Pada Jun yang lalu, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, mengumumkan berita gembira bahawa dia dan isteri, Datin Dr Halina bakal menerima cahaya mata kembar lagi.
Ketika itu usia kandungan isterinya sekitar tiga bulan dan kini kandungan sudah memasuki usia hampir 18 minggu.
Dalam perkongsian terbaru di Instagram miliknya Dr Sheikh Muszaphar memuat naik video dimana isterinya melakukan pengimbasan untuk mengetahui jantina kembar yang bakal dilahirkan nanti.
Dalam entri tersebut, angkasawan negara itu menyatakan dia berasa sangat teruja dan gementar. Beliau yang sibuk hampir terlupa untuk hadir temujanji tersebut.
Beliau juga ada menyatakan bahawa salah seorang kembarnya yang bakal dilahirkan adalah perempuan manakala seorang lagi masih belum diketahui kerana kedudukannya.
Namun beliau tidak kisah apa sahaja jantina anak kembar yang bakal lahir itu, apa yang beliau mahukan adalah bayi mereka berada dalam keadaan sihat. Beliau juga turut memohon doa untuk kedua bayinya yang dijangka lahir pada bulan Disember nanti.
Ads
“Saya begitu sibuk menguruskan pesanan Buku sehingga hampir terlepas temu janji Scan semalam.
“Yang penting saya berjaya hadirinya
“Kandungan Dr Halina kini 17+ minggu
“Alhamdullilah progress kembar dalam kandungan baik-baik sahaja
Ads
“Satu kembar sedang tidur sementara yang lagi satu sibuk membangunkan kembarnya
“Salah satunya adalah bayi perempuan, hasrat Dr Halina tercapai
“Yang lagi satu tidak diketahui kerana kedudukannya
“Saya ok sahaja dengan mana-mana jantina
Ads
“Hanya mendoakan bayi berada dalam keadaan sihat
“Salam semua, Love as always.
“p/s: Bayi akan dilahirkan pada bulan Disember, InsyaAllah. Tolong doakan…Amin,” tulisnya.
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Sumber: IG Dr Sheikh Muszaphar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Takut, berdebar semua ada bila pertama kali nak melalui pengalaman bersalin. Itu normal. Bahkan yang pernah ada pengalaman melahirkan anak sebelum ini pun tetap juga rasa gementar.
Bak kata orang, pengalaman bersalin setiap anak tak sama. Ada yang mudah, ada yang sakit lama dan ada juga yang melalui pelbagai komplikasi sebelum dapat memeluk si kecil yang dikandung selama 9 bulan.
Bagi pelakon Mia Ahmad, dia mengakui berdebar untuk melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi.
Menerusi entri di Twitter, Mia sempat bertanyakan kepada pengikutnya mengenai tanda-tanda sebelum mengetahui saat kelahiran bayinya itu.
“Mommy selalunya boleh sense tak masa yang betul bila baby nak keluar? Hari-hari nervous la kita ni sampai termimpi-mimpi,” tulisnya.
Rata-rata pengikutnya berkongsi beberapa tip saat melahirkan berdasarkan pengalaman masing-masing dan tak kurang juga yang memberi semangat supaya sentiasa bertenang.
Apa yang penting, Mia kena banyak berehat dan sentiasa fikir positif. Semoga urusan bersalin nanti dipermudahkan.
Sumber: Mia Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semasa mengandung, macam-macam benda terasa ingin disuap ke mulut. Tetapi ada 4 jenis makanan harus dielakkan oleh wanita hamil. Ingin tahu apakah makanan tersebut?
Wanita hamil perlukan makanan berkhasiat
Seorang wanita hamil perlu memastikan setiap makanan yang diambil membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan untuk janin membesar dan berkembang dengan baik. Selain itu badan juga perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik untuk bersedia dengan perubahan.
Untuk proses kehamilan yang sihat, diet pemakanan ibu mengandung perlulah seimbang dan berkhasiat. Ia perlu mempunyai kandungan protein, karbohidrat dan lemak serta mengambil pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.
Sesetengah diet pemakanan wanita hamil mungkin dipengaruhi kepercayaan bangsa, keperluan asas agama atau berdasarkan tahap kesihatan. Jadi pastikan anda mendapatkan rundingan dan nasihat doktor sebelum merancang sebarang diet kehamilan.
Tetapi bukan semua makanan boleh diambil dan dimakan oleh wanita hamil. Ada 4 jenis makanan harus dielakkan oleh wanita yang sedang mengandung. Ia adalah kerana kesan yang mungkin berlaku kepada diri atau bayi dalam kandungan.
Jom semak senarai 4 makanan perlu dihindari wanita hamil:
Makanan laut tinggi merkuri
Merkuri adalah 1 elemen bertoksik tinggi dan biasanya ditemui di kawasan laut yang tercemar. Jadi wanita yang sedang hamil sangat perlu mengelakkan daripada memakannya.
Pengambilan makanan bermerkuri boleh mendatangkan kesan kepada bayi dalam kandungan. Ia menyebabkan perkembangan bayi menjadi lambat dan berisiko meningkatkan masalah kerosakan saraf bayi.
