di tempat kerja dapat satu panggilan dari pengasuh (IDA) “biey, datang Hospital Sungai Buloh sekarang, Afiq tak sedar”.
Dengar je anak tak sedar dunia gelap tiba-tiba. Kawan satu office je tahu macam mana saya waktu tu. Terus call suami, pergi terus ke Hospital Sungai Buloh menaiki motor. Bayangkan masa tu tengah hujan kami redah je. Kenapa la hospital yang paling jauh kau bawa. Hospital yang dekat ada, KJMC, PPUM, Hospital Shah Alam semua ni dekat dengan rumah. Saya tinggal kat Lembah Subang, dia pergi hantar Hospital Sungai Buloh.
Dah la jauh lepas tu Hospital Sungai Buloh ni khas untuk pesakit Covid sahaja. Dah tengok anak saya dah tak bernyawa kenapa dia tak terus call saya? Boleh dia cakap dia tak terfikir nak call saya. Sepanjang-panjang perjalanan dari rumah ke Sungai Buloh boleh kau cakap tak terfikir nak call aku??? Aku Ibu dia Ida. Apa yang kau cakap ni Ida??? Lepas doktor terima anak saya baru dia call saya.
Anda baca sendiri la wasap yang dia cakap kalau call ambulance lambat. Apaa??
Jadinya kereta kau lagi laju dari ambulance ya. Hebat!!!! Bayangkanlah kami pergi naik motor pun tak boleh nak cilok, jem sangat. Dia yang naik kereta tu macamana. Ke kereta boleh terbang? Waktu puasa start pukul 1 memang jem sangat-sangat.
Lepastu kau cakap laki kau buat CPR. Oh, pandai ya penagih dadah buat CPR. Sampai je Hospital Sungai Buloh dengan yakinnya kau cakap anak aku masih ada. Macam kau pulak doktor.
Jantung dah berhenti masa sampai hospital
Jumpa jer dengan nurse, nurse cakap tak boleh masuk nak tengok baby. Kami video call je dengan doktor kat dalam nak tengok anak. Terima kasih doktor bagi kerjasama. Doktor cakap masa dia terima anak saya tu jantung dah berhenti. Lepas buat CPR 10 minit baru ada balik. Entah dari pukul berapa lagi jantung anak saya berhenti. Yang serahkan baby kepada doktor tu laki dia ya, bukan pengasuh. Entah mana kau Ida masa tu.
Lepas nurse ambil semua detail dengan saya dia masuk ke dalam. Ida bagitahu nak pergi tengok anak kat laki dia kat bawah. Nurse keluar tanya mana pengasuh? Saya call Ida tanya kat mana? Tanpa rasa bersalah cakap dah kat bazar Ramadan. YA ALLAH, yang tengah kritikal tu anak asuhan kau, bukan anak kucing.
Otak dah rosak sebab oksigen tak sampai
Malam tu doktor scan cakap otak baby dah rosak sebab oksigen tak sampai. Luluhnya hati kami. Alhamdulillah, tengah malam doktor bagi masuk untuk jaga baby tapi atas risiko sendiri sebab kami dikelilingi dengan pesakit covid kat zon kritikal. Hati ibu mana tak sedih tengok anak dah tak bergerak penuh dengan wayar.
Adik tak pernah sakit, tak pernah demam tiba-tiba tengok adik dah tak bergerak macam ni. Mana tak meraung ibu dengan ayah. Malam tu kami bergilir-gilir jaga sebab salah seorang je boleh masuk.
Tak sempat kami buat report, doktor dulu buat report sebab tak tahu punca lagi kenapa anak saya jadi macam tu. Tengok la apa pengasuh tu cakap, dia tak tahu kenapa tiba-tiba tak bernyawa. Padahal laki kau yang bunuh. Laki kau pun buat macam orang tak tahu apa-apa.
Afiq tiada respon, doktor minta izin cabut alat pernafasan
Pagi 28/4 kami balik sekejap untuk tukar pakaian. Datang balik pukul 7 lebih. Doktor bagitahu tiada perkembangan yang baik dari semalam. Jantung adik makin lemah, darah makin kurang. Dah bagi ubat yang paling kuat, tapi tiada respon. Doktor berbincang dengan kami, untuk tak nak bagi baby sakit lagi kami terima doktor nak kurangkan 1 per 1 ubat.
Lepas kurangkan ubat, doktor cakap ambil masa lama lagi kalau macam ni, kesian baby. Doktor nak cabut alat bantuan pernafasan, kami redha. Pukul 12.18pm 28/4/2021 Muhammad Afiq Rizqin pergi meninggalkan kami. Masa ni kami masih tidak tahu punca kematian anak syurga kami.
30/4/2021 selepas bedah siasat baru terbongkar segalanya. Anak kami lemas sebab mulut dan hidung ditutup dan di saluran najis ada kesan koyakan sebab diliwat. Kami redha dengan ujian ini tapi kami akan fight untuk anak syurga kami.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Botol air anak sering hilang di sekolah? Ketahui punca, kesannya dan langkah praktikal yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak kekal terhidrat serta lebih bertanggungjawab terhadap barang sendiri.