Youtuber terkenal Indonesia, Ria Ricis yang melangsungkan perkahwinan bersama Teuku Ryan yang juga seorang selebriti pada November tahun lalu mengumumkan dirinya kini sedang hamil.
berkongsi berita gembira kepada peminat menerusi akaun Instagramnya, isteri kepada selebriti Teuku Ryan ini memanjatkan rasa syukur dengan rezeki anak selepas empat bulan mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta.
Pasangan selebriti ini berkongsi berita tersebut dengan memuat naik dua keping gambar yang cukup romantis dengan memegang alat ujian kehamilan sambil tersenyum bahagia.
Daripada kapsyen yang dibuat juga jelas menunjukkan pasangan ini hanya berkongsi berita kehamilan tersebut setelah usia kandungan memasuki fasa trimester kedua.
Adik kepada Oki Setiana Dewi ini juga memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan diri dan bayi dalam kandungannya.
“ALHAMDULILLAH.. Allah titipin bayi di badan saya. gak perlu umpet-umpetan lagi deh. Akhirnya si bayi go public juga
Ads
“Mohon doanya ya temen-temen semua/ semoga diberi kesehatan untuk kami.
Turut gembira dengan berita tersebut, rata-rata warganet turut memberikan ucapan selamat kepada pasangan ini dan mendoakan kesihatan Ria & anak dalam kandungan.
Selain berkongsi di Instagram, Ria turut memuat naik rakaman video momen pertama kali dia memaklumkan berita gembira tentang kehamilannya di Youtube.
Ads
Untuk rekod, Ria Ricis dan Teuku Ryan berkahwin pada 12 November tahun lalu.
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu yang mengalami berat badan berlebihan berisiko untuk berhadapan pelbagai masalah ketika hamil dan bersalin. Mendapatkan berat unggul atau pada paras yang normal merendahkan risiko yang mungkin dihadapi oleh ibu dan bayi. Paling menakutkan ialah terbentuknya darah beku yang boleh menyumbat salur darah pada paru-paru ibu dan seterusnya menyebabkan kematian.
Kawalan berat badan kelihatan mungkin kelihatan agak remeh tetapi impaknya sangat besar kepada ibu dan kesihatan bayi. Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, adalah penting bagi memahami kenapa perlu ibu mendapatkan BMI pada paras yang normal sebelum hamil.
Berikut ialah perkongsian beliau;
#1: Thrombosis
Thrombosis adalah darah beku kat kaki atau darah beku ini boleh bergerak dan sekaligus menyumbat salur darah pada peparu dipanggil pulmonary embolism.
Kehamilan itu sendiri meningkatkan peluang ibu mengandung untuk dapat thrombosis. Kalau berat badan berlebihan + mengandung = lagi senang nak dapat masalah ini.
Risiko untuk dapat thrombosis ini akan dinilai oleh doktor masa memula anda datang jumpa doktor untuk buka buku pink. Kalau perlu anda akan dimulakan ubat untuk mencairkan darah yang diberikan secara suntikan.
#2: Kencing manis masa mengandung
Kalau BMI 30 dan ke atas, anda TIGA KALI lebih senang nak kena kencing manis masa mengandung kalau nak bandingkan dengan orang yang BMI mereka bawah 25
Nak tahu ada kencing manis ke tak masa mengandung nanti doktor suruh minum air gula antara minggu 24 ke minggu 28 kehamilan. Kalau ada kencing manis nanti rawatan dan follow up dah lain. Kena pegi jumpa pakar O&G.
#3: Darah tinggi dan pra eklampsia
BMI 30 atau lebih risiko dapat pra eklampsia adalah 2 hingga 4 kali lebih tinggi berbanding dengan mereka yang BMI 25 dan ke bawah.
Bertambah-tambah senang la lagi kalau ibu;
Kalau ada faktor ini dan faktor-faktor lain, doktor akan mulakan ubat aspirin seawal 12 minggu. Biasa sebiji dalam 300mg. So nanti korang kena belah 4, makan suku je, sehari sekali.
#4: Masalah mental
Berat badan berlebihan akan meningkatkan masalah mental masa mengandung dan selepas melahirkan.
