“Alhamdullilah”, Anak Kembar Dr Sheikh Muszaphar Sepasang!

Share

Kegembiraan berganda buat Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bila dapat tahu isteri tersayang, Datin Dr Halina Yunos bakal melahirkan kembar sepasang tidak lama lagi.

Jika sebelum ini, Sheikh Muszaphar pernah berkongsi berita bakal menerima kembar buat kali kedua serta pengimbasan yang pernah dilakukan oleh Dr Halina. Ketika itu mereka hanya mengetahui jantina salah satu bayi sahaja.

Menerusi laman sosial Instagramnya, Muzaphar memuat naik sekeping foto imbasan jantina menunjukkan mereka bakal menimang anak kembar lelaki dan perempuan.

Artikel berkaitan: Doa Dr Halina Termakbul, Dr Sheikh Muszaphar Teruja Buat ‘Gender Scan’ Kandungan Isteri. Mohon Doa Dari Semua! 

Pasangan ini bersyukur bakal dikurniakan sepasang kembar berlainan jantina lelaki dan perempuan. Dia juga mengharapkan doa pengikutnya buat Dr Halina yang kini hamil 22 minggu.

“Alhamdulillah, ia berpasangan, seorang lelaki dan seorang perempuan. Saya sangat teruja. Dr Halina kini hamil 22 minggu. Perjalanan masih jauh, doakan dia sentiasa dalam keadaan baik. Amin,” tulis Muzaphar di ruangan kapsyen.

Sementara itu, Dr Halina juga berkongsi khabar gembira yang sama di laman Instagram. Dia turut berkongsi perkembangan mengenai kehamilannya dimana anak kembar pertama seberat 485gram manakala anak kedua adalah 458gram. Anak pertama adalah lelaki dan anak kedua adalah perempuan.

Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Sumber: Instagram Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

 

 

 

 

IKLAN