Kandungan merkuri yang tinggi dalam makanan berisiko menjejaskan sistem imun badan, fungsi buah pinggang serta sistem saraf.
Jika ibu hamil ingin memakan makanan laut, pastikan anda mengehadkan pengambilannya sekitar 1 atau 2 kali sebulan dalam jumlah yang sedikit.
Antara makanan yang mengandungi merkuri adalah:
Ikan makarel
Ikan tuna
Ikan yu
Ikan mentah
Jika anda penggemar makanan sushi terutamanya yang mengandungi ikan mentah, sila berikan perhatian. Ini kerana ia tersenarai antara 9 jenis makanan harus dielakkan wanita hamil.
Ikan mentah berisiko menyebabkan pelbagai jangkitan seperti norovirus, Vibro, Salmonella dan Listeria. Sesetengah jangkitan mungkin hanya mendatangkan kesan kepada ibu mengandung, menjadikan mereka lemah dan terhidrasi.
Namun, terdapat juga jangkitan yang menjejaskan bayi dalam kandungan. Ia boleh memberikan kesan serius sehingga menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.
Daging separuh masak, mentah dan diproses
Pengambilan daging separuh masak atau mentah boleh meningkatkan risiko jangkitan beberapa bakteria atau parasit termasuklah Toxoplasma, E.coli, Listeria dan Salmonella.
Bakteria tersebut boleh mengancam kesihatan bayi yang belum lahir, menyebabkan kematian atau penyakit neurologi kronik termasuk ketidakupayaan intelektual, buta dan epilepsi.
Daging yang diproses seperti sosej atau daging burger juga adalah makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana jenis daging ini mungkin dijangkiti pelbagai bakteria dalam proses penghasilan atau penyimpanannya.
Telur mentah
Jika anda peminat telur separuh masak atau mentah, ketahuilah bahawa ia juga termasuk dalam makanan harus dielakkan oleh ibu mengandung.
Ini kerana telur mentah mungkin mengandungi Salmonella. Antara simptom jangkitan yang mungkin dialami ibu hamil adalah demam, loya, muntah, kekejangan perut dan cirit-birit.
Walau bagaimanapun, ia bukanlah kes yang biasa berlaku dan ini mungkin terjadi disebabkan kulit telur yang tidak dibasuh bersih.
Dalam sesetengah kes, ia mungkin menyebabkan kekejangan pada uterus. Keadaan ini cenderung menyebabkan kelahiran bayi pramatang atau kematian bayi dalam kandungan.
Jadi ibu hamil semua, pastikan telur yang akan anda ambil masak sepenuhnya, okay?
Pentingkan kebersihan
Makanan yang bersih adalah 1 perkara yang perlu dititikberatkan oleh wanita hamil. Elakkan memakan buah-buahan atau sayuran yang tidak dibasuh kerana ia mungkin mengandungi bakteria dan parasit.
Jadi pastikan makanan yang akan diambil terjamin kebersihannya. Hindari jenis-jenis makanan harus dielakkan jika anda tidak mahu berdepan sebarang komplikasi sepanjang tempoh kehamilan anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila kandungan semakin besar, kebanyakan ibu hamil akan memilih untuk tidur secara mengiring. Ini untuk memberi keselesaan pada si ibu. Namun ada juga ibu hamil selesa tidur terlentang atas sebab tertentu.
Bagaimanapun, menurut Doktor Kesihatan Wanita & Kehamilan, Dr Muhammad Izzat, beliau menyarankan semua ibu mengandung untuk berbaring secara mengiring bila kehamilan dah mencecah 28 minggu.
Nak tahu kenapa? Berikut adalah penjelasannya.
Kalau ibu berbaring terlentang pada 3 bulan terakhir kehamilan (bermula 28 minggu), rahim yang besar boleh menekan salur darah utama dan kurangkan pengaliran darah pada rahim dan bekalan oksigen pada bayi akan terjejas.
Nak mengiring kiri ke kanan?
Mana-mana boleh. Tak ada masalah. Kalau memula tidur tu dah mengiring, tetiba bangun dah terlentang, macam mana?
Normal la tu posisi tidur berubah-ubah kan? Yang paling penting, masa nak berbaring – tak kisah la tidur waktu malam atau taking a nap, perlu mengiring kiri atau kanan. Bila bangun tu dah terlentang tak apa.
Apakah risiko bayi meninggal secara tetiba sekiranya saya baring secara terlentang?
Kajian menunjukkan secara keseluruhan, risiko kematian bayi secara tiba-tiba berlaku 1 dalam 500 kehamilan. Kajian terbaru telah mengesahkan bila ibu tidur mengiring, risiko bayi mati secara mengejut dalam kandungan ni dapat berkurang 50 peratus.
Saya pasti, tidur terlentang dengan abdomen yang besar tu pun sebabkan ibu tak selesa kan?
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Proses penyembuhan luka bersalin sememangnya memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Dianggarkan luka jahitan ini akan sembuh dalam masa empat hingga enam minggu bagi yang bersalin normal dan enam minggu hingga berbulan-bulan bagi luka jahitan pembedahan caesarean.