Risiko pada bayi jika mak berat badan berlebihan ialah seperti berikut;
#1. MENINGKATKAN RISIKO KEGUGURAN
Peluang keseluruhan untuk keguguran 1 dalam 5 ( 20% ). Tak kisah kurus atau berat badan berlebihan. Tapi kalau anda berat badan berlebihan BMI 30 dan ke atas peluang untuk gugur 1 dalam 5 ( 25% )
#2. RISIKO NEURAL TUBE DEFECT
Kalau berat badan berlebihan sebelum mengandung, boleh menganggu pembentukan bayi dalam rahim. Keseluruhan 1 dalam 1000 bayi lahir dengan masalah neural tube defect, tapi jika BMI anda lebih 30 risiko ini BERGANDA jadi 2 dalam 1000.
#3. BAYI BESAR & KOMPLIKASI SEMASA BERSALIN
Kalau berat badan berlebihan, peluang untuk dapat baby besar dengan berat 4kg atau lebih tu tinggi.
Komplikasi bersalin seperti koyakkan teruk sampai lubang dubur, bahu sangkut, peluang untuk kena caesar pun meningkat.
Kalau BMI anda lebih 30, risiko ini BERGANDA dari 7 dalam 100 jadi 14 dalam 100 jika kita bandingkan dengan mereka yang BMI 20 – 30
#4. SUKAR UNTUK MEMERIKSA BAYI
Kalau BMI berlebihan masa mengandung, anda kena ada scan tambahan untuk periksa tumbesaran bayi, kedudukan.
Biasanya misi guna pita pengukur je nak ukur saiz rahim, tapi kalau BMI anda lebih 35 tak boleh dah ukur rahim guna pita pengukur ni, memang kena scan lah jawabnya.
#5. BAYI MENINGGAL
Risiko keseluruhan untuk bayi meninggal tetiba 1 dalam 200. Kalau BMI ibu lebih 30, risiko meningkat 1 dalam 100 kelahiran.
So. Nak mengandung? Dapatkan berat badan ideal dulu sebelum mengandung. Kalau dah mengandung dengan BMI berlebihan, tak boleh buat apa dah. Jangan pulak bersenam bagai nak ‘rak’ bila da mengandung – no point, sebaliknya berbahaya kepada anda.
Yang paling bagus adalah pencegahan. KURUSKAN BADAN sebelum bercadang untuk mengandung. Bagaimana? Anda mesti tahu jawapannya. Buang pil kurus jauh-jauh ok?
Kaki bengkak masa hamil memang kerap dihadapi wanita. Dengan perut yang semakin membesar, kaki yang membengkak menyukarkan pergerakan. Walaupun ia perkara yang lazimnya berlaku kepada wanita mengandung, ia sedikit sebanyak menyukarkan pergerakan dan menimbulkan rasa tidak selesa. Tapi kalau kaki yang bengkak itu hanya sebelah sahaja bagaimana pula?
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan bengkak kaki semasa hamil adalah masalah yang biasa dihadapi lebih-lebih lagi apabila memasuki trimester ketiga kehamilan.
Apabila bayi semakin membesar, lebih-lebih lagi selepas 20 minggu, rahim anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis sekaligus menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah.
Salur darah yang dipanggil inferior vena cava ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.
Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali.
Biasanya air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.
Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda bangun dari tidur. Pada sebelah petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya.
Menjelang hujung-hujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.
Bengkak kaki ini adalah perkara biasa, terutamanya pada trimester ketiga. Lebih kurang 50-80% wanita hamil yang sihat akan mengalaminya.
Minum air yang mencukupi. Kebanyakan pesakit takut untuk minum air kerana beranggapan bahawa minum air yang banyak akan menyebabkan kaki lebih membengkak. Seperti apa diterangkan di atas, badan kita akan mengalami dehidrasi yang teruk kerana air di dalam salur darah sudahpun keluar dari salur darah. Dehidrasi dalam saluran darah akan menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan pembekuan darah senang terjadi. Hal ini akan mengundang kepada masalah lain seperti thrombosis.
Tinggikan kaki semasa baring. Letakkan bantal di bawah kaki supaya aras kaki menjadi lebih tinggi dari pada paras dada. Tarikan graviti boleh mengurangkan pengumpulan air pada kaki dan membantu pengaliran darah.
Baring mengiring di sebelah kiri badan. Dengan mengamalkan posisi ini, janin tidak akan menekan salur darah inferior vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan lebih baik.
Selalu bergerak ke sana ke mari. Pergerakan aktif adalah lebih baik untuk anda kerana pengaliran darah akan lebih lancar. Secara tidak langsung, ia boleh mencegah pembentukan darah beku pada salur darah kaki.
Stokin ini tidak sama seperti stokin harian yang biasa kita guna. Stokin ini direka khas untuk membantu melancarkan pengaliran darah pada kaki. Ianya mempunyai keregangan tersendiri dan perlu diukur dengan tepat daripada aras paha hingga ke tapak kaki. Setiap bahagian setokin ini mempunyai tekanan dan keregangan yang berlainan. Compression stocking ini digalakkan penggunaannya pada waktu malam semasa tidur untuk disesuaikan dengan pengaliran darah menjadi perlahan semasa baring.
Sila gunakan kasut yang selesa, bertapak rata dan sesuai dgn bentuk kaki untuk mengelakkan tekanan pada kaki yang boleh menyebabkan kesakitan. Jangan plak nak melaram dengan kasut tinggi. Silap haribulan jatuh plak!
Perlu ambil perhatian, sekiranya bengkak ini sangat teruk sampai ke paras pinggang melibatkan faraj, bukan la bengkak biasa ketika hamil. Ia boleh jadi tanda-tanda awal pre-eclampsia. Hal ini perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor untuk memastikan tekanan darah anda normal.
Selain dari itu, kaki bengkak juga boleh disebabkan oleh Nephrotic syndrome – penyakit ini berpunca daripada masalah penapisan pada buah pinggang yang menyebabkan protein dan air dikumuhkan keluar daripada salur darah badan kita. Masalah ini memerlukan perhatian doktor pakar buah pinggang kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang secara kekal jika dibiarkan tanpa rawatan.
Kalau kaki saya bengkak sebelah saja. Macam mana?
TIDAK NORMAL dan memerlukan pemerhatian doktor. boleh jadi masalah deep vein thrombosis atau darah beku yang tersumbat pada saluran darah kaki . Kadang kala, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit darah yang tidak pernah kita ketahui seperti antiphospholipid syndrome, thrombophilia atau bentuk salur darah yang tidak normal.
Sekiranya tidak dikesan dengan lebih awal, darah beku pada kaki ini boleh pecah pada bila-bila masa. Ketulan darah beku yang lebih kecil ini akan bergerak ke arah jantung dan paru-paru.
Hal ini boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Justeru itu, amatlah penting untuk mengesan penyakit deep vein thrombosis ini lebih awal supaya rawatan dapat diberikan dengan kadar segera.
Jangkitan kuman boleh sebabkan kaki bengkak – dinamakan cellulitis. Hal ini berpunca daripada gigitan serangga (tanpa kita sedari) atau dari kaki yang luka. Boleh sembuh jika rawatan antibiotik dimulakan awal.
Walaupun bengkak kaki ni boleh jadi normal semasa hamil, ada keadaan-keadaan dimana bengkak kaki ni tanda-tanda kepada masalah yang lebih serius. Jangan suka buat andaian sendiri, dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari yang bertauliah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyampai radio, Raqib Majid berkongsi khabar gembira atas kehamilan isterinya, Tasha Manshahar yang kini hamil anak kedua mereka.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Raqib mendedahkan kehamilan isterinya itu selepas berkongsi sekeping foto sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha semalam.
“Salam Aidiladha dari saya, Tasha, Muammar & adik Muammar.
“Baby no 2 momi dedi ni inshaALLAH nanti boleh bermain dengan Muammar sepahkan rumah,” kongsinya ringkas.
Penyanyi dan penyampai radio Zayan ini juga memohon agar kehamilan isterinya dipermudahkan. Malah turut sama mendoakan ibu-ibu hamil lain agar sentiasa dilindungi dari penyakit berbahaya.
“Doakan kami dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari penyakit-penyakit merbahaya.
“Dan saya doakan jugak ibu-ibu yang mengandung dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari penyakit-penyakit merbahaya. Amin ya RABB, #Baby #adikdobot,” katanya.
Dalam pada itu, diruangan kapsyen turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti juga peminat pasangan ini yang turut sama mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.
Semoga kehamilan kedua Tasha dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata Muammar Rafiqi pada 21 Jun 2019.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @raqibmajid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!